- 1.8KShare sekarang!
- Email1
- Facebook1.8K
- Share
Baru-baru ni ada perdebatan hebat di antara Malaysia dan Singapura, perdebatan yang libatkan makanan yang paling sedap di alam semesta – cendol. Tiba-tiba CNN Travel senaraikan cendol sebagai makanan dari Singapura. Diorang tak tahu ke – pernah ada Chef dari Australia kena hentam kaw kaw sebab dia kata ayam Nasi Lemak tak crispy? Hmmm…tak lama lepas tu, Singapura kata nak gunakan ketenteraan?
Apahal ni?! Takkan pasal cendol pun nak hantar tentera?
WATCH: The Republic of Singapore Navy issues warnings to Malaysian government vessels intruding in Singapore territorial waters https://t.co/hWfu2rosqyhttps://t.co/5rYYRkVh96
— CNA (@ChannelNewsAsia) December 6, 2018
Takdelah, diorang bukan gaduh sebab cendol. Benda ni berlaku sebab Menteri Pengangkutan kesayangan kita jawab satu soalan yang panas kat Parlimen awal bulan ni. Menteri Pengangkutan tak cakap pun pasal cendol, sampai hati tak pertahankan cendol. So, dipendekkan cerita – Anthony Loke kata dia nak ambik balik airspace dari Singapura.
Kalau jiran selalu gaduh pasal pagar rumah, negara jiran akan selalu gaduh pasal sempadan. Meh kitorang cerita tentang kes pergaduhan epik dua negara ni…
Isu ni bermula bila Menteri Pengangkutan nak ambik balik ruang udara Malaysia
Masa persidangan Parlimen 4 Disember lepas, MP Pasir Gudang Hassan Abdul Karim tanya Anthony Loke tentang kerajaan nak buat apa bila Singapura cadang nak besarkan Airport Seletar. Bagi yang tak tahu, Airport Selatar ni, jaraknya 2KM je dari Sempadan Malaysia-Singapura. So, dalam Parlimen Anthony Loke kata nak ambik balik ruang udara kat selatan Johor yang sekarang tengah dikawal oleh Singapura.
Untuk bagi korang faham isu ni – masa tahun 1974, ada perjanjian diantara Malaysia dan Singapura yang setuju ruang udara kat Selatan Johor akan diselia oleh Singapura. Sebab masa tu Singapura ada infrastruktur yang lebih power. Tapi sekarang Malaysia nak ambik balik ruang udara tu, kita siap beritahu Singapura tentang benda ni hujung November lepas. Malaysia nak ambik semula ruang udara tu – step by step yang akan mula hujung tahun depan.
“Kerajaan akan membincangkan hal ini dengan lebih terperinci dengan Singapura mengenai pemilikan ruang udara di selatan Semenanjung, dan jika perlu, ia akan merujuk perkara itu kepada Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa untuk nasihat,” – Anthony Loke, dipetik dari Malaysiakini
Antara sebab kerajaan nak tuntut ruang udara ni sebab Airport Seletar kat utara Singapura ni – dibina pada tahun 1928 – asalnya hanya digunakan untuk jet peribadi dan tempat latihan juruterbang baru. Benda ni akan bertukar bila Singapura buat terminal baru kat airport tu untuk kendalikan kapal terbang dari Changi, sebab Changi sibuk gila babi.
Malaysia bising sebab ILS, apa benda ni ILS, perisa baru cendol ke?
Bila Airport Seletar ni dibesarkan, ia akan libatkan prosedur baru penerbangan yang dipanggil – Instrument Landing System (ILS). Benda ni sebenarnya akan bantu pesawat untuk mendarat dengan selamat dan tak bergantung semata-mata dengan juruterbang. Singapura beritahu Malaysia Disember tahun lepas, dan beritahu kitorang macam mana benda tu berfungsi. Baik pulak Singapura – diorang beritahu sebab diorang nak jadikan ILS ni rasmi, sebab tu diorang beritahu Malaysia.
Tapi Malaysia tak beri pun maklumbalas kat Singapura walaupun diorang dah berkali-kali mintak feedback pada Ogos tahun ni. Kalau korang nak tahu – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Singapura siap buat meeting pada 29 November untuk bincang benda ni. Wakil Malaysia kata ada beberapa benda tak kena, dan wakil Singapura kata akan jelaskan benda yang tak kena tu. Diorang terbitkan prosedur ILS awal bulan Disember tahun ni.
Masalah yang Anthony Loke bangkitkan kat Parlimen libatkan ILS. Laluan penerbangan ILS yang Singapura nak gunakan akan sebabkan pesawat terbang pada ketinggian yang rendah kat kawasan Johor. Benda ni akan sebabkan pembangunan bangunan pencakar langit terbantut kat sana. Walaupuan airport tu kat Singapura, tapi dia akan lalu kat Johor.
“Ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan negara yang disediakan di bawah Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa. Kementerian Luar akan mengeluarkan nota protes ke Singapura dengan segera mengenai pelanggaran kedaulatan ini, “- Anthony Loke, dipetik dari Straits Times
Singapura nafikan dakwaan Malaysia – ILS ni akan beri kesan kat Pasir Gudang. Kalau ikut Menteri Pengangkutan Singapura – prosedur ILS ni dah ambik kira kewujudan pembangunan yang ada kat Pasir Gudang. Oleh sebab tu, pelaksanaan ILS kat Airport Seletar tak akan beri kesan kepada bangsa Johor.
Kesan daripada pergaduhan dua negara ni dah beri kesan, kalau korang selalu terbang ke Singapura, kemungkinan besar korang akan naik Firefly Airlines. Sepatutnya penerbangan ni dipindahkan dari Changi ke Airport Seletar pada 1 Disember. Nampaknya diorang dah gantung semua penerbangan tu. Sebabnya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia tak bagi perpindahaan airport dari Changi ke Seletar.
Benda ni makin teruk bila isu baru pulak muncul…
Singapura kata kita dah cerobohi perairan diorang
Ingat video awal-awal tadi? Sebab Singapura dakwa Malaysia dah cerobohi perairan diorang, sebab itulah tentera Singapura bagi amaran kat kapal kita. Bila Anthony Loke kata nak ambik balik ruang udara Malaysia, terus Singapura kata diorang risau pasal tentang pembesaran pangkalan kat Johor Bahru. Kalau ikut dakwaan Singapura – pangkalan kat Johor dah masuk perairan Singapura, sebab tu diorang hantar tentera laut diorang.
Kitorang akan beri penerangan yang simple tentang macam mana sempadan kat perairan Malaysia-Singapura berubah mengikut tahun. Kitorang akan rujuk had pangkalan/jeti – sempadan untuk aktiviti pangkalan.
- Pada tahun 1979, Malaysia lukis dot yang warna kelabu – menunjukkan itu kawasan Malaysia. Dah sah-sah Singapura tak setuju dengan dakwaan ni.
2. Masa tahun 1997 pulak, Singapura lukis had aktiviti pangkalan, berhampiran dengan perairan diorang. Dua tahun lepas tu, Malaysia pula lukis had Pangkalan JB. Had pangkalan ni lah yang kita masih pegang sampai hari ni.
3. Malaysia ambik keputusan luaskan had pangkalan…untuk luaskan lagi had yang dah bermasalah masa tahun 1979. Kali ni, siap masuk kat kawasan had pangkalan Singapura. Nampak tak kawasan yang berlorek? Itulah had pangkalan JB yang baru. Dah macam main game Command Conquer lah pulak kan?
4. Dah terang-teranglah Singapura tak suka dengan benda ni, so diorang pun lebarkanlah had pangkalan diorang…kat kawasan yang kita dakwa milik Malaysia. Kalau nak tahu, dakwaan sempadan tahun 1979 oleh Malaysia pun Singapura tak iktiraf lagi. Tapi Malaysia nafikan dakwaan tu.
Untuk jadikan benda ni lebih rumit, nampaknya ada bot kita yang dah ditangkap kat perairan Singapura. Kalau ikut Menteri Pengangkutan Singapura, ada sejumlah kapal Malaysia yang dah masuk kawasan perairan diorang.
Menteri Pertahanan Singapura kata – diorang akan ambik tindakan yang tegas kalau ada orang nak ceroboh kedaulatan negara diorang. Dia siap post video kapal kerajaan Malaysia diberi amaran oleh tentera Singapura.
For 20 years or more, the RSN and PCG have patrolled our Singapore Territorial Waters in Tuas. Out of nowhere, the Malaysian Government now claims these waters as theirs and have been intruding, violating Singapore's sovereignty. I strongly caution violators to leave our waters. pic.twitter.com/J4oYaa8zl0
— Ng Eng Hen (@Ng_Eng_Hen) December 7, 2018
Menteri Luar Malaysia, Saifudin Abdullah ada keluarkan statement berkenaan isu ni. Dia mintak ketegangan di antara dua negara ni diselesaikan. Tapi dalam masa yang sama, dia jugak hantar nota protes tentang had pangkalan baru Singapura. Dia jugak sarankan kedua-dua negara berhenti hantar aset tentera kat kawasan yang Malaysia-Singapura tengah gaduhkan.
“Pada masa-masa tertentu, persaingan di antara Malaysia dan Singapura akan menjadi tegang. Tetapi tanpa mengira tahap ketegangan, Malaysia mengiktiraf bahawa tindakan dengan emosi tidak akan membantu, semua perselisihan harus dilakukan melalui semangat dialog dan kerjasama, “- Dato’ Saifuddin Abdullah, dalam satu kenyataan oleh MoFA
Ini bukan kali pertama Malaysia dan Singapura gaduh
Budak-budak baru nak up (BBNU) mungkin tak tahu benda ni, tapi sebenarnya Dr M ada reputasi bila bab-bab cucuk Singapura ni.
“Ia adalah mustahil untuk bersahabat dengan Singapura kerana sikap tidak ramah Singapura terhadap Malaysia. Singapura sering menolak sesuatu yang datang dari Malaysia. Kami cuba untuk menjadi mesra yang mungkin terhadap Singapura tetapi ia seperti mustahil,” – Tun Mahathir, dipetik dari Malaysia-Singapore Relations: Issues and Strategies
Malaysia dengan Singapura ni macam dua member yang selalu gaduh. Sejak bertahun-tahun macam-macam isu yang babitkan dua negara. Contohnya isu Pedra Branca a.k.a Pulau Batu Putih. Ada satu pulau batu kecil ni nama dia – Pedra Branca. Sebab pulau ni Malaysia-Singapura gaduh panjang. Apa-apa pun, macam kitorang kata – Malaysia dan Singapura ni blood brother bebeh. Kawan sampai mati…
- 1.8KShare sekarang!
- Email1
- Facebook1.8K
- Share