- 1.6KShare sekarang!
- Email14
- Facebook1.6K
- Share
(This article is translated from CILISOS, click here to read it in English!)
*Artikel ini pernah diterbitkan pada 15 Februari 2017*
Pada 6 Febuari, negara telah digemparkan dengan berita tentang kematian sebuah keluarga akibat kebakaran di rumah mereka. Mangsa merupakan Lim Ah Kok yang dijumpai dengan dua anak lelakinya, Yong Liang dan Yong Wei di tingkat atas; manakala isterinya, Goh Bee Khim, dijumpai di dalam tandas.
Postmortem telah mendedahkan kesemua mangsa mati akibat sedutan asap api dan bukannya mati rentung. Hanya anjing belaan keluarga tu je yang terselamat dari kebakaran tersebut yang sekarang ni dibawah jagaan jiran, Marissa Wong.
Satu-satunya ahli keluarga yang terselamat adalah anak perempuan mangsa, Yi Jun, sebab dia ada kat kolej di Cheras sewaktu kejadian. Tak luluh hati dia masa dapat berita tu.
Mangsa tak dapat larikan diri sebab dihalang oleh grill di tingkap
Pada jam 5.34 pagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Selangor telah menerima satu panggilan kecemasan di mana dua lori bomba di hantar ke kawasan kebakaran. Tiba 10 minit kemudian, pihak bomba berjaya mengawal api dalam masa setengah jam tapi tingkat bawah kat rumah tersebut telah hancur sehingga 80%. Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak bomba telah membawa kepada kemungkinan yang kebakaran tu bermula di ruang tamu.
(Berdasarkan info dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, 57% punca kebakaran rumah disebabkan short circuit atau penggunaan barangan elektrik yang salah)
Mangsa berkemungkinan cuba nak selamatkan diri tapi lepas menyedari tingkat bawah rumah sedang dijilat api, mereka terpaksa larikan diri ke atas. Sayangnya, tingkap di tingkat atas semuanya telah dipasang grill dimana ia tak boleh dibuka dan menyebabkan mangsa langsung tak boleh lari keluar.
Malah jiran yang nak cuba selamatkan mangsa pun tak boleh, jadi yang kat dalam tak boleh keluar dan yang kat luar tak boleh nak masuk.
“Saya terjaga dalam pukul 5.10 sebab terdengar orang baling kayu dan batu lepas tu baru sedar ada orang minta tolong. Saya teruskan kejutkan suami yang sedang tidur tapi kami gagal selamatkan mereka tak lepas nak masuk melalui pagar rumah dan juga asap yang tebal” – Aida Elena Baharudin, Astro Awani
Dan kisah pasang grill kat tingkap ni tak asing di kalangan orang Malaysia. Memang kita suka pasang atas alasan keselamatan dari perompak tapi sedihnya dalam berita ni, apa yang patut menyelamatkan mereka telah menjadi punca kematian.
Boleh pasang grill tapi pastikan ia boleh dibuka dari dalam
So kalau bahaya sangat untuk kebakaran, tak boleh pasang langsung ah? Pembantu Pesuruhjaya OCPD Subang Jaya, Mohammad Azlin Sadari, berkata kita boleh pasang grill tapi pastikan ia boleh dibuka guna kunci kalau berlaku kecemasan.
Pada masa yang sama kena pastikan kunci tu senang nak cari, lebih digalakkan kalau letak kunci tu berdekatan dengan tingkap jadi senang kalau nak kena lari ke arah tu boleh ambil terus.
Hampir semua kebakaran yang berlaku di Malaysia (malah di seluruh dunia) melibatkan kawasan perumahan. Jadi amat penting untuk upgrade korang punya sistem keselamatan api, sebab tahun lepas je seramai 107 telah mati akibat kebakaran di rumah.
Sewaktu ditemu ramah, penduduk USJ masih lagi dalam keadaan terkejut dan percaya atau tidak, ramai penduduk bandar sebenarnya tak ambil peduli pasal keselamatan api malah kami ada kajian yang menyokong kenyataan tu (jap lagi kat bawah kami akan tunjuk).
Tapi tak semua, antara yang bernasib baik adalah seorang konsultan, Gerald Ebenezer, 49, dan keluarganya berjaya selamatkan diri sewaktu rumah mereka terbakar pada tahun 2004:
“Kami bernasib baik sebab seminggu sebelum kejadian, isteri saya sedang menonton satu rancangan TV ni dimana mereka mengajar orang tentang keselamatan api di rumah. Jadi dia telah simpan kunci grill tingkap dekat tingkap. Kami sekeluarga berjaya lari ke rumah jiiran sewaktu kejadian” – Gerald, The Sun Daily
Perkasas utama yang kena ada kat rumah
“Kesedaran dikalangan rakyat ni sebenarnya masih rendah, terutama sekali bagi tuan rumah”, kata Majlis Cegah Kebakaran, Datuk Soh Chai. Korang tengok kat kajian kat bawah ni:
86.7% tuan rumah langsung takde alat cegah kebakaran. Dan alasan yang selalu diberikan oleh mereka adalah dorang ingatkan benda tu tak kan terjadi kepada mereka.
Buat masa sekarang ni takde undang-undang yang mengatakan bahawa kita kena letak alat keselamatan api di rumah. Tapi kalau difikirkan balik kenapa nak kena tunggu undang-undang, memang kena buat kot! Korang jangan risau sebab sebenarnya kos tak mahal kata Datuk Soh.
So kalau korang serius nak beli barang keselamatan api, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat KL ada sarankan beberapa barang, iaitu alat pengesan asap, alat pemadam api, dan selimut kebakaran. Yang ni semua boleh kata barang wajiblah.
Satu survey yang dilakukan oleh The Star telah menunjukkan bahawa sebuah alat pengesan asap boleh dibeli dengan harga RM100 manakala alat pemadam dengan berat merangkumi 2kg hingga 9kg boleh didapati dengan harga RM85-RM150 dan selimut kebakaran pula dalam RM50-RM100.
Kalau kebakaran terjadi sewaktu semua orang tengah tidur, korang jangan sangkakan boleh terjaga kalau terbau asap. Malah asap tu lagi membuaikan orang dalam tidur. Dengan adanya alat pengesan asap, ia akan buat satu bunyi bising (90 decibel) kalau ia kesan kebakaran. Punya lah bising, Marcus (orang sales kami) kuat berdengkur pun boleh terjaga. Jadi kepada sesiapa yang dah beli alat pengesan asap tu boleh letak kat dapur, bilik tidur dan kat tangga.
“Untuk alat pemadam api pula, lebih elok kalau ada satu kat tingkat atas dan satu lagi kat bawah. Selimut kebakaran tu pula boleh letak kat dapur”. – Khirudin, The Star
Dan kat sini pula garis panduan dari Jabatan Bomba untuk pastikan rumah korang selamat.
1. Guna barang elektrik yang diluluskan oleh SIRIM – Kebanyakkan kes yang bomba terima adalah berkaitan dengan kebakaran berpunca dari elektrik. Biasanya barang-barang ni tak diluluskan oleh SIRIM.
2. Cabut plug elektrik sebelum tidur – Okay lah ni macam leceh sikit lah tapi yang ni digalakkan sebab walaupun dah tutup switch, elektrik mungkin masih lalu melainkan korang cabut plug tu.
3. Kalau boleh jangan charge phone sewaktu tidur – Kalau terpaksa, korang pastikan phone tu dilapitkan dengan bahan yang susah terbakar.
4. Jangan overload korang punya plug – Kalau extension atau plug yang moden ni biasanya ada automatik cut off kalau current banyak sangat lalu, tapi kalau cut off tu rosak memang bye bye la. Jadi, digalakkan korang berhemah sikit bila nak cucuk plug.
5. Periksa wiring rumah – Yang ni takyah buat setiap hari lah. Dalam masa 10 tahun sekali tu kira okay dah.
Dan yang terakhir sekali, apa-apa hal call 999 untuk kecemasan (lambat pergi kerja bukan kecemasan ye)
Sebenarnya mencegah lagi murah dan efektif
Mungkin disebabkan kurang kesedaran setengah orang langsung tak kisah. Tapi kisah sedih di USJ sepatutnya menjadi peringatan kepada kita semua tentang bahayanya kes kebakaran ni. Ye, memang ada bomba boleh datang selamatkan kita tapi kalau jadi macam keluarga mangsa ni macam mana?
“Jabatan Penyelamat dan Bomba tak boleh nak buat semua benda dan pencegahan sebenarnya lebih murah dan efektif. Kita mesti berhati-hati tentang bahaya kebakaran ni. Keluarga mesti ada plan untuk selamatkan diri kalau ada kebakaran. Satu keluarga kena tau, dari yang muda sampai tua.” – Datuk Soh, The Star
Last sekali Datuk Soh berkata rakyat Malaysia tak sepatutnya mati akibat kebakaran di rumah. Jadi jangan lah lalai dan benda macam ni perlu diambil serius.
- 1.6KShare sekarang!
- Email14
- Facebook1.6K
- Share