- 353Share sekarang!
- Email4
- Facebook349
- Share
Kalau tahun lepas kita punyalah bengang pasal juri Masterchef UK cakap ayam rendang tak crispy, kali ni rasanya mungkin kita patut berbangga dengan pencapaian seorang rakyat Malaysia ni, William Chew yang masuk rancangan realiti kat Britain, Dragons’ Den baru-baru ni!
Lengkap berbaju Melayu, William menyanyikan lagu yang dalam masa sama mendendangkan ideanya sambil memetik gitar irama lagu Melayu klasik, Ewau Bulan kepada para juri bagi meyakinkan mereka untuk melabur dalam perniagaannya, Pes Cili Mak Tok.
Dragons’ Den yang bagi peluang usahawan untuk kembangkan perniagaan
Walaupun perniagaan Pes Cili Mak Tok ni memang dah pun dijual di beberapa pasaraya dan restoran terkemuka di UK terutamanya Yorkshire, tapi ni tak menghalang William Chew untuk mengembangkan lagi makanan warisan Malaysia, dengan resipi rahsia keluarganya.
Nak dijadikan cerita pulak, program realiti Dragon’s Den ni pulak nak bagi wang pelaburan sebanyak £50,000 (yang bersamaan dengan RM257,000) kepada mana-mana usahawan yang berani untuk berkembang. Jadi, Will fikir, ni adalah platform yang baik, boleh pergi jauhlah kalau terpilih.
Dalam program realiti Dragons’ Den, setiap usahawan cuma ada tiga minit je untuk cerita idea perniagaan diorang kepada LIMA multi-millionaires (juga dipanggil Dragons) yang bersedia untuk melabur duit diorang sendiri untuk mana-mana idea perniagaan yang diorang rasa boleh jalan. Kalau tak, diorang reject on the spot je.
Korang agak-agak, korang boleh terima tak kena reject dan satu dunia tengok?
Dan nampaknya anak muda dari Pulau Pinang, William Chew ni berani menyahut cabaran tersebut menerangkan ideanya yang menarik minat kesemua juri yang ada terutama sekali dengan tag catchy-nya,
“Where there’s a Will, there’s a way”- sempena namanya.
Masa juri tu tanya soalan yang berkaitan dengan perniagaannya, Will juga sempat menerangkan lagi pasal pemprosesan sambalnya di kilang kawannya, dan sempat tersenyum dan berterima kasih kepada tulang belakang di sebalik produknya,
“Saya rasa saya sangat bertuah sebab tanpa sokongan yang diterima daripada keluarga dan kawan-kawan, saya takkan sampai ke peringkat ini. Sejujurnya.” -William Chew
Jawapannnya yang merendah diri membuatkan juri terharu. Will sekali lagi mengakui yang ia dah diterapkan dalam jiwanya sejak kecil oleh ibunya.
“Saya fikir formula pemenang untuk sambal saya adalah bahawa ia dibuat dari hati dan mempunyai bahan semula jadi yang terbaik,” kata Chew.
Walaupun begitu, dia nampaknya mengalami kesukaran semasa ditanya tentang keuntungan yang dia ada sepanjang tahun penubuhan perniagaannya. Dia juga mengakui yang dia tak ingat angka sebenar (kalau korang boleh ingat tak?)
Will nampak sedikit gugup, tapi sikap ceria dan positifnya masih menambat hati juri. Dia juga jujur dengan masalah anxiety yang dihadapinya.
Tapi… EMPAT juri tak percaya yang resipi turun temurun ni boleh pergi jauh
Walaupun Will disukai juri disebabkan kesantunan dan kejujurannya, tapi realitinya, business is still business.
Juri pertama dan kedua bagi feedback yang hampir sama, di mana dia merasakan yang produknya tak jauh beza dengan produk yang ada di luar sana, dan terlalu niche. Dan dengan itu, jawapannya… TAK.
Juri ketiga pula bagitau yang sejujurnya, dia tak familiar sangat dengan hal tersebut dan jawapannya mengecewakan Will.
Manakala juri keempat, Peter Jones memberitahu Will,
“Too risky, but good luck, im out”
Kalau kita boleh bayangkan kita kat tempat dia, memang confirm-confirm la sedih. Tapi, raut wajah Will tenang.
Tiba Dragons ke lima sama macam juri yang lain, dia memuji persembahan Will yang menarik. Mungkin nak tenangkan Will, dia menceritakan pengalaman dia dulu masa jadi peserta macam Will. Dia mengaku dia tahu dia anxious, dan semua benda yang Will cerita adalah semua benda yang dia takkan buat.
Dia bagaimanapun meletakkan buku, dah macam takde harapan maksudnya. Tapi Will kekal tenang.
Masa tu dah nampak yang dia mungkin dah takde harapan untuk menang sebab dah empat Dragons cakap yang diorang tak minat. Jadi mungkin juri terakhir pun akan cakap perkara yang samalah kot sebagai suara majoriti.
Kalau tengok raut wajah Will pun masa tu dia dah tak nak letak harapan dan redha je, tapi apa yang kitorang rasa terkesan gila adalah Will masih mampu tersenyum manis walaupun memang nampak dia sedih kalau tak dapat offer tu. Dia ada satu je peluang terakhir bila Dragon kelima kena bagi kata putus…
“Ada pelbagai pes cili (di UK), tapi cuma ada satu Will”
Tapi sebaliknya pula yang berlaku, juri terakhir, Sara Davies, rupanya ada visi tersendiri dengan semangat yang ditunjukkan Will.
Kagum bukan saja dengan pitch, malah semangat dan positiviti yang ditunjukkan Will, Dragon terakhir tu, Sara Davies kemudiannya memberitahu sesuatu yang mengejutkan.
Sara Davies terus menawarkan kepadanya modal keseluruhan, £50,000 untuk membantu Will mengembangkan perniagaannya. Jawapan Sara Davies tu juga berjaya membuatkan mata kitorang berair walaupun belum rasa sambal Mak Tok tu,
“Ada banyak pes cili (di UK), tapi cuma ada satu Will.”
“Saya nak bekerjasama dengan anda dan saya fikir seseorang perlu memberi anda peluang tu. Saya akan beri anda wang – saya, anda dan sepupu anda – kita boleh mempunyai satu bahagian seorang.” – Sara Davies, juri terakhir Dragons’ Den
Will terlampau terharu dan tak dapat menahan sebaknya:
Will yang terlampau terharu kemudian memberitahu kesemua Dragons yang dia memulakan perniagaannya kerana ibunya, yang selalu berada di belakangnya. Dan dia takkan berada di mana dia sekarang, dan bercakap dengan kesemua juri yang terlibat kalau bukan disebabkan ibu dan keluarga dan kawan-kawannya.
Will kemudiannya menerima tawaran tersebut.
Tak sangka dengan jawapan yang diberi, beberapa juri yang lain turut menitiskan air mata dengan kejujurannya.
Dan Sara Davis, multi-millionaire yang memberikan tawaran tersebut kepada Will bangun dan bersalaman dengan bakal rakan perniagaannya, dan memberitahu yang personaliti Will adalah sebab sebenar dia membuat tawaran tersebut:
“Sebenarnya anda, anda yang merupakan sebab sebenar saya melabur. Ia adalah anda sendiri. Tahniah” – Sara Davis
Nampaknya, kejujuran dan positivitinya memenangi hati bukan saja juri terakhir, tapi kesemua Dragons yang ada di dalam bilik tu. Sara Davis kemudiannya memberitahu rakan Dragons yang lain,
“Nak tahu satu perkara? Orang yang baik boleh pergi jauh”, merujuk kepada Will dan kejujurannya yang memenangi hati setiap yang ada di dalam bilik tersebut hari tu.
Nampaknya dengan sokongan yang baik, kejujuran dan kesantunan yang ditunjukkan Will membuatkan kita rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya tu. Bukan mudah untuk menerima rejection, tapi dengan sikap positif dan terus berusaha, tak mustahil kita boleh capai apa saja yang kita mimpikan selama ni.
- 353Share sekarang!
- Email4
- Facebook349
- Share