- 145Share sekarang!
- Email3
- Facebook142
- Share
Tak cukup dipanggil Menteri Air Suam sebab pernah kata air suam boleh matikan virus Covid-19, beberapa hari lepas Menteri Kesihatan, Adham Baba kena hentam lagi sekali bila cakap pasal pandemik Spanish Fly yang dah membunuh 500 juta nyawa lebih seratus tahun yang lalu – yang sebenarnya adalah Spanish Flu.
Kalau salah eja, atau typo tu mungkin boleh la dimaafkan. Tapi ni dia cakap, dan mengulang-ulang benda yang sama. Atau… adakah ia sebenarnya Freudian Slip?
Sedangkan cakap pun boleh tersasul, apatah lagi tertypo. Korang pun mesti dah biasa tertypo masa texting dengan kawan korang, kan? Kalau setakat hal kecik tu takde masalah la. Tapi, korang tahu tak yang ada beberapa kejadian typo yang nampaknya… pernah menyebabkan kerugian besar kepada dunia!
1. Salah eja ‘tanggungjawab’ pada duit kertas Australian Dollar
Selang beberapa tahun, negara-negara maju termasuklah Malaysia (masih ke?) akan mula mencetak dan mengeluarkan wang kertas baru, dengan ciri-ciri keselamatan baru supaya ia tak mudah ditiru.
Sebab tu juga ada awal tahun 2018, Australia mengeluarkan duit kertas baru yang mempunyai pelbagai ciri UV dan juga ciri keselamatan tersembunyi atas faktor yang sama.
“Apabila sinar UV bersinar di atasnya, gambar muncul… dan itu menyukarkan peniru untuk meniru.” – penolong gabenor RBA, Lindsay Boulton dengan bangganya.
Nak tahu power ke tak ciri-ciri keselamatan yang ada pada duit kertas Australia tu, tengok ni:
Kalau canggih macam ni, siapa tak bangga?
Tapi nampaknya setahun selepas tu, sebuah stesen radio Australia dalam salah satu media sosial diorang menyiarkan gambar duit kertas dollar negara tersebut. Ia dihantar oleh salah seorang pendengar mereka, yang menunjukkan kesalahan kecil dalam percetakan duit kertas AU$50 (Australian Dollar). Bukan nilai kecik tu! Kalau korang nak tahu, nilai tukarannya lebih tiga kali ganda daripada duit kita, iaitu bersamaan dengan RM157.07!
Ragu-ragu dengan post tersebut, siasatan seterusnya dijalankan oleh The Reserve Bank of Australia (RBA) – lebih kurang macam Bank Negara Malaysia la kot. Siasatan tersebut akhirnya mengesahkan duit kertas yang dilancarkan pada Februari 2018 dan mula diedarkan pada Oktober tahun yang sama itu memang terdapat kesalahan percetakan, yang mana membuktikan post media sosial tersebut adalah sahih.
Kalau korang ada duit AU$50, cuba la try check kat mana sebenarnya kesalahan cetakan tu. Tak jumpa?
Kat sini sebenarnya:
Perkataan salah tersebut adalah ‘responsibility’, yang dieja sebagai ‘responsibilty’ – kurang satu ‘i’ selepas huruf ‘l’. Ironinya, ‘responsibility’ dalam Bahasa Melayunya bermaksud… ‘tanggungjawab’.
Yang sadisnya, diorang cuma perasan pasal kesilapan dalam pencetakan batch duit kertas tersebut beberapa bulan lepas diedarkan, dengan hasil cetakan sebanyak 46 juta keping, yang kesemuanya bernilai $2.3 bilion. The Reserve Bank of Australia pun kemudiannya mengeluarkan kenyataan:
“Proses merancang dan mencetak wang kertas adalah kompleks dan berulang. Kami mempunyai proses jaminan kualiti yang ketat, tetapi seperti proses pembuatan, kesalahan dapat terjadi. Kami telah meninjau proses kami untuk menghapus kemungkinan kesalahan seperti itu terjadi di masa depan.”
Ini bermakna kesemua duit tersebut takkan ditarik balik, dan The Reserve Bank of Australia cuma akan membetulkan kesalahan ejaan tersebut pada masa akan datang.
Nasib baik la kesemua duit tu tak kena tarik nalik, Kalau tak, memang jenis kesalahan level micro yang bakal memberi kerugian level macro!
2. Kesalahan cetakan Al-Quran yang menyebabkan parlimen dibubarkan di Kuwait!
Soal integriti dan agama ni memang tak boleh bawa main, nak nak lagi kat negara Arab Islam. Disebabkan terdapat satu ayat tak terkandung dalam salinan Al-Quran yang dikeluarkan negara tersebut, sebuah parlimen di salah sebuah negara Arab dibubarkan sendiri oleh ketua negaranya.
Pada Mei 1999, di mana lebih daripada 120,000 salinan Al-Quran disalah cetak di Kuwait. Perkara ni mencetuskan krisis besar pada negara tersebut, apabila anggota parlimen mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Hal Ehwal Islam, Ahmad al-Kulaib yang sepatutnya bertanggungjawab atas pengeluaran kitab suci umat Islam tersebut.
Tak cukup dengan tu, penggubal undang-undang Kuwait juga menuduh yang Ahmad al-Kulaib ni melakukan kesalahan tersebut dengan sengaja bagi memesongkan kepercayaan umat Islam di Kuwait. Sebabnya, dia la yang bertanggungjawab membenarkan salinan yang salah tu untuk diedarkan kepada orang awam.
Takut dengan kekecohan dan keganasan yang boleh terjadi dalam kalangan pemimpin politik negara tersebut, parlimen Kuwait kemudiannya dibubarkan sendiri oleh Emir Kuwait, Sheikh Jaber Al-Ahmad Al-Sabah.
Sheikh Jaber Al-Ahmad Al-Sabah kemudiannya mengeluarkan satu siri dekri pada 4 Mei 1999 untuk mengadakan pemilihan baru yang bakal berlangsung pada 3 Julai, iaitu satu setengah tahun lebih awal daripada apa yang telah dirancang sebelumnya. Ia bertujuan untuk memilih wakil bagi mengisi 50 kerusi yang dikosongkan gara-gara insiden berkenaan.
Tapi, parti pembangkang pula secara terbuka menuduh kerajaan terlibat, di mana skandal Al-Quran tersebut sebenarnya dah pun dirancang awal bagi membenarkan penggantungan parlimen untuk berlaku. Mungkin ye, mungkin tidak kerana kesalahan cetakan Al-Quran ni juga dah banyak berlaku di negara-negara lain dan sekali lagi berlaku di Kuwait tahun ni.
Lagipun sebenarnya, pembubaran parlimen ni bukanlah kali pertama terjadi pada 1999. Pada tahun 1986, parlimen Kuwait pernah dibubarkan sementara dan ditubuhkan kembali selepas perang – untuk membebaskan Kuwait dari penjajahan Iraq.
Sementara itu di Malaysia… parlimen masih lagi tak dibuka, walhal rakyat yang berperang dengan pandemik.
3. Roket NASA meletup pada tahun 1962 kerana kesalahan tanda hubung (hyphen)
Siapa tak kenal NASA, sebuah program penyelidikan angkasa lepas Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dalam misi pendaratan di bulan (Apollo), salah satunya.
Tapi, tahu tak yang NASA yang gah ni dulu pun pernah mengalami kerugian teruk hanya disebabkan typo yang tersangatlah kecil?
Ia berlaku pada 22 Julai 1962, di mana Mariner 1 dilancarkan, yang bertujuan untuk melakukan penerbangan tanpa pemandu dari Venus bagi mengumpulkan data saintifik. Ia juga merupakan misi planet pertama NASA pada masa tu. Tapi malangnya, ada satu kesilapan dalam kod komputer yang menyebabkannya berubah.
Rupa-rupanya, ia adalah disebabkan hanya kesalahan sekecil tanda hubung yang tersalah letak, menyebabkan lintasan roket mati. Disebabkan nak mengelakkan roket ni jatuh kembali ke bumi, seorang pegawai keselamatan NASA terpaksa meletupkannya 290 saat sebelum pelancaran sebenarnya.
Bayangkan, hanya disebabakan kesalahan tanda hubung dalam ‘coding’ tu saja ‘berharga’ sebanyak USD80 juta (lebih kurang USD673 juta pada waktu ni) yang merugikan NASA dan Amerika Syarikat pada tahun tersebut. Dan pada masa tu juga, US kalah dengan Rusia dalam perlumbaan ruang angkasa yang dah lama direbutkan.
Malah penulis buku sains fiksyen yang terkenal dengan karya “2001: A Space Odyssey”, juga dalam bukunya The Promise of Space pada 1968, mengatakan;
“Ia adalah tanda hubung paling mahal dalam sejarah.” – Arthur C. Clarke
4. Percutian eksotik yang bertukar… erotik?
Sebelum wujudnya telefon bimbit Nokia 3310 sampailah smartphone Android mahupun iPhone yang ada sekarang, boleh kata setiap rumah mempunyai buku telefon Yellow Pages. Magik betul, semua nombor ada dalam ni.
Direktori Yellow Pages ni sebenarnya dah lama juga wujud, iaitu pada tahun 1883 disebabkan sebuah pencetak di Cheyenne, Wyoming, kehabisan kertas putih dan menggunakan kertas kuning sebagai gantinya. Ia wujud selama lebih seratus tahun dan baru saja ditamatkan pencetakannya cuma dua tahun lepas.
Walaupun Yellow Pages ni tebal gila, tapi ia sebenarnya mempunyai kadar ketepatan sehingga 98 peratus. Walaubagaimanapun, 1 daripada 2% kesalahan yang tak dijamin tu bagaimanapun dah menyebabkan kerugian besar pada syarikat ni pada tahun 1988 apabila salah seorang klien mereka, Gloria Quinan memfailkan saman terhadap kesalahan ejaan yang hanya bertukar satu huruf, tapi membawa maksud yang sangat berbeza.
Gloria Quinan, merupakan pemilik kepada Banner Travel Agency, sebuah agensi pelancongan yang berpusat di Sonoma, California. Dia mendakwa kesalahan ejaan dalam direktori telefon yang diiklankannya dah menakutkan sebahagian besar pelanggannya yang berusia apabila munculnya perkataan erotik, dan bukannya eksotik untuk menggambarkan agensi pelancongannya dalam iklan tersebut.
″Kami menawarkan perjalanan eksotik, seperti lawatan ke Amazon, tiada apa yang erotik,″ – Gloria Quinan, pemilik agensi Banner Travel.
Kalau ikutkan undang-undang California, syarikat tersebut cuma perlu membayar harga iklan tu balik. Malah, syarikat percetakan tersebut cuma menawarkan untuk menolak yuran pengiklanan syarikat pelancongan tersebut sebanyak USD230 setiap bulan. Tapi peguam Gloria bagaimanapun mengemukakan tuntutan $10 juta terhadap syarikat tu sebab kliennya, Gloria Quinan mengalami penderitaan mental dan fizikal. Reputasinya jatuh teruk selepas wujudnya kesalahan dalam iklan tersebut, dan dia kehilangan 80% dari pelanggan sedia ada. Dia turut menerima banyak panggilan tak diingini yang berbentuk seksual, yang banyak mengganggu kehidupannya seharian.
Malah peguam Gloria, iaitu George Altenberg percaya yang dia boleh memenangi kes tu di mahkamah jika dia berjaya membuktikan terdapat kecuaian yang berlaku dari pihak syarikat percetakan tersebut yang akhirnya memang berpihak kepada Gloria Quinan.
Jadi sepanjang korang hidup ni… apa typo paling teruk yang korang pernah buat setakat ni?
- 145Share sekarang!
- Email3
- Facebook142
- Share