- 863Share sekarang!
- Email94
- Facebook769
- Share
Nampaknya, debaran pilihan raya makin dekat. Tangan semua gatal nak memangkah calon masing-masing. Dalam masa beberapa hari lagi, kita akan tahu siapa yang akan jadi Perdana Menteri untuk beberapa tahun mendatang. Kawan kami dari CILISOS pun mungkin boleh menang bet (yang diorang tak join sebab bet-bet ni haram) dengan Raja Petra pasal artikel 7 dalil Pakatan Harapan menang PRU.
Dalam fikiran ramai orang akan cakap, ‘apa jadi kalau parti ni menang?’, itu kitorang tak boleh tolong tapi kita pon tertanya-tanya…apa akan jadi kalau BN tak dapat menang majoriti dalam PRU14? Untuk tak nak bagi korang termimpi-mimpi fikirkan benda ni, kami lakarkan 4 senario berbeza yang boleh berlaku jika BN kalah pada PRU14.
Semestinya, kita ada gabungan parti yang memerintah agak lama, bermakna apa yang kami cakap ni tak pernah berlaku sebelum ni, maknanya…
NOTA: Senario-senario ini adalah hanya teori semata-mata. Jadi kami buat apa yang patut, merujuk undang-undang beserta sejarah, dan meletakkan bukan fakta dalam kadar yang sikit yang boleh.
Dengan pengakuan ini, ini apa yang kami jumpa.
Senario 1: Pakatan menang, BN turun dari kerajaan
Situasi: PH menang lebih daripada 112 kerusi, BN tidak membantah apa-apa langsung.
Berapa banyak panadol kena telan: 1 biji sehari semalam
Berapa lama untuk benda ni selesai: Sepatutnya, hari seterusnya dah boleh settle kot.
Katakanlah Pakatan Harapan menang lebih dari bilangan kerusi minima dengan majoriti mudah dalam parlimen (112 kerusi dari 222), itu menjadikan mereka sudah boleh membentuk kerajaan.
Jadi untuk Pakatan, ahli Parlimen yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri adalah Tun M. Najib pulak perlu turun dari jawatannya sebagai PM sementara (caretaker PM). Jadinya, Tun M akan mengangkat sumpah sebagai PM baru didepan Agong. Majlis itu akan berlangsung di Istana Negara dan berpeluang untuk pertama kali dia FB live sewaktu mengangkat sumpah (dulu waktu dia PM, mana ada FB live).
Menurut peguam perlembagaan Tommy Thomas, peralihan kuasa ini akan diuruskan oleh agensi kerajaan dan pegawai kerajaan, termasuk Setiausaha-setiausaha Agung Kementerian, polis, tentera dan pihak istana.
Apa yang mengejutkan, proses ini sepatutnya berjalan dalam hari yang sama pada 9 Mei tu juga. Dari contoh yang dia bagi, boleh dijangkakan bila PH dah menang, pihak polis mesti ada rancangan kontigensi untuk escort Dr Mahathir ke istana dan memberikan perlindungan kepadanya sebagai Perdana Menteri dalam senarai menunggu.
Walaupun dalam keadaan aman damai dan tenang, ini adalah kali pertama dalam sejarah yang BN kalah, jadi ia juga dijangkakan pelabur akan berreaksi dengan negatif dengan menarik balik perniagaan mereka sebab rasa tak pasti. Tapi bukan sebab diorang tak suka Pakatan ke apa, tapi sebab secara faktanya, situasi ketidak pastian adalah memang sesuatu perkara yang buruk.
Senario 2: Kira semula dan cabaran di mahkamah mengenai keputusan mengundi
Situasi: Ada mana-mana parti yang tak gembira dengan keputusan pilihan raya
Panadol yang korang kena telan masa ni: 5 biji sehari semalam
Berapa lama untuk benda ni selesai: Boleh ambik masa sehari hingga berbulan-bulan untuk selesaikan
Sebelum kita bincang pasal senario ni, kami akan terangkan sikit proses mengundi dulu. Keputusan mengundi boleh dicabar pada tiga peringkat.
PERINGKAT 1: Selepas petang 9 Mei dan ke atas, tempat mengundi di seluruh negara akan mula menghantar keputusan masing-masing untuk diumumkan. Mereka melakukan ini semua sesusah habis mengira kertas undi di dalam kotak ballot dan mengisi keputusan itu di dalam Borang 14. Inilah dokumen paling penting dalam detik-detik ni bagi ejen pilihan raya bagi setiap parti untuk pastikan keputusan boleh ditunjukkan ke khalayak ramai dan tak boleh dibantah lagi. Kalau ada kiraan semula undi, ejen pilihan raya dan SPR akan terus duduk dekat kawasan mengundi sampailah apa yang ditulis dalam Borang 14 dipersetujui semua (walaupun ada laporan mengatakan dah mula ada salinan Borang 14 yang tak diberi kepada pengundi awal)
PERINGKAT 2: Dari situ, bilangan undia dalam Borang 14 akan dikumpul di Tallying Centre (nak check tallt ke tak tally), dan kiraan bantuan (guna kalkulator bukan komputer), dan keputusan diumumkan. Kiraan semula boleh diminta yang mana sesi ini boleh membawa sampai ke tengah malam waktu orang nak tidur, macam yang berlaku kepada Nurul Izzah di Lembah Pantai waktu PRU 13.
Memang banyak benda pelik akan berlaku waktu proses pengundian – Bangla, kiraan semula berkali-kali, Borang 14 yang meragukan (terutamanya di kawasan ejen pilihanraya tak ada)…tapi ada benda yang kita semua kena ingat.
- Kiraan semula hanya boleh terjadi apabila perbezaan kiraan kemenangan bawah 4%
- Keputusan perlu digazetkan pada 10 Mei, tapi masih ada satu cara untuk mencabar keputusan undian itu.
PERINGKAT 3: Selepas keputusan pilihan raya dah digazetkan (dah jadi rasmi), dan parlimen dibentuk, parti-parti yang bertanding masih ada 21 hari lagi untuk membantah mana-mana keputusan kerusi tertentu. Inilah yang dipanggil sebagai petisyen pilihan raya dan kedua-kedua pihak (kerajaan dan pembangkang) pernah memfailkan beberapa petisyen selepas PRU13, jadi ianya pasti lebih banyak selepas PRU 14. Setiap petisyen boleh dibawa mencabar mana-mana kerusi yang meragukan, dan Mahkamah Tinggi mungkin boleh batalkan keputusan kerusi tertentu dan mahkamah boleh mengurus benda ni selepas pilihan raya. Walaupun kita tahu proses macam ni tak pernah jadi.
Tapi sebenarnya, bukan mudah nak cabar keputusan pilihan raya. Kalau ikut sejarah, semua petisyen yang dibuat pada PRU13 sudah ditolak, dan mahkamah juga dah denda kedua-kedua parti ada yang sampai puluhan ribu ringgit termasuk yang terkena adalah orang PAS yang miskin.
“Katakanlah kalau saya hilang satu tempat dengan 1700 undi, saya perlu dapatkan 1000 orang untuk ke depan dan tanda tangan pengakuan berkanun dan serahkan laporan polis bagi menyokong bantahan tersebut. Ianya sangat mustahil untuk dapatkan 1000 pengundi untuk buat semua benda itu. Paling banyak pun, kita boleh dapatkan 10 orang untuk ke depan,”- Rafizi Ramli, petikan dari FMT, Jun 2013.
“Keputusan adalah suara pengundi. Kalau anda mahu cabar atau menolak keputusan. Anda juga secara tak sedar akan menolak suara para pengundi. Jadi, anda perlu ada sebab yang baik untuk buat benda ini.”- petikan dari LoyarBurok
Katankanlah dalam peringkat ke-3, jika BN sudah kalah, Pakatan sudah pun berkuasa di Putrajaya. Bayangkan jika keputusan ini dah tetap dan apa yang akan jadi kalau senario bawah ni pulak terjadi…
Senario 3: Boleh ke takda sesiapa menang atau kalah?!
Situasi: Tiada parti yang ada majoriti untuk bentuk kerajaan
Panadol yang korang kena telan masa ni: 6 biji sehari semalam sebab kita bertambah pening
Berapa lama yang diambil untuk benda ni: Boleh ambik masa sampai setahun untuk selesaikan (!!)
Senario ini agak boleh jadi agak complicated berdasarkan keputusan plihan raya. Sekali lagi, kitorang ingatkan korang yang kerajaan boleh dibentuk apabila ada sekurang-sekurangnya 112 kerusi. Tapi apa jadi kalau BN dan PH masing-masing ada 90 kerusi sahaja? Ataupun kerusi itu ada dua tiga je lebih antara dua parti amcam 91 berbalas 85 atau 85 berbalas 95. Pilihan raya pun dah habis dan keputusan menunjukkan parlimen tergantung (hung parliament). Dalam situasi sebegini, tiga perkara boleh terjadi.
1) PH dan BN membentuk kerajaan perpaduan (sangat mustahil): Senario ini adalah apabila PH dan BN bersatu kuasa dan bentuk kerajaan. Semestinya reaksi terhadap kerajaan perpaduan akan dibantah oleh Anwar Ibrahim yang takkan setuju, jadi senario ini mungki diragukan untuk terjadi.
Idea kerajaan perpaduan pernah muncul pada 2008 selepas dicadangkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang yang kemudiannya muncul sekali lagi pada 2013 apabila BN hilang undi popular. Benda yang paling dekat dengan senario ini pernah berlaku pada krisis perlembangaan di Perak pada 2009 apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing ada 28 kerusi di DUN Perak. Krisis ni berakhir 11 bulan kemudian apabila BN berjaya meyakinkan 3 calon bebas untuk menyertai mereka.
2) PH atau BN membentuk kerajaan minoriti (tak mustahil): Walaupun benda ni tak pernah jadi sebab BN selalu menang majoriti, ia satu kebarangkalian jika parlimen tergantung. Ini bermakna Agong akan melantik seorang Perdana Menteri yang tak memerintah majoriti, tapi boleh bergantung kepada ahli Parlimen diluar partinya untuk bantu proses pemerintahan walaupun tak yakin. Kalau tengok contoh yang berlaku di UK, kerajaan perpaduan ni biasanya lemah (perlu melobi parti-parti kecil untuk setiap pembentangan) dan akan membawa kepada pembubaran dalam masa terdekat setelah dibentuk. Maknanya ni pun boleh jadi kepada Malaysia la.
3) PH atau BN membentuk majoriti dengan kuasa ketiga (semestinya PAS): Dengan kehadiran parti ketiga, maknanya bukan sebahagian gabungan dalam PH atau BN, benda ni boleh terjadi selepas perbincangan dah dibuat. Parti yang ada impak yang besar dalam senario ini adalah PAS, yang mempunyai sokongan yang cukup untuk bagi PH atau BN kuasa majoriti. Kita pun tahu, mereka dah menunjukkan keinginan untuk menjadi Kingmaker bagi sesiapa yang sahaja yang bersetuju ingin membentuk kerajaan Islam bersamanya. Nampaknya, kalau dilihat keadaan semasa, BN lebuh rapat dengan mereka berbanding PH.
Senario 4: Ketakutan bakal melanda
Situasi: BN kalah majoriti dan rakyat tak gembira dengan keputusan tu
Panadol yang korang kena telan masa ni: Satu papan, tapi janganlah sekali gus
Berapa lama yang diambil untuk benda ni: Kalau merujuk sejarah, boleh ambik masa lebih setahun
Katakanlah situasi yang mana BN kalah dan rakyat sedih dengan keputusan tu, ada yang percaya berpotensi akan berlaku rusuhan berskala besar seperti kejadian lepas pilihan raya 1969. Mesej juga dah mula tersebar di Whatsapp mengingatkan orang Malaysia untuk berhati-hati dan fikirkan keadaan mendatang.
OK sekejap. Bukanlah benda ni khabar angin dalam kalangan rakyat marhaen sahaja, Tun M sendiri baru sebut semalam.
“Ini apa yang kami takutkan…Dia (Najib) yang cuba sesuatu dan cara lain untuk mengelak dari ditahan. Ada khabar angin…UMNO akan buat kacau. Mereka ada samseng yang akan buat kacau dan akan jadi darurat dan negara dibawah kawalan sekuriti, kemudian Parlimen takkan dipanggil, dan undang-undang akan digantun.”- Tun M, sewaktu diinterviu MalaysiaKini, 7 Mei 2018
Kebarangkalian ini juga ada disebut oleh jurnalis yang menang anugerah, Leslie Lopez di Strait Times.
“Berlatar belakangkan pergolakan politik di Malaysia, pemerintah BN boleh menggantung demokrasi parlimen untuk memanggil jalan kepada negara dalam kecemasan, menolah negara ke kancah yang teruk.”- Leslie Lopez, The Straits Time, 6 Mei 2018.
Salah satu perundangan yang disebut Mahathir ada Akta Keselamatan Negara, yang membolehkan negara diisytihar darurat di mana-mana kawasan, dan memenjarakan tanpa dakwaan di kawasan tersebut.
Walau macam mana pun, Tun M berkata yang ianya mungkin takkan berlaku, kerana KALAU PM memilih jalan ini, dia akan hilang sokongan pelaksana lain dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti yang ditunjukkan di atas. Dia membandingkan Najib dengan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang dah diletakkan bawah undang-undang tentera pada tahun 70-an. Tak macam Marcos yang disokong oleh tentera, Tun M cakap dia tak rasa yang polis dan ketua angkatan tentera akan menyokong Najib kalu dia nak buat benda ni.
“…apabila dia melanggar undang-undang dengan menyalahguna undang-undang ini (NSC) yang digubal, saya rasa mereka takkan menyokong dia agi. Apabila mereka tak sokong dia, dia akan jatuh. Dia hanya akan boleh kekalkan kerajaan tentera atau kerajaan darurat jika dia disokong oleh polis dan angkatan tentera.”- Tun M
Co-founder IJM, Koon Yew Yin menolak kebarangkalian yang 13 Mei akan terjadi sekali lagi, kearan adanya perubahan dalam masyarakat yang berlaku dulu dan sekarang dan informasi yang banyak dalam teknologi.
“Keadaan sosio-ekonomi sangatlah berbeza: Melayu tak lagi miskin dan terpinggir, dan juga akan menjadi mustahil untuk mana-mana kumpulan atau parti sekalipun untuk membuat keganasan bersenjata kerana masayarakat sudah terbuka dan teknologi semasa menyebarkan berita dengan cepat sekali.” Koon Yew Yin, co-founder IJM Corporation, dalam interviu dengan FMT.
Ok la cukup dah spoiler kan
“Peter Parker dah pun pergi dari homecoming. – tak ada cara dia akan mati.” Ramalan Infinity War dari Vox.
Walaupun yang kami tulis, ni semuanya teori, tak lebih dari ramalan dalam Infinity War. Macam juga tengok filem blockbuster, korang hanya perlu lihat dan tunggu apa yang terjadi.
Selamat mengundi semua. Sentiasa hidup aman dan damai…Peace Yow!!!
- 863Share sekarang!
- Email94
- Facebook769
- Share