Kami Lawat Taiwan Sebagai Destinasi Mesra Muslim Paling Tak Tersangka!

Balik Kampung, whoa oh ohhh, balik kampuuung… Sempena kita semakin dekat dengan musim Raya tak lama lagi, ada ramai antara kita yang dah kuat merancang pelan cuti-cuti. Sesetengah orang lebih memihak #TeamRayaKL manakala sesetengah lagi #TeamBalikKampung. Tapi ada juga yang nak ambik kesempatan cuti panjang ni untuk melawat destinasi-destinasi mesra Muslim yang diorang belum pernah lawat, seperti… Taiwan?!

GIF depan Masjid Agung Taipei.
Tak sangka pulak boleh jumpa masjid sebesar-besar ni kat tengah-tengah Taipei.

Kalau korang tak tau, menurut Indeks Perjalanan Muslim Global 2024, Taiwan kini menduduki tempat ketiga destinasi terbaik antara negara-negara bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (non-OIC). Tambah-tambah lagi, ibu negara dan bandar terbesarnya Taipei juga telah memenangi anugerah “Destinasi Perjalanan Mesra Muslim Paling Sesuai“. Sempena itu, kami telah dijemput oleh Pentadbiran Pelancongan Taiwan (Taiwan Tourism Board) untuk melawat Taiwan supaya kitorang boleh tengok sendiri kenapa Taiwan digelar sebagai destinasi mesra Muslim.

Jadi walaupun kitorang pon memang jaga halal waktu melancong, kitorang terkejut beruk bila dapat tengok betapa banyaknya benda kita boleh buat kat Taiwan termasuk…

 

…melawat kawasan hutan pokok suci dengan fefeeling Studio Ghibli!

Antara tempat-tempat yang kitorang lawat sepanjang perjalanan kami di Taiwan, ni mungkin tempat yang paling buat kitorang rasa macam kat dunia lain.

GIF pemandangan tasik di Kawasan Rekreasi Hutan Alishan, Taiwan.
*Tarik nafas, pastu hembus* 😮‍💨

Terletak kat daerah Chiayi lebih kurang 300km dari Taipei adalah Hutan Negara Alishan (Alishan National Forest Recreation Area) di mana terdapatnya kawasan rekreasi hutan paling femes kat Taiwan. Kalau korang jenis kaki Studio Ghibli macam kitorang, kat sini korang akan boleh naik kereta api hutan yang rupa macam kereta api “Spirited Away“, jalan lalu-lalang antara pokok-pokok macam yang dalam hutan “Princess Mononoke“, dan lihat pemandangan yang akan buat korang rasa macam korang dalam duniaMy Neighbor Totoro“.

Gambar Hazel di Hutan Negara Alishan
Lighting tak cantik takpa asalkan model cantik 💫💅

Tapi kalau korang bukan jenis dewasa tak sedar diri yang masih suka tengok kartun tak habis-habis, Hutan Negara Alishan ni ada banyak je aktiviti lain. Untuk yang suka bersenam, korang boleh pergi hiking ikut laluan-laluan hutan kat Alishan. Untuk yang lagi suka rilek, korang boleh mengagumi pemandangan matahari terbit sambil dikelilingi lautan awan. Pastu untuk yang lagi suka duk kawasan manusia daripada kawasan hutan, korang boleh jalan-jalan sambil cari makan kat Jalan Lama Fenqihu.

GIF tarikan-tarikan di Alishan.
Hiking ada, kereta api ada, tanglung ada. Yang takda cuma kamu 🫰

Ok tapi kalau korang rasa nak duk kawasan bandar je tanpa pergi jauh-jauh masa lawat Taiwan, jangan risau sebab korang juga boleh…

 

…panjat menara TERTINGGI yang pernah mengalahkan Menara Berkembar Petronas!

Kalau korang masih ingat, pada tahun 2004, menara Taipei 101 telah menjadi bangunan tertinggi terbaru di dunia lepas dia mengalahkan Menara Berkembar Petronas kat KLCC. Sebelum tu, Menara KLCC kebanggaan Malaysia telah memegang gelaran tu lepas dia siap dibina pada tahun 1998.

Papan tanda di Taipei 101 yang menyebut pasal Menara Berkembar Petronas
Tak tau nak rasa bangga ke tak yang diorang sebut Menara KLCC kat dalam papan tanda kat sini.

Dengan ketinggian 508 meter atau 1,667 kaki, bangunan Taipei 101 ni lebih kurang 56 meter atau 184 kaki lagi tinggi daripada Menara KLCC kami. Padan muka diorang, Taipei 101 pon hanya berjaya memegang gelaran tu untuk lebih kurang tempoh yang sama sebelum ia akhirnya dikalahkan oleh menara Burj Khalifa di Dubai enam tahun kemudian pada 2010.

Hazel depan Taipei 101 dan tanda arah kiblat dalam bangunan Taipei 101.
Kalau ada sesiapa nak bukti yang kitorang dapat lawat bangunan ni.

Namun sekarang, Taipei 101 sering termasuk dalam senarai-senarai antarabangsa tempat terbaik untuk tengok mercun Tahun Baru. Yang syoknya, kalau korang nak tau betapa mesra Muslimnya Taipei ni sebagai destinasi pelancongan, kat tingkat atas Taipei 101 tu sendiri ada tunjuk arah kiblat. Tu tak termasuk lagi adanya Masjid Agung Taipei yang hanya terletak 20 minit dari Taipei 101 in case kalau korang nak jamak qasar sambil tengah jalan-jalan kat situ 😏

Ek eleh tapi kalau setakat nak tengok bangunan tinggi dan makanan-makanan halal yang kitorang cuba, KL pon ada semua tu. Dan sebab tu la masa kitorang lawat Taiwan ni, benda yang kitorang paling suka adalah…

 

…menikmati segala aktiviti-aktiviti kebudayaan Taiwan!

Antara benda paling menarik yang kitorang buat sepanjang perjalanan ni mesti masa kitorang dapat lawat Pesta Tanglung di Taoyuan.

Kalau korang pernah nampak bangunan yang dihiasi dengan tanglung, korang pernah tak nampak bangunan yang diperbuat daripada tanglung?

Terletak lebih kurang 40KM dari Taipei, Taoyuan juga merupakan tempat terletaknya lapangan terbang terbesar di Taiwan, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan. Jadi dia lebih kurang macam Sepang dengan KL lah. Tapi selain tu, masa kitorang lawat Taoyuan juga telah mengadakan Pesta Tanglung Taoyuan. Ni kali pertama diorang mengadakan pesta ni kat Taoyuan dalam sembilan tahun, jadi masa kitorang kat situ, memang jelas diorang buat pesta ni secara besar-besaran.

Tanglung pari-pari dan naga
Tanglung pari-pari ada, tanglung naga ada… yang takda cuma tanglung you 🥺🫰

Selain tu, Taiwan juga ada macam-macam muzium korang boleh lawat. Masa perjalanan kami, kitorang dapat lawat dua muzium: Muzium Budaya Taro kat Taichung serta juga Muzium Istana Negara kat Chiayi. Ni bes sebab muzium-muzium ni cara paling senang untuk korang tahu lebih pasal budaya dan sejarah negara ni tanpa perlu bersungguh-sungguh belajar macam korang kena ambik exam lepas ni.

Muzium Taro dan Muzium Istana Negara
Nak belajar cara masak pon boleh, nak belajar cara buat alat masak purba pon boleh.

Pape pon, lepas hampir seminggu kitorang berjalan-jalan di Taiwan dah tibanya masa untuk pulang ke Malaysia. Tapi walaupun kami dah tiba balik ke sini…

 

…hati kami masih tertinggal di Taiwan 🥹

Meskipun kaki dah melangkah masuk balik ke opis, kepala masih ligat mengimbas balik semua pengalaman best yang kitorang lalui sepanjang trip ni. Dari hutan berkabus Alishan ke menara tertinggi Taipei 101, dari pesta tanglung yang penuh warna-warni ke makanan halal yang tak disangka-sangka banyaknya—semua ni mengubah perspektif kitorang pasal Taiwan.

Kalau sebelum ni Taiwan mungkin tak masuk dalam radar ramai pelancong Muslim, sekarang jelas kenapa negara ni layak jadi antara destinasi mesra Muslim terbaik dalam dunia non-OIC. Infrastruktur yang disediakan bukan sekadar ‘boleh halal’, tapi betul-betul mesra Muslim—ada ruang solat, restoran halal yang certified, dan penduduk yang open-minded serta welcoming kepada pelancong Muslim.

Jadi kalau korang tengah plan trip dan nak cari tempat yang penuh dengan kombinasi alam semula jadi dan budaya yang unik, serta juga kemudahan untuk pelancong Muslim, Taiwan memang patut masuk dalam bucket list korang. Kami sendiri dah jatuh cinta, dan mungkin… ini bukan kali terakhir kitorang ke sini. 🫰

Dah rindu dah geng-geng kami kat Taiwan.

Terima kasih, Taiwan dan inshallah kita akan berjumpa lagi!