Bank Negara dapati gaji pekerja di Malaysia dibayar terlalu rendah

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

Sejak akhir-akhir ni, makin ramai pulak yang bincang Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM). Walaupun dalam laporan tu ada benda-benda biasa macam pertumbuhan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kadar inflasi yang ada kat Malaysia, tapi ada satu benda yang buatkan orang-orang kat media sosial gelabah.

Hahhh…ini yang merisaukan ni. Imej dari Business Insider

Dalam artikel ni kitorang takkan bahas isu ‘graduan baru vs majikan’ sebab benda tu dah ramai orang bergaduh. Kitorang cuma akan tengok betul-betul apa benda yang sebenarnya Bank Negara ni laporkan. Kitorang jumpa satu bahagian yang menarik – nampaknya pekerja kat Malaysia tak dapat bayaran gaji yang sepatutnya.

Kitorang bukan maksudkan benda yang tipikal macam – boss tak bayar gaji yang lebih walaupun dah kerja lebih masa sampai diri rasa nak mati. Kitorang tengok kat keseluruhan industri kat Malaysia. Nampaknya pekerja dibayar kurang daripada yang sepatutnya diorang dibayar.

Pekerja Malaysia mungkin kurang produktif, sebab majikan bayar pekerja gaji rendah

Dalam laporan Bank Negara ni, ada bahagian kat muka surat 35 yang bertajuk: Adakah pekerja di Malaysia dibayar dengan adil? Kajian tentang produktiviti dan ekuiti. Bahagian ni lakukan kajian – kajian tentang objektif Malaysia yang nak jadi negara berpendapatan tinggi tak lama lagi. Tapi sayangnya, kajian pada tahun 2016 tunjukkan suku penduduk isu rumah kat KL tak miliki pendapatan yang cukup untuk terlibat dalam masyarakat dan membangunkan diri diorang.

Diorang jugak ada kata – rakyat Malaysia terima gaji yang tak cukup dengan nilai yang diorang hasilkan kat tempat kerja.

Imej dari BNM

Benda ni dah semakin teknikal kan, tapi terus istiqomah bersama kitorang okay. Idea asas benda ni – negara yang bayar pekerja diorang dengan lebih banyak selalunya akan jadikan pekerja tu lebih produktif. Mesti ada yang akan kata – kita dibayar sikit sebab orang Malaysia memang kurang produktif. Tapi…bila Bank Negara gunakan ‘pay-per-productivity‘, nampaknya Malaysia berada jauh di belakang dalam kalangan negara membangun.

Sebenarnya ahli ekonomi ada jumlah standard yang perlu dibayar kepada pekerja sekiranya dia hasilkan sesuatu. Bahasa simplenya, jumlah yang patut korang dibayarlah kalau korang berjaya hasilkan sesuatu.

Contohnya;

  • Kat negara maju, untuk setiap USD1,000 yang dihasilkan oleh pekerja, diorang kena dibayar USD510
  • Kat Malaysia, untuk setiap USD1,000 yang dihasilkan, pekerja cuma dibayar USD340

Majikan di Malaysia laburkan sikit, dan bayar pekerja pun sikit…

Bukan setakat pekerja kat Malaysia dibayar rendah, ada lagi yang Bank Negara ni masukkan dalam laporan diorang. Ada satu benda ni dipanggil ‘labour share of income’ – benda ni adalah peratus pendapatan negara yang digunakan untuk bayar pekerja dalam bentuk gaji. So, secara asasnya kalau labour share of income ni tinggi dalam sesebuah negara, lebih banyak pendapatan negara akan dibayar kepada pekerja. Sebab pekerjalah yang dapatkan income tu kan?

Nampaknya, Bank Negara dapati kat Malaysia kita ada labour share of income yang rendah. Sepatutnya benda ni semakin meningkat, tapi nampaknya lebih banyak pekerja yang tak mahir yang ada kat Malaysia. Benda ni beri kesan yang besar kat pengumpulan data. Sebenarnya, labour share of income kita masih jauh di belakang negara-negara yang kita nak saingi dari sudut ekonomi.

Bila komunis dengar pasal kadar gaji yang tak adil. Imej dari Tenor

Dan ada benda lagi yang buat laporan Bank Negara ni nampak makin merisaukan. Diorang perkenalkan lagi terma lain – capital intensity. Benda ni bermaksud berapa banyak wang dan keperluan yang diperlukan oleh pekerja untuk mulakan perniagaan diorang. Selalunya kalau capital intensity ni rendah, maksudnya labour share of income akan jadi tinggi, dan begitu jugak sebaliknya. Contohnya, perlombongan. Banyak duit yang digunakan untuk peralatan, so semakin sikitlah duit yang diberikan pada pekerja.

BNM juga dapati – di Malaysia, capital intensity biasanya akan lebih rendah berbanding negara lain, dan nampaknya labour share yang ada kat Malaysia pun rendah! Nampaknya ini menunjukkan – walaupun wang yang digunakan untuk hasilkan sesuatu masih rendah, tapi lebihan duit tu tak digunakan untuk bayar gaji pekerja pun.

Malaysia kaya, orang yang bekerja pulak miskin. Imej dari BNM

Laporan ni bukanlah berita baik untuk Malaysia, dan mungkin lepas ni akan ada orang yang akan perjuangkan pembahagian kekayaan yang lebih adil. Tapi nampaknya ada orang yang sebenarnya tak percaya dengan laporan Bank Negara ni…

Boleh ke laporan BNM ni dipercayai? Orang Malaysia macam okay je

Berbalik kepada laporan Bank Negara, diorang definisikan produktiviti sebagai ‘GDP per worker’ – laporan ni nampaknya beritahu pekerja tak dibayar dengan cukup berdasarkan nilai GDP per worker ni. Masalahnya petunjuk Gross Domestic Product (GDP) ni dah banyak kali dikritik, sebab katanya dah tak relevan untuk dijadikan petunjuk yang tepat untuk ukur pertumbuhan ekonomi.

Untuk permulaan, penting untuk korang tahu GDP kat negara kita mungkin akan sedikit meningkat disebabkan keadaan ekonomi Malaysia. Malaysia ni masih lagi dikira negara ‘resource-based economy‘. Maksudnya kadar GDP akan amat mudah dipengaruhi kalau sumber macam harga minyak naik atau turun.

Bila minyak jadi sumber utama negara, dah macam tabungkan? Imej dari akupeduliapa

Ada orang yang kata ‘pay-per-productivity‘ untuk pekerja kat Malaysia akan jadi lebih banyak kalau masa tu harga minyak menjunam, sebab masa tu GDP kita akan jadi lebih rendah. Dan benda ni akan ubah GDP-per-worker – dia akan jadikan bayaran yang dibayar sekarang ni tak lagi rendah, tapi berpatutan. GDP tahun ni cukup rendah untuk ubah keputusan tu, tapi tetap jugak nampaknya BNM laporkan gaji pekerja masih rendah. Nampak tak berapa teruknya pekerja Malaysia dibayar?

Ada jugak orang kata tak adil untuk bandingkan negara kita dengan negara maju seperti Singapura, Australia, dan German. Sebabnya, kalau kita banding dengan negara jiran macam Thailand – negara kita ada labour share yang lebih baik. Tapi macam yang Bank Negara kata – Malaysia ada harapan yang besar untuk capai negara berpendapatan tinggi.

Wawasan 2020. Imej dari ALIRAN

Untuk berlaku adil kepada BNM, GDP masih lagi petunjuk yang paling banyak digunakan untuk tentukan macam mana keadaan ekonomi sesebuah negara tu. Sebabnya GDP masih lagi instrumen terbaik untuk semak keadaan ekonomi sesebuah negara. Sebab tu susah nak kata laporan Bank Negara ni tak betul. Diorang cuma laporkan berdasarkan kajian diorang, dan nasihatkan kerajaan supaya selesaikan isu ni.

Pekerja sepatutnya diberikan bayaran yang sepatutnya

Korang mungkin tengah bising sebab tak lama lagi Netflix pun akan kena cukai, tapi korang kena tahu 1 daripada 3 rakyat Malaysia kena hidup bergantung ada gaji ke tak. Maksudnya kalau gaji diorang terhenti, diorang tak akan dapat untuk bertahan. Korang bayang je lah, untuk lelaki bujang yang tinggal kat KL, dia perlukan RM2,700 sebulan. Sampai tahap Perdana Menteri pun suruh majikan bayar gaji lebih tinggi.

Hmmm..tengah pokai ni. Imej dari Giphy

Kitorang pun setujulah dengan saranan untuk macam ni, sebabnya sejak dari dulu gaji permulaan dan kadar kenaikan gaji kat Malaysia ni macam tak berubah kan? Dalam negara kita yang ada macam-macam sumber ni, sedihlah masih ramai lagi orang yang tak dapat gaji yang setimpal dengan apa yang diorang lakukan…

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka