- 1.4KShare sekarang!
- Email12
- Facebook1.4K
- Share
Salah satu perkara yang tak dapat dijual beli dalam dunia ni adalah bakat. Sebab tu jugalah pepatah Melayu ada menyebut – “Benih yang baik dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau”.
Dan itulah yang dikecapi oleh seorang pereka grafik Malaysia, Firdaus Mustapha yang baru-baru ni memenangi anugerah rekaan poster filem terbaik di Portugal!
Academia Portuguesa de Cinema (Akademi Sinema Portugis) dah memberikan Anugerah Sophia kepada Firdaus hasil dari rekaan posternya untuk filem Carga (2018) arahan Bruno Gascon.
Berdasarkan maklumat, Carga ni adalah filem thriller Portugal, mengisahkan tentang seorang wanita Rusia yang terperangkap dalam satu sindiket penyeludupan manusia.
Walaupun macam tu, filem ni tak ditayangkan di Malaysia dan ramai yang tak sedar sebenarnya Malaysia ada insan yang cukup berbakat macam Firdaus.
Academia Portuguese de Cinema – organisasi filem berprestij di Portugal
Sebelum kita bercerita lebih lanjut, Academia Portuguesa de Cinema ni sebenarnya adalah satu non-profit organisation di Portugal yang mengumpulkan pembikin-pembikin filem di sana untuk bertukar idea dan kemahiran bagi pembangunan industri filem Portugal.
Melalui akademi ini, diorang juga berhubung dengan beberapa pertubuhan filem lain di Eropah. Pada setiap tahun pula, diorang akan adakan Anugerah Sophia untuk beri penghargaan kepada pembikin-pembikin filem Portugal.
Selain tu, sesuai dengan statusnya sebagai sebuah akademi, maka pelbagai aktiviti juga dijalankan macam latihan, pameran, pertunjukan dan forum bagi menyemarakkan lagi industri filem Portugal.
Firdaus dah reka banyak poster filem dan menang beberapa anugerah antarabangsa
Berdasarkan maklumat yang kitorang dapat, Firdaus ni sebenarnya adalah pengarah seni freelance dan dah ada lebih dari lapan tahun pengalaman dalam kempen filem dan televisyen.
Syarikat-syarikat yang pernah jadi client Firdaus juga bukan calang-calang, antaranya adalah seperti The Weinstein Company (TWC), HBO, FX, The CW, Leroy & Rose, The Refinery Creative, Market Reactive, Compound B, Filmtrek Pictures, Bleiberg Entertainment, Patrick Ecclesine, Creart Portugal dan banyak lagi.
Firdaus juga hasilkan beberapa lagi poster filem dan siri TV di dalam dan luar negara. Antaranya macam – Pekak (2015), Show Me a Hero (2015), Sing Street (2016), Taboo (2017), Savage Dog (2017), Pulang (2018) dan Brexit (2019).
Lagi gempak, Firdaus sebelum ni dah menang beberapa anugerah:
- Silver Award – Best Interstitial, PromaxBDA Asia Awards 2010
- Best Poster – “Belukar” – Malaysia Film Festival 2010
Jadi tak dapat dinafikan lagi yang Firdaus ni memang berbakat dan bakatnya tu diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa. Cuma apa yang menyedihkan, bakat sebegini selalu je dipandang sepi dan kurang mendapat liputan oleh media dan masyarakat tempatan.
Looking forward to The Pay Up with @TheScottAdkins and @louismandylor written and directed by Jesse V. Johnson. Here is the badass (unofficial) spec poster by Firdaus Mustapa #LifeOfAction #ThePayUp pic.twitter.com/kGgyMDs79q
— Mike Fury (@TheMikeFury) November 20, 2017
Banyak bakat Malaysia yang telah menyinar di serata dunia
Sebenarnya, pengiktirafan bakat tempatan di pentas antarabangsa bukanlah baru dan banyak kejayaan yang telah dicatatkan.
Contohnya, tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut pada akhir Mei tahun lepas dah mengharumkan nama negara apabila menang dalam Pertandingan Akhir Projek Nuklear di Gyeongju, Korea Selatan.
Lebih awal dari tu, filem – ‘Terbaik Dari Langit’ berjaya meraih anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015).
Dua novel terjemahan dari Malaysia – Tree of Sorrow karya Malim Ghozali Pk dan The Michelangelo Code (Nazehran Jose Ahmad) juga pernah termasuk dalam senarai panjang calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin 2016.
Jadinya kat sini, kejayaan yang dikecapi oleh anak tempatan sepatutnya mendapat perhatian dan perhargaan sewajarnya dari negara. Jika bukan kita yang menghargai, siapa lagi?
- 1.4KShare sekarang!
- Email12
- Facebook1.4K
- Share