Kebakaran tahfiz serta 4 lagi kes MENGGEMPARKAN yang pernah diurus Amar Singh

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Mana lah tahu korang tak perasan, Ketua Pesuruhjaya Polis Datuk Seri Amar Singh dah bersara selepas 35 tahun berkhidmat. Korang kalau kenal dia pun mesti sebab ke serbuan berkaitan 1MDB. Satu lagi pasal sebijik macam Inspektor Shahab dalam Kluang Man.

Tak sangka Kluang Man boleh bekerjasama dengan dia. Imej Trending Now

Memang betul, dialah orang yang bertanggungjawan menyiasat kes 1MDB sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman. Sepatutnya, dia bersara pada 6 Jun iaitu pada waktu tarikh lahirnya. Tapi terpaksa tangguh untuk 6 bulan kerana kes 1MDB yang mana katanya merupakan kes paling mencabar sepanjang kariernya.

Tugasnya akan diganti oleh Timbalan Pesuruhjayanya sebelum ni, Saiful Azli manakala dia sendiri akan habiskan masa untuk lakukan hobinya, menunggang motosikal.

“Saya pernah mengambil bahagian dalam beberapa ekspedisi menunggang, jadi saya percaya saya boleh buat lebih lagi sekarang.”- Amar bagitau The Star

Kami cuba berhubung dengan PA dia untuk tanya macam-macam benda tentang kerjayanya. Tapi, PA menamatkan panggilan waktu kami tengah bincang macam mana nak berhubung dengannya dengan lebih lanjut. Kami cuba sekali lagi, tapi tak ada orang angkat call.

Tak apa, kita boleh teruskan. Dia sebenarnya memulakan kerjaya sebagai seorang polis bermula pada tahun 1983. Dia juga ada mengurus beberapa kes yang dikenali sebelum 1MDB. Ini 5 antara kes tersebut:

1. Pernah terlibat dengan kes pembunuhan oleh Mona Fendy

Ini adalah antara kes yang terawal Amar dan pasukannya menyiasat. Kes ni berlaku lama sebelum dulu, mungkin ramai antara korang tak lahir lagi. Mona Fendy dan suaminya Affandi serta Juraimi telah disabitkan bersalah ke atas pembunuhan ADUN Batu Talam, Datuk Mazlan Idris antara 2 Julai dan 8 Julai 1993 di rumah pasangan di Ulu Dong (berdekatan Raub).

Senyuman yang penuh mistik. Imej dari OhBulan

Mona dan Affandi menjual 3 barang mistik kepada Mazlan dengan harga RM 2.5 juta, dengannya Mazlan akan jadi kebal. Mazlan didakwa membayar RM 500,000 dan bagi 10 tanah yang secara kasarnya bernilai RM2 juta. Pasangan tu tadi menjemput Mazlan ke rumah mereka untuk upacara mandi bunga tapi…

Rupanya, ia satu perangkap! Mereka mengerat dan menanam badannnya di bilik stor yang kemudiannya ditemui oleh Juraimi yang ditangkap kerana kesalahan dadah. Dia mengakui bahawa Mazlan dibunuh dan menunjukkan tempat kejadian. Selepas beberapa tahun, dia dihukum gantung pada 2 November 2001.

Contoh mandi bunga yang tenang. Imej dari Nadiaradzif.blogspot

Tapi Mazlan bukanlah seorang je mangsa. Sewaktu Amar mengetuai CCID di Klang, mereka menemui mangsa pertama yang dibunuh Mona Fendy.

“Kami menemui kaki yang terapung di Pelabuhan Klang. Kemudiannya, kami menjumpai tubuh dan anggota badan juga tanpa kepala. Ternyata dia seorang pelacur yang telah dibunuh selepas melihat Mona Fendy membuat ritual sihir hitam.”- kata Amar

2. Kes Datin yang ditembak mati dalam kereta

Untuk siapa yang berada di Taman OUG pada 6 Julai 2016, mesti pernah tengok kawasa kejadian Datin Wong Siu Ling dibunuh di sana. Menurut penyiasatan oleh pasukan Amar, Siu Ling mahu memulakan perniagaan seramik dan menerima RM 13 juta duit modal dari suaminya, Datuk Wong Chun Kee yang mempunyai perjanjian perniagaan di China. Datin Wong kemudiannya memberi modal ini kepada seorang ahli perniagaan dan isterinya sebelum memulakannya.

Inilah dia Wong Siu Ling. Imej dari The Star

Tapi, dia kemudiannya mendapati perniagaan tu tak berjalan, dia menyuruh mereka memulangkan semula duit. Sebaliknya, benda lain berlaku. Mereka tak bayar balik tapi menghantar 2 orang pembunuh.

“Dari penyiasatan, polis mendapati mangsa telah mengupah penyiasat peribadi untuk mengetahui lokasi ahli perniagaan dan isterinyadalam usaha untuk mendapatkan wang semula.”- Amar bagitau pada PC

Sewaktu orang sibuk menyambut hari raya pertama, Siu Ling menghabiskan tengaharinya dengan bawa anak dan orang gaji pergi makan petang. Tiba-tiba, ada 2 orang pembunuh muncul dengan dua orang pembunuh yang melepaskan beberapa tembakan di tingkap keretanya. Mereka bukan sekadar tembak je. Mereka turut menembak anak perempuannya berusia 8 tahun yang duduk di bahagian depan. Nasib baik dia terselamat.

Sewaktu penyiasatan, polis bagitau bahawa ahli perniagaan tersebut membayar RM60,000 untuk tugasan tersebut…salah seorang pembunuh mengatakan ahli perniagaan itu sebenarnya tak bayar lagi baki RM10,000 seperti dijanjikan

Imej dari Orangmuda TV

Kami ingat Chune Kee akan bantu arwah isterinya untuk kes ni. Apa yang menyedihkan, apabila peluang tu ada tahun lepas untuk mengenal pasti 7 orang suspek, dia tak munculkan diri. Jadi, ia dah menjejaskan hubungan kes itu dan menyebabkan suspek dibebaskan.

3. Kes para remaja membakar tahfiz kerana tak puas hati!

Tahun lalu, perselisihan antara pelajar Darul Quran Ittifaqiyah dan sekumpulan geng remaja membawa kepada terbakarnya sekolah asrama tu. Insiden tu dah menyebabkan 21 pelajar dan 2 guru kehilangan nyawa dan 6 lagi pelajar cedera.

Berdasarkan video dari CCTV, 2 dari 7 remaja yang tertuduh menunggang motosikal, telah memanjat dinding sekolah dengan sebotol minyak petrol sekitar 4:30 pagi. Betul-betul tak tidur remaja-remaja ni. Remaja yang berumur 16 tahun ni mencurahkan petrol di seluruh tempat dan menghidupkan api dengan pemetik api.

Mereka turun dari sekolah secepat mungkin dan melarikan diri. Apa yang menyebabkan api tu merebak dengan cepatnya adalah pelepas gas dari tong gas yang mereka terbalikkan. Para pelajar dan guru terbangun apabila api semakin marak dan cuba untuk menyelamatkan diri…Tapi kebanyakan mereka terperangkap kerana besi gril dan hanya ada satu pintu keluar je!

Tragedi yang sangat menyayat hati. Imej dari FMT

Para remaja itu ditahan dan dah disiasat atas kesalahan membunuh, kerosakan, kematian dan laporan kebakaran. Ini sangat teruk bagi remaja seperti mereka yang menyebab kejadian kebakaran paling teruk sejak 20 tahun yang lalu. Sampai Amar tak terfikir benda macam ni boleh berlaku.

“Para penyiasat mendedahkan bahawa motif mereka adalah untuk membakar sekolah. Niat mereka untuk membuat kerosakan dengan menggunakan api. Tapi, oleh kerana umur mereka, mereka tak tahu tindakan sebegitu akan menyebabkan kejadian teruk ini.”– Amar, petikan dari The Star

Antara bahan bukti yang berjaya dirampas sepanjang proses penyiasata (termasuklah analisis hydrocarbon) adalah 5 shirt, 4 topi keledar, 2 tong gas dan bahan api.

Imej dari Malay Mail

Dan sebab lain kenapa budak remaja ni tadi tak dapat berfikir secara waras adalah kerana mereka tengah khayal dengan dadah. Amar mengatakan bahwa 6 orang dairpada mereka remaja ni positif ujian dadah. Selepas penyiasatan selesai, dua orang suspek dihukum kerana membunuh manakala yang lain menerima hukuman kerana penggunaan dadah yang merbahaya.

4. Mayat yang dijumpai dipenuhi kapsul dadah dalam perutnya

Pada November 2016, ada seseorang ni berjalan di Pandan Cahaya, Ampang. Secara tak sengaja, dia menjumpai satu mayat seoarang lelaki. Jadi dia pun pergilah buat laporan polis.

Mayat itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dibedah siasat. Apa yang mengejutkan, mereka menemui 33 kapsul syabu di dalam perut mayat tu!

“Jumlah berat 33 kapsul itu adalah sekitar 300 gram, dengan setiap kapsul seberat 8 hingga 10 gram,” – terang Amar

Syabu nampak macam tak merbahaya. Imej dari Wikipedia

Dia menganggarkan nilai keseluruhan syabu adalah RM20,000. Walaupun mangsa negatif ujian dadahnya, punca paket dadah berada dalam badannya masih menjadi misteri kepada kita semua.

Tapi, kita kena tahu bahawa sejumlah 0.1-0.2 gram dah cukup untuk buat seseorang tu menjadi khayal…dengan kesan sampingan yang agak teruk. Jadi bayangkan kesan meletakkan 300 gram syabu ke dalam badan seseorang.

5. Tempat tanam ganja diserbu sampai lumpuh perniagaan mereka

Pelakon drama bersama dengan pembantu pelakonnya, anak seorang Datuk yang memiliki sebuah sekolah antarabangsa dan merupakan seorang penasihat IT dari Filipina, telah didakwa…menanam ganja. Jadinya, mereka boleh menjadi khayal dalam kalangan mereka.

Menurut Amar, benih ganja itu dibeli dari UK dengan harga £10 per biji dan mereka menanamnya di rumah Datuk untuk empat bulan. Tapi pembuatan ganja mereka terhenti apabila pasukan Amar menyerbu rumah dan menahan mereka.

“Pemeriksaan dalam rumah juga menemui tiga tumbuhan dalam pasu di antara 19 hingga 100 cm tingginya daun kering yang dianggarkan lebih 400 gram yang disyaki sebagai ganja dan satu tiub straw yang menngandungi biji ganja.”- kata Amar

Selain dari pokok ganja dan daun, polis merampas 4 pistol, 2 senapang, 7 pedang samurai, 19 pisau, sebilah kapak, 3 notebook, penumbuk besi, vest polis dan lampu polis. Sebab kenapa mereka ada benda-benda masih tak jelas tapi semua bahan ni dianggar bernilai RM25,000. 3 orang suspek yang positif dadah, direman selama 6 hari.

Meninggalkan legasi yang baik buat anggota polis

Dengan kes-kes dramatik yang membuatnya nampak menyerlah berbanding yang lain, sampaikan ada petisyen dibuat untuk melantiknya sebagai Ketua Polis Negara yang seterusnya…tapi ia tak dapat perhatian ramai. Walaupun macam tu, Sikh Foundation dan Asia Samachar memujinya sebagai pegawai polis Sikh tertinggi di Malaysia.

Imej dari Asia Samachar

Kalau korang nak tahu, bapa, pak cik dan datuknya juga merupakan polis. Sebenarnya, bapa dia dah menasihatkanya untuk menyertai pasukan polis apabila Amar menghabiskan Sarjananya dalam Keadilan Jenayah. Dia pada mulanya tak nak jadi polis tapi dia mengubah fikiran dan berakhir dengan mencintai kerjanya.

Memang tak terkejut bila tau yang dia memakai nombor staf ayahnya “KPL 1610”...Sekalipun sewaktu latihan di Pulapol. Ada sekali tu ia mula merasa untuk mengubah kerjayanya. Tapi, apa yang memotivasikannya adalah pak ciknya sendiri.

“Segala penghormatan diberikan kepada bapamu dan saya (pangkat dan keanggotaan), kumpulkannya semula (apabila kau menjadi pagawai).”- nasihat pak ciknya kepada Amar

“Ini satu penguat semangat untuk saya. Apabila saya menjadi komandan di Pulapol dan menerima penghormatan dari ribuan orang, saya terfikirkan mereka berdua. Saya cakap: ‘Penghormatan ini untuk kamu berdua’.”- terangi Amar

Imej dari The Star

Jadi tak mengejutkanlah dia boleh berjaya bagi membanggakan keluarganya sewaktu menjalani jalan kerjaya yang betul-betul dia suka sampaikan dia mengatakan dia akan buat semuanya sekali lagi kalau dia mampu.

 

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT