Ibu-bapa ni bagi 4 alasan tak nak vaksin. Dan INI jawapannya…

(This article is originally written in English, read it on CILISOS!)

Update 1/7/2016: Putrajaya bagi amaran untuk menghukum ibu-bapa yang menolak vaksin. Mereka boleh dikenakan sehingga 20 tahun penjara atau denda RM50 ribu.

Baru-baru ni Imam Muda Ammar jadi famous sebab mengeluarkan statement yang mengatakan dia macam tak percaya dengan vaksin. Statement dia tu makan diri bila dikritik hebat oleh orang ramai, so sekarang IM Ammar tengah lay low kejap dalam dunia sosial. Tapi dia bukan sorang je yang tak percayakan vaksin ni, sebenarnya agak ramai tau.

Kat Kedah, Kementerian Kesihatan telah beri pengesahan bahawa wujudnya persatuan anti-vaksin, dan salah satu alasan dorang sebab dorang yakin vaksin ada DNA babi. Sementara tu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya kata dorang dah start kempen kesedaran untuk memberitahu orang ramai yang vaksin ni takde DNA babi.

Trend penolakan vaksin ni membuatkan Persatuan Pediatrik Malaysia takut kes kanak-kanak kena jangkitan penyakit berbahaya ni naik, lagi-lagi sekarang ni Malaysia tengah jadi port untuk pekerja asing dari 12 negara yang tak diketahui status vaksin merea. Yang peliknya, kebanyakkan ibubapa yang menentang vaksin ni adalah golongan yang berpendidikan tinggi.

Vaksin tu meamg bagus untuk kita…kan?

Sejak vaksin tu diperkenalkan kat Malaysia tahun 1958, kita telah diajar yang vaksin ni sebenarnya bagus untuk kita. Tapi korang tau kan yang vaksin tu sebenarnya tak bunuh virus, tapi menghalangnya daripada masuk dalam badan.

Ibaratnya kita hidup bogel, kalau kita tak vaksin pastu keluar berjalan-jalan berkemungkinan tinggi kita senang berjangkit terutama sekali kat tempat public macam kat dalam bus, monorel, tadika, kedai makan, dan lain-lain lagi

Cuba korang usha carta vaksin ni dari USA:

Kat Malaysia ni kita ada suntikan mandatori yang semua orang kena ambik. Negara lain ada jugak tapi mungkin jenis suntikan lain-lain.

Jaaap, kalau wajib macam mana ada ibu-bapa boleh larikan anak dorang dari kena cucuk? Kementerian Kesihatan kata ni salah satu benda yang dorang tak boleh nak kuatkuasakan (dan ye budak-budak yang tak kena cucuk still boleh pergi sekolah).

Jadi persoalannya kenapa ibu-bapa still taknak anak dorang kena vaksin?

1. Ibu-bapa percaya yang vaksin boleh menyebabkan AUTISM!

Kalau kat USA, persatuan anti-vaksin ni lain macam sikit, dorang percaya yang vaksin ni boleh menyebabkan autisma. Tak cukup dengan tu, ada sorang mamat dengan nama Andrew Wakefield ‘berjaya’ buktikan yang vaksin tu menyebabkan autisma tapi kemudiannya telah dibuktikan salah oleh The Sunday Times. Tapi time kertas kerja Andrew ditarik balik, research palsu dia telah pun tersebar luas dan Malaysia tak terkecuali.

Kes-kes tipu macam ni mula menapak kat Malaysia tahun 2012 dan impak dia teruk sangat sampaikan 114 persatuan gomen dan juga swasta keluarkan statement kat orang ramai untuk tidak percaya kepada berita palsu. Pergh, SOSCILI taktau pun ada sampai 114 persatuan kesihatan kat Malaysia ni! Kat peringkat antarabangsa pun macam tu juga, doktor, pakar kesihatan, dan persatuan kesihatan seluruh dunia meminta orang ramai untuk tak percaya kat berita palsu anti-vaksin ni.

Sorang ibu bernama Erina Law bagitau The Malay Mail Online yang dia tak bawa anak-anak dia jumpa doktor sebab salah sorang anak dia kena autisma. Sekarang ni dia guna rawatan homeopathy je. Erina juga berkata yang dia tak percaya vaksin sebab masih boleh kena penyakit walaupun lepas dicucuk.

Itu betul tapi ada beberapa sebab kenapa ia boleh terjadi: Pertama sekali mungkin badan kita tak menghasilkan imuniti yang sepenuhnya lepas kena cucuk, yang kedua mungkin juga sebab kita tak dapat jumlah dos yang sepatutnya untuk badan kita. Tapi apa-apa hal pun cuba check balik rekod kesihatan masing-masing  pastu refer kat doktor. 

So, tak! Vaksin tak menyebabkan autisma.

2. Mereka percaya vaksin ni ada kesan sampingan yang teruk

Termasuklah KEMATIAN.

Memang ada setengah kejadian yang agak menakutkan. Seperti contoh, Bessie (bukan nama sebenar) dulu takde masalah masa cucuk vaksin kat anak sulung, tapi bila tiba anak kedua…

“Dia kena cucuk siang tu tapi lepas tu dia mula bengkak dan rasa tak selesa. Dia menangis berterusan selama 3 jam siap ada sekali tu dia siap jerit kuat gila dengan suara yang nyaring.” – Bessie, dipetik oleh The Star.

Anak dia kemudiannya kena keradangan otak dan juga rabun. Tapi nasib baik anak dia tak mati. Ada lagi satu kes ni, sorang bapa bernama Dan kata anak kembar dia jerit sama macam anak Bessie tadi. Ibu-bapa mana tak takut untuk vaksin lepas anak dia kena macam tu.

Tak boleh nak salahkan dorang juga, ibu-bapa mana tak goyang. Ye memang benar vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan tapi kebanyakkan adalah tak teruk dan akan hilang selepas 1-2 hari, termasuklah:

  • Sakit yang sementara
  • Kemerah-merahan atau bengkak di tempat yang kena cucuk
  • Demam, sakit kepala, badan lemah, muntah.

Selain daripada tu, kesan sampingan yang lebih teruk adalah kejutan anafilaksisAcute Disseminated Encepha­lomyelitis (keradangan otak dan juga tulang belakang), ataupun mati. Tapi WHO kata kes-kes ni sangat lah jarang.

Malah kat Malaysia terdapat 102 kes ‘Adverse Events Following Immunisation’ (AEFI) dari 4.2 juta cucukan vaksin, jadi hanya 0.000025% je yang kena. Kalau nak main keberangkalian, peluang untuk kita jatuh tangga tu lagi tinggi dari kena side effect vaksin ni.

“Kebanyakan kes AEFI ni melibatkan reaksi terhadap suntikan vaksin, demam dan ruam berjaya disembuhkan tanpa apa-apa komplikasi” – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dipetik oleh The Star.

Jangan salah anggap, niat kami bukannya nak perlecehkan kesan sampingan ni ye. Sebab tu kalau mana-mana ibu-bapa nampak simptom pelik lepas kena suntik vaksin terus bawa jumpa doktor tau!

Apa yang kami nak sampaikan adalah risiko nak kena side effect adalah jauh lagi rendah dari kena penyakit yang boleh dicegah vaksin.

3. Ada orang kata vaksin tu non-halal

Bila dah takde cerita lain, modal yang sama jela yang pakai. Seorang bapa bernama Marwan Shukriman kata dia taknak kasi suntikkan vaksin kat anak dia sebab ianya diperbuat daripada perut babi, jantung beruk, dan juga macam-macam jenis haiwan. Tu bunyi macam dah ubat daripada mak lampir je

Lepas buat kajian, ada setengah vaksin tu memang ada gelatin babi yang berfungsi sebagai stabilizer. Tapi pemimpin Islam telah bersetuju yang suntikan vaksin tu tidak haram sebab ia tidak melanggar hukum najis. Pastu tahun 2001, WHO telah meminta pendapat seramai 100 ulama dari dan semuanya bersetuju yang Muslim boleh kena vaksin.

Kami juga check dengan negara Islam yang handle suntikkan vaksin ni. Kat Arab Saudi dorang lagi progressive dari Malaysia, dorang siap mewajibkan rotavirus dan juga suntikkan pneumococcal conjugate (PVC), dimana kat Malaysia suntikkan tu tak wajib (tapi kalau nak ada je). Kat UAE pula, dorang pun sama mewajbkan suntikkan PVC dan juga chickenpox, tapi kita kat sini tak mewajibkan suntikkan chickenpox.

Exco Kesihatan Penang, Dr Afif Bahardin kata vaksin tu memang halal dan statement tu disokong oleh fatwa. Tapi kalau masih ada yang ragu-ragu, jangan risau! Kerajaan Malaysia dan juga Arab Saudi sedang bekerjasama untuk menghasilkan vaksin yang takde gelatin babi dan harap-harap akan disediakan dalam masa 2 tahun ni.

4. Dorang ingatkan anak dorang dah selamat sebab yang lain dah kena suntik

Ada setengah ibubapa tu fikir kalau budak lain dah kena suntik anak dorang terselematlah daripada jangkitan kot. Apa yang dorang taktau adalah dorang sedang membahayakan golongan yang tak kena suntik lagi! Simptom ni telah diberi nama Herd Immunity.

“Kita amek contoh semua orang berkongsi naik kereta. Semua bayar duit minyak, duit tol, duit bengkel, dll… Pastu satu hari ada seorang penumpang baru. Dia kata taknak bayar duit minyak, duit tol, duit bengkel, dll. Dia kata alang-alang korang nak pergi bandar pastu ada satu seat kosong baik bawa je dia. Kalau semua orang perangai macam mamat free tu, nanti hilanglah komuniti tu. Sama macam Herd Immunity”. – Central for Disease Control

Dan sekarang ni keadaan mula membimbangkan lagi-lagi ada kemungkinan yang Herd Immunity ni akan berpecah kerana: 1) Kekurangan budak kena suntikkan vaksin; 2) Penambahan pekerja asing dari negara dimana suntikkan vaksin sangat lah rendah. Cuba bayangkan kalau Herd Immunity tu pecah:

Ni bukanlah apa yang tengah terjadi kat Malaysia sekarang ni tapi kita sedang mengarah ke situ kalau semua taknak suntikkan anak-anak masing-masing. Berbaloi tak nyawa anak tu digadaikan semata-mata nak berpegang kepada ego sendiri?

Haritu kat Malaysia ada sorang bayi umur lapan bulan kena masuk wad ICU sebab mak ayah dia taknak kasi suntikkan PVC. Last sekali  bill tu 18 kali ganda dari suntikkan vaksin tu kata Datruk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Subcommittee Imunisasi Persatuan Pedatrik Malaysia.

So nak suntik ke tak?

Siapa yang nak gamble nyawa anak sendiri, betul tak? Tapi last-last, pros kena suntik lagi banyak dari cons.

Tapi kalau diikutkan balik mana ada benda 100% selamat, ni makan kangkung pun boleh mati.

Kalau sesiapa yang nak debat kata ni adalah “freedom of choice” masing-masing tak boleh juga. Adakkah kesihatan dan keselamatan sejagat sanggup digadaikan semata-mata hak untuk memilih? Seorang ahli sains dari Ikim, Dr Shaikh Mohd berkata kita tak boleh biarkan diri kita dibelengu dengan teori yang bukan-bukan dan mengenepikan sains fakta.

“Ibubapa yang anti-vaksin ni bukan saje merisikokan penyakit untuk disebarkan semula tapi membahayakan komuniti dan juga negara” – Dr Shaikh Mohd, The Star.

 

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance