- 1.5KShare sekarang!
- Email8
- Facebook1.5K
- Share
Beli iPhone 16 melalui syarikat telco ibarat buat perjanjian dengan jin. Korang ikat kontrak, ambil line telefon yang korang tak perlu pun sebenarnya, dan kalau akhirnya jimat pun, tak banyak. Lebih kurang harga asal je.
Tapi macam mana kalau korang boleh dapat pelan iPhone 16 tanpa kontrak, bayaran bulanan postpaid yang lebih rendah, dan harga telefon akhir tu lagi murah daripada Apple Store? Adakah masih perjanjian dengan jin, atau perjanjian yang jinnius sebenarnya?
Bukan sekadar omong kosong ya, sebab…
Korang boleh dapat iPhone 16 128GB serendah RM604 – TANPA kontrak!
Bukan bulanan ya RM604, tapi seketul. Mungkin tak puas hati dengan pakej pasca bayar termurah diorang untuk iPhone 15 tahun lepas, Yes 5G semakin luar tabii dengan pakej diorang untuk iPhone 16.
“Asyik orang je bayar kita nak beli iPhone. Apa kata kali ni… kita pulak bayar orang untuk ambil iPhone dengan kita. Nak lagi best, takyah kontrak! Menyemak je. Fufufu… sungguh di luar kotak idea bisnes kita kali ni,”
-Staf Yes 5G yang tekanan sebab bos dia asyik suruh fikir di luar kotak, barangkali.
Kitorang tak tahulah meeting diorang sebenarnya macam mana, tapi yang penting itulah lebih kurang Pelan Pasca Bayar Infinite Cashback Yes 5G.
Selalunya pelan-pelan pascabayar yang bagi telefon ni akan ada kontrak yang ikat korang sama ada 24 atau 36 bulan sebab tak nak korang curang, tapi dengan pelan Yes 5G ni, korang sendiri takkan rasa nak curang. Sebab apa? Untuk pelan ni,
- Korang kena berumur 18 tahun ke atas
- Bayar harga jualan (RRP) iPhone
- Pilih salah satu pelan pascabayar Infinite Cashback Yes 5G
- Dapat pulangan tunai (cashback) setiap bulan selama 35 bulan
- Kalau korang cancel, tak ada denda dan iPhone tu tetap milik korang
Banyak mana pulangan tunai bergantung kepada pilihan pelan pascabayar. Korang akan dapat pulangan tunai yang pertama dalam tempoh 60 hari akaun korang diaktifkan, dan pembayaran ni akan diteruskan selama 35 bulan. Cuma kena pastikan korang tak terlepas bayar bil sebab pulangan wang ni akan terbatal jika akaun korang disekat.
Yep, dalam kata mudahnya, korang beli iPhone 16 dengan harga penuh, dan semakin lama korang stay dengan YES 5G, semakin kurang jumlah harga asal iPhone yang korang beli tu dengan pulangan tunai.
Contoh kita ambil iPhone 16 (128GB) dengan harga RM3,999, dengan pelan Basic 58 korang akan dapat pulangan tunai RM13 sebulan. Lepas 35 bulan, korang akan dapat jumlah pulangan tunai sebanyak RM455, bermaksud harga iPhone 16 korang dah kurang jadi RM3,544.
Kalau korang ambil pelan Ultra 178 pulak, jumlah pulangan tunai yang korang akan dapat balik adalah sebanyak RM3,395 – jadi lepas tolak, korang cuma bayar RM604 je untuk iPhone 16. Selain tu, pelan Infinite Cashback ni tak terhad kat satu jenis iPhone je, jadi tak kisah kalau korang nak angkat iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, hatta iPhone 16 Pro Max sekalipun.
Dan kalau korang masih ragu-ragu…
Yes 5G nak korang bandingkan sendiri harga iPhone 16
Mungkin korang sekarang tengah pikir “Amende la. Belum masuk bil bulan-bulan lagi. Ikut mana pun kena bayar lebih!” Tapi adakah anda pasti?
Bila beli telefon, memanglah kena bayar talian jugak kan. Takkan nak ada iPhone tapi takde line dan mengharapkan WiFi orang je sepanjang masa. Dan kalau sembang harga line pascabayar, Yes 5G memang antara yang termurah kat pasaran.
Kalau tahun lepas kitorang bersusah payah tolong buktikan yang pelan pascabayar untuk iPhone 15 diorang yang paling murah, tahun ni diorang nak buktikan sendiri guna kalkulator diorang. Korang boleh lawat pautan ni ataupun test sendiri kat kotak bawah ni:
Haa… begitu murah bukan?
Pelan Infinite Cashback Yes 5G juga bagi korang kebebasan Infiniti
Kelebihan yang paling best pelan Infinite Cashback ni semestinya kebebasan tanpa kontrak. Kuasa di tangan anda! Kalau korang tetiba tawar hati dengan Yes 5G, korang boleh batalkan je bila-bila korang nak tanpa risau kena denda dan sebagainya.
Dari segi ni, rasa macam Yes 5G pulak yang jadi pelanggan korang kan? Asyik kita je yang terikat kena bayar, kali ni bagi syarikat pulak terikat bayar kita.
Walau bagaimanapun, kalau korang tak berminat dengan sistem baru ni (atau tak nak bayar harga iPhone baru seketul), YES 5G masih ada pelan ansuran 24 atau 36 bulan dengan pelan Infinite+ diorang, dan masih yang termurah di pasaran dari segi jumlah kos keseluruhan pembelian.
Korang boleh telaah lebih lanjut tentang pelan Infinite+ dan Infinite Cashback kat pautan ni, atau cuba kalkulator YES 5G kat pautan ni.
- 1.5KShare sekarang!
- Email8
- Facebook1.5K
- Share