- 524Share sekarang!
- Email42
- Facebook482
- Share
Semakin dekat kita dengan pilihanraya, semakin dekat la kita dengan macam-macam gambar ahli politik berjiwa rakyat kat Facebook, dan antara pilihan kegemaran kami adalah:
Gambar MB Pahang, Adnan Yaakob naik basikal:
…gambar MB Pahang, Adnan Yaakob tanggal kasut dalam majlis.
…dan video Zahid Hamidi mintak maaf atas kelakuan MB Pahang, Adnan Yaakob:
Eh tapi artikel kali ni bukan nak cerita pasal Adnan Yaakob, tapi nak cerita pasal pemimpin-pemimpin senior kita. Tapi kami tak buat research kompleks macam INVOKE atau petik portal antarabangsa macam Malaysiakini. Kajian SOSCILI simple je, takde santifik pun, hanya berdasarkan likers kat Facebook masing-masing, iaitu:
- Facebook Tun Mahathir (2.5M fans), 296 status dikira semenjak 24/2/2016
- Facebook Najib Razak (3.3M fans), 1240 status dikira semenjak 24/2/2016
- Facebook Anwar Ibrahim (1.6M fans), 1024 status dikira semenjak 24/2/2016
- Facebook Hadi Awang (333.7K fans), 558 status dikira semenjak 24/2/2016
- Facebook Lim Kit Siang (341.2K fans), 1279 status dikira semenjak 24/2/2016
Kenapa kira daripada 24/2/2016? Sebab pada tarikh tu Facebook mula perkenalkan emoji (like, love, haha, wow, sad, angry). Of course la ramai yang tekan ‘Like’ secara automatik, jadi kita kira emoji yang lain. Dan ini apa yang kami dapat…
(Data adalah paling terkini sehingga 17/9/2017)
1. Likers Tun Mahathir paling ramai sayang dia
Walaupun ada fans yang banyak, Che Det yang sekarang ni berusia 92 tahun paling kurang post berbanding page yang lain. Tapi daripada post yang kami kira, dia yang paling banyak dapat banyak ‘love’ emoji, mengikut peratus. Apa status Facebook yang paling ramai orang klik ‘love’ tu? Ini dia:
1. Video Dr M (cuba) nyanyi lagu raya
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10154775385713652/
2. Gambar Dr M dan Dr Hasmah naik MRT
3. Gambar Dr M dan Dr Hasmah untuk Whatsapp kat anak-anak agaknya
4. Tun sambut birthday dia yang ke 92
5. Gambar admin untuk harijadi Dr M
Pendek kata, post daripada page Tun Mahathir yang paling banyak dapat ‘love’ adalah gambar-gambar #relationshipgoals. Malah waktu perhimpunan Bersih yang paling baru ni, viral bila Dr Hasmah kata dia risau kat Tun Mahathir sebab Tun tak boleh kena hujan.
2. Likers Anwar paling banyak sayang dia sambil… bersedih?
Walaupun terpenjara, Facebook Anwar adalah antara yang paling aktif post dalam Facebook. Tapi daripada gambar kat atas ni, kita boleh tengok perbezaan antara emoji tu tak banyak sangat. Dan saingan hebat adalah antara ‘love’ dan ‘sad’.Jadi untuk senarai ni, kami pilih 3 post paling banyak dapat ‘love’, dan dua paling banyak dapat ‘sad’.
1. (Love) Gambar Wan Azizah sambut cucu baru lahir
2. (Love) Video undian antara Najib dan Anwar (bukan untuk pilihanraya)
3. (Love) Gambar kolaj ulangtahun Anwar dan Wan Azizah (aww)
4. (Sad) Gambar pelukan terakhir Anwar dengan isterinya?
5. (Sad) Anwar dimasukkan ke Hospital
Kisah Anwar mungkin yang paling banyak naik turunnya. Macam senarai kat atas, sekejap hepi, tiba-tiba runtun hati. Apa pun, hashtag #BebasAnwar jangan dilupai.
3. Likers Hadi paling mengasihinya, tetapi…?
Fans kat FB Hadi Awang paling sikit dalam senarai ni, ratus-ratus ribu berbanding jutaan fans kat pemimpin lain (kecuali Lim Kit Siang). Jadi adakah likers dia memang penyokong tegar? Itu kami tak boleh cakap, tapi bila tengok top 5, ada satu benda yang sangat menarik. Tapi sebelum tu, jom kita layan dulu post yang paling banyak dapat ‘love’…
1. Kenyataan Hadi berkenaan 1MDB
2. Gambar Hadi menyambut Tahun Baru Cina dengan menantu
3. Hadi berjumpa dengan Ustaz Azhar Idrus
4. Gambar Hadi ucap Selamat Hari Raya
5. Album Hadi berjumpa dengan Zakir Naik
Ok, apa yang paling menarik pasal senarai Top 5 ni adalah post yang paling popular tadi, iaitu kenyataan Hadi mengenai 1MDB. Walaupun post ni dapat 2K ‘love’, ia juga dapat hampir 10K ‘angry’!. Waktu kami screenshot, ini jumlahnya:
Mungkin sebab Hadi Awang dilihat sebagai seorang yang bertukar-tukar pendirian demi politik, malah dia dulu marah sangat dengan UMNO sampai keluarkan Amanat Hadi 1981 yang dikatakan membawakan kepada Peristiwa Memali.
4. Likers Lim Kiat Siang paling banyak bagi… ‘haha’?
Walaupun page Lim Kit Siang punya fan antara yang paling sikit, ia antara paling rajin update, setanding dengan page Anwar dan Najib. Tapi kenapa dia paling banyak dapat ‘haha’? Dia buat stand-up comedy ke kat page dia? Jom kita tengok…
1. Lim Kit Siang kantoi main Pokemon
2. Komen Lim Kit Siang pasal saman DOJ
3. Lim Kit Siang post link pasal Gelang Patah
4. Lim Kit Siang post link pasal kenyataan Hadi
5. Lim Kit Siang post pasal kenyataan Zahid Hamidi
Apa yang menarik, berbanding dengan pemimpin-pemimpin lain dalam artikel ni, post Lim Kit Siang yang dapat banyak reaksi bukanlah pasal dia atau keluarga dia sendiri (kecuali yang pertama tu la), tapi link yang dia bagi mengenai isu semasa. Dan kebanyakannya tak bagi komen tambahan pun, post link macam tu je.
5. Likers Najib paling ramai marah dia
PM kita, Najib Razak, ada paling banyak likers antara page-page lain dalam senarai ni. Dan dia jugak paling banyak dapat ‘angry’. Dan ini semua adalah post yang orang ramai paling marah sekali…
1. Pembentangan Bajet 2017 oleh Najib
2. Gambar Najib beli kopi
3. Gambar Najib bersembang
4. Gambar Najib tanam beli jagung
5. Gambar Najib baru sampai Arab Saudi
Cuba tengok balik nombor 2, 3, dan 4 – kenapa orang marah sangat Najib makan minum apa semua? Bukankah itu sekadar lumrah manusia? Tekaan kami adalah semuanya bertarikh 24/2/2016, iaitu hari pertama emoji Facebook dilancarkan. Jadi… ramai yang ada perasaan terpendam kot…
Tapi kalau korang tengok kebanyakan post kat page Najib mesti banyak komen #respectmyPM sampai berbuih air liur. Ini kerana page tu dikatakan menggaji cybertrooper, malah baru-baru ni siap bagi phone Samsung free lagi. Jadi kalau komen korang kena padam kat Facebook dia… faham-faham la kenapa.
Tapi kan… cuba korang teka post apa paling banyak dapat share?
Persaingan sengit adalah antara FB Tun M, Najib, dan Anwar… dan pemenangnya adalah… Anwar Ibrahim!
Walaupun status ni dah kena post tahun 2013, ia masih mendapat share terbanyak, dan tempat kedua adalah penerangan balas Tun M pasal tuduhan Najib.
Tempat ketiga adalah pengumuman cuti Sukan SEA oleh Najib. Ramai betul share. Tak kisahlah kes 1MDB ke, kes kapal Altantuya ke, Isa Samad asyik kena lantik ke, cuti tetap cuti ok. Jangan kacau hak kami.
Apa pun, tak terlambat rasanya untuk kami ucapkan Selamat Hari Malaysia!
- 524Share sekarang!
- Email42
- Facebook482
- Share