Macam mana Interpol nak tangkap Jho Low sedangkan mereka tak dibenarkan tangkap sesiapa?

(This article is a translation. For original, visit our sister site, CILISOS.MY)

[Trivia: Mak cik dalam gambar tu sebenarnya Wan Azizah Michelle Yeoh, masa dia berlakon jadi ejen Interpol yang memburu penjenayah di Malaysia dalam filem dengan Jackie Chan, Police Story 3: Super Cop.]

Rasanya tak perlulah kita perkenalkan lagi siapa Jho Low. Dia ni ahli perniagaan yang berkait rapat dengan kes 1MDB, dan kebanyakan berita tentangnya sekarang adalah macam mana pihak berkuasa tengah mengesan kat mana dia ni sekarang, dan macam mana nak bawa balik dia ke Malaysia supaya sistem perundangan negara boleh menilai kesalahan dia.

Perkembangan terbaru setakat artikel ni ditulis ialah Low Taek Jho (nama penuhnya) dan Low Hock Peng (bapanya) menghadapi sembilan pertuduhan untuk penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya mendapatkan waran tangkap bagi kedua-dua mereka.

Tapi, waran tangkap hanya berfungsi kalau mereka ada di Malaysia, jadi diorang ni mestilah takkan nak saja-saja balik Malaysia melainkan kalau diorang rindu nasi lemak atau nak makan durian Musang King. Disebabkan keengganan mereka balik ke Malaysia untuk diadili, jadi PDRM dah pun mengemukakan permohonan notis merah daripada Interpol bagi mengesan dan menangkap mereka. Wah, serius betul bunyinya, ye?

Interpol sebenarnya tak boleh sesuka hati tangkap orang, tapi mereka boleh…

Carian Google mampu mendidik kalau digunakan sebaiknya. Screenshot dari Google

Kalau korang pernah tengok filem Now You See Me atau Hitman, korang mesti terbayang scene kereta main kejar-kejar, cuba korang bayangkan Jho Low cuba lari dari Interpol dengan kereta mewanya, sampai ke pelabuhan, dan kat situ pulak dia disambut oleh sebuah helikopter yang dah siap sedia untuk terbang meninggalkan Interpol yang nampak tak cool… tapi realitinya, kisah Jho Low ni bukanlah macam arahan Michael Bay.

Tak macam apa yang digambarkan filem, Interpol sebenarnya hanyalah rangkaian polis merentasi 192 negara yang bekerja bersama-sama untuk menumpaskan jenayah antarabangsa, terutamanya dengan berkongsi maklumat dan menyelaraskan polis di negara-negara yang berbeza.

Ejen Interpol juga takde kuasa untuk menangkap sesiapa, tapi mereka wujud di setiap negara anggota melalui jabatan khusus polis tempatan yang dinamakan Biro Pusat Kebangsaan (NCB). NCB Malaysia adalah sebahagian daripada Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, dan secara langsung di bawah arahan IGP.

Kitorang tak jumpa gambar Interpol Malaysia, so… yang ni jadilah, kan? Imej dari Slate
Pendek kata, Interpol bukanlah sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang global yang menangkap penjenayah, tapi lebih kepada agensi yang membantu pasukan polis negara anggota untuk menghentikan jenayah. Salah satu caranya adalah dengan mengeluarkan notis khas dengan warna-warna yang berlainan sebagai amaran kepada negara-negara anggota mengenai beberapa perkara, termasuk kes orang hilang (kuning), tubuh yang tak dikenali (hitam), ancaman keselamatan awam (jingga) dan dalam kes kali ni, orang yang dikehendaki (merah).
Untuk membolehkan Interpol mengemukakan notis merah, polis negara tu pertama sekali mestilah mendapatkan waran tangkap (atau mana-mana dokumen undang-undang yang menunjukkan orang ni dikehendaki disebabkan jenayah). Lepas tu, mereka kena susun butiran yang relevan, dan kemudian meminta Notis Merah melalui NCB negara. Sekiranya permohonan tu mematuhi syarat, Ketua Sekretariat Interpol akan menyiarkan notis tu, dan polis di seluruh negara anggota kemudian akan dimaklumkan mengenai orang tu.
Jadi bila Interpol keluarkan Notis Merah untuk Jho Low dan bapanya, nampaknya mereka takde tempat untuk melarikan diri. Walau bagaimanapun …

Notis Merah semata-mata boleh bawa Jho Low pulang?

Antara orang yang dikehendaki di Malaysia, dan dikenakan Notis Merah. Screenshot dari Interpol

Setakat penulisan ni, sebanyak 51 rekod orang dengan Notis Merah yang dikehendaki kerajaan Malaysia, dan ianya boleh dilihat oleh orang awam sendiri. Malah, ada antara Notis Merah ni dah dikeluarkan, lebih sedekad! Antara orang dikehendaki yang paling popular adalah Sirul Azharyang didakwa membunuh Altantuya. Sirul lari dari hukuman gantung, dan menurut seorang ahli Interpol, dia melarikan diri ke Australia. 

Tapi, walaupun kita ada perjanjian ekstradisi dengan Australia (satu perjanjian untuk menghantar balik penjenayah di antara negara), undang-undang Australia menghalang ekstradisi orang yang bakal berdepan dengan hukuman gantung, menyebabkan kes ni nampaknya juga tergantung setakat ni. Nak pindahkan penjenayah ke negara lain pula bukanlah sesuatu yang mudah juga. Dalam kes Jho Low, dia dipercayai menyorok di Taiwan atau China.  

Tapi, Taiwan tu sebahagian dari China. Imej dari emaze.com

Malaysia pula takde perjanjian ekstradisi atau hubungan diplomatik dengan Taiwan (sejak tahun 1974), dan Taiwan juga bukanlah ahli Interpol. Ada kemungkinan untuk dapatkan Jho Low dari Taiwan, tapi proses tu agak rumit dan ia juga bergantung kepada budi bicara Taiwan. Bagaimanapun, Malaysia ada perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan China, dan sesetengah pakar percaya, kat situlah Jho Low menyorok.

“Jho Low boleh mengambil kesempatan daripada hubungan antara Malaysia dan China sekarang berikutan pembatalan beberapa projek mega. Ia diyakini… yang dia mempunyai seorang datuk bergelar jutawan di China…

Jadi bila Notis Merah Interpol sampai, negara-negara kuat seperti China dan Rusia kadang-kadang mengabaikan notis itu dan Interpol tak boleh memaksa negara anggota untuk menangkap seorang individu, “- Azmi Hassan, pakar geostrategis kepada NST.

Jadi, macam tu la. Notis Merah mampu diabaikan, dan ia bergantung kepada setiap negara untuk menentukan kepentingan undang-undang untuk Notis Merah. Interpol juga tak boleh memaksa mana-mana negara anggotanya untuk menangkap dan mengekstradisi orang yang ada Notis Merah. Korang mesti fikir yang Notis Merah ni macam tak power. Tapi…

Notis Merah boleh jadi satu perkara yang sangat menakutkan

Kejarlah kalau boleh. Imej dari Cilisos.my

Walaupun tadi kitorang bagitahu yang Notis Merah ni macam takde guna kalau negara tu tak nak bagi kerjasama, tapi ia sebenarnya boleh jadi satu ‘senjata’ berbahaya kalau jatuh di tangan yang salah.

Notis Merah mampu memberikan segala maklumat penting terhadap orang yang dikehendaki, di mana pihak berkuasa di setiap negara anggota mungkin berkongsi maklumat kritikal mengenai seseorang tu, dan memberitahu pegawai sempadan untuk mengenalpasti mereka, menjadikan perjalanan mereka melarikan diri lebih sukar. Malah, Notis Merah juga boleh menyebabkan akaun bank antarabangsa seseorang ditutup.

Imej dari mememaker

Secara ringkasnya, bila Notis Merah dikenakan, korang susah nak berjalan dalam kejiranan korang yang penuh dengan mak cik bawang yang akan bercerita pasal korang, pastu semua orang yang korang tak kenal pun akan ambik tahu pasal korang dan setiap langkah korang diperhatikan. Dan walaupun sesetengah negara boleh mengabaikannya, tapi ia masih sebuah waran tangkap yang sah, dan mereka perlu buat sesuatu.

Baru-baru ni, Moscow dikatakan cuba untuk mendapatkan Notis Merah untuk lelaki ni (Bill Browder) … kerana mengkritik Putin. Imej dari VOA News.

Pada masa lalu, terdapat banyak kes kerajaan dengan rekod hak asasi manusia yang meragukan, iaitu dengan menggunakan Notis Merah untuk menangkap musuh politik. Ia menyebabakan pembangkang dan aktivis ditangkap dalam perjalanan dan menghabiskan masa di penjara luar negara ketika mereka berusaha melawan ekstradisi, atau lebih teruk – diekstradisi dan dianiaya.

“Ia bukanlah seperti memerangi pertuduhan jenayah. Notis Merah boleh jadi lebih berkuasa berbanding sistem kehakiman – tanpa sebarang perlindungan… Ia tak mendakwa anda; ia menganiaya anda.“- Kyle Parker, Suruhanjaya Helsinki A.S., seperti yang dilaporkan oleh Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan.

Kuasa ni pula bergantung kepada Interpol, yang mendakwa mereka bebas dari pengaruh politik dari mana-mana negara. Yang membimbangkan, Interpol pernah dapat pertuduhan rasuah, dan ada yang kata mustahil untuk mengetahui ada beberapa Notis Merah Interpol digunakan untuk alasan politik, kerana sifat Interpol tidak telus (ia tidak perlu berkongsi data dengan siapa saja, atas nama melindungi maklumat sensitif).

Walau bagaimanapun, Interpol secara amnya dilarang oleh Perkara 3 Perlembagaannya untuk terlibat dalam kes-kes yang bersifat politik, perkauman, agama atau mengenai tentera negara, jadi pemeriksaan dilakukan sebelum Notis Merah dikeluarkan.

Raja Petra juga dikatakan mempunyai dua waran tangkap di Malaysia. Imej dari The MalaysianTimes.

Contoh terdekat adalah kes blogger Raja Petra Kamaruddin, di mana kerajaan Malaysia pernah cuba untuk mendapatkan Notis Merah. Percubaan tu gagal, di mana dia dilihat sebagai  ‘pelarian politik’ berbanding seorang penjenayah.

Kalau Jho Low mampu pujuk orang dengan mengatakan dia juga seorang pelarian politik walaupun dengan pertuduhan terhadapnya, ada kemungkinan dia takkan diberi Notis Merah. Kalau ada pun, masih ada banyak perkara yang boleh dilakukannya, seperti membalikkannya atau menangguhkan ekstradisi itu.

Kalau lari setempat dikira juga ke? Gif dari tenor
Dengan hal ni, kita semua mesti terfikir…

Senang je ke sebenarnya untuk lari dari keadilan?

Imej dari Superchan blogspot.

Mungkin tak ramai yang sedar, tapi dua tahun lepas, Singapura dah pun meminta (dan berjaya dapatkan) Notis Merah untuk kedua-dua Jho Low dan Tan Kim Loong, salah seorang rakan perniagaannya. Tapi kami tak dapat mengesahkannya di laman web Interpol awam memandangkan pemberitahuan itu takde di sana.

Walaupun Notis Merah dikemukakan dan bekas kerajaan Malaysia memburu dia, dia berjaya menyeberangi sempadan Macau, dan mungkin berjaya keluar juga. Perkara ni dikatakan terjadi sebab takde permintaan formal untuk menangkapnya. Dan perkara ni sekali lagi menimbulkan persoalan: Susah ke sebenarnya nak tangkap seseorang yang berada di luar negara?

Mana engkau ni??? Gif dari kontraband

Berdasarkan bilangan Malaysian Red Notices, mungkin agak sukar. Sesetengah daripadanya begitu kabur sehingga tiada apa yang dapat dijumpai di dalam berita itu. Manakala Sirul dan Michael Soosai, yang kita pun tahu diorang ada, tapi tetap terhalang daripada diekstradisi buat masa ini.

Kitorang juga tak jumpa data baru, tapi pada tahun 2002 Interpol mengeluarkan kira-kira 1,300 Notis Merah baru dan kira-kira 7,450 Diffusions (macam Notis Merah, tapi kurang formal), yang membawa jumlah itu kepada sekitar 30,000 Notis Merah dan Diffusions dalam edaran pada masa itu. Sebaliknya, pada tahun itu 1,200 orang ditangkap kerana notis tu.

Imej dari  Makeameme.

Macam yang korang boleh tengok sekarang, walaupun dengan adanya Notis Merah, sebenarnya masih susah untuk bawa balik Jho Low disebabkan  proses yang berbeza di antara negara-negara lain. Nampaknya kita kena tunggu je kesudahan kisah Jho Low vs Kerajaan Malaysia.