- 670Share sekarang!
- Email26
- Facebook644
- Share
Ia bukanlah masa-masa yang terlalu menyenangkan untuk Pakatan Harapan sejak diorang mengambil alih Putrajaya dalam PRU14 lepas. Dengan harapan yang setinggi Gunung Kinabalu, setakat ni diorang cuma berjaya tunaikan 23 daripada keseluruhan 555 janji yang diorang letakkan kat manifesto. Ramai je penganalisis politik dah gambarkan macam mana kekecewaan rakyat dengan prestasi mereka.
Dah tentu ramai daripada kita yang fikir Tun Mahathir akan habiskan penggal ni sebagai Perdana Menteri, memandangkan dialah merupakan faktor utama kemenangan PH. Tapi, nampaknya ada khabar angin yang bertiup yang mengatakan mungkin Tun Mahathir tak akan jadi Perdana Menteri sehingga PRU15. Dan ia telah dinyatakan oleh PAS…
Ada orang dari PAS dan aktivis sosial bernama Mujahidin Zulkiffli dakwa yang akan ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri. Dan benda ni buat kitorang tertanya-tanya: Apa akan jadi kalau undi tak percaya dilakukan terhadap Tun Mahathir?
Sesiapa je termasuk MP dari Pakatan Harapan boleh kemukakan undi tak percaya kat Tun Mahathir
Sebelum kitorang bincang dalam-dalam tentang benda ni, baik kitorang beritahu dulu apa sebenarnya yang dikatakan sebagai undi tidak percaya ni. Selalunya dia terjadi bila ahli Parlimen (MP) minta MP yang ada kat Parlimen untuk undi yang mereka dah takde kepercayaan lagi kat Perdana Menteri untuk menerajui negara.
Oleh kerana kitorang pun bukanlah ahli Parlimen, so kitorang tanya Ooi Heng dari Institute of Political Studies for Change (KPRU), ni yang diorang kata dengan korang pasal undi tak percaya.
- Ahli Parlimen akan hantar ‘motion’ kat Pejabat Speaker Parlimen tentang undi tak percaya kat Perdana Menteri.
- Kalau ia diluluskan oleh Speaker Parlimen, ia akan dimasukkan dalam ‘Parliment’s order paper’ untuk dibincangkan kat Parlimen.
- Bila benda ni dah dibincangkan, semua ahli Parlimen kat Dewan Parlimen akan undi – sama ada diorang masih lagi percaya kat Perdana Menteri atau tak.
Untuk benda ni diterima oleh Parlimen, kena ada majoriti mutlak kat Parlimen -maksudnya 112 undi. Benda ni beza dengan majoriti mudah, yang biasanya hanyar perlukan undi majoriti MP yang ada kat Parlimen. So, andainya Parlimen ada majoriti mutlak untuk tak percaya kat Perdana Menteri, kalau ikut Ooi Heng – akan ada tiga kemungkinan yang akan berlaku;
- Perdana Menteri akan letak jawatan, dan kerajaan akan hantar nama baru kat Yang di-Pertuan Agong untuk Perdana Menteri yang baru.
- Perdana Menteri letak jawatan, dan Timbalan Perdana Menteri akan jadi pemangku Perdana Menteri.
- Perdana Menteri tak nak letak jawatan, dan Parlimen dibubarkan, akhirnya kita akan ada Pilihan Raya Umum.
Walaupun Ooi Heng cuma cakap pasal prosedur kat Parlimen je, kalau betul benda ni jadi, kitorang rasa – mesti korang dah tahu apa akan jadikan? Mestilah Anwar Ibrahim akan ganti Dr Mahathir. Kalau tak pun, isteri Anwar, Dr Wan Azizah akan jadi pemangku Perdana Menteri.
Setakat ni, belum pernah lagi ada undi tak percaya yang berjaya, walaupun ada je pihak yang cuba nak buat undi tak percaya kat Perdana Menteri. Contohnya, Ketua Pembangkang pada tahun 2008, Dr Wan Azizah, cuba hantar undi tak percaya pada Abdullah Badawi yang jadi Perdana Menteri masa tu. Tapi Speaker Parlimen tak luluskan, so tak dapat masuk Dewan Parlimen untuk dibincangkan.
Tu bukan kali pertama undi tak percaya muncul kat Parlimen. Pada tahun 2015, Perdana Menteri masa tu, Najib Razak – dikaitkan dengan dua undi tak percaya. Pertama, bila YB Hee Loy Sian usulkan undi tak percaya, sebab dia percaya yang rakyat dah hilang kepercayaan dengan Najib Razak. Lepas tu, Ketua Pembangkang di Parlimen masa tu, hantar lagi satu permohonan undi tak percaya sebagai simbolik yang semua MP pembangkang dah tak percaya Najib.
Walaupun undi tak percaya ni pergi lebih jauh kalau nak dibandingkan dengan undi tak percaya untuk Ahmad Badawi, macam biasalah – ia tetap tak pergi ke mana, sebab speaker letak dia kat benda terakhir untuk dibincangkan.
Ada cara lain untuk beritahu Perdana Menteri yang dia dah tak dipercayai
Setiap tahun, kerajaan akan hantar belanjawan – bajet tahunanlah, supaya diorang tahu berapa dan kat mana diorang akan berbelanja. Kalau korang nak tahu – jika majoriti MP kat Dewan Rakyat tolak bajet tu, itu bermakna diorang kata – kitorang dah takde keyakinan kat kerajaan yang ada pada hari ni.
Dia macam cara halus nak sampaikan mesej kat kerajaanlah. Sebabnya kerajaan takde duit nak uruskan negara tanpa kelulusan belanjawan tu. Bila benda macam ni berlaku, Perdana Menteri akan berada dalam keadaan perlu letak jawatan, dan sekali lagi Agong kena putuskan siapa yang akan jadi Perdana Menteri.
Bukan setakat undi tak percaya je ada tau, ada gak undi percaya. Dia samalah macam undi tak percaya tadi, tapi bagi tujuan untuk beritahu orang yang diorang memang ada sokongan percaya kat peneraju negara.
Ada satu cerita ni, masa zaman 1970-an, bila Tun Razak masih lagi Perdana Menteri, masa tu Timbalan Perdana Menteri meninggal dunia, so dia kena pilih Timbalan Perdana Menteri barulah jawabnya. Ramai yang fikir dia akan ambik Timbalan Perdana Menteri dari MCA, last-last dia ambik Hussein Onn. Beberapa tahun lepas tu, Abdul Razak meninggal dunia – terus Hussein Onn jadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan!
Oleh sebab dia fikir – dah lah awal-awal dia bukan calon Timbalan Perdana Menteri, tiba-tiba pulak jadi Perdana Menteri dan siap pegang dua kementerian kat Kabinet, mestilah ada orang yang akan panas hati. So, adalah orang yang buat undi percaya kat dia, yang dimulakan oleh senator dan diluluskan oleh speaker. Dia just nak beritahu orang – dia dapat sokongan penuh.
“Tidak mudah kerana kita mempunyai pelbagai pakatan, parti dan ahli Parlimen dari pelbagai kawasan, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Setiap orang yang anda dekati untuk menyokong akan membuat tuntutan dan mendapatkan jaminan sebagai upah sokongan,”- Dr Muhammad Asri Mohd Ali, penganalisis politik Universiti Malaya, dipetik dari The Star
Tun Mahathir relaks je, dia nak tengok betulkan undi tak percaya ni akan dilakukan
Buat masa ni, Dr Mahathir chill je, dia masih nak tengok – betul ke ada undi tak percaya yang nak dilakukan terhadap dirinya. Apabila benda tu berlaku, dia nak tengok jugak – betulkan PAS akan sokong dia.
“Saya akan tunggu dan lihat jika ada undi tidak percaya. Saya akan lihat sama ada PAS akan menyokong saya atau tidak, “- Dr Mahathir, dipetik dari Straits Times
Macam biasalah, kita sebagai rakyat – tengok je apa akan jadi nanti. Kalau korang nak tahu, Parlimen akan bersidang 11 Mac ni. Meh lah kita tengok, adakah drama kat era Malaysia Baru ni akan terjadi atau tak. Kalau betul undi tak percaya akan dilakukan kepada Tun Mahathir, korang rasa apa yang akan jadi?
- 670Share sekarang!
- Email26
- Facebook644
- Share