- 163Share sekarang!
- Email2
- Facebook161
- Share
Pastinya awak semua yang lahir sekitar tahun 90-an didendangkan dengan lagu-lagu nasyid dari kumpulan Raihan. Sekitar lewat 90-an (dalam tahun 1997) macam tu, mereka telah menempah populariti di Malaysia.
Sedikit info mengenai mereka, Raihan bermaksud wangian dari syurga & kumpulan ini dianggotai oleh:
- Nazrey Johani.
- Abu Bakar Mohd Yatim.
- Che Amran Idris.
- Amran Ibrahim.
Album sulung mereka iaitu, puji-pujian merupakan album paling laris yang dijual. Nak tahu berapa? ia telah terjual sebanyak 3.5 juta!
Populariti mereka bukan setakat di Malaysia saja , tetapi di persada dunia tau. Mereka telah melakukan persembahan di seluruh negara antaranya Rusia, Amerika Selatan, Kanada, Hong Kong, Dubai, Scotland & United Kingdom.
Sebut pasal persembahan luar negara tahu tak, Raihan dulu dikatakan pernah perform bersama Spice Girls. Pastinya, awak semua pernah dengar mengenai kisah ini kan. Jadi, adakah info itu benar atau palsu? Meh sini kami huraikan.
Segalanya berlaku semasa mereka berjumpa Prince Charles
Macam kami bagitahu tadi, Raihan ni dah tahap internasional dah kerana bukan saja terkenal di Malaysia malah luar negara. Okay, awak semua tahu tak yang Raihan ni pernah dijemput untuk melakukan persembahan di Scotland sempena Sidang Kemuncak Komanwel 1997 di Edinburgh, Scotland.
Semasa di Scotland, Raihan pernah berjumpa dengan Ratu Elizabeth II, perghhh!!! Bukan calang-calang mereka ni. Yela, ingat senang ke nak berjumpa dengan orang kenamaan macam tu. Satu lagi, bukan saja Ratu Elizabeth, tetapi mereka berjumpa dengan Prince Charles.
*FAKTA MENARIK: Raihan juga pernah menerima kunjungan berjumpa Ratu Elizabeth II di Studio Synchrosound, Petaling Jaya sebelum Sukan Komanwel berlangsung.*
Bukan setakat berjumpa saja, Raihan juga sempat berbual dengan Prince Charles. Nak tahu tak, Prince Charles bergurau dengan mereka, iaitu mencadangkan Raihan membuat satu kolaborasi dengan Spice Girls! Sesiapa yang tak tahu, Spice Girls ialah sebuah kumpulan wanita terkenal pada era 90-an. Tapi, tak boleh nak bayangkan kalau mereka buat kolaborasi, memang pelik.
Prince Charles pernah prank Raihan suatu ketika dulu kahkahkah pic.twitter.com/c8M6OsZNDj
— Ahmad Faiz (@faiztobeng) May 13, 2019
Jadi, Raihan tak pernah pun melakukan persembahan bersama Spice Girls, cuma gurauan dari Prince Charles saja.
Okayy habis…
*Sorry kami guna meme lapuk hehehehehe….*
Sebenarnya tak habis lagi, kami nak cerita beberapa lagi fakta menarik tentang Raihan ni. Yang ni lain sikit, mungkin ada antara awak semua tak pernah dengar atau tak tahu lagi.
Raihan pernah melakukan persembahan di Royal Albert Hall! The Beatles, Oasis, Eric Clapton & Arctic Monkeys pernah perform di situ
Susah juga kalau nasyid nak dibawa ke seantero dunia, lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu. Tapi, Raihan berjaya memecahkan tembok kesusahan itu kerana mereka antara kumpulan nasyid yang pernah melakukan persembahan di Royal Albert Hall! Perghhh!! Gila, bukan biasa-biasa.
Jangan pelik kenapa kami terlampau teruja kerana Royal Albert Hall ni ialah satu pentas besar yang popular dan sesiapa yang pernah melakukan persembahan di situ, mereka dianggap legend!
Mungkin kami terlampau sangat dengan cerita ni, tapi tahu tak ramai kumpulan serta penyanyi yang pernah perform di sini, antaranya:
- The Beatles.
- Eric Clapton.
- Oasis.
- Arctic Monkeys.
- Liam Gallagher.
- Noel Gallagher’s High Flying Birds.
FAKTA MENARIK: Sebelum Raihan, Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Sudirman pernah melakukan persembahan di Royal Albert Hall.
Kami jumpa salah seorang budak dalam album Syukur dari Raihan
Okay, perasan tak dalam album kedua Raihan, iaitu Syukur ada gambar budak-budak. Kalau sesiapa beli dan buka album tu, mesti awak semua akan jumpa gambar mereka bersama dengan kanak-kanak. Mari kami tunjuk:
Nak tahu tak, kami ada jumpa salah seorang budak dalam album ni. Inilah orangnya:
- 163Share sekarang!
- Email2
- Facebook161
- Share