- 2.6KShare sekarang!
- Email23
- Facebook2.5K
- Share
*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 17 Jun 2017
(This article is a translation. For the original, visit CILISOS)
Korang pernah tak rasa craving gila nak makan durian sampai termimpi-mimpi? Tapi bila korang berhenti kat tempat jual durian dan tengok je harga, lepas tu mesti korang rasa potong gila! Sampai korang takde selera nak makan (dan juga nak hidup) sebab mahal sangat. Nak buat macam mana, bukan semua benda yang kita nak, kita boleh dapat :(
Kalau korang nak tahu, harga durian sewaktu artikel ni ditulis pada tahun 2017 MAHAL GILA! Durian Musang King (baka paling sedap dalam dunia) ni dah naik sampai RM90 sekilo kat KL! Kat PJ pula, harga dalam RM60-RM68 perkilo (setakat April). Dalam masa-masa terdesak macam ni la kita akan harapkan ada durian runtuh macam ni:
Ok ini memang serius, kenapa durian mahal gila sekarang ni? Kami sendiri pergi tanya Encik Tan Wui Heong, pemilik kebun (yang juga bapa sedara salah seorang penulis kat CILISOS). Dia ada kebun kat Karak, Pahang.
Harga Musang King setakat ini dah DUA KALI GANDA lebih mahal daripada dua tahun lepas!
“Kalau kita tengok pada durian yang paling popular sekarang, Musang King boleh mencecah dalam RM90-RM100 sekilo (kalau beli kat KL) sebabnya, sekarang bukan musim lagi”- Wui Heong, masa dia bagi tahu kitorang melalui telefon.
Berbanding dua tahun lepas (2015), harga Musang King dulu cuma RM50, iaitu cuma separuh daripada harga sekarang, dan itu pun masa bukan musim durian. Kalau tengah musim pulak, harga Musang King boleh jatuh sampai RM30-RM40 sekilo.
Tahun 2015 , tolong la datang balik kat kami :(
Wui Heong terangkan lagi yang harga durian ni ditentukan oleh PERMINTAAN dan MUSIM. Antara jenis durian lain yang popular ialah Thailand Hong Xia (atau udang merah) yang cuma RM30 sekilo sebab kurang permintaan. Dari segi musim, durian memerlukan tempoh hari cerah yang lama supaya bunga tu boleh membuahkan hasil, iaitu dalam tempoh 3-4 bulan supaya bunga tersebut berkembang jadi buah-buahan. Dua tahun lepas, hasil tuaian diorang sangat memberangsangkan, lebih baik daripada tahun sebelum tu.
“Biasanya, kita akan dapat hasil durian ni dari bulan Mei sampai Ogos kat Semenanjung Malaysia, tapi tahun ini, kita kena tunggu sampai bulan November disebabkan hujan.” – Wui Heong, dalam perbualan melalui telefon
Korang boleh semak jadual musim durian kat sini:
Masa musim durian, penjual kat sesetengah tempat (kita ambik Kuchai Lama sebagai contoh) boleh dapat bekalan sampai 1000 biji daripada petani. Kalau bukan musim pula, diorang mungkin boleh dapat dalam 100 biji. Beza banyaknya buah bila tengah musim dengan bukan musim ialah sebanyak 10 kali ganda, jadi rak durian tu nampak jarang sikit la masa bukan musimnya.
“Selain tu juga, durian ni ada pelbagai gred. Kalau berat sebiji durian tu lebih daripada sekilo, jadi ianya Gred A. Kalau kurang daripada sekilo sebiji, jadi ianya jatuh kepada Gred B. Beza harga antara Gred A dan Gred B pula ialah dalam 40%”- Wui Heong
Jadi maknanya, harga durian yang turun naik ni bergantung kepada musim. Tapi, ada ‘ancaman’ lain bagi pembeli iaitu, PERSAINGAN!
Orang China beli durian kita dalam kuantiti yang banyak, jadi apa yang tinggal untuk kita?
Selain daripada sebab-sebab yang disebutkan kat atas, punca harga durian makin tinggi ialah CHINA. Ye, diorang pun suka durian macam kita juga, dan mana-mana diorang pergi je, mesti diorang sambar je buah-buahan kita yang dijual di pasaran, menyebabkan kekurangan bekalan kat Malaysia, Singapura dan Thailand.
Nampaknya orang-orang China ni suka sangat durian sampai diorang import sebanyak 300,000 tan, US$568 (RM2.4 juta) nilai durian dari ladang-ladang Malaysia dan Thailand. Dan itu tidak termasuk pes dan produk durian lain.
Malah, ramai pelancong China ni yang melawat Malaysia semata-mata nak makan durian. Pengarah Desaru Fruit Farm di Johor, Alice Tong kata lebih kurang 20 hingga 30 bas yang dipenuhi dengan pelancong akan datang melawat ladangnya setiap minggu.
Petani tempatan pun nampaknya lebih berminat untuk eksport durian diorang ke China sebab diorang boleh dapat untung yang berlipat ganda, iaitu dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa!
“Untuk setiap RM100 (S$32) yang orang Singapura bayar, pelancong China akan bayar sampai RM200 atau RM300. Diorang juga akan membeli secara pukal.”-Alice Tong, Pengarah Desaru Fruit Farm, Channel News Asia
Nak tahu apa yang lagi teruk? Syarikat dan ahli perniagaan dari China juga dah mula MELABUR untuk Raja Buah ni! Macam mana pulak diorang melabur untuk durian ni? Rupa-rupanya, diorang ni dah beli kebun-kebun durian kat negara kita untuk keuntungan diorang sendiri sebab orang-orang kat China ni dah gilakan sangat durian kita.
Menurut laporan, diorang dah memiliki 121 hektar kebun durian di sini, sebahagian besarnya adalah dengan rakan kongsi tempatan. Diorang nak kendalikan setiap aspek perniagaan, dari penanaman sampailah penuaian untuk eksport.
Boleh tak kita buat sesuatu pasal harga durian yang meningkat naik ni? Kita pun nak makan juga :(
Lepas apa yang kita cerita ni, bukan cuaca kurang baik atau pokok tak berbunga je yang kita patut bimbangkan. Tapi, persaingan kita dengan China juga adalah salah satu masalah dan penyebab kepada peningkatan harga durian kat Malaysia. Benda ni jadi makin teruk sebabnya, dah mula ada pencuri yang mencuri di kebun-kebun orang.
“Tahun ni, buat pertama kalinya kami jumpa pencuri. Mereka ronda-ronda naik motor beberapa kali dalam sehari, sebab nak cari durian yang gugur. Mulanya dia cakap nak cari barang-barang kitar semula, dan kutip beberapa biji durian. Kami benarkan kalau orang nak ambik beberapa biji untuk makan secara percuma, tapi bila kami periksa dalam bakul motor dia, penuh dengan durian!
Pekerja ladang saya pernah bersemuka dengan penunggang motor lain yang buat benda sama, tapi dia pula yang kena ugut balik.”- Datuk Dr Lim Seh Guan, pemilik kebun di Pulau Pinang, Straits Times
Tak boleh ke kalau kita tetapkan durian kepada harga siling? Setiap tahun masa musim perayaan macam Tahun Baru Cina atau Ramadan dan Raya Aidilfitri, kerajaan selalu je bagi amaran dekat peniaga untuk tak menaikkan harga barang sesuka hati atau diorang boleh kena denda, kan?
Tapi malangnya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) takde kuasa untuk kawal dan tetapkan harga siling untuk durian sebab buah tak termasuk dalam senarai harga barang kawalan macam gula, tepung, minyak masak, dan lain-lain.
FAMA cuma boleh menguatkuasakan Penggredan, Pembungkusan dan Peraturan Pelabelan 2008: “Di bawah peraturan-peraturan ini, penjual mestilah mempamerkan harga, gred dan sumber buah tersebut dari negara mana supaya mudah bagi pembeli untuk mengetahui ciri-ciri durian Musang King, “-Ahmad Ishak, Ketua Pengarah Fama.
Nampaknya kita takde pilihan. Sementara kita sebagai pengguna rasa sedih sebab tak dapat makan durian, sekurang-kurangnya peniaga-peniaga Malaysia ni boleh buat duit dengan China. Perkara ni lebih kurang macam satu peribahasa Melayu ni, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.
“Ia punyalah popular sampaikan kat sini ada pepatah baru tercipta: Kalau anda ada kebun durian, masa depan mesti terjamin.” – Lee Ah Ying, pemilik kebun di Bentong, Pahang, The Star
- 2.6KShare sekarang!
- Email23
- Facebook2.5K
- Share