- 1.2KShare sekarang!
- Email14
- Facebook1.2K
- Share
Tengku Adnan bin Tengku Mansor merupakan Menteri Wilayah Persekutuan yang Keempat dan telah memegang jawatan tu sejak 2013 sampailah sekarang. Selain tu, dia dari tu dia juga merupakan juga merupakan Setiausaha UMNO.
Menteri Wilayah ni mempunyai kuasa kat tiga daerah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Salah satu tanggungjawab dia sebagai menteri pula adalah membasmi kemiskinan dan memastikan kesejahteraan bandar.
Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan telah melakukan beberapa perkara yang boleh kata mencapai objektif juga la. So tak kisah lah samada benda tu elok atau pun tidak, kat sini kami telah list kan beberapa perkara yang Ku Nan telah buat, akan buat, atau sekurang-kurangnya acah-acah nak buatuntuk Wilayah Persekutuan terutama sekali Kuala Lumpur.
1. Menghalang orang awam dari membantu gelandangan di KL
Tanggal 1 Julai 2014, Ku Nan telah mengarahkan semua kerja amal membantu gelandangan tidak dibenarkan dalam 2km dari Lot 10. Jadi kalau nak diikutkan boleh tahan besar juga la kawasan terlarang tu.
Salah satu sebab kenapa Ku Nan tak kasi adalah kerana dia ingin menghalang budaya minta sedekah ni dan menyukarkan mana-mana sindiket haram yang terlibat dengan operasi minta sedekah dari dilaksanakan.
Selain dari tu Ku Nan ada kata kalau kerja amal ni diteruskan, ia akan menggalakan orang untuk terus menjadi gelandangan dan pada masa yang sama menyumbang kepada kekotoran kat kawasan kerja amal tu. Kononya dengan cara ni, Ku Nan nak bersihkan imej KL yang telah ‘dicemari’.
Walaupun begitu, beberapa NGO telah menyuarakan rasa tak puas hati sebab apa yang hendak dilakukan oleh Ku Nan ni boleh kata mengarut juga. Munirah Abdul Hamid dari Pertiwi Soup Kitchen berkata isu ni bukan satu yang baru:
“Kami pernah cuba untuk membantu gelandangan ni dulu pada tahun 2010. Kami ada nampak orang tinggal kat longkang sewaktu musim monsoon, tapi kami tak dibenarkan untuk masuk.” – Munirah Abdul Hamid, The Star
Malah kebanyakan isu yang dinyatakan oleh Ku Nan telah dibantah oleh NGO tempatan:
“Gelandangan yang terlibat dengan sindiket haram bukan orang yang kami kasi makan. Kebiasaanya orang sindiket ni takkan beratur dan selepas dapat makanan mereka akan diambil oleh agen.” – Munirah Abdul Hamid, The Star
Muslim NGO Mercy Malaysia pula berkata, Ku Nan kena dekati masalah ni dengan lebih taktikal dan strategik. Sebab berdasarkan wakil NGO tersebut, Zuhri Yahya, berkata bahawa kebanyakan datang minta makanan free ni adalah orang yang takde kerja tetap atau mempunyai gaji yang sangat rendah.
Last-last Ku Nan telah mengajak semua NGO yang terlibat dengan kerja amal di sekitar KL ni untuk bertemu dan berbincang dengan pihak Menteri Wilayah, so harap-harap objektif menteri dan NGO ni dapat dicapai. Bak kata orang putih, win-win situation.
2. Mengharamkan motor kapchai kat KL
Bercakap pasal orang miskin, baru-baru ni Ku Nan ada buat kenyataan bahawa dia ingin mengharamkan penggunaan motor kap-chai di sekitar KL. Ku Nan berkata ni adalah kerana dia ingin mengurangkan penggunaan trafik di sekitar bandar tu.
“Sewaktu siang hari, jumlah penduduk (dalam bandar) bertambah dari lima hingga ke tujuh juta sebab ramai yang bekerja kat sini” – Ku Nan, Malay Mail
Dia juga berkata yang banyak bandar kat dunia ni tak kasi motor kapchai masuk dan kajian telah menunjukkan bahawa orang kita masih bergantung kepada motor kapchai sebab ramai tak mampu beli kenderaan mahal.
Tindakan ni juga bertindak sebagai salah satu cara untuk Ku Nan mengurangkan pencemaran udara kat KL. Jadi untuk melawan isu ni, Ku Nan bercadang untuk mengharamkan motor kap-chai selepas kerajaan merendahkan harga kenderaan awam.
Perkataan kap-chai (berasal dari dialek Kantonis) yang bermaksud kecil ni telah mencetuskan perasaan tidak puas hati dari majoriti pengguna motor. Malah boleh kata semua yang pernah dan masih bawa motor kap-chai complain mengatakan bahawa tindakan Ku Nan tu entah apa-apa.
Seorang penunggang ada berkata “sesiapa yang menyusulkan idea ni kena fikir masak-masak sebelum bagi keputusan”. Tapi tak semua menentang Ku Nan, seorang pakar alam sekitar memberitahu NST bahawa tindakan Menteri Wilayah ni bagus untuk melawan pencemaran.
Dia berkata lagi, perkara ni bukan saje untuk kapchai tapi semua kenderaan. Kalau tak boleh nak halang pun, sekurang-kurangnya buat modifikasi terhadap kenderaan mereka bagi memastikan kenderaan tersebut lebih mesra alam sekitar.
Mendengar keluhan dari orang ramai, Ku Nan telah ambil keputusan untuk tidak meneruskan peraturan baru ni:
Dia berkata “Kami merasai jiwa rakyat, jika mereka tidak mahu, maka kami akan ikut jadi penunggang motor kap-chai jangan risau kami tidak akan meneruskan dengan peraturan tersebut”.
3. Parking di KL tak boleh melebihi 2 jam
Tanggal 2 Julai tahun lepas, Ku Nan telah bersetuju untuk meluluskan undang-undang baru di kawasan Wilayah di mana semua kenderaan di kawasan hotspot CBD (Central Business District) seperti Imbi, KLCC, dan Bukit Bintang tak boleh parking lebih dari 2 jam. Selain dari tu, kawasan seperti Bangsar, Hartamas, dan Kepong pun mungkin akan dikenakan peraturan yang sama.
Alasan yang diberi oleh Ku Nan pula adalah untuk mengurangkan traffic jam dan beri peluang kepada pemandu lain untuk cari parking. Malah dia telah meluluskan satu projek ni dimana papan tanda elektronik akan dipasang kat kawasan parking bagi memudahkan pemandu.
Peraturan yang telah pun dikuatkuasakan pada 16 Julai 2016 tu membenarkan pihak DBKL untuk clamp atau tarik mana-mana kenderaan yang parking lebih dari dua jam. Pada masa yang sama harga parking yang dikenakan pula adalah RM2 untuk jam pertama dan RM3 untuk jam berikutnya.
Tindakan Ku Nan ni telah mengundang berbagai reaksi dari pemandu. Ada yang setuju ada yang tidak.
Ramai yang complain
manakala ada yang bersetuju
Kalau lihat kat survey dari artikel The Star pula, ramai yang tak bersetuju malah boleh kata majoriti juga la.
Perlu diingkatkan bahawa ni mungkin/mungkin tidak melambangkan majoriti pengguna jalan raya di KL. Dan bercakap pasal kereta, ada lagi satu benda yang Ku Nan telah dikuatkuasakan dua tahun lepas.
4. Perlaksanaan KL Free Car Morning dua minggu sekali
Sejak 2013 DBKL telah menganjurkan hari tanpa kereta atau KL Free Car Morning di mana semua jenis kenderaan (kecuali basikal) tak dibenarkan masuk di beberapa batang jalan kat KL. Dulu sebelum ni, event ni hanya sebulan sekali iaitu Ahad pertama setiap bulan tapi telah ditukar menjadi Ahad pertama dan ketiga. Aktiviti ni hanya berlangsung selama dua jam je iaitu dari 7 pagi hingga 9 pagi.
Objektif program untuk mengurangkan pencemaran ni telah mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai. Selain dari tu, DBKL juga ambil kesempatan untuk meletakkan event ni kat kalendar negara dan jadikan ia sebahagian dari tarikan pelancong.
Malah ada setengah syarikat siap bergabung dengan kerajaan Wilayah untuk buat event seperti berbasikal secara percuma dan naik kereta kuda. Tapi kalau korang malas nak berbasikal boleh je datang dan lepak chill. Disebabkan sambutan yang memberangsangkan, kerajaan Wilayah telah buat perancangan untuk meluaskan dan menambah lorong basikal.
Setakat ni event KL Car Free Morning ni telah mendapat sokongan padu. Kalau ada komplen yang kami jumpa pun adalah orang yang meminta pihak berkuasa untuk menguatkan lagi kawalan trafik sebab ada beberapa kenderaan yang terlepas ke jalan yang ditutup.
5. Ku Nan mewajibkan orang tempatan jadi owner kedai dan bukannya orang asing
Pada 1 Januari 2017, Ku Nan telah bersetuju untuk meluluskan undang-undang baru di KL dimana semua business perlu dimiliki oleh orang tempatan. Manakala untuk orang asing buka business kat KL, separuh dari hak business tu kena orang Malaysia. Contohnya kalau ada dua orang mat salleh nak buka kedai pisang goreng kat Jalan Imbi, partner dorang pun kena ada dua orang tempatan.
Malah peraturan ni juga berkuatkuasa untuk pekerja juga. Separuh orang asing, lagi separuh orang tempatan. Tapi undang-undang ni hanya tertakluk kepada kedai tepi jalan je dan bukannya koperasi besar seperti Apple, Samsung, Volkswagen, dan macam-macam lagi. Salah satu sebab Ku Nan buat undang-undang ni adalah untuk menjawab isu pekerja asing yang meliar menjaja tepi jalan.
Benda ni pernah viral sekejap apabila ada orang complain tentang kedatangan pekerja asing yang terlalu ramai di negara ni. Jadi untuk mana-mana tauke kedai yang ada pekerja asing lebih ramai dari pekerja tempatan, mereka dikehendaki untuk memecat pekerja tersebut.
Ku Nan juga siap kasi warning tentang undang-undang baru ni:
“Kami akan ambil tindakan tegas kepada peniaga yang dapat kedai diberi oleh DBKL tapi telah menyewakan kepada warga asing”
“Saya sendiri akan turun padang dan periksa” – Ku Nan, Astro Awani
Tapi tak semua yang bersetuju dengan tindakan Ku Nan ni. Bagi setengah peniaga undang-undang ni tak adil dan mengarut sebab kat dalam terma dan syarat baru tu, pekerja asing bukan saje ada quota dengan penduduk tempatan malah ada beberapa jawatan mereka tak dibenarkan seperti menjaga kedai.
Tauke-tauke kedai ni siap siap tak renew lesen meniaga semata-mata untuk protes terhadap undang-undang baru tu dan telah mengajak DBKL untuk duduk sekali dan berbincang tentang masalah tersebut.
BFF kami CILISOS ada cerita lagi mendalam pasal isu ni. Tekan sini untuk baca.
6. Mat Rempit dihalalkan di sekitar KL
Bulan April tahun lepas, Ku Nan telah mencadangkan satu idea yang boleh tahan pelik juga la. Dia telah mengusulkan untuk tutup jalan dan tukarkan ia menjadi track lumba mat rempit. Sama macam konsep KL Car Free Morning, Ku Nan nak tutup jalan selama beberapa jam sebulan sekali untuk kasi peluang kepada mat rempit berlumba cara betul.
Ku Nan juga yakin cara ni boleh mengurangkan gejala sosial mat rempit di sekitar KL malah siap kata nak usulkan kat Pantai Timur Malaysia kalau cadangan ni menjadi. Macam biasa, tindakan Ku Nan ni telah mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat malah, Tariq Ismail, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Ismail telah mengkritik cadangan ini:
“Perlumbaan malam di KL ni adalah satu jalan penyelesaian yang mudah untuk masalah yang besar. Ni bukan saje pasal lumba, tapi isu perjudian, keselamatan penunggang dan juga penonton. Tak termasuk imej yang mencemarkan” – Tariq Ismail, Free Malaysia Today
Dan bukan tu je, pakar-pakar keselamatan jalan raya pun telah mempersoalkan tindak-tanduk Ku Nan tentang perlumbaan mat rempit di KL ni. Mereka berkata adakah kerajaan akan ambil tanggungjawab jika sebarang kecelakaan atau kemalangan nyawa terjadi?
Timbalan Chancellor Universiti Sains Malaysia Professor Dr Ahmad Farhan pun tak bersetuju dan berkata, “Malaysia merupakan sebuah negara yang komited dalam pencapaian PBB untuk isu keselamatan jalan raya” sewaktu interview dengan Free Malaysia Today.
Manakala NGO untuk keselamatan jalan raya pula menegur Ku Nan bahawa kita sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dengan mempromosikan keselamatan atas jalan raya dan bukannya kasi pelepasan untuk ‘nafsu berlumba’.
Kenyataan dari NGO dan pakar keselamatan jalan raya ni pun dipersetujui oleh IGP Polis Tan Sri Abdul Khalid dan telah menyatakan hasyrat untuk berjumpa dan berbincang dengan Ku Nan tentang isu ni.
Niat dah betul tapi kadang-kadang tu cara perlaksanaan mengarut
Macam kami kata atas tadi, tugas seorang Menteri Wilayah adalah untuk membasmi kemiskinan dan menjaga kesejahteraan bandar. Jadi kami boleh faham dengan beberapa tindakan Ku Nan demi mencapai objektif dia sebagai seorang Menteri Wilayah.
Tapi kadang-kadang tu cara dia meragu-ragukan. Macam contoh menghalalkan mat rempit dan pengharaman motor kap chai dari masuk KL. Tindakan macam ni telah mendatangkan kemarahan orang ramai malah dalam setengah kes tu siap pakar industri kena masuk campur.
So kalau korang ada benda tak puas hati pasal Ku Nan atau saje nak tegur dia, korang boleh tekan kat sini untuk lihat alamat surat-menyurat, nombor telefon dan email. Dan kalau nak complain pasal DBKL, perbandaran Labuan, mahupun Putrajaya, boleh tekan kat sini untuk isi borang aduan.
- 1.2KShare sekarang!
- Email14
- Facebook1.2K
- Share