- 410Share sekarang!
- Email13
- Facebook397
- Share
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Kalau korang ada nampak apa-apa scam yang kitorang patut tahu jugak, jangan lupa kongsikan dengan kitorang kat group Berita Betul Ke Bohong kita di Fesbuk.
Scams selalu akan jadi topik hangat kat Malaysia, sebabnya ada je kes-kes baru yang muncul setiap hari. Tak kisahlah korang ni pernah kena scammed, member korang kena scammed atau terbaca cerita orang kena scammed – mesti korang akan sedar yang benda ni boleh datangkan kesan yang boleh datangkan trauma (traumatik). Sebabnya, orang penat-penat kerja untuk dapatkan duit, senang-senang je orang tipu.
Kalau ikut satu kajian yang dijalankan oleh syarikat telekomunikasi Norway, Telenor Group, 46% responden dari Malaysia kata diorang pernah jadi mangsa internet scams. Dengan adanya internet, ramai je yang dah tahu macam mana detect scams. Tapi ada gak orang yang gunakan cara yang berbeza untuk tangani scammer. Cara paling senang, troll!
Hari ni kitorang akan sembang tentang enam orang Malaysia yang kenakan balik orang yang nak tipu diorang dengan cara yang paling epik. Korang mungkin boleh jadikan cerita ni sebagai inspirasi, kita mulakan dengan…
1. Uncle ni hantar gambar kereta yang dah dibakar kat scammer
Benda ni jadi kat seorang pak cik yang gunakan nama samaran Chee. Dia ni penjual berpengalaman yang jual Mercedes Benz kat Mudah.my.
Dia dapat mesej dari nombor bukan dari Malaysia, orang tu acah-acah nak beli kereta model Benz keluaran tahun 2015 dengan harga RM288,000. Bila mamat yang mesej uncle Chee tu terus mintak maklumat bank tanpa nak tengok kereta tu dulu, Chee ni pun dah mula rasa lain. Dia pun apa lagi, dia mula dengan bagi nombor akaun palsu yang dia reka.
Lepas je Chee bagi nombor akaun palsu dia, scammer tu kata dia kena bayar RM1,500 ‘yuran pengaktifan’, sebelum dia boleh dapat duit dia sebanyak RM288K tu. Nombor telefon scammer tu dari Nigeria, sebab ia bermula dengan +234.
Bagi sesiapa yang tak cakap Kantonis, “ham kah chan” maksudnya “semoga seluruh keluarga awak mati” dan “ba sang hor” pulak maksudnya sungai Klang.
2. Penculik kata diorang dah culik anak nenek tua ni, alih-alih diorang pulak kena marah!
Video ni pernah viral, tentang seorang perempuan tua yang nak ditipu oleh scammer. Dalam video tu, nenek ni tengah bercakap dalam bahasa Kantonis.
Scamer ni telefon nenek tu, beritahu dia yang diorang dah culik anaknya dan mintak RM200,000 kalau nak anaknya dibebaskan. Diorang tak beritahu banyak sangat tentang maklumat anak dia yang ditangkap ni. Cuba teka apa nenek tu kata? Dia siap marah kat ‘penculik’ ni. Bukan marah sebenarnya, lebih kepada leter. Macam mak korang marah kalau tupperware dia hilang.
“Anda katakan RM200k, anda mahu menakutkan saya hingga mati? Kami orang miskin, di mana saya akan mencari wang untuk anda? Saya tidak pernah melihat sejumlah besar wang dalam hidup saya,” – Kata nenek tu, dipetik dari WOF
Scammer tu pun marah dan jerit yang diorang ni bukan pemintak sedekah. Diorang kata, kalau nenek tu takde duit, tak bermaksud dia boleh kembalikan anak dia senang-senang macam tu je. Nenek tu pun tanya kalau dia boleh bayar secara ansuran kat scammer tu, berbanding bagi terus duit secara lump sum.
Nenek ni pun tanya nama orang yang kena culik (yang kononnya anak dia), tapi nampaknya scammer ni tak buat homework diorang, sebab scammer ni tak tahu nama anak nenek tu.
“Jika anda tidak tahu nama orang yang anda telah diculik, bagaimanakah saya sepatutnya membayar wang itu?” – Soal nenek tu, dipetik dari BOZ
Masa ni lah scammer tu fikir, hmmm, memang tak dapatlah nak tipu orang tua ni. Diorang pun mula maki-maki nenek ni, dan akhirnya scammer ni letak telefon.
3. Scammer ni kena scam balik, akhirnya diorang kena tangkap
Scammer pinjaman duit ni cuba nak tipu seorang uncle yang nama dia T.F Chay. Scammer ni cakap, dia boleh dapat pinjaman sebanyak RM30,000 kalau dia bayar untuk urusan ikut jalan belakang. Scammer ni tahu nama sebenar T.F Chay dan tahu sebab musabab permohonan pinjaman dia tak diluluskan.
Dia dah bayar sebanyak RM1,000 sebagai rasuah untuk pegawai bank proses permohonan loan dia, tapi dia mula persoalkan pinjaman ni sebenarnya sah atau tak. Bila dia diminta untuk bayar RM2,450 untuk urusan undang-undang, uncle ni tak boleh tahan sabar dah. Dia pun pergi melawat bank untuk tanya pasal skim pinjaman macam ni.
Dia diberitahu oleh bank yang pinjaman macam ni tak wujud. Apa lagi, dia pun cepat-cepat pergi kat Balai Polis Cheras dan buat laporan. Dia bekerjasama dengan polis untuk pancing scammer ni yang datang nak ambik duit. Akhirnya scammer tu ditahan pihak polis, masa diorang tengah adakan perjumpaan.
4. Ada orang berminat nak beli tahi hidung dengan harga 200K
Bila ada orang tiba-tiba mesej korang, dan kata nak bayar RM200K untuk beli tahi hidung korang, korang nak tak ambik duit tu? Inilah yang terjadi bila ada seorang penjual dekat Mudah.my ni buat apabila ada nombor dari Nigeria mesej dia.
Penjual ni yang hantar screenshots perbualan dia kat SIAKAP KELI, dia beritahu yang dia ni jual tahi hidung je. Dia kata benda ni bernilai. Apa lagi, scammer tu pun mintak orang ni untuk bayar ‘bayaran pengaktifan’ sebanyak RM550 sebelum dia boleh ambik duit sebanyak RM200,000 yang akan dibayar untuk tahi hidung.
“Dia marahi scammer tu, dedahkan pada scammer tu sebenarnya dia jual tahi hidung, dan terus scammer tu tak balas chat.”
5. Scammer ni fikir dia dapat tipu perempuan single ni, alih-alih dia dapat resit ada gambar monyet
Korang mesti pernah dengar tentang penipuan yang berlaku kat perempuan singlekan? Ada yang sanggup bagi banyak duit untuk keluar dari status single tu. Perempuan ni troll ‘love scammer’ kat Facebook yang gunakan akaun palsu dengan nama Johnson Chris, turut mengaku sebagai jurutera gas dan minyak.
Mamat yang mengaku orang ‘Amerika Syarikat’ ni nak trick dia untuk bayar RM3,500 untuk dapatkan hadiah mewah, sebelum barang tu katanya dihantar ke rumah,
Perempuan tu pun layan je lah, siap caci-maki scammer tu guna bahasa Melayu. Nombor tu memang betul pun dari Amerika Syarikat, dengan area code (831) ni dari California. Tapi grammar mamat ni teruk jugaklah, tak macam orang Amerika langsung.
Lepas kantoi, scammer tu tak balas apa-apa dah.
6. Scammer ni siap nak panggil FBI kalau dia tak dibayar RM477
Artikel ni ditulis oleh Hype, scammer ni mesej seorang wanita Malaysia yang bernama Baiti Al-Jannati untuk beli buku yang dia jual kat Carousell.
Scammer ni mengaku dia orang Malaysia yang tinggal kat Belgium tapi ada kakak yang tinggal kat Kedah. Bila dia transfer duit RM23 untuk beli buku tu, dia kata bank cuma bolehkan transfer duit dengan jumlah minima RM500. So, si Baiti ni kena pulangkan semula RM477 tu. Bank apa yang ada polisi macam ni? Dengar pun tahu tak logik.
Kalau Baiti tak bayar RM477 tu dalam tempoh sejam, scammer tu ugut yang bank akan ambik tindakan undang-undang. Lagi epik, dia kata FBI dan polis akan tangkap dia. Weh, FBI tu kerja kat Amerika, apasal pulak tiba-tiba ada kat Malaysia?
Orang tu mengaku orang Malaysia, sepatutnya dia fahamlah sikit-sikit bahasa Melayu, tapi dia tak. Sah-sah scammer. So Baiti pun hantar meme kat si scammer tu.
Macam mana pulak kalau orang tu tak bijak?!
Orang yang kami ceritakan kat atas adalah contoh orang Malaysia yang dapat kesan scammer dengan lebih awal, siap troll lagi. Tapi, sebenarnya ada je orang Malaysia yang tak perasan dan terjerat dengan penipuan.
1 daripada 5 orang Malaysia tak dapat kesan scams sebelum ia dah terlambat, dan duit pun dah terbang. Kitorang dapat maklumat ni dari kajian anak syarikat Digi Sdn Bhd, Telenor Group. Diorang juga dapat tahu 1 daripada 5 orang Malaysia pernah menjadi mangsa penipuan kat internet. Pada tahun 2014, Malaysia berada di tangga kelima di Asia Pasifik yang paling banyak terkena penipuan kat internet.
Tiga skim yang paling banyak scams di Malaysia adalah – ‘kerja dari rumah’ scams (30%), harga lelong (22%) dan password Facebook digodam (20%).
Bukan semua jenis scams yang kitorang senaraikan ni je ada. Ada banyak lagi cara nak menipu yang digunakan oleh scammers – contohnya penipuan pelaburan, scams EPF dan scams hartanah. Kalau nak tahu lagi pasal jenis-jenis scams ni, boleh klik kat sini.
Sentiasa ada je cara baru untuk kenalpasti scammer, selalunya diorang akan bagi maklumat yang cukup meragukan, ada masalah ejaan pada ayat diorang dan diorang selalu akan ada bayaran ‘pengaktifan atau bayaran pindahan wang’. Lepas tu diorang selalu push untuk korang cepat-cepat bayar.
Macam nak elakkan daripada ditipu oleh scammer?
Kitorang nak elakkan cakap macam penceramah bebas yang nak sampaikan syarahan tentang macam mana supaya tak kena tipu. Ada banyak je cara yang boleh elakkan dari diri dari terkena. Kitorang akan bagi 5 cara mudah untuk elakkan diri dan family korang daripada ditipu bulat-bulat kat internet.
- Jangan bayar ‘bayaran tambahan’ macam yuran pengaktifan/pindahan wang.
- Sentiasa dapatkan pandangan kedua, sebelum korang bagi duit kat sesiapa.
- Jangan post maklumat peribadi korang kat media sosial
- Guna ‘cash on delivery’ bila korang beli barang online
- Buatlah research sebelum korang beli apa-apa kat internet
Kalau korang ada dapat tawaran yang macam terlalu baik untuk jadi kenyataan, hahh…memang betul lah tu. Ingat, jangan jadi mangsa scammer yang seterusnya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kena scammed memang dah tak boleh buat apa dah…
- 410Share sekarang!
- Email13
- Facebook397
- Share