Nak rumah ala-ala resort? Kondo Eco World ni ada lebih dari tu!

Bila penat bekerja, mesti korang nak bercuti di tempat yang cantik dan selesa untuk kepuasan peribadi, kan? Tapi setiap kali balik bercuti tu la kita akan selalu terkenang-kenang sampai tak tenang dibuatnya. Alangkah seronoknya kalau ada rumah persis sebuah resort, tak payahlah asyik #countingdays bila boleh bercuti lagi.

Berapa hari lagi cuti panjang tahun ni? Gif dari Tenor

Macam mana kalau kitorang bagitau yang korang boleh staycation selama-lamanya bila korang tinggal di kondo Eden By The Parque Residences? Dibangunkan oleh Eco World, kondo ni nampaknya sungguh mewah dengan pelbagai kemudahan menarik kalau nak dibandingkan dengan hotel dan resort yang korang pernah pergi. Dan harganya pun mampu milik, bermula dari RM1,980 sebulan!

Guardhouse pun tersangat gah

Tak percaya? Jom kita tunjukkan apa yang best!

1) Kolam renang bersaiz olimpik, malah ada ✨kolam hidroterapi✨ & ✨jakuzi✨

Hujung minggu je boleh relax depan swimming pool sambil minum fresh orange macam drama pukul 7. Imej dari theparqueresidences.com

Kalau ikutkan sekarang, mana-mana kondo dan hotel pun ada kolam renang. Tapi di Eden By The Parque Residences, kolam renangnya bukan biasa-biasa, tapi sebesar kolam olimpik! Boleh la gilap bakat untuk sukan Olym-parque akan datang (jk jk).

Bukan tu je, ada juga kolam jenis jakuzi, dan juga kolam hidroterapi yang boleh meredakan ketegangan fizikal dan mental. Jadi kalau balik kerja penat, boleh je buat mandian hidroterapi untuk relax.

Kalau tak reti berenang, berOOTD je la…

2) Taman tema air untuk kanak-kanak?!

Kondo mewah ni mesra kanak-kanak juga tau. Ada swimming pool khas untuk kanak-kanak beserta dengan gelongsor.

Tapi, ni bukanlah tarikan utama untuk kanak-kanak. Eden By The Parque Residences juga menyediakan sebuah taman tema air untuk kanak-kanak iaitu The Splash & Playground. Besarnya lebih kurang separuh padang futsal jugalah. Bolehlah ajak anak-anak main semasa cuti hari minggu.

Gambar ni tak mampu menunjukkan kecantikan sebenar taman tema air ni. Penulis menyesal tak bawa baju mandi huhu

Bagi anak-anak remaja pula, boleh la main dengan kawan-kawan di The Multitude, iaitu gelanggang badminton & pingpong, atau The Nets, gelanggang untuk bola keranjang.

3) Gym dan trek jogging sebelah tasik

Bagi korang yang pentingkan kesihatan, korang tak payah bersusah payah cari gym di luar sebab Eden By The Parque Residences menyediakan sebuah gym dan yoga deck.

Gym yang dinamakan Zenergy. Kat luar pula ada yoga deck untuk yang nakkan ketenangan.

Kalau korang lebih sukakan senaman outdoors, mungkin trek jogging sebelah tasik merupakan pilihan menarik. Bukan saja lebih selamat dari jogging di tepi jalan raya, tapi kawasannya juga cantik dan udaranya sungguh segar kerana dikelilingi taman yang dijaga rapi.

Di sepanjang kawasan jogging ni, ada sebuah lagi tarikan iaitu The Stones, sebuah pantai kerikil buatan menghadap tasik. Boleh la sekali sekala ambil ilham dan udara segar kat sini.

Dan cakap pasal kawasan yang segar ni, Eden By The Parque Residences betul-betul…

4) Mementingkan konsep hijau dan alam semula jadi

Haa, pernah tak korang nak masak, tetiba takde serai atau daun kari? Kalau korang tinggal kat sini, cuma perlu turun lift dan pergi ke 7 Flavour Garden di mana kita boleh petik pelbagai jenis herba untuk kegunaan sendiri.

 

Selain tu juga ada tumbuhan lain macam pandan, kaduk, dan macam-macam lagi. 7 Flavour Garden ni betul-betul dijaga elok, sampaikan pokok kari lagi tinggi dari penulis Soscili😅.

Tambahan pula, masa dalam perjalanan nak ke situ pun, jalan yang kitorang lalui ni penuh kehijauan pokok. Dengan jalan yang luas dan perancangan bandar yang moden, memandu pun tak rasa stress.

Jalan nak masuk ke Eden By The Parque Residences

5) Nak ruang untuk melayan tetamu? Ada Grillmaster Station dan bilik hiburan!

Bila rumah cantik, konfiden la sikit nak ajak orang beraya atau buat majlis kecil-kecilan kan? Korang ajak je keluarga dan kawan-kawan buat BBQ kat Grillmasters Station ni. Tempat yang disediakan juga luas beserta dengan segala kelengkapan untuk BBQ – tinggal beli daging atau seafood untuk dibakar je la.

Nak nak pula diserikan lagi dengan pemandangan taman yang cantik. Memang puas hati kalau nak buat makan-makan bersama kawan dan keluarga kat sini.

Dah habis makan-makan dan nak buat aktiviti lain macam main game atau tengok wayang? Sebelah Grillmaster Station ni ada bilik hiburan yang dipanggil The Revel. Kat situ korang boleh pilih sama ada nak main apa-apa permainan mahupun menonton filem dalam keadaan yang selesa.

Ada TV besar, meja makan, malah dapur yang lengkap dengan oven dan peti sejuk.

Kalau nak suasana tenteram sikit untuk buat kerja mahupun membaca pula, boleh lari kejap ke The Chillax atau Book Nook yang juga terletak tak jauh dari Grillmasters Station dan juga The Revel tadi.

6) Tak jauh dari kota, malah ada banyak kemudahan berdekatan

Terletak dekat dengan Kota Kemuning, kondo mewah ni terasing dari kesibukan kota. Walaupun bunyinya macam jauh dan terpencil, kawasan ni sebenarnya strategik bagi mereka yang sukakan ketenangan, tapi juga pentingkan akses untuk ke mana-mana memandangkan ada pelbagai kemudahan dalam radius 5km, termasuklah sambungan ke rangkaian lebuh raya utama Lembah Klang (SKVE & ELITE).

Memandangkan Eden By The Parque Residences ni merupakan projek Fasa Kedua The Parque Residences di Eco Sanctuary, dah banyak kemudahan sedia ada macam…

 

Pelbagai pasar mini seperti 99 Speedmart, serta restoran berdekatan macam mamak, kafe-kafe, McDonald’s, Starbucks, Baskin Robbins, Pizza Hut dan lain-lain.

Dua pusat membeli-belah dalam masa 5 minit pemanduan, salah satunya adalah Sanctuary Mall. 

Pelbagai pusat penjagaan dan pembelajaran berdekatan macam sekolah, taska & tadika.

Pusat-pusat kesihatan macam klinik, klinik haiwan, pusat fisioterapi, dan bermacam lagi.

Cakap pasal kesihatan, sebenarnya dalam kondo ni sendiri pun tersedia khidmat jururawat percuma untuk semua penghuni. Kalau ada sebarang kecemasan, korang boleh je minta bantuan dari Eco Sanctuary Care Hub, di mana ada jururawat yang bertugas 24 jam! Resort mana je yang bagi servis sampai macam ni?

Nurse yang bertugas boleh memberi bantuan kecemasan in case korang demam, pitam, atau patah mana-mana anggota kecuali… patah hati💔

Kondo berkepadatan rendah, tak payah risau tentang kesesakan

Dengan rumah kelab berkeluasan 60,000 kaki persegi dan 28 kemudahan yang disediakan, Eden By The Parque Residences bagai sebuah mimpi jadi kenyataan bagi sesiapa yang sukakan staycation dan gaya hidup mewah. Ia juga merupakan salah satu kondo yang berkepadatan terendah di Lembah Klang, dan dijangka siap pada tahun 2025!

Kalau nak daftar, korang boleh klik sini untuk hubungi Nik.

Saiz setiap unit pun boleh tahan besarnya, dengan keluasan antara 1,065 sqft hingga 1,200 sqft, 2 bilik air, dan 3 atau 4 bilik tidur. Setiap rumah juga diberi dua parking berbumbung tersendiri di kawasan lapang – bukan jenis bertingkat macam kondo lain.

Oh, korang yang mendaftar awal pun akan dapat banyak faedah:

  • Tiada booking fee
  • Sales & Purchase Agreement (SPA) percuma
  • Memorandum of Transfer (MOT) percuma
  • Kabinet dapur, sinki dan cooker hood percuma

Kalau korang tertarik, boleh tengok laman web diorang kat sini, atau terus klik pautan ni dan hubungi Nik untuk mendaftar. Dari keluarkan duit untuk staycation, baik kita buat pelaburan bijak dengan membeli rumah yang sedia selesa untuk menetap terus di sana. Tak serabut nak fikir kat mana nak bersukan, hari minggu nak bawa anak ke waterpark mana… banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini.

Memandangkan Eden sendiri bermaksud syurga, lengkaplah konsep “rumahku, syurgaku”. Hari-hari pun bagai satu percutian bila duduk di Eden By The Parque Residences.