Pencuri motosikal makin bijak, cuba teka sehari berapa banyak motosikal hilang?

Ini teka-teki simple untuk korang: Di antara motosikal dan kereta, korang rasa mana yang lebih banyak kat Malaysia?

Cuba korang kira berapa banyak kereta yang ada kat dalam tu. Imej dari RentGuard

Nisbah jumlah kereta dan motosikal adalah berbeza-beza ikut negeri, jumlah keseluruhan kereta lebih banyak dari motosikal. Jumlah kereta lebih kurang 300,000 unit lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan motosikal. Jumlah lebih tepat – 13,288,797 kereta berbanding 12,933,042 motosikal. Walaupun jumlah motosikal lebih sedikit, tapi diorang lebih banyak terlibat dalam kemalangan.

Ada kajian kata 68% daripada kecederaan akibat kemalangan dan 50% daripada kematian kat jalan raya melibatkan pengguna motosikal. Apasal Soscili tiba-tiba cakap pasal kereta dan motosikal pulak ni? Sebabnya, Loanstreet baru je lancarkan servis untuk perbaharui insurans secara online. Kenyataan media diorang banyak cakap pasal benda ni lah.

Nampaknya, kat Malaysia motosikal lebih banyak dicuri berbanding kereta. Tapi berapa banyak? Meh kitorang cerita…

Secara purata, 87 buah motosikal dicuri sehari

Polis dengan bahagian-bahagian motor yang dicuri. Imej dari UTUSAN

Sebenarnya ada ukuran jenis jenayah yang kerajaan akan guna untuk tentukan senakal mana orang Malaysia, dan benda ni dipanggil indeks jenayah. Salah satu daripadanya adalah jenayah mencuri motosikal. Jenayah curi motor ni adalah yang paling banyak dilakukan setakat ni, dan pada tahun 2017 – ada 31,577 kes curi motor yang dilaporkan. Cuba teka untuk kereta berapa banyak? 8,482 kes je.

Jumlah kes kecurian motor ni jugak beza mengikut negeri, dan Selangor jadi negeri yang paling banyak kes (7,945 kes) dan Perlis yang paling sikit (186 kes). Di kebanyakan negeri, kes curi motor adalah indeks jenayah paling biasa. Ada pencuri motosikal yang kerja secara berpasangan. Diorang gunakan banyak taktik – termasuklah pecahkan ‘handle lock’, hidupkan enjin guna master key atau gunakan kunci Allen dan potong suis enjin untuk hidupkan enjin motor.

“Kaedah yang lebih rumit melibatkan pencuri akan mencurahkan asid atau cecair nitrogen untuk memecahkan kunci, menggunakan kunci diubahsuai atau diduplikasi, atau mengangkut kenderaan dengan menggunakan van atau trak,” – Datuk Hasnan Hassan, Ketua Polis Perak, dipetik dari The Star

Sindiket curi motosikal ni siap libatkan budak dari sekolah menengah lagi. Mesti korang tertanya-tanyakan? Apa jadi kat motosikal yang kena curi tu? Biasanya motosikal ni akan dijual dengan harga yang lebih rendah. Biasalah, barang curikan. Contohnya, kat Sibu, Sarawak – kebanyakan motosikal yang dicuri akan dijual kat pekerja ladang kelapa sawit dengan harga RM500 hingga RM700. Kat Shah Alam pulak, motosikal tu boleh dijual dari RM500 hingga RM700, siap boleh bayar ansur-ansur lagi!

Imej dari Giphy

Kalau motosikal curi tu tak dijual murah, ia mungkin akan dipisah-pisahkan sebagai alat ganti. Sebab tu motosikal macam Yamaha 125 dan Honda EX5 kena curi lebih banyak. Kalau korang pemilik motosikal, mesti korang akan terfikir…

So, apa yang kita boleh buat untuk halang pencuri-pencuri ni?!

Melainkan badan korang memang dah melekat kat motosikal, korang tetap kena tinggalkan motosikal. Maknanya kebarangkalian untuk motor korang dicuri tu tetap ada. Ada beberapa cara yang korang boleh cuba untuk elakkan motosikal kena curi – cara paling senang parkir kat tempat yang selamat (klise). Tak pun, korang boleh laburkan duit untuk sistem penggera motosikal, atau guna kunci yang susah nak dibuka.

Apa lagi, tidur tepi motorlah! Imej dari Harian Metro

Datuk Hasnan Hassan nasihatkan pengguna motosikal untuk lebih berhati-hati, dan jangan tinggalkan kunci kat motor atau biarkan enjin hidup walaupun dalam tempoh yang singkat.

“Saya menasihatkan pemandu untuk mendapatkan kunci yang lebih kuat. Pemilik motosikal juga perlu melabur untuk sistem penggera anti-kecurian atau meletakkan tanda pada kenderaan. Mereka juga perlu untuk mengelakkan tempat letak kereta di kawasan terpencil, “- Datuk Hasnan Hassan, Ketua Polis Perak, dipetik dari The Star

Oleh sebab pencuri motosikal akan sasarkan jenis motosikal tertentu, tutup motosikal korang adalah salah langkah untuk kurangkan kebarangkalian motosikal kena rembat. Satu lagi, jadikan motosikal korang unik (senang dicam dan lain daripada yang lain) pun boleh bantu elakkan motosikal korang dari dirembat.

Kalau korang guna rantai untuk kunci motosikal korang, ada yang sarankan untuk sambungkan rantai tu kat frame motor, bukan kat tayar. Sebab tayar boleh ditanggalkan. Tapi kalau tak dapat, guna rantai kat tayar belakang, sebab tayar belakang lagi susah nak ditanggalkan. Dan yang paling penting, rantai motosikal tu kat benda-benda yang tak boleh digerakkan!

Rantai kat sini. Imej dari The Borneo Post

Ada banyak benda lagi korang boleh try, bermula dari letakkan GPS sampailah tahap tanggalkan clutch atau tanggalkan spark plug masa tengah parking. Benda ni untuk kurangkan kebarangkalian motosikal kurang dicuri, tapi…

“Walaupun motosikal yang ada sistem keselamatan secukupnya, tetap akan dicuri,” – Raja Sharom Raja Abdullah, Ketua Polis Melaka, dipetik dari Star Property

So, boleh ke motosikal yang dicuri dapat balik?

Motosikalku, cinta hatiku. Imej dari Giphy

Kadang-kadang, kita dah jaga barang tu gila babi, tapi tetap kena curi jugak. So bila benda macam ni berlaku – Ketua Polis Padawan chief Supt Aidil Bolhassan sarankan korang beritahu pihak polis secepatnya, sebelum isi borang laporan polis lagi. Benda ni akan bolehkan polis kat kawasan tu untuk ambik tindakan segera, dan tingkatkan kebarangkalian korang dapat semula motor tu.

“Jadi sebelum melaporkan kenderaan anda dicuri, hubungi balai polis terdekat untuk berikan butiran terperinci mengenai kenderaan anda. Tindakan segera anda akan meningkatkan kemungkinan polis mencari kenderaan curi atau pencuri,” – Supt Aidil Bolhassan, dipetik dari Borneo Post

Untuk dapatkan motor tu semula pulak, ada yang terus dapat motosikal diorang lepas laporkan kat polis. Ada pulak yang dapat lepas dua tahun, dan ada yang tak dapat langsung. Ish ish ish. Balai Polis Padawan ni catatkan 40% kadar dapat semula (suku pertama tahun 2017) untuk kenderaan yang dicuri. Kat Melaka pulak, dari laporan tahun 2012, kes yang dapat diselesaikan lagi rendah – 17% je.

Rangka motor dan enjin yang dibuang ke sungai. Imej dari NST

Macam yang kitorang kat Soscili dah tulis kat artikel sebelum ni, kadar jenayah dah turun sikit sejak kebelakangan ni, kemungkinan sebab pihak polis dah pun tingkatkan jumlah rondaan dan pegawai yang ada untuk memantau kegiatan jenayah. Tapi kita tak capai lagi tahap kecurian motosikal dah tak jadi jenayah biasa, sebabnya kes kecurian motor masih banyak lagi.

Dan kitorang ada lagi statistik yang menarik tentang benda ni…

Lebih daripada 9 juta motosikal yang ada kat Malaysia ni takde insurans (kereta pun ada…)

Macam yang kitorang dah cakap awal-awal tadi, Loanstreet ada tawarkan servis untuk perbaharui insurans motor, dan salah satu sebabnya – diorang dapat tahu ada jumlah yang besar motosikal dalam negara ni yang takde insurans. Oleh sebab motosikal wajib ada insurans, so ni maksudnya diorang pun tak ada cukai jalan yang sah.

Tapi berapa banyak motosikalkan? Kalau ikut statistik JPJ tahun 2018, daripada 29 juta lebih kenderaan yang ada, cuma 19 juta je yang perbaharui cukai jalan diorang.  Maksudnya ada lebih kurang 10 juta yang 95% adalah motosikal – dan diorang ni bawak kenderaan tanpa cukai jalan dan insurans.

Motor ni tak perlu cukai jalan. Imej dari Iffrinaqil

“Kami ingin mendapatkan bilangan penunggang motosikal yang tidak diinsuranskan di luar jalan dengan menyediakan perkhidmatan agensi insurans dalam talian yang cepat dan mudah, dan kami juga ingin menawarkan perkhidmatan agensi insurans kereta – dalam talian yang boleh diselesaikan melalui telefon pintar dalam hanya lima minit” – Jared Lim, Pengarah Urusan Loanstreet

Contoh grant dan cover note. Imej Saharol and Etiqaslink.

Nak buat benda senang je – korang cuma perlukan laptop atau telefon, dan yang penting ada motosikal leh. Korang cuma perlukan geran motosikal, insurans cover note, dan borang online banking atau kad kredit . Korang cuma perlu klik kat sini! (dalam masa yang sama bantu Soscili dapat bahagian kecil, hew hew)

 

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka