- 181Share sekarang!
- Email19
- Facebook162
- Share
Sebelum ni SOSCILI dan CILISOS ada tulis artikel pasal super villain atau gangster paling hebat kat Malaysia. Apa yang kami faham adalah dorang bermotifkan wang dan harta malah ada sorang ni terpengaruh dengan ilmu hitam. So time tulis artikel tu kami tertanya-tanya, kat dunia ni ada ke orang membunuh suka-suka?
Kami buat research sikit dan dapat tau yang kes dera dari ibubapa ni berkait rapat dengan penyakit psychopath. Tapi bukan semua, malah ada yang membesar dalam keluarga yang normal cuma masa membesar tu dorang tersimpang arah dalam hidup.
Mula-mula kami check kat sini, syukur Malaysia masih aman takde pembunuh bersiri (setakat yang kami tau lah). So kami besarkan skop kami ke pentas dunia pula. Jangan kata 5, nak buat top list 20 pun takde hal. Tapi kat artikel ni kami akan fokus kat psycho yang terkenal dan sadis je.
5. Pembunuh yang campak mayat ke dalam sungai
Jumlah mangsa yang confirm: 49
Gary Ridgway merupakan sorang tukang cat lori dari Washington yang terlibat dengan kes bunuh seramai 49 orang (tapi ada yang dakwa dia sampai 71 pembunuhan). Dilahirkan pada 1949, Gary telah membesar dalam sebuah keluarga yang kelam kabut. Masa kecik-kecik dulu, mak bapak dia sering bergaduh dan bukan gaduh mulut je tau, ni gaduh yang sampai hantuk kepala.
Tak cukup dengan tu, masa dia umur 14 tahun Gary selalu kencing time tidur dan bila kantoi, mak dia akan malukan dia dengan suruh dia berjalan bogel kemudian mandikan dia (Haaa??) Yup, mak dia pun boleh tahan gila juga. Percubaan membunuh dia yang pertama adalah sewaktu dia berumur 16 tahun di mana dia telah cucuk sorang budak umur 6 tahun dan kemudian gelak sambil berkata “Aku selalu tertanya-tanya apa perasaan untuk bunuh orang”.
Kemudian lepas habis sekolah, Gary join tentera laut dan terlibat dengan perang Vietnam. Time kat sana, dia selalu mengadakan hubunngan seks dengan pelacur. Dia punyalah suka buat benda ni sampaikan dia kena penyakit Gonorrhea. Sepanjang 1980-an sampai 1990-an, Gary terlibat dengan siri pembunuhan di mana mangsa-mangsa dia samada pelacur atau pun budak perempuan yang lari rumah. Kebanyakan mayat mangsa dia akan di campak ke Sungai Green (kat situ dia dapat nickname Pembunuh Sungai Green).
Nak diikutkan Gary ni bukannya lonely, dia siap pernah berkahwin sebanyak 3 kali tau. Bini pertama dan kedua dia tak menjadi sangat tapi yang ketiga tu, Mawson, Gary sangat sayangkan dia. Malah, Gary sendiri mengaku yang dia mula kurang membunuh disebabkan Mawson. Aww so sweet..(not!)
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua akhirnya. Pada tahun 2001, Gary telah ditangkap oleh pihak polis di sebuah Kilang Lori di Kentucky dan pada tahun 2003, dia mengaku bersalah untuk 48 kes bunuh. Sebagai ganti untuk pengakuan dia, Gary telah dipenjara seumur hidup tanpa parol (kalau tak sebelum tu dia kena hukum bunuh). Kemudian pada tahun 2011, dia mengaku untuk lagi satu kes bunuh dan jadikan kes bunuh dia kepada 49 mangsa yang confirm.
Sekarang ni Gary Ridgway masih lagi hidup dan tinggal di Penjara Negeri Washington, fuh ni baru sorang. Ada lagi 4 orang ni. Mari?
4. Pembunuh yang buat jenayah dalam kostum badut
Jumlah mangsa yang confirm: 33
Ni serious kami tak main-main! Pembunuh bersiri ni pernah kerja part time jadi badut untuk budak-budak tapi sebenarnya John Wayne Gacy merupakan sorang kontraktor sepenuh masa. Dia jadi badut tu untuk suka-suka je. John dilahirkan di Chicago pada tahun 1942 dan merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Perhubungan John antara mak dia dan adik beradik dia normal je.
Tapi bapak dia, lain pula ceritanya. Bapak John merupakan sorang kaki mabuk dan sering bantai mak John dan John. Masa dia umur 11 tahun John pernah kena langgar kat padang permainan dan telah mengalami pembekuan darah di otak dan disebabkan tu dia tak boleh main dengan budak-budak lain. Bapak John melihat tu sebagai satu kelemahan dan kalau John kena pukul, mak dia akan back up di mana bapak John akan panggil dia pondan.
Pastu kat sekolah pula dia selalu kena pulau, tapi bila dah dewasa John menjalani hidup yang normal dan pernah bekerja sebagai jurujual dan kontraktor. Waktu lapang dia pula, dia suka menolong masyarakat sekeliling. Pernah berkahwin dua kali, dan ada anak sendiri dan anak tiri. Nampak macam happy ending untuk John tapi…
Pada akhir tahun 1960-an dia kantoi menggatal dengan dua orang budak laki ni di mana dia dipenjara selama dua tahun. Kemudian pada tahun 1972, John betul-betul buat hal bila dia telah melakukan pembunuhan pertama dia, sorang remaja lelaki bernama Timothy Mccoy yang berumur 15 tahun.
Sepanjang 1970-an, John telah menculik, merogol, dan membunuh remaja lelaki berumur 14 sampai 21 tahun. Mangsa terakhir (yang confirm) John telah bunuh adalah pada tahun 1978 dan salah satu trademark John adalah dia kadang-kadang akan pakai baju clown dia tu sambil melakukan jenayah. Serious scary wei!
Tanggal 6 Febuari, John telah dinaikkan ke mahkamah dan mengaku bersalah terhadap setiap tuduhan. Team lawyer dia cuba nak buktikan mamat ni gila tapi bukti tak cukup kuat. Akhirnya John telah dikenakan hukuman mati sebanyak 12 kali dan dikenakan penjara seumur hidup sebanyak 21 kali. Pada 1994, John telah mati dengan injek racun di Penjara Crest Hill, Illinois.
3. Ketua ajaran sesat yang berjaya yakinkan pengikut untuk bunuh diri
Jumlah mangsa yang confirm: 912
Korang ingat tak kerajaan langit ‘kepunyaan’ Ayah Pin? Kan dia pernah buat hal dulu bila dia mengaku jadi Tuhan untuk semua agama, siap ada tanah dia sendiri. Sekarang, korang bayangkan sorang mamat ni macam Ayah Pin tapi ada ladang sendiri yang dijaga oleh pengikut-pengikut, ada bas dia sendiri, dan ‘berjaya’ yakinkan pengikut-pengikut dia untuk bunuh diri.
Ajaran yang diberi nama People’s Temple telah diasaskan oleh Jim Jones ni mula buat nama pada pertengahan 1960-an dan jadi famous pada 1970-an. Jim telah dilahirkan pada tahun 1931 dan dibesarkan di sebuah kawasan miskin di Indiana. Dia mula mengikuti agama seawal umur 10 tahun.
Masa kecik-kecik dulu Jim Jones diabaikan oleh mak dia sebab sibuk bekerja manakala bapak dia pula langsung tak amek tau pasal dia. So jiran Jim telah amek tanggungjawab tu dan sering bawa dia pergi ke gereja. Dan gereja yang dia pergi bukan satu mazhab je, tapi banyak. Masa sekolah pula dia rajin buat kerja amal kat hospital dan kat situ jugalah dia jumpa bini dia, Marceline Baldwin.
So bila dah bertapa dengan macam-macam mazhab gereja, Jim amek keputusan untuk buat ajaran dia sendiri. Mula-mula dia minta tolong gereja yang dia selalu pergi tu, of course dorang tak kasi so Jim gerak sendiri dan target orang-orang susah terutama sekali orang kulit hitam (time tu orang kulit hitam sering jadi mangsa racism).
Dengan kehebatan public speaking Jim, dia berjaya kaut seramai 5000 orang jadi pengikut dia. Antara ajaran People’s Temple ni adalah dorang kena serahkan semua harta kepada Jim, tak digalakkan ada hubungan romantik dengan orang lain, dan tak menggalakan seks. Tapi yang kelakarnya, Jim ni kaki perempuan sampai mengandungkan sorang admin gereja.
Kisah gelap People’s Temple bermula pada tahun 1974 bila Jim mengarahkan pengikut-pengikut dia pindah ke Gayana, kat situ dia beli tanah sebesar 1200 ekar dan memanggilnya Jonestown. Bila dah sampai kat sana, dia kawal Jonestown tu macam penjara. Makanan semua dicatu, takde siapa boleh keluar, dan dijaga oleh militan bersenjata.
Kami taktau lah Jim ni hisap dadah apa tapi paranoid dia makin menjadi bila dia mula buat latihan bunuh diri dengan pengikut-pengikut dia. So basically, dia akan kejutkan semua orang pada tengah malam pastu minta dorang minum air racun ni (tapi sebenarnya bukan racun pun), 45 minit kemudian dia akan bagitau yang dorang telah lulus ujian kesetiaan (serius psycho gila buat latihan macam ni).
So pada tahun 1977, ahli politik Leo Ryan telah datang melawat dan mengajak semua untuk balik ke US. Korang ingat Jim kasi? Of course tak bro, Jim telah menghantar satu pasukan militan untuk serang Leo Ryan di mana ahli politik tu bersama krew kamera telah mati ditembak. Last sekali pada tahun 1978, hasil tekanan dari kerajaan Gayana dan kes bunuh Leo Ryan, Jim telah mengarahkan semua pengikut dia buat latihan bunuh diri tapi kali ni real punya.
Hasil daripada keracunan tu, seramai 912 orang mati di mana 276 adalah kanak-kanak dan orang yang tak nak minum racun tu pula telah dipaksa oleh militan. Jim ditemui mati dengan kecederaan di kepala (ditembak), tapi tak pasti dia sendiri yang buat atau orang lain.
2. Pembunuh wanita yang terpengaruh dengan hardcore porn
Jumlah mangsa yang confirm: 36
Mungkin ada sebabnya kita tak dibenarkan untuk tengok bahan lucah yang hardcore. Malah pembunuh ni mula pasang niat untuk bunuh orang bila dia tengok banyak sangat bahan lucah yang hardcore. Ted Bundy yang berasal dari Vermont merupakan sorang perogol dan pembunuh bersiri yang terlibat dengan 36 kematian wanita dan kanak-kanak muda.
Bukan macam psycho lain dalam list ni, Ted Bundy berasal dari keluarga yang normal. Dia ada mak bapak yang alim dan adik-beradik penyayang malah masa dia nak kena hukum bunuh, dia tegaskan yang dia tak pernah didera dan keluarga dia tak bersalah atau bertanggungjawab terhadap perangai dia yang psycho ni.
Masa Ted berumur 12/13 tahun, Ted terjumpa satu magazine lucah hardcore kat tong sampah berhampiran rumah dia. Ted amek dan bawak balik rumah di mana dia terus suka. Apa yang bermula sebagai kisah fantasi dalam kepala bertukar menjadi realiti bila Ted dah tak tahan dengan keinginan untuk melihat wanita diseksa.
Selepas beberapa tahun menahan nafsu, pada tahun 1974 (time tu dia baru grad dari universiti), Ted buat keputusan untuk culik, rogol, dan bunuh seramai 24 wanita. Setahun kemudian dia ditangkap oleh pihak polis lepas salah sorang mangsa dia berjaya lari daripada Ted.
Masa dia kena tangkap tu, Ted sendiri berjaya melarikan diri tapi ditangkap semula lapan hari kemudian. Tapi tu bukan last time dia larikan diri tau, tahun 1978 pula, Ted sekali lagi loloskan diri dan kali ni dia tak kasi can…
Masa dia hilang selama beberapa bulan tu dia buat hal lagi dengan melakukan beberapa siri pembunuhan termasuk jugalah mangsa terakhir dia, iaitu sorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun, Kimberly Leach. Selepas main noyorok-noyork dengan polis dan keluar masuk mahkamah, Ted dijatuhkan hukum bunuh dan telah terima hukuman pada tahun 1989 dengan kejutan elektrik di Penjara Negeri Florida.
1. Ketua ajaran sesat yang mengaku jelmaan Tuhan Hindu, Shiva
Jumlah mangsa yang confirm: 20
Shoko Asahara merupakan sorang rakyat Jepun yang merupakan pengasas kepada ajaran sesat Aum Shinrikyo di mana Shoko menggelarkan diri dia Tuhan Shiva. Ajaran Aum ni diilhamkan dari agama Hindu, Buddha, Kristian, dan juga Nostradamus. Aum telah ditubuhkan pada tahun 1987 lepas Shoko pergi ke India yang kemudianya secara rasmi telah didaftarkan pada tahun 1989 di Jepun.
Takde benda yang special sangat pasal ajaran Aum kecuali…. ajaran ni taksub gila dengan kiamat dan pada tahun 1992, Shoko telah turun ke Russia di mana dia telah melebarkan sayap ajaran dia dan buat deal dengan beberapa pegawai tertinggi kerajaan sana di mana dia telah bawa balik senjata api. Beberapa kajian CIA telah mengatakan yang Shoko ni tengah mengaji macam mana nak buat senjata kimia, terutama sekali gas sarin.
Tanggal 28 Jun 1994, Shoko telah mengarahkan pengikut dia buat serangan kat tiga orang hakim yang time tu tengah menghakimi kes pergaduhan tanah dengan ajaran Aum, hasilnya 7 orang telah mati. Tapi Shoko betul-betul buat hal setahun kemudian bila dia suruh budak-budak dia serang stesen kereta api Tokyo menggunakan senjata kimia di mana 13 orang telah mati dan beribu orang cedera.
Shoko berjaya ditangkap oleh pihak polis pada bulan May 1995 berdekatan Gunung Fuji. Masa perbicaraan kes, Shoko dan peguam dia banyak buat hal, yang si Shoko ni acah-acah gila pastu peguam dia pula didakwa menghalang sistem keadilan. Lepas lapan tahun buat hal dengan mahkamah, Shoko akhirnya dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2004.
Sekarang ni Shoko tengah tunggu turn kat penjara untuk dikenakan hukum mati, ada laporan kata yang dia telah lumpuh teruk dan bergantung kepada kerusi roda. Ajaran Aum pula telah bertukar nama jadi Aleph dan menolak segala aktiviti ganas tapi mengekalkan ajaran Shoko.
Ada rawatan untuk psychopath tapi bukan untuk semua
Berdasarkan psychologytoday.com, simptom penyakit psychopath ni agak sukar untuk dikenal pasti dan Tom Chivers dari Telegraph pun bersetuju yang stereotype kita terhadap psychopath yang kononnya dorang ni anti-sosial atau pun berperangai pelik tu sebenarnya tak cukup kuat untuk mengatakan seseorang tu psychopath.
Tom juga berkata yang psycho ni dari segi luaran nampak normal. Ada keluarga, kerjaya, malah ada yang suka buat kerja amal. Tapi apa yang membezakan orang normal dengan psychopath adalah pandangan moral dorang terhadap kehidupan lain. Macam kami kata tadi kat atas, kadang-kadang anak yang didera pun boleh membesar jadi psychopath.
Sekarang ni takde lagi ubat untuk orang yang ada psychopath ni tapi jangan takut sebab kanak-kanak yang menunjukkan simptom awal masih boleh dirawat. Kata kunci kat sini adalah early detection atau pun penemuan awal. So ibubapa, makcik pakcik, kalau korang sedar anak/anak sedara korang ada simptom psychopath ni cepat-cepatlah bawa jumpa yang pakar ye. Untuk tau simptom dia apa, boleh tekan sini!
[socialpoll id=”2382687″ path=”/polls/2382687″ width=”500″]
- 181Share sekarang!
- Email19
- Facebook162
- Share