6 kes beratur panjang paling epik, no 3 buat sejuk hati kami sikit…

UPDATE 9/5/2016 : Harini adalah hari jualan tiket bola sepak Piala FA antara JDT vs PKNS FC. Oleh kerana kitaorang dapati ramai sangat yang beratur pepanjang kat stadium JB tu so kitaorang pon throwback lah semula article ni…..

Ketika sedara kita di Pakistan tengah derita beratur nak dapatkan air bersih, kita di Malaysia pulak tengah derita berebut nak dapatkan tudung Fareeda. Video viral yang menunjukkan golongan abang dan kakak (golongan atuk pun ada) dok berhimpit sebab nak dapatkan tudung ekslusif ni mendapat kecaman hebat daripada netizen dan juga personaliti terkenal seperti Wardina Safiyyah.

Huru-hara tudung Fareeda. Klik gambar untuk tengok video.

Tapi korang jangan tak tau, ini bukan first time rakyat Malaysia gigih berusaha sebab nak dapatkan seusuatu. Mungkin sebab kita dah biasa tercongok berdiri time perhimpunan sekolah, jadi kita dah terlatih untuk beratur bagi apa juga tujuan, termasuklah…

1. Beratur sampai lompat tembok sebab nak kasut Vincci

Tiada apa yang mampu menaikkan semangat perjuangan wanita di Malaysia selain daripada tudung dan… kasut. Haa sebelum kes Fareeda, Vincci dulu dah ada jualan besar-besaran yang membuatkan orang ramai berpusu-pusu, sampai ada yang start ketuk pintu gudang dan panjat tembok!

Ni mesti dulu ada masuk Rakan Muda.
Ni dulu mesti ada join Rakan Muda.

Situasi jadi sangat tak terkawal sehinggakan acara jualan untuk dua hari yang berikutnya terpaksa dibatalkan oleh Vincci. Di kalangan netizen, ada yang menyalahkan penganjur sebab buat sale kat tempat yang sempit, tapi rata-rata ramai yang kondem pelanggan-pelanggan yang dikatakan ganas dan tak bertamadun.

2. Beratur sebab nak dapatkan patung Minion dari McDonalds

Mungkinkah mereka menyokong BERSIH...
Mungkinkah mereka menyokong BERSIH…

McD keluar la benda apa pun, sure laku. So bila mainan berbudaya kuning daripada filem Despicable Me ni dilancarkan pada Julai 2013, kemaruk rakyat Malaysia jadinya. Dari KL, Penang, JB, dan ke mana saja yang Minion ni pergi, semua orang ikut. Happy Mal yang sepatutnya dijualuntuk budak-budak habis dibeli oleh orang dewasa yang sanggup tunggu berjam-jam untuk mendapatkannya.

Masing-masing pun dah rupa macam minion...
Masing-masing pun dah rupa macam minion…

(Klik link ni untuk tengok budak-budak dewasa semangat tak bertempat.)

Ada orang yang beratur sebelum kaunter bukak time tengah malam, tapi tak semua orang dapat beli sebab mainan ni habis dalam masa 10 minit. Ada yang beli untuk anak-anak, ada yang buat koleksi sendiri, tapi ada jugak yang jual balik kat eBay pada harga yang melebihi RM5,000.

Dorang ni jugak yang genius!
Dorang ni jugak yang genius!

Nasib baiklah ada grup macam The Happiest Meal (diilhamkan oleh CreativeJuice\Kuala Lumpur) sebab dorang tolong kutip makanan yang dibuang oleh pembeli Minion ni semua, dan bagi makanan tersebut kepada gelandangan. Baru la tak membazir.

3. Beratur pagi-pagi sebab nak mengundi time PRU13

Mungkin inilah line paling epik sekali dalam Malaysia bila satu negara beratur untuk mengundi dalam PRU13. Ada yang beratur seawal 6 pagi, ada yang datang time tengah hari sebab nak elakan jam. PRU13 mencatatkan 11,257,147 undian iaitu yang terbanyak dalam sejarah Malaysia.

Pengundi yang beratur dalam hujan di Skudai.
Pengundi yang beratur dalam hujan di Skudai.

Tak kiralah tua, muda, sihat ataupun tidak, inilah hari di mana seluruh rakyat sanggup bertahan hujan dan panas, berdir dan mencangkung berjam-jam. Sambil-sambil tu bresembang dengan orang sebelah sebab masing-masing kasih dan cintakan masa depan negara.

Banyak sungguh kisah-kisah yang menyentuh hati, termasuklah…

Pengundi yang tengah sakit tenat
Pengundi yang tengah sakit tenat
Pasangan yang mengundi dalam baju kawen.
Pasangan yang mengundi dalam baju kawen.
Pengundi yang meninggal dunia sebaij sahaja dapat mengundi :(
Pengundi yang meninggal dunia sebaik sahaja dapat mengundi :(

4. Beratur sampai pengsan sebab nak tiket ke Piala Malaysia 2014

Ada yang komplen pasal sukan bolasepak kita tak mendapat sokongan. Haa.. korang pernah tengok tak sebenarnya macam mana semangatnya golongan peminat tempatan ni? Walaupun niche, tapi dorang punya passion memang boleh buat meremang bulu roma.

Suasana di Pahang (atas) dan Johor (bawah).
Suasana di Pahang (atas) dan Johor (bawah).

Tahun 2014, final bagi Piala Malaysia (Pahang lawan Johor) diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. 40 ribu tiket dijual di Pahang, 40 ribu di Johor, dan 10 ribu lagi secara online. Line beratur kat Pahang dan Johor tadi punyalah besar sampai takde ruang nak bergerak pun. Nasib baiklah di Pahang, ada kaunter khas bagi golongan Hawa yang nak beli tiket.

Bukan kata ruang bergerak je takde, nak garu pipi pun tangan tak boleh angkat weh. Sampaikan ada yang pengsan..

Ini bukan crowdsurf time konsert ye.
Ini bukan crowdsurf time konsert ye.
Alamak...
Alamak…

Sampaikan ada yang potong line. Bukan setakat potong, tapi lompat terus.

Ni dah macam scene World War Z dah ni.
Ni dah macam scene World War Z dah ni.

Ni pulak suasana masa peminat JDT beratur panjang beli tiket final bola sepak Piala FA antara JDT dan PKNS FC. Penyokong berasak-asak menyerbu stadium, ada juga yang sampai bermalam di perkarangan stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semata-mata nak dapatkan tiket.

tidur-stadium-bermalam-tiket jdt

Bermalam di stadium demi sekeping tiket
Bermalam di stadium demi sekeping tiket

Perlawanan antara pasukan Liga Super, JDT dan Liga Perdana, PKNS FC berlangsung Sabtu ni kat Stadium Shah Alam, Selangor. Dorang beratur pepanjang sebab nak rebut tiket yang hanya ada 50,000 keping je.

JDT berkampung di Stadium Larkin demi tiket Piala FA

5. Beratur secara hipster sebab nak beg buat isi sayur

Pada 6 Julai 2007, beratus-ratus orang beratur kat KLCC sebab nak dapatkan bag mesra alam yang baru dilancarkan. Bag ni dijual pada harga RM55, tapi kira macam murah giler sebab jenama Anya yang biasanya harga ribu-riban.

Tak faham kalau tak hipster.
Tak faham kalau tak hipster.

“Inilah satu paradoks pada zaman kita, sebuah beg edisi terhad yang mampu dimiliki. Inilah beg yang kamu boleh bawa ke pekan sari dan sumbat ikan dan daging tanpa rasa bersalah. Ingat, ianya bukan beg plastik, dan kamu dah buat apa yang mampu untuk menjaga alam sekitar dengan penuh gaya. Apa yang penting sekali, tak semua orang dalam Malaysia ada bag ini.” – Dzireena Mahadzir, editor fesyen di The Star #deepsanga #terangkanlagiboleh

Seorang blogger, Fooman, Ada yang menceritakan macam mana dorang habiskan 4 jam tapi masih lagi nombor 62 dalam barisan (sikiiiit je lagi) tapi tak berjaya dapatkan beg tersebut.

Penuh satu tingkat tu.
Penuh satu tingkat tu.

Fooman kata line tu dah mula bergerak (tapi lembap giler) pada pukul 10, dan time ni jugaklah pihak penganjur bagi beg ni kat selebriti yang tak beratur pun untuk dijaja depan semua orang.

“Dan nak bagi pedih lagi, selebriti ni dibenarkan berjalan melintasi segenap line yang ada, sambil tayang beg tu kat kami. Konfem semua orang macam bara je tapi dalam hati kitorang berharap penantian kitorang akan berakhir – Blog Fooman.

Tempat menunggu yang macam sangkar.
Tempat menunggu yang macam sangkar.

Dan tiba-tiba plot twist… sorang Pak Guad keluar sambil pegang sign… “I’m not a Plastic Bags SOLD OUT”

Maka tercetuslah huru-hara.
Maka tercetuslah huru-hara.

“Time tu masing-masing mula terpekik sampaikan manager (agaknya) kedai tu terpaksa keluar dan mintak maaf dan mintak semua orang balik,” kata Fooman, sambil menambah yang pihak pengurusan sepatutnya kira dulu berapa banyak beg yang tinggal dan bagitau sapa yang lambat untuk balik dulu.

Tapi trend ni dah lama terkubur pun, dan beg eko-friendly ni takdelah beretika sangat sebenarnya.

6. Beratur sebab nak berlari dalam Enerigzer Night Run (yang sangat fail)

Adakah korang terjebak dalam larian Energizer Run tahun 2011 di Sepang? Kalau ye, takziah kami ucapkan sebab apa yang berlaku. Kalau tak, korang sangat bernasib baik sebab ia dikatakan acara larian paling teruk pernah diuruskan d Malaysia.

Cer Google tengok.
Cer Google tengok.

Larian tersebut diuruskan oleh Expose Media, di mana team yang tak cukup orang ni konfem banyak communication breakdown antara satu sama lain. Blogger Tian Chad menyenaraikan kegagalan acara ni termasuklah (tuduhan) sindiket parking), tak cukup headlamp, tak cukup stesen air, marshal yang kurnag ajar, dan banyak lagi… Sampaian nak bagi goodie bag pun boleh fail.

Ada dua line yang perlu dinyatakan.

Line yang pertama adalah bila pelari beratur nak ambik headlam (sebab time tu waktu malam). Dorang semua terpaksa beratur dalam terowong yang sangatlah sempit dengan pintu yang kecik kat hujung. Kaunter kutipan pun diletakkan dalam area yang sempit dan terlindung.

Sesak giler dalam terowrong.
Sesak giler dalam terowrong.

“Seriously, apa ada dalam kepala organiser yang letak kaunter tu? Banyak lagi ruang kat luar! Nak terk lagi, orang yang in charge bagi headlight boleh pulak terpekik kat orang ramai suruh beredar sebab kawasan jadi sesak.” – Gambaran Yogaretnam Ganason tentang situasi.

Line kedua jadik time kutip goodie bag. Bermula dari kawasan pit stop sampailah ke track di mana orang ramai asyik diarahkan ke barisan yang salah.

Goodie bag mula dicampak kepada peserta.
Goodie bag mula dicampak kepada peserta.
Bila tak dapat control crowd, dorang tutup terus pintu.
Bila tak dapat control crowd, dorang tutup terus pintu.
Polis sampai kena masuk campur.
Polis sampai kena masuk campur.

“Sebahagian besar daripada orang ramai stuck kat luar, dan ada yang terperangkap kat dalam pit. Dorang ni semua kena soal pulak dengan polis dan menjadi suspek bagi kekecohan yang berlaku.” – Charlie Chia

Punyalah fail even ni sampai FB page dorang penuh dengan posting daripada netizen yang marah. Tapi at least organizer dan jugak Energizer mintak maaf dan bagi refund penuh kepada peserta.

Berbaloi ke bila beratur panjang?

Takde masalah pun bila beratur panjang, nak lagi untuk benda baik contohnya time PRU13 hari tu. Untuk tujuan lain pulak kena fikir balik, berbaloi ke tunggu berejam-rejam sampai tercabut lutut hanya kerana nak barang murah?

Contohnya bagi kes tudung Fareeda tadi, ada keluar komen pasal tudung pasar malam yang sama design dengan Fareeda, tak payah pun berhumpit bertumbuk kalau nak beli. Tak kurang juga netizen yang menegur cara pengurusan Fareeda yang dikatakan angkuh, dan juga macam mana patuhnya mereka terhadap syariah.

Tapi bila nak difikirkan, kan bagus kalau rakyat Malaysia macam ni punya semangat beratur dan menunggu kat traffic light, kat mamak, dan kat mesin ATM, kan?