- 47Share sekarang!
- Email2
- Facebook45
- Share
(This article is translated from CILISOS, read the English version here.)
Tahu tak, apa persamaan budak kecik dan ahli politik? Banyak sangat alasan yang kadang tu tak masuk akal bila diorang buat salah dan ditegur. Contohnya:
- Adik conteng buku kerja saya
- Kucing makan kerja sekolah saya
- Nenek pinjam kasut sekolah saya sebab tu lambat
Macam kanak-kanak yang terkantoi buat salah, ahli politik juga nampaknya ada habit cakap benda-benda yang tak masuk akal bila terkantoi. Kalau nak ikutkan memang banyak, tapi kitorang tak boleh letakkan semua sekali sebab tak muat. Jadi kitorang pilih alasan-alasan tak munasabah yang paling tak boleh brain diberikan oleh ahli politik.
1. Takiyuddin Hassan yang mengatakan banjir kilat tu ‘takdir Allah’
Dua bulan yang lepas, sebuah banjir kilat melanda Gunung Jerai di Kedah yang juga dikenali sebagai fenomena kepala air. Ia memusnahkan flora dan fauna, dan meragut 6 nyawa dalam bencana tersebut. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kemudiannya mengatakan yang ia adalah “Act of God”
Anwar Ibrahim yang tak setuju dengan jawapan Takiyiddin kemudiannya bangkit dan membidas pernyataan tersebut yang macam nak lepas tangan dan terus meletakkan kesalahan pada Tuhan dan bukannya kerakusan manusia sendiri.
“Soal ‘nature‘ ini jangan salahkan Tuhan, kadang-kadang ia masalah manusia. Mantan Menteri Kerja Raya dahulu, bila adanya kerobohan, ‘act of God‘. Bagaimana anda tahu itu takdir Tuhan, bila manusia itu rakus merosakkan balak?” – Anwar Ibrahim.
Takiyuddin kemudiannya menjelaskan yang kawasan yang terkesan tu sebenarnya adalah di kawsan Jerai Geopark, yang mana tiada kegiatan pembalakan di sana. Dia juga (kononnya) mendapat pengesahan dari kerajaan negeri Kedah di mana takde lesen pembalakan yang dikeluarkan dalam tiga tahun yang lepas.
Malah laporan daripada Jabatan Perhutanan juga sebenarnya mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan di Gunung Jerai sejak 30 tahun dahulu dan Gunung Jerai diwartakan sebagai kawasan hutan perlindungan.
Tapi, macam mana pula dengan pembalakan haram? Dan macam mana pula pembalakan haram di negeri asal Takiyuddin sendiri?
Disebabkan itu, Anwar meminta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk melakukan penyelidikan yang tepat pasal kes tu.
2. Ismail Sabri tak tahu pun yang telur penyu diharamkan
“Saya memang pantang makan telur penyu kerana kolesterol yang tinggi. Dah lama saya tak makan telur penyu,” – Ismail Sabri
Bukan saja alasan tu tak boleh diterima pakai, malah nampaknya ada beberapa lagi gambar lain yang menunjukkan ada telur penyu yang dimakan separuh dalam pinggannya. Ismail Sabri kemudiannya menukar alasannya kepada,
“Saya sebenarnya, saya terus terang, saya tidak tahu pun ada akta melarang.Tapi itu bukan isu bagi saya, itu bukan isu. Yang penting makan atau tidak.”
“Saya tak tahu mereka akan hidangkan telur penyu”, dan “Hanya sebab ia ada depan saya tak bermakna saya makan” – Ismail Sabri.
Tak cukup dengan tu, dia menyamakan insiden tersebut dengan seorang Hindu yang tak sedar yang dia pergi ke perhimpunan Melayu-Islam di mana daging lembu akan disajikan. Dia kemudiannya bertindak menyaman surat khabar yang berpusat di Sabah itu pada 2017, dan kes itu kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah tahun depannya.
3. Nawawi Ahmad yang buat orang naik darah di bulan puasa
Bekas MP Langkawi ni pula pernah post kat Facebook tentang sistem pendidikan dan kesihatan percuma di Denmark, yang mana ia dapat dilakukan disebabkan cukai pendapatan minimum sebanyak 40% dan cukai penjualan sebanyak 25%. Bila kitorang check balik, tak jauh beza la sebab had cukai pendapatan Denmark pada masa ini adalah 52.06%.
Masalahnya sekarang adalah apabila kita pergi ke komen dalam post tersebut yang mana nampaknya ramai yang berdebat dalam tu. Kemudian ada sorang netizen mengingatkan Nawawi yang gaji MP dibayar oleh rakyat dan ini yang Nawawi balas:
“Gaji wakil rakyat bukan rakyat bayar tapi kerajaan bayar dan duit kerajaan bukan lah duit rakyat. Sekali duit terlepas ke pihak lain ia nya bukan lagi duit kita.
Kalau duit kerajaan duit rakyat maka marilah kita ramai ramai pi serang semua jabatan kerajaan ambil balik duit kita,” – Nawawi Ahmad, dalam satu perdebatannya dengan netizen dalam Facebook.
Komen Nawawi tu juga nampaknya viral sampaikan screenshot komen tu dikongsi oleh ramai orang. Tapi dia kemudiannya cuma buat tak tahu dan mengatakan yang dia saja je bikin panas bulan-bulan puasa ni.
4. Tajuddin – “Don’t probok-probok”
Masa berlakunya kes pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlaku akhir Mei tahun ni, terdapat seramai 47 penumpang cedera parah, dan 166 cedera ringan. Ramai yang concern dengan mangsa yang terlibat.
Tapi malangnya MP Pasir Salak yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd, Tajuddin Abdul Rahman bukan saja tak sensitif, tapi bongkak gila semasa menjawab soalan yang diajukan para wartawan.
“Normal… hanya dua tren bersama, saling bercium,” – Tajuddin, sambil ketawa dan tak fikirkan perasaan mangsa.
“Bila saya dapat tahu, sudah lewat, saya buat keputusan akan datang ‘first thing in the morning’. Ini bermakna saya memang serius dalam perkara ini. Jadi pagi lagi saya sudah turun, pergi tengok terowong semua… don’t probok-probok” – Tajuddin.
Kenyataannya tersebut kemudiannya membuatkan ramai yang bengang sampaikan beberapa petisyen dilancarkan pengguna media sosial menuntut bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk memecat Tajuddin di mana dia kemudiannya ditamatkan perkhidmatan.
5. Ahmad Maslan… semua benda kot?
Nak mula dari mana pun kitorang tak tahu. Tapi MP Pontian ni dah banyak dijadikan meme disebabkan pelbagai benda tak masuk akal yang dia buat, dan cakap.
Kalau korang sempat tengok, baru-baru ni Ahmad Maslan sekali lagi main masak-masak dan kali ni menu baru dia adalah Nasi Mihun Goreng.
Pelik tapi benar👌💥#MasakSendiri makan malam
Video “Nasi Mihun Goreng”
Resepi Ahmad Maslan (RES’AM)#NasiGoreng + #MihunGoreng😁#Nasi, #mihun / #bihun dicampur#Ayam, #bawang, #cendawan, #telur, sos #tomato, sayur campur, perisa, #garam, minyak #sawitEnak. Cuba try test✅ pic.twitter.com/xisb78gyaT
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) October 12, 2021
Pada awal tahun ni pula, MP Pontian menaikkan kemarahan rakyat sekali lagi apabila memperkecilkan seorang pekerja pemarut kelapa yang mengatakan yang pilihanraya tak patut dilakukan dalam situasi Covid-19.
“Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran), saya rasa tentu dia boleh mengulas dengan lebih tepat.” – Ahmad Maslan dalam satu sidang yang disiarkan dalam Facebook Umno Online
Dia kemudian meminta maaf atas kata-katanya yang memperlekehkan tahap pelajaran orang lain. Tapi kat sini kita nampaklah yang kononnya berpelajaran dan ada PhD macam Ahmad Maslan ni pun sebenarnya bukanlah bijak sangat kalau nak judge dari apa yang keluar dari mulut dia dari hari ke hari.
Kesemua kes di atas cumalah segelintir je. Tapi apa yang membuatkan kitorang terfikir, tak boleh ke…
Ahli politik perlu bertanggungjawab dengan tindak-tanduk dan kata-kata mereka
Kadang-kadang benda yang keluar dari mulut diorang ni ada lawaknya, tapi sakit hati macam lebih banyak. Malah yang tak bestnya, sebagai pemimpin negara, diorang senang je terlepas dengan kata-kata diorang dan tak dipertanggungjawabkan pun.
Ye, kita manusia semua ada buat silap. Tapi sebab tu la pentingnya kita sebagai rakyat untuk terus bersuara kalau diorang buat salah. Nak nak pula mereka sebagai pemimpin yang perlu jadi lebih bertanggungjawab dengan perbuatan dan kata-kata diorang yang sepatutnya menjadi teladan buat rakyat.
- 47Share sekarang!
- Email2
- Facebook45
- Share