Jenayah & Undang-undang

5 polisi yang menunjukkan KPN, Hamid Bador serius untuk buat pembaharuan dalam PDRM

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Ye, kitorang tahu, dah berapa bulan sebenarnya sejak Datuk Seri Hamid Bador, dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Walaupun baru, tapi dia nampaknya memang tegas dan nampaknya, penuh dengan misi!

Dia bukan je mengumumkan yang PDRM memerlukan perubahan (yang berlaku banyak kali sebelum ni), tetapi sebenarnya dah pun menunjukkan beberapa perubahan serius dalam penstrukturan pentadbirannya.

Datuk Seri Hamid Bador, ketegasan dia bukan biasa-biasa. Imej dari The Straits Times

Dan berikut adalah 5 dasar baru yang diperkenalkan, menunjukkan KPN baru kita ni tak main-main.

1. Menaikkan gaji pegawai polis berpangkat rendah bagi menghapuskan rasuah

Pada tahun 2017, sebuah kajian oleh Transparency International-Malaysia mendapati sebanyak 57% rakyat Malaysia menganggap pasukan polis kita sangat cenderung kepada sogokan dan rasuah.

“Saya takkan bertolak ansur dengan perkara ni… Polis tak perlu mengumpul dana bagi mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri jika tiada peruntukan atau kemampuan. Terutamanya apabila dana yang dikutip adalah dari sumber yang tidak halal. “- Datuk Seri Hamid Bador

Bagaimanapun, dia mempunyai pengalaman berbeza dalam pasukan polis, membesar di berek polis di mana ayahnya seorang anggota polis. Dia juga tahu yang sesetengah polis perlu membelanjakan kira-kira 40% daripada gaji mereka atas pembayaran balik pinjaman untuk terus bertahan!

Malah, pendapatan polis juga tak jauh bezanya dengan pekerja kerajaan lain. Cuma bezanya terdapat ‘perbezaan antara gaji mereka (pegawai polis) dengan kuasa yang diberikan kepada mereka’. – menurut ahli akademik USM, Dr. P. Sundramoorthy,

“Orang kata muka I macam muka Agong, sama tak?” Imej dari NST/AskLegal

Datuk Seri Hamid juga mengumumkan yang bukan gaji pegawai polis berpangkat rendah yang akan dinaikkan, malah keperluan mereka yang lain juga akan diutamakan. Dia memberi contoh  standard polis di beberapa negara maju, di mana pegawai polis di sana mempunyai pendapatan yang stabil dan berprestij:

“Saya minta kerajaan untuk consider (mempertimbangkan) balik (gaji) untuk anggota bawahan, sebagaimana ia dinikmati oleh polis Jepun, polis Hong Kong, polis Singapura, New Zealand, Australia, dan di negara-negara maju lain…

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

dengan cara ini sahaja, dengan meningkatkan gaji mereka ini dapat mengurangkan risiko rasuah dan godaan melakukan kesalahan ugut orang lain untuk mendapatkan duit.” –  Datuk Seri Hamid Bador, dipetik dari MalaysiaKini

Bagi korang yang tak tahu, purata gaji asas bagi Sarjan peringkat kemasukan di Malaysia adalah sekitar RM1,824-RM5,801/bulan, manakala di Singapura, tahap setara menerima $1,820- $2,640/bulan BESERTA bonus pendaftaran $10,000- $30,000 (bergantung kepada tahap pendidikan)!

Marketing bihak berkuasa diorang pun memang cun gilaaaa. Imej dari Singapore Police Force Official Website

Tengok je la iklan TV diorang:

https://www.youtube.com/watch?v=e57kzfijw1w

Sekarang, korang cuba bayangkan kalau anggota polis kita sendiri dapat gaji tinggi dan penghormatan yang sama. Kalau macam tu la, susah nak bayangkan kalau diorang masih lagi nak ambik rasuah.

2. Menggantikan Cawangan Khas dengan agensi perisikan bebas

Perlu diingatkan yang Hamid pernah mengetuai Cawangan Khas (SB). Kalau korang pernah baca artikel kitorang pasal Cawangan Khas sebelum ni, korang tahulah yang diorang ni ada banyak kuasa, sampaikan tak ada peruntukan undang-undang untuk kuasa mereka di Malaysia. Dan menurut Suruhanjaya Dzaiddin 2005 yang ditugaskan menilainya, itu la masalah sebenarnya,:

“Tidak ada peruntukan undang-undang yang berurusan dengan fungsi, kuasa dan tugas Cawangan Khas … Cawangan Khas boleh dimanipulasi oleh pihak yang berkuasa untuk tujuan politik.” – Suruhanjaya Dzaiddin 2005

“Aku pun tak tahu nak buka macam mana ni”. Imej dari The Star Online

Caranya? Percaya atau tak, Datuk Seri Hamid Bador (yang mempunyai diploma dalam bidang kepolisian sains), sebenarnya telah mencadangkan supaya Cawangan Khas diintegrasikan ke sebuah agensi perisikan bebas macam FBI.

“Saya nakkan ia jadi macam FBI, di mana tumpuannya adalah mengenai jenayah-jenayah utama, seperti keganasan dan pengintipan, antaranya. Dengan menjadi sebuah badan bebas, iaitu agensi di luar kerangka polis, ia boleh bertindak pantas dan tegas. “- Datuk Seri Hamid Bador

Sebenarnya, bekas penjajah kita, iaitu British yang memperkenalkan Cawangan Khas kepada negara kita pada mulanya, tapi kemudiannya menutupnya dan menggabungkannya dengan Cawangan Anti-Pengganas Polis Met untuk mencipta Command Counter Terrorism yang baru.

Cadangan Datuk Seri Hamid ni juga dipuji oleh Dr P. Sundramoorthy, yang memanggilnya sebagai langkah ‘idea progresif, inovatif’:

“Jika cadangan ini diterima oleh kerajaan, kita perlu memastikan bahawa agensi baru ini ditubuhkan sebagai sebuah agensi penguat kuasa undang-undang persekutuan bebas yang boleh berkhidmat kepada semua di negara ini tanpa rasa takut atau pilih kasih.”Dr. P. Sundramoorthy

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Hamid kata yang ia adalah cadangan semata-mata, dan keputusan akhir akan diserahkan kepada kerajaan. Jadi kita tunggu dan lihat je la keputusannya,

3. Mengambil tindakan TEGAS terhadap samseng

Walaupun penglibatan polis dalam kumpulan kongsi gelap bukanlah satu perkara baru di mana-mana negara pun, di Malaysia, ia tak digembar-gemburkan. Walaupun ada laporan yang mengatakan bekas polis yang terlibat dalam aktiviti samseng, tapi ia sangat jarang berlaku.

Dari Botak Chin sampailah ke Bentong Kali, polis kita ada sejarah panjang dan brutal dengan dengan gangster (korang boleh baca kat sini!) malah, ada yang rekrut budak sekolah seawal 12 tahun!

Imej dari tvbusa

Jadi, apa yang KPN kita buat untuk mengelakkan polis kita kamcheng dengan penjenayah-penjenayah ni? Untuk permulaannya, dia haramkan kesemua anggota PDRM dari mengunjungi tempat hiburan dan perjudian. Tapi arahan tu sebenarnya dah lama pun wujud, iaitu sejak 20 tahun yang lepas, tapi nampaknya ia tak pun dipraktikkan.

Jadi, kenapa larangan ni ‘diperbaharui’? Rupa-rupanya, terdapat beberapa pegawai polis yang menyambut pesta ulang tahun mereka di tempat-tempat hiburan ni, malah mereka ditawarkan beberapa freebies secara percuma oleh pemilik tempat-tempat tersebut sebagai hadiah hari jadi. Tapi nampaknya di bawah arahan Datuk Seri Hamid, mana-mana pegawai polis yang dilaporkan pergi ke tempat-tempat sebegini akan dikenakan ujian darah dan air kencing!

Bila kitorang cakap karaoke, ni bukan maksud kitorang. Imej dari Utusan

Dan dia betul-betul serius dengan isu ni. Tengok je la kenyataannya kepada pasukan polis:

“Nasihat saya kepada mereka (pegawai polis yang terbabit dalam jenayah) adalah dengan segera memutuskan semua hubungan dengan sindiket perjudian dan sindiket kerana saya tidak akan bertolak ansur dan akan melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah di dalam pasukan polis.

Selagi mereka tidak memakai baju oren (baju lokap) dan digari, masih belum terlambat… Sila ingat sumpah yang anda ambil, bersumpah bahawa anda akan menegakkan undang-undang dan bukannya terlibat dalam maksiat. “- Datuk Seri Hamid Bador

Kalau korang rasa arahan yang dia bagi supaya pasukan polis cepat-cepat putuskan hubungan dengan kumpulan jenayah ni tak cukup telus dan tegas, kitorang tak tahu la nak cakap apa lagi.

4. Nak tangkap Jho Low (eh, tak jumpa lagi?)

Ni bukanlah polisi baru, tapi masih dalam agenda mereka. Selagi Jho Low masih belum ditahan, berita mengenai orang dikehendaki Malaysia tu akan terus diperkatakan.

Cuba teka mana satu Jho Low sekarang? Imej dari Cilisos

Bagaimanapun, Tuan KPN kita mendakwa yang PDRM sebenarnya tahu dengan tepat di mana sebenarnya dia berada, dan mereka menunggu, malah mengalu-alukannya kembali dengan tangan terbuka (lebih kurang la):

“Tidak ada cara dan tempat mereka boleh bersembunyi. Lebih awal keadilan ditegakkan, lebih baik untuk mereka. Kalau tak salah, buktikannya di mahkamah Malaysia… Saya dapat memberi jaminan yang Polis Diraja Malaysia takkan membahayakan mereka … Saya menggalakkan mereka untuk kembali. Jangan buang masa kita, mereka tak boleh lari buat selama-lamanya. “- Datuk Seri Hamid Bador

Tapi persoalannya… ke mana Jho Low lari?

Datuk Seri Hamid kemudiannya berseloroh dengan mengatakan, “Dia ada di mana-mana”, dan menyatakan PDRM cuba sebaik mungkin. 

“Bersabarlah. Kami akan bawa dia pulang”- Datuk Seri Hamid Bador

5. Mewujudkan sebuah badan bebas yang akan menyiasat salah laku polis

Kitorang sebenarnya pernah cover pasal ni kat dalam artikel ni. Isunya adalah tentang IPCMC (singkatan untuk ‘Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis Bebas’).

Kalau korang nak tahu, IPCMC adalah idea dari Suruhanjaya Dzaiddin pada tahun 2005 yang akan menjadi badan bebas mengendalikan aduan awam terhadap salah laku polis. 

Bagaimanapun, ia masih lagi dalam pertimbangan sebab polis sendiri kalau boleh tak nak ia wujud atas sebab-sebab tertentu. Jadi, bila mereka dah compromise sikit, wujudlah sesuatu yang menggantikannya, iaitu SCC (Suruhanjaya Aduan Khas), dan kemudian EAIC (Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan). Kedua-duanya wujud dari idea IPCMC (tapi lebih kecil), di mana sebenarnya, ramai yang tak berpuas hati dan terpaksa terima je idea kedua ni.

Tapi nampaknya, Ketua Polis Negara baru kita berkeras dan nakkan kewujudan IPCMC sebagai semak dan imbang untuk PDRM, penting untuk mencapai misinya:

“Kita tak nak pihak polis jadi tuan di negara ini… tanpa sebarang semak dan imbang… Saya tak nak perkara sebegitu diguna pakai sepanjang tempoh saya menjadi Ketua Polis Negara.” – Datuk Seri Hamid Bador

Dan menjawab kepada pembangkangan IPCMC, Datuk Seri Hamid berkata, kebimbangan ini adalah ‘tidak berasas‘ dan berdasarkan ‘palsu, dicipta oleh mereka yang berkepentingan’:

“Kepada mereka yang menyebarkan maklumat salah, hentikannya. Jangan pentingkan diri sendiri. Anda mempunyai masa anda, dan tanyalah diri sendiri: apa yang anda lakukan untuk memperbaiki imej polis pada masa itu? Adakah anda sebahagian daripada sistem rasuah? “- Datuk Seri Hamid Bador

Ish…ish… siapa nak jawab?

Ketua Polis Negara baru kita berniat baik, dan dia akan memerlukan bantuan

Berikut adalah statistik yang menarik: 23.9% aduan rasuah yang diterima oleh SPRM adalah mengenai anggota penguatkuasa undang-undang, ini juga bermakna 23.9% rakyat Malaysia juga memberi rasuah!

Nampaknya, memang jelas yang Datuk Seri Hamid akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki imej PDRM. Tapi, kita sebenarnya juga kena ambil bahagian. Sebagai warganegara Malaysia juga mempunyai kewajipan untuk menegakkan undang-undang dan menghormati penguatkuasa.

Imej asal dari Sinar Harian

Mantranya adalah “hormat, bukan takut” nampaknya disegani ramai, termasuklah Persatuan Patriot Negara (PATRIOT), yang dikenali dengan kelantangan mereka dalam pelbagai isu semasa di Malaysia.

Sama ada atau visi PDRM akan menjadi kenyataan atau tak mungkin awal untuk kita lihat, tapi dengan menaikkan imej PDRM akan menjadi satu langkah pertama yang baik ke arah mencapai wawasan tu. Macam apa yang boleh kita lihat dalam mesejnya baru-baru ini kepada anak buahnya, Datuk Seri Hamid Bador mengharapkan yang terbaik dari dirinya sendiri, dan juga orang-orangnya:

“Saya akan berkhidmat kepada rakyat… Saya mahu orang saya (pasukan polis) saya menyampaikannya. Saya tidak mahu (rakyat) takut kepada polis, tapi supaya mereka menghormati polis. “- Datuk Seri Hamid Bador

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend