- 555Share sekarang!
- Email3
- Facebook552
- Share
Bila tengok iklan syampu kelemumur je, pastinya kita diserang bayangan model dengan rambut hitam berkilat pura-pura terkejut sebab banyak serbuk putih jatuh kat bahu dia. Tapi selepas menggunakan produk anti-kelemumur jenama ABC, model tu boleh goyangkan kepala dengan yakin!
Secara ringkasnya, kelemumur adalah kulit kepala yang dah mati dan mengelupas. Kelemumur ni dialami semua lapisan masyarakat, namun kulit kepala sesetengah orang mengelupas lagi banyak dari biasa, menyebabkan kelemumur yang lebih jelas kelihatan. Sebab kenapa sesetengah orang je kena kelemumur masih misteri, tapi antara teori yang popular adalah:
- kulit yang semulajadi kering, berminyak atau ada penyakit macam psoriasis dan eczema
- kehadiran sejenis fungus (kulat Malassezia) yang memperoleh sumber makanannya daripada minyak kat kulit kepala
- tidak menggunakan syampu yang mempunyai fungsi anti-kelemumur
Tapi sebenarnya, betul ke masalah kelemumur boleh diubati dengan sekadar syampu rambut? Dan ada beza ke antara syampu biasa dan syampu anti-kelemumur dari segi keberkesanan?
Baru-baru ni, Selsun Blue ada hantarkan kami syampu anti-kelemumur berubat diorang. Syampu ni juga katanya lebih berkesan dari syampu syampu anti-kelemumur biasa serta membuahkan hasil dengan cepat. Jadi alang-alang dah dapat syampu mahal secara gratis, mari buat eksperimen!
Kami paksa penternak-penternak kelemumur di ofis guna dua jenis syampu kat kepala diorang
Kami nak tahu 2 benda:
- Apakah beza antara syampu anti-kelemumur biasa dan syampu anti-kelemumur berubat?
- Mampukah syampu biasa (yang tidak mempunyai fungsi anti-kelemumur) kurangkan kelemumur?
Jadi, kami dengan terujanya memaksa 2 rakan sekerja kami untuk jadi tikus makmal. Tikus makmal pertama ialah Uihua yang akan gunakan syampu anti-kelemumur biasa di sebelah kiri, dan syampu berubat Selsun Blue di sebelah kanan. Tikus makmal kedua ialah Nabihah yang akan gunakan syampu hotel yang kami beli kat Shopee di sebelah kiri, dan syampu berubat Selsun Blue di sebelah kanan.
Kerja rumah diorang mudah je. Mula-mula, kami minta diorang ternak dulu kelemumur selama 5 hari untuk tengok betapa teruk masalah kelemumur diorang.
Ini hasil bagi Uihua…
Ni pulak hasil bagi Nabihah:
Kemudian, untuk dua minggu seterusnya, diorang cuci rambut setiap tiga hari sekali dengan dua jenis syampu yang ditetapkan. Sebelum setiap cucian berikutnya, kami minta diorang garu kepala lagi di studio kami untuk lihat tahap kelemumur terkini.
Ini perbandingan jumlah kelemumur yang terhasil
Kepala Uihua:
Kepala Nabihah:
Ini pula perbandingan awal dan akhir
Wah, memang ada perbezaan walaupun cuma beberapa kali pakai je. Untuk Uihua, kedua-dua jenis syampu nampaknya membuahkan hasil. Syampu anti-kelemumur biasa berjaya mengurangkan tahap kelemumurnya, manakala syampu berubat Selsun Blue pula membuatkan hampir semua kelemumur hilang terus!
Bagi Nabihah pula, syampu hotel juga mengurangkan sedikit kelemumur, manakala syampu berubat Selsun Blue menunjukkan hasil yang jauh lebih baik!
Hmmm.. Mengapakah ini semua harus terjadi?
Bahan aktif memainkan peranan untuk basmi kelemumur
Untuk tengok beza ketiga-tiga syampu yang digunakan, kami dengan gigih meneliti dan menyelidik setiap bahan yang disenaraikan atas botol mereka. Setelah juling mata, ini senarai bahan-bahan yang ada kaitan dengan kelemumur bagi ketiga-tiga syampu:
Kesemua syampu ada bahan untuk melembapkan rambut dan kulit kepala, dan juga bahan yang boleh menanggalkan sel-sel mati (bahan kelemumur). Sebab itulah kelemumur sebelah kiri Nabihah berkurangan walaupun pakai syampu hotel yang murah. Syampu anti-kelemumur biasa tu up sedikit, dengan bahan tambahan untuk perbaiki kulit dan scrub untuk tanggalkan kulit mati yang degil.
Selsun Blue iaitu syampu berubat pulak up lagi, dengan tambahan menthol dan selenium sulfide. Menthol menyejukkan kulit kepala yang gatal dan boleh bunuh kulat di kepala, manakala selenium sulfide pula adalah bahan aktif yang disyorkan oleh pakar perubatan sebagai rawatan untuk kulat Malassezia dan masalah kulit kepala gatal. Kedua-dua bahan ni memang berkesan melawan kelemumur. Sebab itulah bila dilihat, kelemumur di sebelah kanan kedua-dua tikus makmal kami hampir hilang sepenuhnya!
Mengikut maklum balas yang mereka kongsikan, syampu Selsun Blue juga membantu menghilangkan rasa gatal kulit kepala, terutamanya bagi Nabihah yang bertudung.
Pada masa yang sama, disebabkan Selsun Blue adalah syampu berubat, kalau diguna selalu boleh mengeringkan kulit kepala. Jadi ikut aturan atas botol dan guna paling kerap tiga kali seminggu sahaja.
Jadi kalau korang ada masalah kelemumur, kerap-keraplah mencuci rambut dengan syampu yang sesuai dengan keseriusan masalah korang, terutamanya jika korang kerap berpeluh. Jangan lupa bilas rambut dengan bersih, sebab saki-baki syampu kat rambut juga penyebab kelemumur. Dan kalau korang nak syampu yang bagi kami memang sangat berkesan, bolehlah cuba syampu berubat Selsun Blue sebab hasilnya memang memuaskan.
- 555Share sekarang!
- Email3
- Facebook552
- Share