Sarawak banjir? Dorang akan dpt bantuan gomen mcm Kelantan tak?

Ingat tak tahun 2014 bila satu Malaysia datang memberi bantuan kepada mangsa banjir Kelantan? Banjir tersebut melibatkan 200,000 mangsa dan membunuh 21 orang di negeri-negeri pantai timur.

kelantan flood
Banjir di Manik Urai, Kelantan. Imej dari The Rakyat Post.

Kalau korang tengok gambar lagi satu kat bawah ni, sebijik macam Kelantan kan? Tapi sebenarnnya ini adalah banjir besar yang sedang berlaku di Sarawak.

sarawak flood
Banjir di Kampung Endap, 30km dari Kuching. Image dari The Malay Mail Online.

Sarawak sebenarnya tiap tahun pun banjir, tapi tahun ni lah antara yang paling teruk sekali pernah mereka hadapi.

Antara kawasan terlibat termasuklah Kuching, Serian, Samarahan, Padawan, dan Bau, dan kira-kira 1,500 orang terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan. Banjir ni dah meragut seorang nyawa, Judus Juliana, 20 tahun.

Tapi walaupun setelah banjir surut nanti, keluarga yang akan balik ke rumah masing-masing mungkin akan menghadapi benda yang sama berlaku pada mangsa banjir Kelantan. Rumah penuh lumpur, barang-barang semua rosak, harta benda semua terjejas.

kelantan flood kuala krai
Gambar dari Kelantan, oleh The Malaysian Insider.

Dorang ni perlukan banyak bantuan untuk membina kembali kehidupan. Dan macam mana gomen hari tu memberikan bantuan kepada penduduk Kelantan, kita semua tertanya-tanya, macam mana gomen akan tolong orang Sarawak?

Adakah gomen akan bagi duit kepad Sarawak sama macam Kelantan?

Waktu banjir Kelantan dulu, PM Naib menjanjikan bantuan berjumlah RM500 juta kepada mangsa-mangsa banjir. Tak lama pastu gomen cakap yang duit ni bukan untuk orang Kelantan je tapi untuk mangsa banjir di Terengganu dan Pahang sekali.

flood mitigation drain
Pencegahan banjir melingkungi pembinaan longkang monsun. Imej  The Star.

Gomen juga mengumumkan RM800 juta untuk membina semula infrastruktur seperti sekolah, dan RM893 juta lagi dalam Bajet 2015 untuk pelan menangani banjir (mengawal air banjir). Jadi semua sekali, untuk kejadian banjir di Kelantan je gomen dah bagi RM1.69 billion!

Macam mana pulak dengan banjir kat Sarawak ni? Gomen tak buat keputusan lagi lah setakat ni. Menteri Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah kata ianya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana (kami tak jumpa mana-mana website pasal dorang ni, tapi yang pastinya dorang di bawah Majlis Keselamatan Negara).

Jadi buat masa ni, apa kita tengok benda-benda yang gomen perlu pertimbangkan sebelum memperuntukkan berapa banyak duit nak bagi Sarawak?

Apa yang Sarawak perlukan?

Waktu banjir di Kelantan, anggaran kerosakan harta yang berlaku adalah lebih daripada RM2 BILLION.

astaga kedavra

Setakat ni takde anggaran lagi dibuat pada Sarawak, tapi yang kita tau bilangan mangsa adalah lebih kecil (1,500 orang seperti yang dinyatakan tadi). Secara logiknya, jumlah yang kena bagi adalah lebih sedikit, betul tak? Tapi adakah jumlah mangsa yang terlibat menjadi satu-satunya faktor?

Gomen ada 3 jenis peruntukan untuk banjir di pantai timur: Duit untuk membantu mangsa (bantuan wang, bina semula rumah), duit untuk infrastruktur, dan duit untuk pengawalan banjir. Tapi kat Sarawak, mungkin masalah yang berlaku adalah lebih daripada itu.

Sebenarnya Sarawak ada pelan pengawalan banjir yang bagus, sampaikan gomen nak ikut pelan dorang untuk dibuat di pantai timur. Sebab tu lah masalahnya bukan kerana takde pencegahan, tapi kerana infrastruktur tidak dijaga dengan baik. Banjir di Sarawak dikatakan sebagai banjir kilat yang disebabkan oleh longkang-longkang yang tidak terjaga.

bad drainage sarawak
Longkang celah manaaa… Imej dari Borneo Post.

“Penjagaan longkang adalah di bawah seliaan majlis tempatan, dan nampak gayanya mereka tak buat kerja dengan baik dalam menjaga dan menaiktaraf sistem. Kejadian banjir adalah berkait rapat dengan kegagalan mereka mengambil langkah yang sepatutnya sebelum ianya (banjir) berlaku” – Julian Tan, MP Stampin, dipetik Borneo Post.

Korang mungkin dah pernah dengar pasal masalah pembersihan hutan di Sarawak yang dikatakan menyumbang kepada tanah runtuh. Bila banjir-bajir ni semua berlaku, ia menunjukkan betapa parahnya keadaan, sehingga menyumbang kepada 289 kejadian tanah runtuh.

Nak tau berapa banyak tanah runtuh berlaku di Kelatan disebabkan banjir? 2 je.

durian-tanah-runtuh
Imej asal dari Astro Awani dan The Borneo Post.

Jadi bila gomen nak peruntukkan duit untuk Sarawak, dorang haruslah ambil kira semua isu-isu yang berkaitan seperti yang kami dah sebutkan ni.

Boleh ke kita cuba bersedia untuk banjir, tak kiralah berapa besar?

Bila gomen kena hentam kerana kurang bersedia menghadapi banjir di Kelantan, dorang balas balik yang takde siapa yang boleh bersedia akan musibah yang sebegitu rupa.

Perlu diingat bahawa kita sedang berhadapan denga kuasa yang tidak dijangka dan tak kira macam mana sedia pun kita, akan sentiasa ada bencana yang lebih besar yang akan menguji kemampuan dan sumber negara untuk menanganinya dan tiada apa akan berjalan seperti dirancang. – Majlis Keselamatan Negara di The Malaysian Insider.

Senanag cerita,
sarawak flood escalated quickly

Dorang kata, banjir yang berlaku agak pelik kerana sebab-sebab tertentu, contohnya macam mana sesetengah kawasan yang terjejas tak pernah kena pun sebelum ni. Mungkin alasan yang sama akan diberi tentang banjir di Sarawak, tentang betapa teruknya musibah yang menimpa dan takde siapa yang boleh menjangka.

Dah tu tiap kali banjir datang, kita akan sentiasa tak sedia?

ride waves flood african kid
Pun intended.

Di negara-negara lain, mereka memperuntukkan duit bagi bencana SEBELUM ianya berlaku, biasanya dipanggil sebagai tabung bencana. Mereka termasuklah US, Australia, dan Eropah (hah, tak tipu, tabung tu adalah untuk seluruh benua Eropah!)

Jadi kalau banjir di negara kita ni sangat tak terduga, mungkin kita perlu start buat bajet untuk bencana-bencana ni semua?  (Apa yang kita ada setakat ni adalah Tabung Amanah Bencana Negara yang bukannya disumbangkan oleh kerjaan, tapi dimulakan kerajaan untuk mengutip derma.) Barulah kerajaan akan dapat respon dengan lebih pantas akan banjir seperti di Sarawak, dan mengurangkan beban yang digalas oleh mangsa.

Tapi buat masa ni, kita perlu buat apa yang boleh untuk membantu. Ini saluran yang anda boleh hubungi untuk membantu mangsa banjir Sarawak.

  1. East Coast Flood Relief Fund oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
  2. Misi Bantuan Banjir Sarawak oleh My Changemakers (sebuah inisiatif PKR)

nah read more ugaiz