5 hero Malaya waktu Perang Dunia Kedua yang korang mungkin tak pernah dengar

(Artikel ini merupakan translation dari Cilisos.my, klik sini untuk baca.)

Dalam banyak movie pasal Perang Dunia Kedua (konflik yang paling banyak membawa kemusnahan dalam sejarah manusia), kita selalu jumpa hero yang berkaliber macam Vasily Zaytsev, sniper Rusia yang membunuh 225 askar Nazi sewaktu Serangan Timur. Ataupun Franz Stigler, pilot Nazi yang sanggup ambil risiko hukuman bunuh bila dia lepaskan jet pengebom England untuk terbang pulang ke pangkalan mereka.

vasily zaiytsev
Pelakon Jude Law yang memegang watak Vasily Zaytsev dalam cerita ‘Enemy At The Gates’.

Kalau nak diikutkan, dorang ni askar biasa je bila datangnya saat gentir dorang terus jadi hero. Dan kalau kita betul-betul perhatikan sejarah negara kita, kita pun ada hero Perang Dunia Kedua yang sama hero tapi tak famous macam dorang. Ada pun Leftenan Adnan especially time dia bantai askar Jepun kat pertempuran Bukit Candu, tapi siapa lagi?

Leftenan Adnan Saidi, antara legend Perang Dunia Kedua.

1. Doktor yang lawan askar Jepun pakai parang!

Masa perang dulu-dulu askar Jepun guna taktik gerila untuk jajah Tanah Melayu dan ianya sangat efektif untuk melumpuhkan semangat musuh dan juga membunuh. Taktik ni juga telah digunakan oleh sorang doktor dari Kuching untuk melawan balik askar Jepun, seperti melawan api dengan api.

Albert Kwok, sekali pandang pun dah tau garang. Gambar dari Mysabah.com.

Anak kepada seorang doktor gigi, Albert Kwok Fen Nam pernah belajar ilmu perubatan Cina kat China dan kemudiannya buka kedai sendiri kat Jesselton (sekarang kita panggil Kota Kinabalu). Time Albert pindah ke Kota Kinabalu, askar Jepun telah memulakan penjajahan di Borneo.

Albert ni memang tak suka dengan askar Jepun sebab yang terkenal dengan kekejaman terhadap orang Cina. So tak puas hati punya pasal, dia ajak member-member dia buat group whatsapp yang diberi nama Kinabalu Guerrillas, dan senjata utama dorang? Parang! Kinabalu Guerillas ni bukan je disertai oleh orang Cina tapi ada Suluk, Bajau, Dusun, Sikh dan juga beberapa orang asli dari Sabah. #Skuad1MalaysiaPertama

Pada Oktober 1943, Albert dengar yang askar Jepun nak rekrut seramai 2000 orang tempatan untuk join askar dorang dan Albert terfikir “EYH! SORRY SIKIT BRO JANGAN HARAP!!”. Tanggal 10 Oktober 1943, Albert dengan geng Kinabalu Guerrilas seramai 300 orang menyerang askar Jepun kat KK di mana event tu digelar sebagai “Jesselton Revolt“. So bersenjatakan parang dan tombak (sebab senapang kena bayar GST), Albert mengetuai serangan 100 orang Cina untuk serangan darat manakala Suluk dan Bajau menyerang dari laut.

Time mula-mula serang tu, Albert Kwok bersama 300 Kinabalu Guerillas dapat control area Tuaran dan juga Menggatal. Askar Jepun yang time tu dah pun ada kematian seramai 60-90 terpaksa panggil backup dari Kuching. Sampainya askar Jepun dari Kuching tu, terus semua budak-budak Albert kena sapu. Sebagai balasan, askar Jepun telah bunuh kaum Suluk secara sistematik dan pada berumur 23 tahun, Albert telah dipancung.

Lebih kurang macam ni lah rupanya time Albert and the 300 Kinabalu Guerrillas serang askar Jepun kat Kota Kinabalu dulu. Gambar dari collider.com.

Walaupun Kinabalu Guerrillas ni kena bantai teruk tak semestinya dorang kalah. Dengan hanya bersenjatakan parang dan tombak saje dorang mampu goyangkan askar Jepun yang elit. Peristiwa tu buat askar Jepun berbulu gila sampaikan dorang buat pembunuhan ramai-ramai sebab tak puas hati dengan pemberontakan tu. Kalau tu bukan berani, taktau lah nak cakap apa.

2. Jururawat berpatah rahang sebab bukak hospital rahsia

Sybil Khatigasu, jururawat yang suka tolong orang. Gambar dari ipohecho.com.

Bukan semua hero pakai pistol atau pun parang. Sybil Khatigasu atau nama kelahirannya Sybil Daly merupakan sorang jururawat dan bidan yang memainkan peranan penting dalam menentang askar Jepun di Perak sewaktu Perang Dunia Kedua.

Pada Disember 1941 suami Sybil, Dr Abdon Clement Khatigasu terdengar satu bunyi kuat di luar rumahnya di Ipoh, so dia pun keluar pergi check. Mula-mula dia ingatkan askar British punya kapal terbang sekali tengok askar Jepun yang keluar. #TerperanjatBoboi

Kalau askar Jepun lambai macam ni agaknya Sybil akan memberontak tak? Gambar dari Tumblr.com.

Sybil dan suaminya pindah ke Papan (berdekatan Ipoh) dan dorang start belajar untuk bercucuk tanam. Kalau diikutkan dorang boleh je hidup dengan aman dan juga boring tapi Sybil bukan jenis macam tu.

Marah dengan askar Jepun yang suka buat hal, Sybil amek keputusan untuk beli radio dan dengar berita kat siaran BBC supaya dia tak ketinggalan dengan update terbaru time tu. Tapi time tu nak dengar radio kena ada permit, so untuk cover line dia kasi radio dia nama samaran iaitu ‘Josephine’. Pada masa yang sama dia kasi info dunia kat Malayan’s People Anti-Japanese Army (MPAJA),  dan rumahnya telah menjadi sebuah hospital rahsia untuk sesiapa yang tak suka askar Jepun ni.

Anak saudara Sybil Khatigasu, Elaine Daly berlakon sebagai Sybil dalam filem ‘Apa Dosaku’. Gambar dari jonijualfilem.blogspot.com.

Bila hospital Sybil kantoi dengan Kempeitai (polis rahsia Jepun), dia dimasukkan ke penjara Batu Gajah dan diseksa dengan teruk, termasuklah:

  • Dipukul dengan kerap
  • Kena cucuk dengan besi panas
  • “Tokyo Wine Treatment” (masuk air guna hidung)
  • Cabut semua kuku dia
  • Kena sepak kat tulang belakang
  • Rahang patah sebab kena sepak

Dan antara seksaan yang paling sadis adalah askar Jepun amek anak perempuan dia yang berumur 5 tahun dan gantung kan dia terbalik kat sebuah pokok yang penuh dengan kerengga yang kemudiannya dorang ugut nak bakar hidup-hidup. Tapi Sybil the Terminator tak mengaku kalah dan tak pecah rahsia walaupun diseksa.

Sybil sempat hidup sampai ke tahun 1945 di mana dia dapat tengok askar Jepun ni menyerah kalah dan kemudiannya ke mahkamah untuk beri keterangan tentang salah laku askar Jepun.

3. Spy yang kantoi sebab jam dia cantik sangat

Kalau zaman dulu ada Facebook, rasanya ni kot gambar profile Lim Bo Seng. Gambar dari Ghetto Singapore.com.

Jepun serang Malaya tahun 1941 tapi Lim Bo Seng yang merupakan sorang businessman anak Cina kelahiran Hokkein ni dah lama benci askar Jepun (punyalah hipster).

Tahun 1929 Lim pindah ke Singapura sebab nak ambil alih perniagaan arwah bapaknya tapi tak lama lepas tu Jepun telah menyerang China. Memandangkan Lim punya semangat patriotik kat negara China, dia ambil keputusan untuk mengetuai operasi boikot barang Jepun di Malaya. Yang tak tahannya dia pernah minta pekerja-pekerja satu syarikat cari gali tin Jepun di Malaya ni untuk berhenti kerja dan ikut dia balik Singapura.

Tapi sapa tak nak balik Singapore kan, takde sampah. Gambar dari vinepair.com.

Tapi bila askar Jepun betul-betul datang Malaya, terbuktu Lim bukan setakat sembang lebat. Ada sekali tu Lim menghasut 10,000 pekerja buruh untuk buat kacau kat askar Jepun.

Betul-betul sebelum Singapura jatuh ke tangan askar Jepun, Lim buat keputusan untuk ciao pergi India jap untuk bercuti. Kat situ dia terjumpa dengan Task 136 dimana dia belajar untuk jadi spy macam Bond. Lim juga main peranan penting dalam “Operasi Gustavus” di mana misi operasi tersebut adalah untuk menjatuhkan askar Jepun dengan membantu orang tempatan.

So lepas training, Lim dengan kawan-kawan spy dia seludup masuk Malaya pakai kapal selam (Casino Royal pun tak macam ni okay). Pastu bila dah sampai Malaya dia guna nama palsu untuk elak dikesan oleh pihak berkuasa Jepun. Lim Bo Seng jadi Tan Choon Lim.

Tapi takdir dah tertulis yang salah sorang member spy dia kena tangkap dengan Kempeitai yang kemudiannya di soal siasat manakala Lim pula kena tahan kat roadblock lepas salah sorang askar Jepun tu jealous dengan jam tangan dia. Disebabkan tu Lim telah di hantar ke penjara Batu Gajah.  Walaupun kena seksa, Lim dengan selamba tak jawab apa-apa soalan askar Jepun, dia kasi Jose Mourinho silent treatment kat askar Jepun.

“Memandangkan aku dah kena tangkap ni, aku taknak cakap apa-apa. Aku dah bersedia untuk mati.” – Lim Bo Seng

Tugu peringatan Lim Bo Seng di Singapura. Gambar dari Nusantara.com.

Semasa dalam tahanan, Lim protes layanan askar Jepun kat kawan-kawan dia kat dalam penjara tu. Lim minta askar Jepun untuk kasi makanan dia kepada kawan dia dan tindakan tu akhirnya membawa parah kepada diri Lim bila dia kena penyakit dysentry (senang cerita ni macam sakit perut yang melampau sampai boleh mati, kalau hati tak kuat tolong jangan google gambar okay). Lim mati kat dalam penjara tanpa mendedahkan apa-apa rahsia kat askar Jepun.

Lim Bo Seng 1 – askar Jepun 0

4. Ahli tinju yang ajar bekas perdana menteri kita jadi spy

Yeop Mahidin, dari peraktoday.com

Kat dunia ni ada orang yang reti berlawan, ada yang reti fikir, ada yang berkarisma, tapi kita ada Yeop Mahidin semua pun ada. Dia bukan je juara tinju negeri dalam kategori bantamweight malah merupakan seorang yang berpelajaran tinggi. Dia pernah berkhidmat sebagai ahli majistret di Telok Anson (sekarang ni Teluk Intan) dan juga Kajang yang kemudiannya di naik pangkat jadi Penolong Pegawai Daerah di Kuala Lipis.

Yeop sebenarnya nak join Rejimen Askar Melayu tapi guru besar dia nasihatkan dia untuk kerja bahagian pentadbiran lagi elok. Tapi apabila Perang Dunia Kedua tercetus, Yeop terus amek peluang ni untuk kejar cita-citanya untuk menjadi seorang askar. Tapi sebelum tu, dia pergi jumpa Sultan Pahang dulu untuk minta restu tubuhkan Pahang Wataniah, iaitu satu pasukan guerrilla yang telah dilatih oleh Force 136.

Askar Wataniah Pahang yang diketuai oleh Yeop Mahidin dan disertai oleh Tun Abdul Razak. Gambar dari tangisanmelayu.blogspot.com.

Korang ada tak kawan korang yang bila bawa pergi mana-mana nak ajak sekampung?  Haa tu lah Yeop, pada tahun 1944 dia bagitau semua orang apa yang askar Jepun dah buat termasuklah kekejaman dorang terhadap orang awam dan hasil ‘dakwah’ Yeop, salah sorang yang terikut untuk join lawan askar Jepun ni adalah tak lain tak bukan, bekas perdana menteri kita Tun Abdul Razak!

Tunku Abdul Razak tengah spy askar Jepun. Gambar dari themalaysianpatriots.blogspot.my

Dalam salah satu kisah terkenal Pahang Wataniah ni adalah bila 26 wataniah yang diketuai Yeop sendiri telah serang hendap askar Jepun di mana dorang dapat bunuh seramai 30-40 askar Jepun dan memusnahkan 41 kenderaan musuh.  Yeop punya reputasi punya lah mengganas sampai kan dia digelar sebagai Singa.

Lepas Perang Dunia Kedua, Yeop telah diberi kepercayaan untuk menghancurkan pasukan komunis sewaktu Darurat Malaya.  Dia telah dilantik menjadi Pembantu Pengarah untuk satu pasukan yang baru ditubuhkan iaitu Home Guard.  Lepas darurat, Home Guard ni ditukar menjadi Askar Wataniah di mana Yeop telah menjadi pengarah pertama.

5. Juruterbang kenit yang loloskan diri dari penjara Nazi

Tan Kay Hai, pilot bukan sekadar pilot! Gambar dari flickr.com.

Hero Malaya yang terakhir dalam list kami ni adalah Tan Kay Hai, dan korang mesti tak percaya kan kalau SOSCILI kata dia ni pernah terbang untuk Tentera Udara Diraja British menentang Nazi Luftwaffe (Tentera Udara Jerman) di Eropah!

Dalam bahasa German, luftwaffle maknanya Tentera Udara.

Tan berasal keluarga berada dimana dia mendapat pendidikan di sebuah Sekolah Inggeris. Sewaktu belajar kat situ dia mula jatuh cinta dengan Empayar British. Tan memang minat terbang dari kecik lagi dan dia akan tolong baiki kereta ataupun praktis main kapal terbang RAF.

Apabila Hitler serang France pada tahun 1940 semangat British dalam Tan membuak-buak. Time tu dia serious nak join RAF tapi tak cukup tinggi, lagipun dia dah berkahwin dengan seorang anak (RAF lebih minat kat orang single). Satu lagi, usia 26 tahun agak tua untuk RAF. Tapi disebabkan Hitler punya Luftwaffe asyik sapu RAF akhirnya Tan telah diterima masuk. Lagi pun Tan dah tipu mak bapak dia kata dia jadi pilot komersial.

Walaupun jadi service pilot je (tolong parking kan kapal terbang macam valet parking) dia sering tunjuk skill terbang dia kat boss dia dan disebabkan tu dia telah dinaikkan pangkat jadi pilot untuk misi recon (kerja dia macam reki tempat) dan sering di hantar ke Afrika Utara dan juga Itali. Disebabkan perangai dia yang hati kering dan juga happy-go-lucky dia telah diberi nama “Charlie Chan”.

“Dia merupakan inspirasi untuk kami, dia sangat happy, berani, dan kelakar.  Dia suka kira anti-aircraft pastu anggarkan berapa banyak Jerman dah membazir. Dia selalu cakap yang kalau Jerman tembak tak kena confirm Jerman akan bankrupt!” – Parke F. Smith, Skuadron 225.

Lepas misi kat Afrika Utara dan juga Itali, Tan telah dihantar ke Normandy, France. Dia terlibat dengan operasi bersejarah D-Day. Malang tak berbau dan Tan ditembak jatuh semasa dia sedang buat misi reki kat Paris dan telah diambil jadi banduan perang tentera Nazi. Korang ingat dia mengaku kalah lepas tu? Sorry sikit! Tan amek peluang untuk larikan diri masa askar Rusia menyerang posisi askar Jerman.  Beberapa bulan lepas tu dia terbang balik ke England.

Lepas Perang Dunia Kedua, Tan pulang ke Tanah Melayu dan telah menjadi ketua Malayan Auxiliary Air Force (MAAF, yang kemudiannya menjadi TUDM) untuk pangkalan Singapura dan sekali gus menjamin tempat dia sebagai Top Gun Malaya.

Jangan Kita Lupa

Masa tu kita tak pernah kisah kita pasal latar belakang janji dapat berkhidmat untuk negara. Yang paling best, kita tak jadi sebuah negara yang rasmi pun lagi tapi dah sanggup bergadai nyawa untuk ibu pertiwi.

Hero yang ada kat dalam list ni telah dipilih bukan disebabkan bangsa atau agama tetapi pengorbanan yang dibuat untuk negara kita ni. Kita mampu untuk membuat perubahan tak kisah lah kita ni kecik macam mana pun, yang penting niat tu kena ada. Dan yang paling penting kita jangan lupa kepada mereka yang telah menggadai nyawa demi negara kita.

 

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance