- 468Share sekarang!
- Email10
- Facebook458
- Share
Dulu kalau cikgu tanya “besar nanti nak kerja apa?”, mesti ramai yang jawab doktor kan? Takpun, peguam, usahawan, dan jawapan-jawapan skema yang sewaktu dengannya.
Sekali imbas, mungkin kerjaya-kerjaya ni nampak glamor dan berprestij. Tapi di sebalik tabir, adakah realiti pekerjaan serupa dengan apa yang selalu kita bayangkan?
Untuk membuka tirai antara fantasi dan realiti, Soscili bersama rakan kami dari AIA Malaysia berborak dengan:
- Dr. Aaron Cheah (Doktor)
- Fahri Azzat (Peguam)
- Jinli Chan (Usahawan)
- Cindy Wong (Agen Insurans)
Banyak yang diorang kongsikan, antaranya tentang gaji, keseimbangan hidup dan kerja (work-life balance), dan juga tekanan yang dihadapi dalam kerjaya diorang. Jom kita tengok!
Doktor: gaji masyuk, tapi banyak tekanan
Kini seorang doktor dan juga Pengarah Perkhidmatan Klinikal di Speedoc, Dr. Aaron Cheah bagitau kitorang yang gaji doktor di sektor awam jauh berbeza daripada sektor swasta. Di sektor awam, gaji beliau bermula dari RM4,000 hingga RM5,000. Tapi, selepas masuk sektor swasta, beliau terkejut dengan gaji yang meningkat ke RM10,000 hingga RM15,000.
Tambahan pula, pengalaman dan pengkhususan juga boleh meningkatkan gaji seorang doktor. Contohnya, doktor pakar boleh dapat 10 kali ganda gaji seorang doktor biasa. Namun, wang bukanlah segalanya sebab:
“Kalau korang bertugas sebab minat dan niat untuk membantu orang lain, tu pun ganjaran yang lumayan”
Dr. Aaron Cheah
Bagi sesiapa yang bakal jadi doktor pelatih (houseman) tu, lupakan saja la keseimbangan antara hidup dan kerja korang. Mengikut Dr. Aaron, ramai doktor pelatih bangun seawal pukul 5 pagi, sampai di hospital pada pukul 6.30 pagi, biasanya habis kerja pada pukul 7 hingga 10 malam, dan terus terlena selepas sampai rumah. Itulah hakikat rutin harian mereka selama 2 tahun.
Kata Dr. Aaron lagi, ramai kenalan doktor beliau mendapat “kuasa ajaib” – diorang boleh tidur 1-2 jam saja dan rasa segar. Pendek kata, doktor terpaksa korbankan kesihatan sendiri demi merawat orang lain.
“Berat badan saya naik, perut pun mula buncit. Itulah realiti hidup saya masa 2 tahun tu.”
Dr. Aaron Cheah
Selepas habis housemanship selama 2 tahun, barulah mereka boleh keluar daripada sektor awam. Selain bekerja sebagai doktor di klinik atau hospital swasta, ada juga yang buka klinik sendiri atau jadi doktor pakar. Di situ, mereka ada sedikit fleksibiliti untuk memilih waktu bekerja. Sekarang, Dr. Aaron biasanya bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
“Sekarang, saya ada lebih banyak masa untuk diri sendiri, ada masa untuk bersenam, untuk jaga pemakanan… bukan main rembat apa-apa yang ada di kafeteria hospital saja.”
Dr. Aaron Cheah
Bab realiti bekerja di hospital pula, apa yang korang nampak waktu melawat saudara-mara di hospital tu jauh berbeza dengan kesibukan yang doktor alami di sebalik tabir. Ni pengalaman beliau semasa bertugas di sebuah hospital di pedalaman Sabah:
“Hospital tu besar, tapi ada 3 orang doktor je. Seorang jaga wad kecemasan, seorang jaga wad lain, tapi pesakit beratus-ratus. Tu waktu tak sibuk tau. Jadi kami penat dan banyak tekanan.”
Dr. Aaron Cheah
Tambahan pula, kalau bertuah, kita akan dapat doktor senior yang baik dan pandai membimbing. Tapi, kalau dapat senior yang kurang baik, tekanan bekerja pun lebih tinggi.
“Bila tengah penat, lepas tu ada senior cakap kita tak layak jadi doktor, memang ia akan mempengaruhi mental kita. Saya rasa itu antara sebab kenapa ramai doktor muda alami kemurungan.”
Dr. Aaron Cheah
Walaupun situasi sekarang lebih baik sebab Malaysia dah ada bilangan doktor yang ramai, topik doktor kontrak pula menjadi perbualan hangat. Realitinya, hidup seorang doktor ni memang penuh dengan cabaran.
Peguam: dulu selalu masuk mahkamah, sekarang Zoom je
24 tahun dulu, gaji Fahri sebagai seorang peguam muda hanyalah RM1,800 sebulan. Tapi, memandangkan bapa beliau juga seorang peguam, Fahri dah tahu hakikat dalam bidang ni:
“Kita mula dengan gaji rendah, tapi kita kerja keras, naik pangkat, selesaikan kes yang betul… lambat laun kita akan naik.”
Fahri Azzat
Betul cakap Fahri. Kini, beliau ada syarikat guaman sendiri iaitu Fahri, Azzat & Co., beserta dengan gaji yang “selesa”.
Bab keseimbangan antara hidup dan kerja pula, Fahri cakap bekerja sampai malam tu perkara biasa, dari zaman pelatih hinggalah sekarang.
Tambahan pula, 2008 adalah tahun yang tak dapat Fahri lupakan. Waktu tu, diorang terpaksa tukar dari gear 1 terus ke gear 5 apabila Ketua Hakim Negara, Tun Zaki buat pembaharuan untuk mempercepatkan sistem keadilan. Sebelum 2008, sebuah kes yang ringkas boleh memakan masa 4 tahun. Tapi selepas tu, semua kes wajib diselesaikan dalam masa 9 bulan. Selepas 2 ke 3 tahun, barulah kebanyakan peguam mampu biasakan diri dengan perubahan ni.
Fahri ada juga bagitahu yang walaupun beliau tiada waktu bekerja yang normal, beliau masih ada keseimbangan tersendiri:
“Ada masa saya utamakan keluarga saya daripada kerja, dan ada masa saya utamakan kerja daripada keluarga atau minat saya. Pendek kata, ia seimbang dengan cara yang tidak seimbang.”
Fahri Azzat
Waktu Fahri mula bekerja dulu, peguam biasanya akan masuk ke mahkamah dan memberikan hujah di hadapan hakim. Tapi dalam era digitalisasi ini, semuanya dah berubah, dan mahkamah pun beralih ke medium digital:
“Pelik jugalah, lebih-lebih lagi orang lama macam saya yang dah biasa guna cara manual. [Sekarang] dah tak ada mahkamah fizikal, tak ada dokumen fizikal, semuanya digital.”
Fahri Azzat
Takpe, kita pandang sudut positif. Mungkin sekarang peguam dah tak perlu iron seluar, kan?
Usahawan: kita bos, tapi kita juga kuli
Pemilik syarikat Cocova, Jinli, dulunya berjawatan tinggi di dunia korporat sebelum berjinak dalam bidang keusahawan. Kini, beliau seorang tauke coklat yang berjaya. Namun, gaji beliau yang dulunya 5 angka kini turun ke 4 angka saja. Malah, dah bertahun-tahun beliau pakai handphone yang sama sebab keuntungan syarikat akan dilaburkan semula untuk kembangkan bisnes.
“Sebenarnya, saya boleh je bagi diri sendiri gaji sampai 5 angka, tapi ia akan bagi kesan buruk kepada bisnes saya.”
Jinli Chan
Jinli cakap, ramai orang anggap yang waktu bekerja seorang usahawan adalah fleksibel. Realitinya:
Ye, betul, memang fleksibel. Tapi fleksibel tu maksudnya kita kerja 24/7 la. Hujung minggu kerja, malam kerja.
Jinli Chan
Ada satu tahap, Jinli pernah menghidap darah tinggi disebabkan tekanan dalam menguruskan perniagaan beliau. Tapi, selepas 3 tahun, bisnes beliau kini semakin stabil dan team Jinli pun semakin ramai. Akhirnya, Jinli ada ruang untuk rehat secukupnya.
Walaupun ramai yang sangka kerjaya beliau sangat glamor, Jinli berkongsi yang pejabatnya tidaklah gah macam pejabat korporat dulu. Masa Jinli baru memulakan bisnes, rumah beliau jadi HQ, dan ruang tamu jadi tempat menyimpan stok. Selain tu, beliau juga jadi akauntan dan tukang angkat barang. Bukan senang tau, sekotak coklat je pun dah cecah 20kg!
“Ramai cakap saya macam bosslady, tapi sebenarnya saya kuli.”
Jinli Chan
Walaubagaimanapun, beliau tetap gembira sebab dapat merealisasikan impian sendiri daripada makan gaji. Sekarang, Jinli tidak lagi bekerja dari rumah, dan mampu menyewa sebuah pejabat untuk team beliau.
“Kiranya, ini persekitaran yang dapat saya bina untuk diri sendiri dan team saya. Itu salah satu kepuasan bagi seorang usahawan. [Pejabat] ni dah macam rumah kedua saya, jadi saya boleh hias ikut cita rasa sendiri.”
Jinli Chan
Ejen insurans: kerja 9 bulan, cuti 3 bulan
Sebagai akauntan bertauliah, Cindy pernah berhadapan dengan dua pilihan: pindah ke Singapura dengan gaji $7,000 sebulan, atau jual insurans. Beliau memilih pendapatan yang lebih lumayan, dan buat keputusan untuk menjadi seorang Perancang Hayat AIA (ejen insurans AIA).
Tak sia-sia Cindy pilih kerjaya ni, sebab beliau berjaya mendapat komisen 5 angka pada bulan pertama saja.
Ya, saya join sebab dengar cerita, pendapatannya lumayan, dan dalam masa yang sangat singkat, pendapatan saya dah jauh melepasi jangkaan.
Cindy Wong
Cindy cakap, komisen lima angka dalam bulan pertama bukanlah perkara luar biasa, sebab AIA juga memberikan bonus tambahan sehingga RM9,000 kalau capai beberapa KPI.
Pada awalnya, Cindy sangka yang kerjaya ni sangat fleksibel, hanya perlu lepak kedai kopi dan borak-borak dengan pelanggan. Tapi realitinya, beliau sangat sibuk, terutamanya pada tahun pertama.
“Mak cik yang rekrut saya cakap, “join kerjaya ni, waktu kerja fleksibel. Boleh rancang masa sendiri, lepak minum kopi, borak dan setel kerja”.
Hakikatnya, kerjaya ni sangat sibuk, tapi atas pilihan sendiri lah… Sebab kita pun nak dapatkan banyak sales, kan?”
Cindy Wong
Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selepas menceburi bidang ni selama 3 tahun, Cindy kini dah mula bersenang-lenang. Malah, beliau cukup stabil hingga mampu memilih untuk bekerja selama 9 bulan setahun, dan berehat selama 3 bulan. Walaupun baru mencecah usia 26 tahun, beliau juga dah ada team sendiri yang terdiri daripada 6 orang Perancang Hayat lain.
Sebab pendapatan ejen insurans ni bergantung kepada sales, Cindy dulu menyangka beliau akan masuk ke dalam kandang singa, dan semua orang akan stres sebab kejar sales.
Disebabkan Cindy langsung tiada pengalaman dalam bidang jualan, beliau mula berjinak-jinak melalui program AIA Elite Academy. Di situ, Cindy terkejut dengan sokongan yang diterima:
Sebenarnya ramai orang daripada latar belakang berbeza yang join. Ada doktor, jurutera… Jadi setiap pagi, kami kongsi apa yang kami belajar. Lagipun, kami semua tak ada pengalaman, tapi kami ada mentor yang boleh dihubungi setiap masa melalui WhatsApp dan sebagainya.
Cindy Wong
Pada mulanya, keluarga beliau juga ragu-ragu sebab kerjaya ni dianggap sebagai downgrade. Tapi sekarang, mereka dah faham dengan tugas-tugas Cindy dan bangga dengan pencapaian beliau pada usia yang cukup muda.
Setiap kerjaya ada cabaran tersendiri
Kita selalu nampak kejayaan orang lain, tapi jarang kita lihat kerja keras dan pengorbanan diorang yang memakan masa bertahun-tahun. Tak kira apa jua industri yang kita pilih, masing-masing ada cabaran tersendiri.
Bab industri insurans pula, tak dapat dinafikan yang ramai orang tertarik sebab pendapatan yang lumayan. Tapi, rakan-rakan kitorang dari AIA juga faham akan realitinya – untuk berjaya dalam industri ni, ejen-ejen baharu perlukan bimbingan dan sokongan yang padu.
Sebab itulah AIA ada AIA Elite Academy, sebuah program latihan berstruktur selama 18 bulan. Di sini, korang akan dapat pengetahuan teknikal professional, sesi perkongsian antara rakan sekerja, sokongan dari mentor dan jurulatih, serta bonus prestasi sehingga RM9,000 sebulan di samping komisen yang lumayan. Bagi sesiapa yang nak tukar kerjaya, bonus ni juga satu insentif supaya mereka mampu mengekalkan gaya hidup sambil membina kerjaya baharu.
Tapi, korang tak semestinya perlu berhenti kerja untuk ceburi industri insurans. Kalau nak buat side income pun, boleh cuba join program Elite Lite. Bagi yang nak fokus sepenuhnya sebagai ejen insurans, korang boleh try program Elite atau Elite Pro. Bab-bab kenaikan pangkat tu, korang boleh rujuk carta di bawah, atau klik pautan ni untuk ketahui lebih lanjut mengenai AIA Elite Academy.
Jangan takut, jangan risau. Senior-senior kat AIA baik-baik belaka ;)
- 468Share sekarang!
- Email10
- Facebook458
- Share