Indonesia tuduh kita nak claim Reog Ponorogo? Ini kisah di sebalik tarian ‘mistik’ ni

Korang pernah dengar pasal budaya Reog Ponorogo tak? Di Indonesia, ia merupakan kesenian yang meliputi seni tari, seni muzik tradisional serta seni drama, malah mempunyai unsur pemujaan sihir yang sangat kuat!

Seni Reog Ponogoro juga dikatakan terbentuk dari aliran kepercayaan secara turun-temurun yang ‘dijaga’. Bukan senang orang awam nak belajar atau teruskan tradisi ni sebab memerlukan garis keturunan yang jelas.

Reog ponorogo editorial photography. Image of java, dance - 38103482
Ini lah Reog Ponorogo! Imej dari dreamstime

Kalau korang nak tahu, ada satu tarian di Malaysia yang menyerupai tarian Reog Ponorogo. Ia dikenali sebagai Tarian Barongan yang menjadi tarikan di Johor.

Tak ramai yang tahu tentang kewujudan budaya Tarian Barongan ni!

Sejak dulu lagi, Tarian Barongan diperkenalkan oleh masyarakat Melayu Jawa dari daerah Ponorogo dan Jawa Timur yang menetap di Johor. Seni warisan yang dibawa oleh masyarakat Jawa masih lagi dipersembahkan di beberapa daerah — Batu Pahat, Muar dan Pontian.

Semasa kerajaan Riau-Linggar tengah hancur, para abdi kerajaan mula berhijrah ke Johor serta mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam. Pada tahun 1901, Tarian Barongan semakin berkembang di Malaysia.

Legasi barongan terus subur - Kosmo Digital
Legasi Turun-Temurun. Imej dari Kosmo

Tarian Barongan yang berkembang di Batu Pahat menceritakan tentang haiwan boleh bercakap di zaman Nabi Sulaiman, malah diceritakan sekali harimau dan burung merak menari bersama-sama Pembesar yang bernama Barong.

Tarian tersebut dibahagi kepada dua bahagian — barongan dan putera raja serta pelawak dan putera raja. Penari yang memegang watak barongan akan memakai topeng harimau. Biasa alat-alat muzik yang digunakan ialah gendang, tipong, gong, kenong dan lain-lain.

barongan 5
Alat muzik yang digunakan semasa Tarian Barongan. Imej dari orangjohor.com

Barongan merupakan kelengkapan yang dibuat menyerupai Singo barong atau singa besar sebagai penguasa hutan tebal. Bagi penduduk Johor, barongan adalah seekor harimau yang berani! Biasanya tarian ni dipersembahkan di majlis perkahwinan ataupun istana.

Selain Tarian Barongan, tarian Wayang Kulit dan Kuda Kepang juga terkenal di Johor. Pada waktu yang sama, tarian Kuda Kepang dikatakan sebahagian daripada persembahan Barongan tapi sekarang dilakukan secara berasingan.

Photo 23 – Barongan..ape tu? | H² PhotoGraphic
Pernah menjadi sebahagian dalam Tarian Barongan. Imej dari mediapermata

Walaupun Tarian Barongan dan tarian Reog Ponogoro nampak sama tetapi sangat berbeza dari segi…

Jalan cerita yang diceritakan dalam kedua-dua tarian

Tarian Reog Ponogoro mempunyai 5 versi cerita rakyat yang berbeza. Versi tentang penentangan Ki Ageng Kutu adalah paling terkenal.

Ki Ageng Kutu merupakan hamba kepada raja ketika pemerintahan Bhre Kertabhumi pada abad ke-15. Disebabkan sang raja bersikap kejam serta terlalu mengikut cakap permaisuri, Ki Ageng Kutu cuba memberontak tapi tak berjaya.

Raja Subrata | Gerakan Literasi Nasional
Gambaran Raja dan Permaisuri. Imej dari gln.kemdikbud

Tak lama kemudian, Ki Ageng Kutu berundur dan membuka kelas seni bela diri, namun semangat melawannya tak pernah pudar. Untuk menentang raja yang kejam, Ki Ageng Kutu kena ada angkatan yang berkuasa, dapat kuasai para pembesar dan bekerjasama dengan kerajaan sekitar tapi dia sendiri tak boleh capai semua.

Mengenal 4 Seni Bela Diri Tradisional Indonesia Selain Pencak Silat - Tribun Travel
Contoh salah satu seni bela diri. Imej dari travel.tribunnews

Sebagai tanda memberontak, Ki Ageng Kutu mencipta tarian Reog sebagai satu sindiran kepada Bhre Kertabhumi dan kerajaannya.

Tari Reog Ponorogo, Kisah Melamar Putri Kediri hingga Media Dakwah Halaman all - Kompas.com
Tarian Reog Ponogoro. Imej dari tribunjatimwiki

Alat muzik yang digunakan untuk tarian Reog Ponogoro gamelan atau angklung.

Baru-baru ni, media Indonesia mendakwa Malaysia nak mengiktiraf budaya Tarian Barongan sebagai warisan negara di UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) tetapi dikecam hebat oleh

Rakyat Indonesia menganggap Malaysia nak ‘claim‘ budaya Reog Ponogoro

Timbul isu Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan (Indonesia), Muhadjir Effendy tak berpuas hati — Malaysia mahu mengiktiraf tarian tradisional ‘Reog Ponorogo’ sebagai warisan negara.

Tag: UNESCO - Tak Ingin Keduluan Malaysia, Menko PMK Muhadjir Effendy Dukung Reog Ponorogo Diusulkan ke UNESCO - Tribunjatim.com
Muhadjir Effendy berusaha untuk claim Reog Ponorogo dari Malaysia. Imej dari jatim.tribunnews

“Saya dimaklumkan, Malaysia juga mahu iktiraf Reog sebagai warisan budayanya. Sehubungan itu, kita perlu lebih pantas kerana sudah terang-terangan Reog itu budaya dan warisan Indonesia.” — Muhadjir Effendy. Dipetik dari suara.com.

Muhadjir juga meminta supaya pihak berkuasa daerah Ponorogo untuk segera mengemukakan tarian tradisional Reog Ponogoro kepada UNESCO dan menyiapkan informasi yang diperlukan.

Pengiktirafan UNESCO terhadap tarian Reog Ponogoro akan membuatkan Indonesia memiliki secara mutlak warisan tradisional tersebut.

Jiran negara Malaysia ni semua benda nak claim. Imej dari imgflip

Sebelum ni, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pernah menyenaraikan tarian Reog Ponogoro sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Indonesia (Intangible Cultural Heritage) pada tahun 2013.

“Saya menyokong penuh Reog dicadangkan sebagai budaya tidak ketara di UNESCO. Saya akan cuba untuk berjaya dan menjadi kebanggaan, bukan sahaja untuk penduduk Ponogoro tetapi juga untuk seluruh Indonesia.” — tambahnya lagi. Dipetik dari suara.com.

Ada beberapa laman sosial media milik rakyat Malaysia diserang oleh rakyat Indonesia. Diorang melemparkan caci maki dan ada yang meminta Malaysia untuk mencari budaya sendiri.

Selain itu, sepakat menyatakan Reog Ponorogo adalah hak warisan negara Indonesia serta menggunakan hashtag #ReogFromIndonesia. Tak cukup dengan tu, diorang juga meminta rakyat Malaysia berhenti mengakui budaya yang berasal dari Indonesia.

Seniman Reog Solo Raya Gelar Aksi Kecam Malaysia - MerahPutih
Di sosial media dikecam teruk. Imej dari populis

Sejujurnya, rakyat Malaysia tak ambil peduli sangat pasal tarian Reog Ponogoro ni dan perbincangan untuk mengiktiraf tarian tersebut hanya sekadar angin lalu je. Lagi pula, rakyat Indonesia juga pernah claim wayang kulit, batik, makanan rendang, silat, Upin dan Ipin, lagu Negaraku serta macam-macam lagi.

Kalau korang perasan, hubungan Malaysia-Indonesia senang dipengaruhi oleh isu-isu yang kecil dan perkara-perkara yang bersifat kontroversi.

Apa dah jadi dengan hubungan Malaysia dan Indonesia?

Sebelum isu budaya tarian, terdapat isu menteri Indonesia menolak cadangan Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN. Dikatakan bahasa Indonesia lebih layak dengan mengambil kira faktor sejarah dan merupakan bahasa terbesar di Asia Tenggara.

Menteri Indonesia tolak bahasa Melayu jadi bahasa rasmi kedua ASEAN
Katanya Bahasa Indonesia lebih layak dari Bahasa Melayu. Imej dari bharian

Tambahan pula, kewujudan Bahasa Melayu di Indonesia hanyalah sebagai bahasa daerah dan bukan bahasa kebangsaan. Pada pendapat korang, adakah isu Reog Ponorogo dan Tarian Barongan hanya ‘perencah kari’ bagi menghangatkan lagi perbantahan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia?