- 967Share sekarang!
- Email1
- Facebook966
- Share
(This article is translated from English, from Cilisos. Click here to read the original.)
Beberapa bulan lalu, kami ada cerita kenapa DOJ menamakan Jho Low dan Riza Aziz dalam sebuah saman yang bertujuan mendapatkan kembali aset-aset yang tak sah, sebuah tindakan yang menjadikan skandal 1MDB ini makin hangat diperkatakan.
DOJ mendakwa Jho Low telah membelanjakan USD703 juta dalam masa 6 tahun. Tak lama kemudian, keluarga dia berjaya mendapatkan hak di mahkamah untuk melawan kawalan Amerika ke atas aset yang dirampas tersebut.
Ingatkan drama 1MDB ni semua dah habis dah, tapi tiba-tiba kita dikejutkan bila Badan Kehakiman Amerika (DOJ) ada buat kenyataan baru. Rajin betul dorang ni buat kerja.
Pada 15 Jun 2017, DOJ memfailkan satu aduan baru dengan mahkamah, mengumumkan yang mereka akan merampas sebanyak USD540 juta aset lagi yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang disalahgunakan. Jadi jumlah besar bagi aset yang kena rampas ni sekarang adalah USD1.8 bilion (RM7.7 bilion). Ingat, aset-aset ni bukan kena rampas daripada Jho Low je. Antara individu lain yang disebutkan dalam dokumen ini adalah Riza Aziz, Leonardo DiCaprio, dan Miranda Kerr.
Tapi kami perasan satu benda yang pelik, iaitu berkaitan dengan isteri kepada Malaysian Official 1… tapi kita sembang pasal benda tu kejap lagi. Sekarang ni…
Jom kita tengok benda-benda baru yang DOJ nak rampas daripada aset-aset berkaitan 1MDB
Dalam pengumuman ini, DOJ menerbitkan siaran akhbar terpanjang yang kitorang pernah dapat (251 muka surat) mengandungi senarai lama dan baru pasal benda-benda yang akan dirampas. Dalam dokumen ini juga ada penerangan tentang perjalanan dana 1MDB yang didakwa. Semua transaksi disertakan dengan maklumat tentang di mana dan bila wang tersebut dipindahkan, siapa yang terlibat, dan berapa banyak. Jom kita tengok apa benda baru yang didakwa telah dibeli kali ini.
Mengikut dokumen ini, benda-benda baru yang DOJ nak rampas adalah:
- Sebuah kapal layar dengan nama Equanimity, siap ada pad helikopter, panggung wayang, dan boleh memuatkan 50 orang (lebih $250 juta)
- Saham dan aset: Stok Palantir ($2 juga), saham Flywheel ($3 juta) dan aset-aset Electrum ($150 juta)
- Hakmilik filem: Dumb and Dumber To ($58,400,00) dan Daddy’s Home ($30,000,000)
- Sebuah kondominium: Di Madison Park ($4,531,212)
- Gambar, lukisan dan poster: “Redman One” oleh Jean-Michel Basquiat ($9,191,040), “Boy with the Toy Hand Grenade” oleh Diane Artbus ($750,000), “Nature Morte au Crane de Taureau” oleh Pablo Picasso ($3,200,000), Metropolis Poster oleh the Heinz Schulz-Neudamm ($1,200,000)
- Pelbagai barang kemas: Banyak sangat kalau kami nak senaraikan satu persatu (berjumlah $10.82 juta), dibeli sebagai hadiah untuk ibu Jho Low dan Miranda Kerr
Tapi bila kami tengok senarai barang kemas ni semua, ada satu benda yang sangat pelik…
Ada dua benda yang sedang disiasat, tapi tak dirampas
Buat pengetahuan korang, ada beberapa bahagian penting dalam dokumen DOJ baru ni.
- Mukasurat 2-10: Senarai lengkap tentang barang-barang yang mereka nak rampas
- Mukasurat 11-134: Perjalanan wang, macam mana duit tersebut didakwa telah disalahgunakan
- Mukasurat 134-246: Penyiasatan tentang macam mana wang tersebut bertukar kepada aset-aset dan siapa yang pegang aset-aset itu sekarang
Contohnya, mukasurat 2 menyebut pasal kapal layar Equanimity sebagai aset yang boleh dirampas, dan mukasurat 191 sebut MACAM MANA kapal layar tersebut dibeli dengan dana yang disalahgunakan.
Jadi pada bahagian PENYIASATAN pada mukasurat 224 dan 228, dokumen ada sebut pasal dua barang kemas dikatakan bernilai $28.6 juga (RM122.31 juta),
- Rantai berlian pink 22 karat ($27,300,000)
- 27 kalung rantai emas (berjumlah $1,300,000)
Tapi yang peliknya, ia tidak disebut dalam senarai barang-barang yang akan dirampas.
Bukan itu je yang pelik.
Kalau korang tak perasan lagi, kedua-dua barang ini dikaitkan dengan isteri kepada Malaysian Official 1. Bila kami semak balik dokumen ni daripada depan ke belakang, SANGAT PELIK sebab dua benda ini je yang disiasat tapi tak dirampas.
Mungkin la barang-barang ini termasuk dalam penyiasatan berlainan, dah tu kenapa DOJ failkannya dalam aduan yang sama? Dan beberapa sumber berita mengatakan yang ianya sebahagian aduan yang sama. Satu kemungkinan lain adalah barang kemas tersebut bukan berada dalam Amerika atau negara-negara yang bekerjasama, tapi itu pun macam tak boleh pakai je sebab Malaysia kata yang kita akan bekerjasama dalam penyiasatan. Satu lagi, kapal layar Equanimity dikatakan ada di kawasan perairan Thailand, tapi tetap disenaraikan.
Malaysiakini awal-awal lagi dah perasan akan perbezaan ini. Free Malaysia Today terbitkan satu lagi artikel pasal 27 rantai emas, tapi artikel tu kami dah tak jumpa. So apa benda yang berlaku ni sebenarnya? Kenapa barang kemas untuk aunty Low dan Miranda kena rampas, tapi yang diberi ke isteri MO1 tak pulak?
Adapercanggahan yang lain, jadi kami hantar SATU LAGI emel kepada DOJ
Mungkinlah sebab kitorang ni gagal ilmu hisab, tapi bila kami kira kami tak dapat jumlah USD540 seperti yang dilaporkan oleh media. Kami cuma dapat sampai USD451.43 juta je, itupun bila dah kira sekali barang kemas isteri MO1.
Oleh kerana DOJ balas emel kami dulu, kami hantar satu lagi emel untuk menerangkan hal berkaitan barang kemas MO1 dan jumlah penuh aset-aset ini. Tapi dorang masih lagi tak reply.
Jadi apa yang akan berlaku kepada barang kemas bermilai RM122.31 ni?
Sebenarnya, DOJ sendiri ingatkan semua orang yang aduan pelucutan hak sivil ini hanyalah semata-mata dakwaan jenayah. Maknanya, semua orang yang dituduh dalam dokumen DOJ adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan.
Malaysia sendiri ada undang-undang yang menyokong rampasan aset dalam kesalahan jenayah, dan DOJ pun dah tau pasal benda ni. Tapi wakil dari Malaysia cepat je menangkis dakwaan DOJ, mengatakan ianya tiada bukti, satu gangguan daripada agenda yang lebih besar, malah merupakan satu plot daripada pihak pembangkang untuk memfitnah isteri PM.
“Ini mencadangkan motivasi yang bukanlah sekadar ingin merampas aset-aset sahaja” – setiausaha akhbar Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dalam sebuah siaran akhbar.
Namun di luar Malaysia, nampaknya sesetengah dakwaan ini nampaknya benar, sekurang-kurangnya untuk pelakon Leonardo DiCaprio. Dia serahkan kembali anugerah Oscar milik Marlon Brando ke DOJ, dan dalam proses memulangkan kembali lukisan Picasso dan kolaj Basquiat yang dihadiahkan kepadanya.
Kat Singapura, 2 pegawai bank telah dipenjarakan kerana pengubahan wang haram dan pemalsuan dalam skandal 1MDB. Abu Dhabi pun sama. Baru-baru ni Switzerland telah menyaman Coutts & Co. Ltd. sebanyak 6.5 juta francs (RM28.56 juta) atas pengubahan wang haram dan untung yang tidak sah berkait dengan 1MDB.
Jadi kalau kita nak tau apa yang akan terjari kepada barang kemas isteri MO1, contoh paling dekat adalah tengok apa yang jadi kepada berlian Miranda Kerr. Setakat ni Miranda Kerr tak buat apa-apa kenyataan pasal perkara ini. Ada yang cakap yang dia akan bekerjsama dengan pihak berkuasa, tapi masih lagi ada semua hadiah-hadiah yang diberikan.
Kami akan update kalau DOJ balas emel kami.
- 967Share sekarang!
- Email1
- Facebook966
- Share