Kisah pasangan Amerika yang buka A&W pertama Malaysia

A&W pertama di Malaysia pada 1965

Cuba teka, fast food mana yang buka dulu di Malaysia? Mesti awak semua fikir Mekdi sebab pernah dengar pasal restoran Mekdi pertama yang dibuka pada era 80-an. Tapi… tidak sama sekali.

Sebelum Mekdi, ada lagi satu fast food yang lejen dibuka di Malaysia. Ia ada kaitan dengan hotdog, waffle dan aiskrim, haaa… tahu tak apa?

Jika A&W jawapannya, maka kemenangan berada di tangan awak. Disebalik fast food ni, terselit satu kisah menarik mengenai pembukaannya di Malaysia. Kami ada terjumpa sepucuk surat yang ditulis oleh kenalan pengasas A&W di Malaysia, iaitu Al dan Geri Lieboff.

A&W pertama di Malaysia
Inilah A&W pertama di Malaysia. Imej daripada The Vocket.

Segalanya bermula daripada satu pasangan kekasih, Al dan Geri Lieboff yang…

Naik darah sebab ais krim di Bangkok tak sedap

Si Al dan Geri Lieboff ni bukan siapa-siapa (takda kaitan pun dengan pemilikan A&W), cuma satu pasangan kekasih yang telah bersara dan suka mengembara. Kisahnya, Al ni banyak kali cerita dengan isterinya, Geri, macam mana lah rasa aiskrim di negara Asia.

Mereka pun pergi bercuti ke Bangkok sekitar 1960-an macam tu. Semasa Al makan aiskrim di sebuah kedai, dia kata:

“Mereka panggil ni aiskrim? kenapa aku macam….”

Kata si Al kepada isterinya
POV: Al makan aiskrim di Bangkok. GIF daripada HotandSpicy00

Geri ni pun tak semena-mena buat lawak dengan Al cakap yang kita boleh buka kedai ais krim di sini kalau Al tak puas hati dengan kualiti ais krim. Dalam gurauan adanya kenyataan, itulah yang berlaku kepada mereka.

Mereka berdua berhasrat nak buka kedai A&W (sebab waktu tu ramai orang suka makan aiskrim A&W di Las Vegas), bukan di Bangkok kedai tu nak dibuka, tapi di Tanah Melayu. Hmmm… kenapa?

Katanya KL ni bandar paling menarik bagi mereka

Haaa… itulah apa yang diorang anggap pasal Kuala Lumpur, mungkin sebab lain, mereka suka dengan suasana di situ. Masa nak buka A&W, Al & Geri ada tanya seorang senator Tanah Melayu, lantas senator itu pun setuju nak buka A&W di Kuala Lumpur (Ehh.. Tunku Abdul Rahman pun kagum tau dengan cadangan mereka ni).

Masa itu, A&W bagitahu, siapa nak buka francais di mana-mana negara, mereka kena tengok berapa ramai bilangan remaja di situ. Tapi… Al dan Geri dapat saja hak francais tu, sebab A&W tak tahu berapa ramai bilangan remaja di Tanah Melayu dan Singapura.

Kuala Lumpur pada tahun 1960
Kuala Lumpur pada 1960. Imej daripada Coconuts

Awal-awal dapat hak francais memang senang, tapi banyak masalah mereka kena hadap. Kuala Lumpur waktu itu tengah membangun dan undang-undang pengezonan belum kukuh lagi. Susah juga nak cari port baik semasa KL tengah nak naik.

Lepas deal dengan macam-macam biokrasi, akhirnya mereka jumpa port baik untuk buka A&W pertama di Malaysia iaitu berhadapan Armcorp Mall pada 1965.

A&W pertama di Malaysia 1965
Yang ni di Malaysia tau bukan di U.S. Imej daripada The Star.

Satu hal sudah settle, ada satu hal lagi kena hadap: Pengambilan pekerja.

Mereka ingat susah nak ambil pekerja wanita Melayu

Ambil pekerja lelaki, tak jadi masalah, yang jadi masalah besar apabila kawan Al dan Geri bagitahu agak susah nak cari pekerja perempuan yang pakai uniform A&W sebab:

“Ada satu stigma dipanggil “gadis kelab malam”, dan wanita Melayu tak manis kalau memakai pakaian barat…”

Kata member Al & Geri

Mereka telah meletakkan kertas iklan pengambilan pekerja pelayan lelaki dan wanita. Alangkah terkejutnya bila esok hari, seramai ribuan wanita muda datang untuk kerja tersebut. Selepas tiga hari, 150 wanita muda datang nak cari kerja juga (ada yang datang bawa mak sekali).

Iklan kerja A&W Malaysia 1965
Inilah Iklannya. Imej daripada Old Malaysia (Pinterest).

Apa ah member Al dan Geri ni, rupa-rupanya ramai wanita muda nak kerja itu. Oh, lepas pengambilan kerja settle, maka A&W pun beroperasi pada 1965.

Seramai 18 wanita muda dan 11 lelaki muda dipilih, dan mereka mula dikenakan latihan dengan bergaji 100 dollar malaya. Mereka kena kerja tujuh jam setengah untuk sehari dan dapat makan A&W percuma.

A&W Malaysia 1965
Besar mat cawan root beer A&W. Imej dari The Straits Times.

Pekerja lelaki akan dapat gaji tinggi sikit lepas habis latihan, tapi pelayan wanita gajinya tak naik. Sabar, ini semua tiada kaitan dengan patriaki atau misoginis, ada juga kelebihan bagi pelayan wanita. Mereka boleh ambil tip yang diberi oleh pelanggan.

Si Al dan Geri ni bukan goyang kaki saja tau lepas buka A&W, sebab semasa ramai pelanggan datang, mereka akan hulurkan bantuan kepada para pekerja. Kiranya mereka tak berlagak seperti boss la.

Budaya lepak budaya kuning
Budaya lepak di fast food dari dulu dah wujud. Imej daripada The Straits Times.

Benda paling menarik pasal kisah ni ialah ada putera sultan pernah bekerja di sini. Okay ceritanya macam ni, ada seorang putera sultan ni nak kerja di A&W, sebabnya saja suka-suka isi masa lapang. Bayangkan dia kerja naik pangkat jadi sous-chef.

Mengetahui puteranya kerja di A&W, sultan sangat murka dan mengatakan kalau putera masih lagi kerja situ, tuanku akan tolak duit elaun sebanyak 300 dolar malaya. Tolak duit atau tak, putera tetap dengan pendirian, iaitu teruskan bekerja di situ.

Al & Geri kena buka 22 cawangan A&W dalam masa 5 tahun

Dalam kontrak Al dan Geri, mereka kena buka 22 cawangan baru dalam masa lima tahun dan mereka juga bercadang nak buat pandu lalu serta padang golf mini dalam restoran. Kata seorang pembaca Cilisos, Ignatius Joseph, tak ramai pun yang main golf mini tu.

A&W pertama ni memang orang kata pelbagai pahit manis berlaku. Pada tahun 2018, katanya restoran cawangan ni nak tutup disebabkan projek penstrukturan dan pembangunan semula kawasan situ yang telah diluluskan oleh Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Berdasarkan sumber sahih, tanah A&W milik Inter Mark Resources Sdn Bhd telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd. Sedih jugalah kalau nak ditutup sebab bagi kami, ia satu restoran yang ikonik dan bersejarah.

Tapi… tengoknya ada je lagi, tak tutup-tutup pun. Beberapa hari lepas, kami pergi situ, saja nak tengok macam mana rupa A&W ni. Mungkin akan ada update terbaru selepas ini mengenai penutupan restoran cawangan ni ke?

A&W pertama di Malaysia 1965
Kami pergi sini waktu malam, siang tak boleh waktu kerja, kang tak pasal-pasal bos marah.
A&W pertama di Malaysia 1965
Yang ni dalam A&W, pelik juga kenapa pakai kerusi plastik biasa macam ni.
A&W pertama di Malaysia 1965
Sticker di dinding tu nampak tak ditukar, tapi style ah macam fast food dulu-dulu.

Apa lagi, baik awak semua pergi sebelum ditutup, orang Kelantan kata nok ko suasano jah atau dalam bahasa Inggeris, feel the vibe.

Mungkin awak semua minat dengan kisah sejarah mamak di Malaysia

Ada juga kisah restoran yang hidangkan khinzir kepada orang Muslim

Artikel ini diterjemahkan daripada laman bahasa Inggeris kami, CILISOS.