- 146Share sekarang!
- Email7
- Facebook139
- Share
Beberapa hari ni kita dikejutkan dengan sekumpulan orang dikatakan membuat amalan khurafat di Gunung Jerai. Mereka dikatakan telah mandi serta berwuduk di sebuah telaga sebelum mendaki gunung itu untuk melawat makam seorang shiekh.
Boleh tengok video di bawah:
@fikry_nuuri Ada yang pernah sampai Gunung Jerai? #Gunungjerai #telagatoksheikh #Fikrynuuri ♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia
Dalam sebuah ciapan di twitter, ada sorang ni cakap yang buat amalan tu geng-geng capal.
Kebanyakkan org suka mengambil berkat para “wali ghaib” etc ni, mereka sangat taksub dgn logo dibawah. Tgk saja pada logo baju yg dipakai oleh org yg pergi Gunung Jerai diatas.
Kdg² kesian juga dgn sesetgh Ustaz² Asyairah yg follow sunnah pun turut kena tempias. pic.twitter.com/iu3WUyfL8q
— Zac (@ZacZakirin13) May 29, 2022
Dari isu ni la kami tiba-tiba teringat sebelum ini netizen pernah berhujah mengenai logo capal yang katanya ada unsur-unsur taksub dari sebuah aliran agama Islam di bawah mazhab Hanafi. Benarkah?
Logo capal ada kaitan dengan aliran Barelvi
Bla korang tengok tajuk tu, apa yang difikirkan? Pelik, tak tahu atau apa benda aliran Barelvi ni kan… Haa rilek saja, mari kami huraikan sikit la apa tu.
Kami akan senaraikan beberapa soalan serta jawapan supaya korang semua mudah faham. Ayuh!
- Apakah itu aliran Barelvi?
Jawapan: Sebuah cabang aliran Islam yang memegang ajaran Mazhab Hanafi dan Sufi yang bermula di Utara India. Ia telah wujud sejak zaman penjajahan British lagi
- Siapakah pengasas aliran Barelvi
Jawapan: Ia mulanya diasaskan oleh Ahmad Reza Khan Taqiy ‘Ali Khan yang menggelarkan dirinya sebagai Abd. Al-Mustafa.
- Apakah prinsip-prinsip yang diamalkan oleh aliran Barelvi ni?
Jawapan: Mereka meletakkan Rasulullah S.A.W sebagai individu yang perlu disanjung tinggi.
- Adakah aliran Barelvi ni dianggap sesat?
Jawapan: Ramai berpendapat bahawa aliran ni sesat dalam pelbagai aspek serta bercanggah dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Pertama, mereka mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W diperbuat daripada cahaya. Kedua, mereka mengatakan baginda dapat tahu segala perkara ghaib. Ketiga, baginda dianggap mempunyai kuasa mutlak oleh mereka. Keempat, pengasasnya juga dikatakan sesat kerana dia mengatakan baginda ialah berkuasa di mana-mana; dia adalah raja bumi dan penguasa umat manusia.
- Bagaimana aliran ini boleh berkait rapat dengan logo capal?
Jawapan: Aliran ini akan menggunakan logo capal Rasulullah S.A.W sebagai cara untuk memuliakan baginda. Mereka akan mengenakan sebarang pemakaian kepala dengan berlogokan capal.
Menurut pengasasnya:
“Orang yang meletakkan di atas kepala capal Rasulullah SAW, dia akan mendapat kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Jika begitu, bolehlah dikatakan bahawa kita adalah raja yang dimahkotakan dengan kehormatan.” – Ahmad Reza Khan Taqiy ‘Ali Khan, Pengasas Aliran Barelvi, dipetik dari Parti Amanah Malaysia.
Apa pandangan ulama’ serta mufti mengenai isu logo capal ni?
Kami mengambil dua pandangan bagi isu logo capal ni:
- Ustaz Azhar Idrus
Menurut Ustaz Azhar Idrus kita dibolehkan untuk memakai lambang capal, lain la pakai capal atas pakai kepala (faham tak?). Takde masalah pun jika nak pakai lambang capal tu untuk mengingat Rasulullah S.A.W, tapi bukan sekadar tu saja. Kalau nak ingat baginda bukan sekadar pakai lambang capal saja, tapi perkara lain boleh diamalkan seperti berselawat atau mengamalkan sunnah.
- Dr Maza (Mufti Perlis)
Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Mufti Perlis, Dr Maza, janganlah kita melampau-lampau dengan lambang capal tersebut. Satu lagi, jangan kita mengambil keberkatan atas sesuatu perkara-perkara Rasulullah S.A.W. Contohnya, Rasulullah S.A.W membawa unta dan kita bina satu patung unta letak dalam rumah, setiap kali nak berdoa kita pegang patung unta tu untuk ambil keberkatan (contoh yang diambil dari video penjelasan lambang capal dari Dr Maza).
Korang boleh tengok penjelasan Dr Maza mengenai lambang capal ni di bawah:
- 146Share sekarang!
- Email7
- Facebook139
- Share