- 82Share sekarang!
- Email0
- Facebook82
- Share
Minggu lepas kitaorang ada tulis artikel pasal 5 jenis huruf nusantara ni (kalau tak baca lagi, korang boleh tekan di sini). Apa macam, menarikkan? Banyak lagi rupanya huruf-huruf dari nusantara yang kita semua belum tahu lagi.
Kali ni, kami nak memperkenalkan lagi 5 huruf nusantara lain yang ditelan zaman. Mungkin ada yang tidak tahu, tapi kalau korang jenis yang suka discover kesenian dan kebudayaan nusantara, pasti korang tahu punyalah.
Kita mulakan dengan huruf…
1. Huruf Rencong: Sebuah huruf yang digunakan dalam bahasa Kerinci
Huruf Rencong dikatakan telah wujud sejak abad ke-9 kemudian berkembang semasa pertengahan abad ke-20 di beberapa kawasan di Sumatera seperti Tapanuli (Batak), Jambi Sumatera Selatan, Bengkulu dan Lampung. Ia juga dikatakan huruf yang digunakan untuk bahasa Kerinci — sebuah bahasa yang lazimnya digunakan oleh bangsa Kerinci di Sungai Penuh dan beberapa kawasan di Sumatera.
Huruf Rencong mula-mula ada di pedalaman Melayu, iaitu yang disebut aksara Kerinci (Incung Jambi). Ia juga dikatakan berkembang ketika Kerajaan Melayu di bawah kekuasaan Rajamuda Adicawarman, ke daerah Rejang, Serawai, dan daerah lain-lain di luar Jawa
Dalam huruf Rencong ini mempunyai 17 lambang konsonan vokal — ka, ga, ba, da, na, pa, ba, ma, ca, ja, sa, ra, la, ya, wa, dan ha. Terdapat juga 7 lambang konsonan vokal lain iaitu nga, nya, mba, mpa, nta, nja, dan nra. ada 2 lambang menyebutnya dengan konsonan-vokal ngga dan ngka.
2. Huruf Jangang-Jangang: Bentuk huruf ikut pergerakan burung
Huruf Jangang-Jangang, atau secara tradisional dalam bahasa Makassar disebut ukiri’ jangang-jangang dan ukiri’ manu’ manu’ dalam bahasa Bugis secara harfiah bermaksud “aksara burung”. Para pengkaji sejarah dan bahasa juga ada yang memanggil “Makassarese Birdscript”.
Nama ini dikatakan berasal dari bentuk huruf-hurufnya menyerupai burung-burung terbang. Huruf ada orang kata memang sengaja dibuat seperti itu karena terinspirasi dari pergerakan burung yang sedang terbang. Oh ye, ia juga disebut Lontara Toa.
Huruf Jangang-jangang ni berasal dari pengaruh Sumatera kerana menyerupai beberapa huruf Tanjung tanah dan huruf Kawi. Ia juga hanya digunakan untuk menulis bahasa Makassar.
Baiklah, kami nak korang cuba fahamkan huruf Jangang-jangang ni, tengok boleh ke tak en:
3. Huruf Lampung: Selalu digunakan untuk tulis mantera
Huruf Lampung ni dikatakan mempunyai pengaruh dari huruf Pallava dan Arab. Ia juga dikatakan berkait rapat dengan huruf Rejang Bengkulu, huruf Sunda, dan huruf Lontara. Huruf ni juga memiliki kategori huruf iaitu huruf induk, anak huruf ganda, anak huruf, dan gugus konsonan, juga terdapat lambang, angka dan juga tanda baca.
Kalau dalam surat, manuskrip atau sebagainya, korang kena baca dari kiri ke kanan (macam baca huruf latin). Oh ye lupa nak sebut, huruf lampung ni juga mempunyai 20 jenis huruf.
Sebenarnya huruf Lampung tu sudah mengalami evousi. Hal ini kerana sebelum ni, Lampung kuno sangat kompleks, sampaikan terpaksa dibuat pengubahsuaian supaya semua orang senang faham.
Menariknya pasal huruf ni, kaum wanita Lampung cuba untuk memikat kekasih atau crush dengan menulis mantera yang mengandungi kata pengasih di atas kayu. Huruf ni juga digunakan untuk menulis surat rasmi, mantra, resepi masakan, syarat menjadi pemimpin,ubat-ubatan dan syair mistik Islam.
Selain menggunakan kulit kayu, masyarakat Lampung juga memakai batang buluh, daun lontar, dalung (kepingan logam), kulit haiwan, tanduk kerbau, dan batu.
Haa…ia juga pernah dipakai untuk tulis syair cinta. Jadi, sesiapa nak pikat gadis Lampung, mungkin korang macam ni:
4. Huruf Bali: Cara sebutan hurufnya mengikut pergerakan mulut
Nama pun Bali, jadi huruf ni semestinya digunakan oleh masyarakat Bali. Huruf Bali ni dikatakan berasal dari huruf Pallava (macam sesetangah huruf nusantara yang lain). Ia dikatakan sama seperti huruf Jawa cuma perbezaannya ialah lekukan huruf.
Huruf Bali mempunyai 47 jenis huruf, 14 di antaranya merupakan huruf vokal manakala Huruf konsonan berjumlah 33 karakter.
Dalam huruf Bali ni juga mempunyai lima kelompok, antaranya:
- Kanthya: Kelompok fonem yang berasal dari lelangit sampai bahagian kerongkong. Huruf
konsonan dalam kelompok kanthya ialah Ka, Ga, Ga gora, dan Nga. Kalau huruf vokalnya ialah A. - Talawya: Kelompok fonem yang berasal dari lelangit mulut. Huruf konsonan dalam kelompok talawya ialah Ca, Ca laca, Ja, Ja jera, Nya, dan Sa saga. Kalau huruf vokalnya ialah I.
- Murdhanya: Kelompok fonem yang berasal dari tarikan lidah ke belakang menyentuh lelangit. Huruf konsonan dalam kelompok murdhanya ialah Ta latik, Da madu, Na rambat, Sa sapa, dan Ra. Kalau huruf vokalnya ialah Ra repa.
- Dantya: Kelompok fonem yang berasal dari sentuhan lidah dengan gigi. Huruf konsonan dalam kelompok dantya ialah Ta, Ta tawa, Da, Da madu, Na, Sa danti, dan La. Kalau huruf vokalnya ialah La lenga.
- Osthya: Warga osthya adalah kelompok fonem yang berasal dari pertemuan bibir atas dan
bawah. Huruf konsonan dalam kelompok talawya ialah Pa, Pa kapal, Ba, Ba kembang, Ma, dan Wa. Kalau huruf vokalnya ialah U.
5. Huruf Kawi: Dikembangkan oleh pedagang dari Selatan India
Huruf Kawi berasal dari Jawa dan pertama kali digunakan di Kerajaan Singhasari di Jawa timur pada abad ke-8 Masihi. Lepastu, ia tersebar ke seluruh wilayah Asia Tenggara dan digunakan hingga abad ke-16, khususnya di Borneo, Jawa, Bali dan Sumatera.
Huruf Kawi dikembangkan dari tulisan Pallava, yang dibawa ke wilayah itu oleh pedagang dari dinasti Pallava di selatan India. Ia digunakan terutamanya untuk menulis bahasa Sanskrit seperti Jawa Tua. Huruf juga digunakan dalam menulis manuskrip yang ada di Indonesia dan Filipina.
Korang mesti akan terkejut kerana huruf ni digunakan untuk Bahasa Melayu Kuno. Perbezaan di antara Bahasa Melayu Kuno dan Moden ialah cara sebutan. Kuno menggunakan cara sebutan Arab-Parsi manakala moden kita lebih kepada cara sebutan huruf latin.
Meh kami tunjukkan korang huruf vokal dan konsonannya.
Huruf nusantara ni tak ditelan oleh zaman arus moden
Sebenarnya kami pun boring nak buat penutup macam ni: Sekarang ni kita boleh lihat yang huruf-huruf nusantara ni sudah ditelan zaman. Muak korang tahu tak? Lepastu cliche dan terlampau common sangat kalau buat macam tu.
Takpe, kami bawa kelainan sikit la. Okay, korang tahu tak semua jenis-jenis huruf di atas ni sebenarnya sudah boleh digunakan dalam sistem pengkomputeran. Maksudnya, papan kekunci laptop atau PC korang tu boleh gunakan huruf-huruf nusantara yang kami senaraikan.
Tak percaya korang boleh search saja huruf yang korang nak lepastu jangan lupa letak perkataan “download“. Lepastu, korang boleh tengok bersepah gila website yang ada huruf nusantara yang korang search tu, tinggal nak pilih je.
- 82Share sekarang!
- Email0
- Facebook82
- Share