Macam mana pengasas Maybank ni dikatakan dah songlap duit daripada Sultan Brunei?

(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitaorang, SALAM SEJARAH-TERA)

Terima kasih atas informasi sepantas kilat yang kita dapat akses dalam zaman moden ni, banyak info yang kita takkan ketinggalan lagi sekarang ni (terutamanya bila ia melibatkan sejumlah duit yang banyak). Contohnya, tersebarnya berita mengenai bekas Perdana Menteri Najib Razak didakwa dah merancang penerbangan ke Indonesia, dan orang ramai terus ke Lapangan Terbang Subang untuk menyekat perjalanannya dan pastikan dia tak larikan diri. Dan memaksanya untuk batalkan penerbangan tu. 

Walau bagaimanapun, waktu kita berada dalam zaman yang takde kemudahan Internet, orang yang buat kesalahan besar ni ada banyak masa untuk bertindak untuk menutup jejak mereka, dan diaorang jugak ada potensi untuk larikan diri. Dan sebenarnya, ada satu kes yang melibatkan … pengasas Maybank, iaitu Tan Sri Khoo Teck Puat yang pernah buat kesalahan besar.

Tan Sri Khoo Teck Puat. Imej dari CILISOS

Tapi kini, ia tak terbukti yang dia sebenarnya disabtikan untuk kesalahan tu (sebab dia tak pernah ditangkap), tapi kes yang dibuat tu dikira sebagai kesalahan BESAR disebabkan ia melibatkan keluarga diraja Brunei. Dan pada masa yang sama, keluarga diraja Brunei jugak cuba untuk memburunya tapi akhirnya sia-sia. 

Tapi, untuk faham keseluruhan kronologi kes ni, kita mestilah kenal dengan orangnya dulu.

Kerjaya Tan Sri Khoo Teck Puat cetuskan kontroversi sejak dari awal penglibatannya

Dia dilahirkan pada 1917 daripada keluarga berada kat Singapura. Waktu dia berumur 16 tahun, dia dah menyertai Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC Bank) kat Singapura, dan dalam tempoh yang pantas dia dah naik pangkat dalam usia yang muda.

Dia terkenal dengan keputusan agresif berkaitan peminjaman dan pelaburan yang dia buat, yang menyebabkan perpecahan haluan antara dia dengan bosnya. Malah, dia dah tinggalkan OCBC pada tahun 1959 sebab dia rasa bank tu tak bergerak selari dengan peredaran ekonomi kat Malaysia. Dan juga disebabkan bosnya tak berikan dia jawatan sebagai salah seorang lembaga pengarah kat OCBC yang sebelum ni ramai orang kagum dengan perwatakannya.

Ni lah rupa dia waktu dia muda dulu. Imej dari FB Maybank

Tak lama lepas dia tinggalkan OCBC, dia tubuhkan Malayan Banking pada tahun 1960, yang tak lama lepas tu ia berkembang dengan pesat di persada dunia waktu tu. Dia jugak ada tubuhkan banyak cawangan bank, dan tiga tahun lepas tu, dia berjaya tubuhkan dan membina Goodwood Park Hotel, hotel ikonik yang terkenal kat Singapura.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh yang singkat, ia merosot lepas pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Pemisahan tu jugak menyebabkan nilai pelaburan Singapura Malayan Banking jatuh merudum. Ia juga kemudian didakwa yang sebahagian besar pelaburan tu adalah untuk pinjaman bank kepada syarikat Khoo kat Singapura.

Cawangan Maybank pertama kat Malaysia adalah kat Jalan H.S. Lee. Imej dari Google Maps

Apa yang bertambah buruk, bila ramai pelanggan yang tinggalkan Malayan Banking dan pihak lembaga bank tak dapat lagi menampung situasi tu. Tan Sri Khoo Teck Puat bertanggungjawab atas kegagalannya menguruskan bank tu dan menyingkirkannya dari jawatan sebagai Pengarah Urusan dan jugak memecat dirinya sendiri daripada bank yang dia bina.

Malayan Banking (yang sekarang ni dikenali sebagai Maybank) kemudiannya diambil alih oleh kerajaan Malaysia, tapi ia bukanlah menamatkan segala-galanya baginya. Malah, dia dah rancang pelan lain yang melibatkan beberapa orang yang sangat berkuasa …

Khoo menjalankan perniagaan bersama dengan keluarga diraja Brunei

Pada tahun sekitar 60-an, Khoo dikatakan dah selesa dengan hubungan perniagaan dan hubungan sosial yang terjalin dengan keluarga Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei. Oleh itu, dengan beberapa ekuiti yang dilaburkan dari keluarga diraja, dia menubuhkan National Bank of Brunei (NBB) pada 1965. Dia sendiri dilaporkan memiliki kira-kira 70% daripada bank tu dan didakwa menjual beberapa hotel dan hartanah di Singapura – termasuklah Holiday Innkepada keluarga diraja Brunei. 

Sultan Hasanal Bolkiah, agak berkontroversi tapi okaylah kalau berurusan dengan dia. Imej dari ABC News

Beberapa tahun kemudian, dia sibuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan empayar hotel untuk keuntungan dirinya sendiri. Pada tahun 1972, dia kembali ke Singapura dan mengubah perhatiannya ke arah sektor pelancongan, dan membeli lebih banyak hotel yang dianggap agak bersifat kiasu untuk dirinya sendiri. Dia jugak berjaya memperoleh status PR kat Australia dan mula melabur kat sana, dan kemudian mengambil pemilikan ke atas Standard Chartered Bank. 

Dia jugak berjaya memperolehi saham terbesar dalam OCBC, dan sikap pelaburan gung-ho (berlebihan) yang dia pernah buat waktu berkhidmat kat OCBC yang bertujuan untuk kukuhkan reputasinya tapi pada masa yang sama dah menyebabkan banyak perpecahan berlaku. Apa yang dia buat tu mencerminkan diri dia sebagai ahli perniagaan yang bijak dengan bertindak pada masa yang sesuai iaitu melabur waktu kemelesetan melanda bila ramai orang yang tak berani buat benda yang sama:

“Waktu tiada siapa yang mahukannya, itulah masanya untuk melabur dalam nilaian beberapa juta.” – Tan Sri Khoo Teck Puat, sumber dari South China Morning Post. 

Takde siapa yang menghalangnya; malah, reputasinya sangat stabil waktu tu sehinggakan dia digelar orang terkaya di Australia; dan mendapat gelaran yang sama kat Singapura pada tahun 2004 dengan berjaya mengumpul nilai bersih sebanyak AS $4.3 bilion! 

Walau bagaimanapun, kat Brunei, situasi tu agak mencurigakan …

Keluarga diraja Brunei tak puas hati sebab kewangan bank mereka semakin teruk

“Ada yang tak kena ni”… Imej dari Kompas.com

Waktu dia tengah sibuk uruskan dan tubuhkan sektor perhotelan dan perbankannya, ada benda pelik yang berlaku kat Brunei: NBB secara tak sengajanya dah menjerumuskan bank tu ke dalam isu kewangan, dan takde siapa pun yang tahu apa puncanya. Berikutan dalam hasil penyiasatan, ia menunjukkan yang 90% daripada pinjaman NBB dibuat kepada syarikat-syarikat di bawah pemilikan Khoo. Dan NBB dah terlibat dalam hutang bernilai USD600 juta kepada bank dan pendeposit lain! 

Apa yang boleh dikatakan, kerajaan Brunei murka dengan apa yang Khoo buat. Diaorang menutup bank tu, dan keluarkan waran tangkap untuk beberapa orang kakitangan bank, termasuklah Khoo dengan anak dia, Khoo Ban Hock (yang merupakan pengerusi bank tersebut). Waktu perbicaraan bermula mengenai isu NBB, dilaporkan jumlah keseluruhan duit bank yang dah diambil adalah sekitar SATU JUTA DOLAR BRUNEI! 

Khoo Ban Hock waktu keluar dari mahkamah Brunei. Imej dari Newspaper SG

Walau bagaimanapun, waktu anak dia dengan dua orang lagi juruaudit bank ditahan tanpa jaminan dan didakwa dengan lima tuduhan konspirasi atas tuduhan mencuri duit daripada bank tu, Khoo tak dapat dijejaki. Dia bergerak dan berpindah dari negara lain ke negara lain untuk mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman undang-undang Brunei. 

Disebabkan skandal tu, Khoo diarahkan untuk letak jawatannya dari Standard Chartered (yang merupakan pemiutang terbesar dalam kes tu, dan berhutang sebanyak $38 juta), dan ditetapkan supaya melaksanakan beberapa kawalan kerosakan yang dah dibuat. Tapi, pada tahun 1988, tak tahu macam mana Khoo dah buat pemulangan semula dan membayar semula duit yang dia dah ambik tu. Dan tuduhan terhadapnya digugurkan tak lama lepas tu.

Tapi, kerajaan Brunei tak benarkan anak lelaki dia tu dilepaskan dengan mudah dan diaorang dari awal lagi dah tolak cadangan Khoo untuk bayar semula duit yang anak dia dah songlap tu. Pembayaran semula Khoo terhadap liabilitinya tak dapat selamatkan anak dia daripadi disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun yang kemudiannya dikurangkan menjadi tiga tahun. 

Skandal NBB tinggalkan kesan kat kerjaya Tan Sri Khoo Teck Puat

Hospital Khoo Teck Puat kat Singapura. Imej dari :inform

Sebenarnya, Tan Sri Khoo Teck Puat dah banyak menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan kat Singapura, Malaysia dan Australia. Dia jugak terkenal dengan kedermawanannya, dan telah tubuhkan Yayasan Khoo, dan menyumbang lebih daripada S$360 juta ke arah penjagaan kesihatan dan penyelidikan perubatan. Malah ada hospital yang ditubuhkan dengan menggunakan namanya kat Singapura.

Walaupun tak dapat dibuktikan bersalah, dan di sebalik semua pencapaiannya, kes NBB ni sering disebut dalam biografinya. Keluarga dia jugak tak dapat dielakkan daripada terlibat sama dalam skandal tu. Selain daripada anaknya yang dipenjara, anak perempuannya jugak dah disabitkan kesalahan dan didenda $500,000 pada 2005 sebab gagal mendedahkan bukti pemilikan ayahnya kat Goodwood Park Hotel, Central Properties dan Hotel Malaysia.

Tan Sri Khoo Teck Puat meninggal dunia disebabkan serangan jantung waktu kat Singapura pada 21 Februari 2004. Walaupun dia dah takde, dia tetap menjadi salah seorang yang sangat diingati – dan berkontroversi – dalam sejarah perbankan kat Malaysia (dan Singapura).

 

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)