- 52Share sekarang!
- Email3
- Facebook49
- Share
Hari tu kat FB Soscili kami ada tanya, game apa yang paling lejen di hati korang? Banyak la jawapan yang kami dapat, termasuklah Warcraft, Red Alert, Counter Strike, dan Super Mario.
Teringat pulak time student dulu kan, waktu kita selalu berkunjung ke Cyber Cafe secara berjemaah. Kadang-kadang sampai kena hambat dengan mak sebab tak balik Maghrib. Tapi itu dulu, sekarang ni dah besar panjang main la sampai 3 pagi pun takde siapa nak bising.
Dan sekarang ni memang ada sebab kenapa korang kena main game sampai 3 pagi… sebab salah satu game strategi paling lejen dunia ada tambah karakter baru, malah karakter tu orang Melayu!
Age of Empire II ada unit Melayu untuk dimainkan!
Game yang kami nak ceritakan ni adalah Age of Empire II (Aoe2). Game ni dah berzaman dah keluar, sejak tahun 1999 lagi. So kiranya dah 17 tahun game yang ori dikeluarkan, kenapa tiba-tiba keluar unit dan karakter baru?
Sebabnya adalah kerana Aoe2 punyalah femes, sampai sekarang pun banyak lagi peminat. Nak lagi bila game ni diperbaharui pada tahun 2013 dengan versi yang lebih HD, korang boleh beli kat Steam.
Ok mungkin ada antara game nerd yang tanya… kenapa Age of Empire II, bukan ke ada Age of Empire III yang lagi baru? Secara mudahnya, Aoe2 lebih kompleks daripada Aoe3 dari segi gameplay, pada masa yang sama grafik Aoe2 lagi ringan dan straightforward daripada Aoe3.
Berbalik pada Aoe2 tadi… kat celah mana ada karakter dan unit orang Melayu tu semua?
“Rise of the Rajas” menampilkan pelbagai tamadun Asia Tenggara
“Rise of the Rajas” adalah expansion pack bagi game Age of Empires II. Daripada nama pun korang dah boleh tau yang dia akan menampilkan raja-raja di nusantara kita ni. Korang boleh tengok page dia kat Steam untuk maklumat penuh, termasuklah unit baru iaitu:
- Burma: Menampilkan tentera bergajah yang senang-senang je boleh runtuhkan pertahanan lawan. Unit special dia adalah Arambai, unit berkuda dengan serangan maut.
- Khmer: Boleh bina kuil terbesar di dunia dan jugak ada senjata untuk menawakan kota lawan. Unit special dia adalah Ballista Elephant, sebuah unit yang digunakan untuk menembak anak panah.
- Melayu: Menampilkan orang laut dan pelabuhan yang boleh tembak anak panah. Unit special dia adalah Karambit, unit askar yang murah dan boleh dapat dengan cepat.
- Vietnam: Boleh guna perang gerila dengan macam-macam unit yang menyerang pada jarak jauh (pemanah dsb). Unit special dia adalah Rattan Archer, unit pemanah berperisai yang memang susah nak ditembusi pemanah dari pihak lawan.
Mak aih terliur gak air liur kami baca benda ni semua. Eh jap, tapi Karambit tu benda apa? Adakah ia sejenis puak yang bersaudara dengan Kelabit?
Ok kami Google sikit, dan mendapati Karambit adalah sejenis pisau. Kalau korang pernah tonton filem Bunohan, korang boleh tengok betapa power (dan bahaya) orang yang guna Karambit ni, silap hayun boleh tersunat member.
Bukan tu je, siap ada tournament cukup!
Korang cuma boleh mula main Rise of Rajas pada 19 Disember je. Tapi ada peminat Age of Empires II yang terlebih semangat, dorang anjurkan pertandingan pada 17-18 Disember yang korang boleh skodeng secara live! Boleh la jugak tengok sedikit sebanyak macam mana rupanya unit-unit baru ni semua.
Pertandingan ni juga dipanggil sebagai Battle for Angkor. Pergh harum gak nama Asia Tenggara di peringkat antarabangsa.
Eksaited tak? Rise of Rajas akan mula dijual 20 Disember ni!
Buat pengetahuan korang, Microsoft tak sponsor pun kami untuk tulis artikel ni (tapi kalau nak sponsor pun boleh jugak, sila hubungi editor di [email protected] *wink*), tapi itu tak penting sebab jiwa gamer dalam diri kami memang excited!
So kalau korang nak beli Rise of Rajas, boleh klik kat sini. Ingat, korang kena ada Age of Empires 2 HD dalam Steam dulu eh, baru boleh main. Takpun korang boleh tunggu sampai ada Steam sales dan beli semua dengan harga diskaun, hehe. Selamat membuang masa!
- 52Share sekarang!
- Email3
- Facebook49
- Share