Bermula 3 hingga 5 Oktober, kota Moscow bakal diselubungi semarak dunia fesyen apabila Sidang Kemuncak Fesyen BRICS+ menjadi tumpuan ramai.
Acara besar-besaran ini, susulan musim fesyen di Milan dan Paris, akan mengetengahkan penyertaan lebih daripada 100 negara dari lima benua. Sidang kemuncak berkenaan merupakan platform yang praktikal untuk meneroka warisan budaya dari pelbagai negara, menampilkan fesyen yang sederhana, menjalin perkongsian perniagaan dan mempamerkan teknik kraf tradisional dari seluruh dunia.
Dalam lingkungan ekonomi BRICS, industri fesyen mengalami satu lonjakan dari segi kepentingannya, dengan kemunculan ekosistem yang teguh bagi menyokong segala-galanya daripada pengurusan rantaian bekalan sehinggalah pengeluaran dan pemasaran.
Malaysia yang mengemukakan permohonannya untuk menyertai BRICS tahun ini, bersedia untuk berkembang. Menerusi pasaran fesyen yang bernilai $3 bilion, serta dijangka berkembang sebanyak 10% menjelang 2029, Malaysia berhasrat untuk meluaskan kehadirannya di pentas antarabangsa. Mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Fesyen BRICS+ berkenaan ialah Jay Ishak, Presiden Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (Malaysian Official Designers’ Association), yang menghadiri Sidang Kemuncak tersebut buat kali kedua. «Perbincangan yang bernas dan semangat kerjasama memupuk hubungan komuniti yang utuh dalam kalangan negara BRICS, yang menyerlahkan keupayaan fesyen untuk dijadikan jambatan penghubung dari segi pertukaran budaya dan pembangunan ekonomi. Sidang kemuncak ini menjadi pemangkin pertumbuhan terutamanya untuk jenama fesyen bersaiz kecil dan sederhana yang berhasrat untuk memasuki pasaran antarabangsa. Ia memupuk amalan kelestarian, meningkatkan daya saing global dan mewujudkan suatu platform untuk berkongsi penyelesaian yang inovatif, menurut Jay Ishak.
Program Perniagaan Sidang Kemuncak berkenaan bakal menyediakan platform yang sangat bernas dengan pelbagai maklumat dan begitu menarik dengan lebih daripada 40 sesi yang menampilkan pemimpin dalam industri fesyen dari seluruh dunia, termasuklah ketua persatuan fesyen dan pereka berbakat. Pada sidang kemuncak berkenaan, bakal berlangsung pameran luar biasa bertemakan ‘Warisan’ yang mengetengahkan kraf artisan dari lebih 40 negara. Pereka fesyen dari Malaysia Yani Bakhtiar, bersama-sama pereka dari Indonesia, Myanmar, Laos, Kemboja, Filipina dan negara lain, akan menampilkan identiti budaya masing-masing menerusi lensa moden.
“Pameran di Sidang Kemuncak Fesyen BRICS+ ini menyediakan peluang yang besar untuk menyerlahkan keunikan dan keindahan batik lukisan tangan kita serta berkongsi nilai dan cerita di sebalik rekaan ini. Akhirnya, ia akan membantu kita untuk meluaskan rangkaian dan mencapai khalayak yang lebih meluas di pasaran global,” – Pereka Fesyen, Yani Bakhtiar.
Sidang Kemuncak Fesyen BRICS+ menjadi bukti kepada kuasa fesyen untuk menyatukan pelbagai budaya dan membentuk masa hadapan industri, sekali gus memacu pertumbuhan dan kemampanan ekonomi. Bertitik tolak daripada kejayaan acara tahun lalu yang memudahkan pertukaran pereka antarabangsa antara persatuan fesyen dari China, India, Russia, dan negara lain, Sidang Kemuncak tahun ini menjanjikan kerjasama yang lebih mantap. Minggu Fesyen Moscow (4-9 Oktober), berlangsung serentak dengan Sidang Kemuncak ini, akan menampilkan pereka fesyen dari negara BRICS dan negara lain, sekali gus meneruskan momentum dialog fesyen global.
Untuk maklumat lanjut, layari fashionsummit.org