fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
June 7, 2025

[INFOGRAFIK] Panduan 5 minit: Mpox atau cacar monyet

August 19, 2024 Badd Hakim Infografik, Sains, Sihat
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Korang hanya perlu 5 minit je untuk belajar tentang Mpox (aka Monkeypox).

Panduan 5 minit: semua yang korang kena tahu tentang mpox aka cacar monyet
Mpox, atau cacar monyet, adalah sejenis penyakit berjangkit akibat virus cacar monyet (MPV) yang sekeluarga dengan virus cacar. Sebab ia mula-mula dikesan dalam monyet pada tahun 1958, ia dikenali sebagai virus cacar monyet. Lepas orang sedar yang bukan monyet je yang bawa virus ni, namanya ditukar ke Mpox sejak 2022.
Selalunya bermula 1-21 hari lepas jangkitan, gejala Mpox boleh bertahan selama 2-4 minggu. Antara gejalanya termasuk ruam, demam, sakit tekak, kepala, belakang, sengal otot, kurang tenaga, dan bengkak kelenjar.
Mpox selalunya bermula dengan ruam yang bertukar jadi gelembung berisi cecair yang gatal atau pedih. Ruam ni boleh jadi di mana-mana bahagian badan. Untuk orang yang sistem imunnya terjejas, ruam ni boleh jadi lebih serius dengan mengakibatkan jangkitan, penglihatan terjejas, radang paru-paru, keradangan, jangkitan darah atau sepsis, sakit atau susah nak menelan, dan muntah atau cirit-birit.
Mpox boleh merebak jika bersentuhan dengan luka-luka ruam. Ini termasuk melalui hubungan kelamin, percumbuan, seks oral, dan titisan pernafasan. Korang pun boleh dijangkiti mpox jika dicakar atau digigit haiwan yang sakit, atau dengan makan daging haiwan tersebut. Menyentuh barang-barang yang tercemar macam pakaian dan cadar pesakit juga membawa risiko.
Langkah-langkah pencegahan bagi mpox sama dengan penyakit bawaan virus lain. Vaksin bagi golongan berisiko tinggi, pengasingan kendiri jika terjangkit, kerap basuh tangan dengan sabun, dan elakkan sentuh atau kongsi barang-barang dengan pesakit serta nyahkuman ruang bersama.
Kalau korang ada mpox, korang perlu pakai topeng muka dan tutup kesan ruam bila bersama orang lain, kumur dengan air garam dan berendam dalam air suam bercampur soda penaik atau garam Epson, ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen, laporkan dan minta rawatan kat pusat perubatan terdekat. Elakkan pecahkan gelembung kulit atau menggaru dan mencukur kawasan yang terlibat.
WHO dah mengkategorikan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam merentas sempadan (PHEIC). Sungguhpun Malaysia pernah ada 9 kes mpox tahun lepas, setakat 19 ogos 2024 masih belum ada kes baru di sini. Sekarang, Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak mengetatkan pengawasan di jalan-jalan masuk antarabangsa, dan semua pelawat dari negara-negara yang dah melaporkan mpox diwajibkan mengawasi status kesihatan sendiri.
Korang rasa kita akan kena perintah berkurung lagi tak? Bagitau kami kat ruangan komen!
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

Cara dapat diskaun tak tercapai dek akal sempena Shopee 8.8

Seterusnya

4 tokoh kemerdekaan wanita yang kita perlu ketahui

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend