Rafizi Ramli vs Saifuddin Nasution: Siapa akan bersama Anwar?

Ramai dah ni tak sabar nak tengok debat antara DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak ni, debaran semakin dirasai. Lagi beberapa hari kita akan melihat mereka berdua akan bertarung dalam medan perdebatan.

Sementara kita semua dalam kehangatan menunggu debat mereka berdua ni, ada satu lagi debat yang takleh buat semua orang duduk diam, iaitu debat antara Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution. Topik debat ni ialah ‘Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?’.

Agak-agaknya siapa akan menang ye? Mesti korang pening kepala kan? Takpe, jangan risau kami akan cuba lampirkan beberapa pencapaian Rafizi Ramli dan Saifuffin Nasution dalam PKR, jadi korang bolehlah nilai mana yang power!

Rafizi Ramli: Buat comeback semula dalam PKR

Hari tu 15 Mac kita semua dikejutkan dengan Rafizi Ramli membuat comeback semula dalam dunia politik. Dia juga mengatakan akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Imej dari Rafizi Ramli (Facebook).

Selepas comeback tersebut, Rafizi giat aktif dalam menaburkan bakti untuk PKR. Sekarang ni, apa yang boleh kita nampak dia bersama Nurul Izzah giat menjalankan kempenAyuh Malaysia‘.

Kalau tak tahu lagi apa benda Ayuh Malaysia tu, ia satu kempen bagi menarik pengundi atas pagar. Mereka juga melancarkan aplikasi CISTA (ada dalam Google Playstore & Apple App Store) bagi menggalakkan seluruh rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Imej dari Ayuh Malaysia!

Sepanjang Rafizi berada dalam PKR, banyak pencapaian dan jawatan yang dia dah pegang, seperti:

  • Setiausaha Agung PKR (2014-2016).
  • Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat & Pakatan Harapan (2010-2018).
  • Ketua Cabang PKR Keamaman (2010-2018).
  • Ketua Cabang PKR Pandan (2018).
  • Naib Presiden PKR (2018).
  • Ahli Parlimen Pandan (2013).

Banyak lagi jawatan Rafizi dalam PKR, korang boleh tekan sini kalau nak tengok lebih lanjut!

Saifuddin Nasution: Banyak berbakti dalam PRU

Kalau Saifuddin Nasution ni lain sikit, sebab sumbangannya dalam PKR agak berbeza dengan Rafizi. Nak tahu kenapa?

Ramai dah tahu yang Saifuddin ni dulu ialah orang UMNO, tapi telah dipecat pada tahun 1999 dan sertai rakan sekutunya DS Anwar Ibrahim. Dia ni buat kemunculan sulung semasa Pilihan Raya Umum pada tahun 2000 di mana dia bertanding untuk kerusi Padang Serai, tapi tewas.

Tapi Saifuddin tak duduk diam saja, dia bertanding lagi dalam Pilihan Raya Dun Kedah pada tahun 2000 untuk kerusi DUN Lunas. Cuba korang teka menang atau tak?

Okay-okay, jangan marah ye. GIF dari Tenor GIF.

Ye benar! Saifuddin menang untuk DUN Lunas mengalahkan S.Anthonysamy dari MIC dan N.Letchumanan (BEBAS).

Selain itu, ada banyak juga Saifuddin bertanding dalam Pilihan Raya Umum dan PRU DUN dan berikut merupakan senarai kerusi yang dia menang:

  1. P29 Machang, Kelantan (2009).
  2. P18 Kulim, Kedah (2018).
  3. N36 Pantai Jerejak.

Semasa Pakatan Harapan (PH) menang PRU-14, Saifuddin telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kalau dilihat, Saifuddin ni lebih memberikan banyak jasa kepada PKR dalam bertanding di PRU.

Saifuddin semasa menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Imej dari Berita Harian.

Saifuddin juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung PKR pada tahun 2010 & 2016. Tak dinafikan bahasa Rafizi Ramli pun ada juga bertanding dalam PRU. Contohnya, sebelum ni dia pernah menjadi Ahli Parlimen Pandan.

Siapakah yang akan bersama anwar?

Sekarang ni pendapat berada dalam tangan korang semua, adakah korang rasa Rafizi atau Saifuddin yang akan bersama anwar.

Habis!

GIF dari Tenor GIF.

Eh jap-jap belum habis lagi, sabar! Ada lagi kami nak bagitahu.

Debat antara Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution ni sebenarnya ada yang tak setuju ia dilakukan. Tengok ciapan di bawah:

Ye la, mereka ni berada dalam satu parti politik dan memegang ideologi yang sama, kenapa pula perlu berdebat. Bukankah debat ini, yang bertanding ni perlu dari pasukan lain serta mempunyai ideologi yang berbeza? Anwar sebelum ni ada memberitahu bahawa, ia tidak boleh dipanggil sebagai debat, tetapi lebih kepada perbincangan.

Bagi menutup artikel ni, kami sertakan soalan tinjauan bagi ‘perbicangan’ atau debat esok (kami awak semua isi la ye! Nak tengok pendapat bernas dari awak semua.):