- 137Share sekarang!
- Email5
- Facebook132
- Share
(Sebelum tu, korang boleh sertai group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia untuk dapatkan lagi banyak info pasal berita palsu)
Sekarang pun tengah musim cuti dan kita semua berpusu-pusu balik ke kampung kan? Jadi, ada seorang peminat kami dia ada dapat mesej WhatsApp dari beberapa group yang bagitau pasal kadar saman Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang akan bermula pada bulan Februari. Tajuk mesej tu, ‘Sebelum Duit Anda Melayang’.
Mesej ni siap bagi link ke page FB milik JPJ yang nampak macam betul je…sampailah korang betul-betul klik pada link tu yang bawa korang ke page JPJ. Salah seorang penulis CILISOS rasa macam ada yang tak kena dengan mesej ni, jadi dia sendiri buat semakan sendiri di page FB JPJ untuk cari lagi pasal kadar saman yang baru ni.
Korang tenang je, duit korang takkan melayang macam tu je
Apabila penulis buat carian kat JPJ, rupa-rupanya dah ada paparan dari page tu yang menyatakan mesej WhatsApp yang tular tu adalah palsu!
“Jabatan Pengangkutan Jalan ingin merujuk kepada mesej berkenaan Sebelum Duit Anda Melayang yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. JPJ ingin menegaskan bahasa mesej atau kenyataan tersebut adalah TIDAK BENAR dan TIDAK PERNAH DIKELUARKAN oleh JPJ…”- Petikan dari FB JPJ
Dalam paparan tu, ada sebahagian orang yang rasa skeptikal mengenai pengesahan mesej tu sementara sebahagian yang lain mempersoalkan JPJ kalau kalau kadar saman tu memang sebenarnya tepat. Kami pun carilah kadar saman yang terbaru dan buat perbezaan dengan senarai yang ada dalam mesej tu.
Kalau korang antara yang tak terima mesej tu, sebenarnya ada 10 kesalahan yang disenaraikan kat dalam tu macam menghalang pemandu lain daripada memotong, tak pakai tali pinggang keledar dan membawa alat-alat seakan akan senjata macam palang besi dan pisau di dalam kereta. Setiap keselahan tu disertakan sekali dengan kadar sama.
Walau bagaimanapun, kami mendapati ada sebahagian kadar saman yang hampir tepat sementara sebahagian yang lain tak berapa tepat. Sebagai contoh, mesej tu menyatakan kadar saman bagi kesalahan menghalang pemandu lain memotong adalah RM300 dan ianya betul.
Dalam mesej bagitau, kalau kereta korang tak ada cerman sisi, korang akan disaman sejumlah RM100. Tapi, kami dapati korang boleh disaman bermula dari RM100 membawa kepada RM250, bergantung kepada berapa lama kesalahan tu dilakukan.
Dan sebahagian yang lain memang ke lautlah. Dalam mesej tu bagitau yang kadar saman bagi mereka yang pasang tinted glass adalah RM500 atau 2 bulan penjara. Tapi, waktu kami menulis ni, dilaporkan yang maksimum kompaun untuk kesalahan ni adalah RM300…dan tak sebut pun pasal penjara.
Kami dah berhubung dengan Ketua Pengarah JPJ, Dato Shaharudin yang bagitau kami yang kebanyakan denda JPJ biasanya RM300 lah secara purata. Kalau korang nak bandingkan kadar saman yang sebenar dengan yang dihantar dalam WhatsApp atau korang nak buat semakan cepat boleh buat kat sini.
Selain dari julah saman, kami juga mendapati…
JPJ sebenarnya dah sedar pasal mesej ni dulu
Tak macam video seorang budak kecil lelaki yang didakwa ada masalah otak kerana penggunaan telefon yang dah kami semakkan, JPJ dah pun sahkan yang mesej ni adalah palsu kepada umum. JPJ sebenarnya dah sahkan yang mesej ni palsu sehari sebelum penulis kami menerima mesej ni dalan WhatsApp! Pihak SKMM juga dah sahkan pasal mesej ni dalam Sebenarnya.my.
Walau bagaimanapun, kes video budak lelaki tadi nampaknya tak dapat dikesan siapa yang memulakan. Kami juga tertanya-tanya macam mana JPJ tahu mesej ni disebarkan dan Dato Shaharuddin bagitau yang pegawai JPJ juga ada menerima mesej ni!
“Saya menerima mesej ini juga. Itulah sebab kenapa kami tahu pasal mesej WhatApp ni.”- Dato Shaharuddin bagitau CILISOS
Selepas mendapati yang mesej palsu ini digunakan secara meluas dalam WhatsApp sejak pertengahan Januari, Dato Shaharuddin bagitau kami yang JPJ dah failkan aduan kepada SKMM, di samping membuat pengesahan di page Facebook tentang perkara yang berlaku. Walau bagiamanapun, dia tak dapat cari siapa yang buat benda ni. SKMM juga menambah, mereka hanya boleh mencari penjenayah ni berdasarkan aduan dan laporan yang dibuat oleh pengadu dan orang awam.
“Selagi mesej WhatsApp ini tak menyebabkan kekacauan, tiada keperluan untuk secara spesifiknya mencari siapa yang memulakannya. Tapi, kami telah membuat satu laporan kepada SKMM.”- Dato Shaharudin bagitau kami
Dia juga menambah dengan mengatakan inilah langkah-langkah yang JPJ lakukan apabila berdepan dengan berita palsu macam ni. JPJ juga pernah dapat berita palsu macam ni pada taun 2016. Di sana ada dakwaan yang menyatakan JPJ telah meningkatkan jumlah kompaun kepada RM2000 untuk mereka yang menggunakan tingkap tinted pada kereta mereka melebihi had yang ditetapkan. JPJ dah menafikan dan mengesahkan kompaun hanya maksimum RM300.
WhatsApp dah jalankan tugas diorang untuk halang fake news dan korang juga boleh
Kalau korang update WhatsApp korang dan mendapati yang korang dah tak boleh forward mesej lebih daripada 5 orang, korang jangan risau. WhatsApp korang elok lagi cumanya aplikasi tu dah umumkan had untuk forward mesej untuk menghalang berita palsu.
Kadang kala, admin group WhatsApp boleh didakwa kalau mereka didapati menghantar atau membenarkan ahli kumpulan berkongsi berita yang belum disahkan dalam WhatsApp. Kami ada tulis pasal benda ni kat sini.
Ini mungkin satu langkah yang bagus sejak laporan yang mengatakan bahawa 84% orang Malaysia menerima berita palsu atau berita yang tak disahkan dari WhatsApp. Mungkin ramai antara korang yang cakap bahawa mereka yang kongsi mesej ni niat diorang baik. Memang betul. Biasanya mereka yang berkongsi mesej ni kerana mereka peka terhadap orang lain. Tapi ianya mungkin berbaloi untuk kita semak pengesahan mesej sebelum berkongsi kepada orang lain.
“Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati apabila berkongsi mesej yang belum disahkan. Tambahan pula, kami menggalakkan orang awam untuk memainkan peranan mereka untuk mengingatkan dan menegur antara satu sama lain supaya tidak berkongsi berita palsu.”- SKMM bagitau CILISOS
Walaupun mesej tu korang terima dari mak cik, pak cik atau kawan-kawan korang pasal kadar baru saman JPJ, ia satu penipuan. Apa yang pasti, JPJ akan menjalankan operasi bermula 29 Januari hingga 12 Februari bersempena Tahun Baru Cina. Dilaporkan juga yang polis akan mengeluarkan saman mandatori di tempat kejadian sebanyak RM300 jika korang melakukan kesalahan macam memandu di loraong kecemasan dan terlebih laju dan beberapa senarai kesalahan yang lain.
Sebagai maklumat tambahan, kalau korang menerima nasib yang sama macam penulis kami dan menerima berita palsu (nak nak lagi dalam WhatsApp), korang boleh post kat dalam group Berita Betul Ke Bohong Malaysia dan kita boleh siasat bersama sama ada berita tu betul ke palsu.
- 137Share sekarang!
- Email5
- Facebook132
- Share