Curi kapal dan kanibalisme: Kenapa penjajahan Belanda di Tanah Melayu jarang diceritakan sejarah kita?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.

Pada 14 Januari lebih kurang 378 tahun yang lepas, Belanda secara rasminya berjaya menawan Melaka. Kubu Pertahanan Portugis pula masih lagi wujud sampailah ke hari ni. British pula yang terapkan macam mana sistem undang-undang dan pendidikan kita. Jepun menyerang seluruh generasi dalam konflik global terbesar dalam sejarah manusia. Tapi bila datang kepada Belanda pula, tak banyak yang ada dalam fikiran kita, kan? Kalau korang power, ambik kuiz ni sekarang!

Kalau jawapan korang D) Tiada satu pun di atas, betul dah tu. Apa yang lebih menarik, Belanda yang paling lama bertapak kat Nusantara ni, iaitu (lebih 183 tahun berbanding Portugis iaitu 130 tahun, 171 untuk British dan 3+ untuk Jepun). Tapi nampaknya… ramai yang tak sedar tentang kedatangan Belanda suatu masa dulu. Steven Wu, seorang graduan MIT, menerangkan pengaruh Belanda seperti:

“Warisan zaman penjajahan Belanda hanya terdapat di beberapa bangunan merah di Melaka dan ini tidak lebih daripada perasaan ingin tahu pelancong dari era yang lampau.” – Steven Wu di Quora

Bnagunan ikonik yang confirm korang pernah tengok bila ada kat Melaka. Imej dari commons.wikipedia
Bila kitorang kaji lebih lagi, kitorang dapati yang cerita pasal Belanda kat Malaya ni sangat, sangatlah menarik dan tak pernah diceritakan dalam buku teks kita. Dan sebab ni la kitorang sembang dengan korang.

Belanda tiba, curi sebuah kapal (untuk menarik perhatian Sultan) dan melantik seorang peguam olok-olok

Lebih kurang macam ni la kot apa yang terjadi…

Kalau korang baca balik buku Sejarah, korang akan jumpa di mana sejak tahun 1511, Melaka berada di bawah jajahan Portugis yang memaksa kesultanan Melaka keluar, membentuk Kesultanan Johor yang baru. Kalau korang ingat, Melaka adalah salah satu pelabuhan yang paling strategik di seluruh wilayah.

Yang bagusnya, selat Melaka masih lagi penting hari ini. Imej dari chinausfocus.com

Pada masa tu, Belanda ni boleh diibaratkan macam remaja yang berjaya berpindah keluar dari rumah mak bapak diorang (sebab mereka ni baru je memberontak terhadap Sepanyol), dan juga curi kereta bapak diorang (mereka juga berjaya mencuri beberapa peta Portugis).

Jom mengembara dan menjajah!!!