Pulau ‘lanun’ ni jadi rebutan Keluarga diraja Johor dan kerajaan Malaysia

(This article is a translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Satu lagi hari berlalu, syukurlah Malaysia masih aman. Dalam keamanan Malaysia yang tengah dinikmati semua orang, ada pulak pergaduhan yang libatkan kerajaan Malaysia dengan Kesultanan Johor. Bab Bangsa Johor ni memang ramai yang akan ambik perhatian. Menariknya, diorang gaduh sebab ada satu pulau yang banyak lumpur yang takde satu orang pun tinggal kat sana.

Secara mudahnya, Pulau Kukup, sebuah pulau yang ada berhampiran Johor dah jadi hak milik Sultan Johor. Keadaan ni buatkan ahli politik, peguam, dan aktivis alam sekitar tak puas hati, diorang siap suarakan kerisauan diorang. Masa kitorang tulis artikel ni, ramai yang masih berteka-teki – kerajaan nak tempat tu jadi taman negara semula, tapi nampaknya Johor tak nak.

Pedas macam sos cili kitorang. Imej dari Twitter TMJ

Tapi sebenarnya apa yang jadi? Nampaknya…

Pulau kukup boleh dianggap harta kepada Malaysia

Lepas Tsunami jadi masa tahun 2004, kitorang yakin yang kebanyakan orang akan sedar yang pokok Bakau boleh jadi berguna bila tempat tu kena Tsunami. So cuba tanya diri korang, apa nama tempat pulau Bakau yang tak berpenghuni terbesar kat dunia? Hmmm…dapat?
Kitorang pun tak dapat, tapi Pulau Kukup salah satu pulau yang paling besar.

Pulau ni siap pernah ada sejarah lanun-lanun, macam anime One Piece sekitar tahun 1818-1824. Lanun selalunya akan serang kapal-kapal yang duduk rehat kat pulau tu, dan menurut salah satu cerita orang yang diserang kat sana – lanun akan ‘terlingkupkan’ mangsa. Dari sanalah muncul perkataan kukup. Tapi ada gak yang cakap kukup berasal dari perkataan gugup, sebab orang yang lalu kat pulau tu akan gugup dek lanun.

Lanun yang paling digemari kanak-kanak. Imej dari Imgflip

Kukup sebenarnya adalah perkataan yang bawak maksud dataran lumpur sebab hakisan. Kalau korang nak tahu, pulau ni seluas 647 hektar dan dikelilingi oleh 800 hektar dataran lumpur. Kalau korang tak reti nak kira hektar, korang bayang je segi empat tepat 100 meter, itu baru satu hektar. So pulau ni memang besar jugaklah.

Mungkin sebab pulau ni besar, dia jadi habitat untuk spesis yang hampir terancam dan tempat rehat, sebijik macam RnR untuk burung yang tengah bermigrasi. Pada tahun 1997, Pulau Kukup diumumkan sebagai Taman Negara – walaupun dah lama jadi Taman Negara, pulau dibuka pada orang awam pada tahun 2003. Pada tahun yang sama, tempat tu diumumkan sebagai Tapak Ramsar, tapak yang penting untuk kemanusiaan.

Di Malaysia, Tapak Ramsar ni hanya boleh ditemui kat Sabah Sarawak. Imej dari YummyTravel

Kalau korang nak tahu – kat dunia ni cuma ada 2,200, kat Malaysia kita ada tujuh tapak Ramsar. Tiga tapak Rmasar ni ada kat Johor.

Ramai yang risau bila status Pulau Kukup betukar

Pada hujung Oktober, kerajaan negeri Johor keluarkan kenyataan yang cakap diorang dah batalkan kedudukan Pulau Kukup sebagai taman negara. Beberapa hari lepas tu, pulau tu didaftarkan di bawah nama Sultan Ibrahim. Pengumuman pembatalan pulau tu sebagai taman negara dah cetuskan kemarahan banyak pihak, ramai yang mintak pembatalan.

Vincent Chow, Timbalan Presiden Persatuan Alam Sekitar Malaysia risau pembatalan status pulau ni sebagai taman negara akan menganggu ekologi yang ada kat pulau tu. Benda ni jugak dikhuatiri akan beri kesan pada status Pulau Kukup sebagai Tapak Ramsar. Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin pun bengang dengan benda ni.

Pulau Kukup. Imej dari NST

N Surendran, dari Lawyers for Liberty ada persoalkan sebab kenapa status Pulau Kukus ni ditukar. Dia siap kata keputusan untuk keluarkan Pulau Kukup dari Taman Negara adalah keputusan yang tak leh diterima dan tak bertanggungjawab. Dia menyeru Menteri Besar dan exco negeri untuk siasat siapa yang akan dapat keuntungan dari keputusan ni. Kerajaan Persekutuan pun kena ambik port sekali.

Macam biasa, benda-benda akan berbaur politik – lebih-lebih lagi bila kerajaan Johor kata keputusan tu dibuat oleh kerajaan sebelum ni. Tapi menurut N Surendran keputusan tu digazetkan pada 24 September tahun ni, 4 bulan lepas Pakatan Harapan jadi kerajaan. Agak-agaknyalah apa yang akan jadi dengan Pulau Kukup ni?

Aktivis alam sekitar sekarang…Imej dari Giphy

Pulau ni akan dilindungi oleh Sultan lepas tanah tu jadi miliknya

Kalau ikut kenyataan dari Keluarga Diraja Johor, walaupun status pulau tu berubah, ia akan bantu lagi untuk jaga Pulau Kukup. Walaupun pulau tu akan jadi milik sultan, ia tetap akan dianggap diuruskan macam taman negara oleh kerajaan persekutuan.

“Untuk lebih melindungi semua taman negara, Sultan Ibrahim telah menetapkan bahawa semua taman negara akan diubah jadi tanah Kesultanan. Walau bagaimanapun, ini tidak mengubah status, dasar, dan penggunaan taman di mana ia masih kekal sebagai status taman negara, “- HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Putera Mahkota Johor, dipetik dari The Star

TMJ. Imej dari The Star

TMJ ada kata – keputusan macam ni dah dilakukan kat UK, bukan Ulu Klang tapi United Kingdom. Kat sana, walaupun taman negara yang ada dimiliki oleh keluarga diraja, tempat tu akan tetap jadi taman negara. Kenyataan ni lebih kurang sama dengan kenyataan Menteri Besar Johor, memandangkan Pulau Kukup dah jadi tanah sultan, pembangunan kat tempat tu takkan dibenarkan – selari dengan Enakmen Kesultanan 1934.

Kalau korang nak tahu, ada petisyen tentang Pulau Kukup. Diorang ada komen – ada beza yang besar di antara tanah sultan yang diuruskan sebagai taman negara dengan taman negara yang digazetkan sebagai taman negara tanpa penglibatan sultan. Taman negara biasalah maksudnya. Ada gak yang kata – tak adil untuk bandingkan tanah sultan kat Malaysia dengan UK.

Walaupun Sultan Johor dah buat keputusan, Kabinet kita putuskan yang Pulau Kukup akan kekal sebagai Taman Negara atas sebab-sebab antarabangsa

Kitorang suka drama. Imej dari Imgflip

“Perubahan status Pulau Kukup (dari tanah taman negara ke tanah sultan) pasti akan memberi kesan ke atas pengiktirafannya sebagai kawasan kepentingan antarabangsa serta reputasi Malaysia sebagai negara yang menjaga biodiversiti,” – Dr Xavier Jayakumar , Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli, dipetik dari The Star

Pernah ada taman negara yang nasib lebih kurang macam Pulau Kukup

Kalau korang nak tahu – ada satu nama negara yang dibatalkan statusnya sebagai taman negara kat Sabah. Nama tempat tu Taman Negara Klias. Tempat ni diletakkan sebagai taman negara pada tahun 1978 untuk lindungi paya bakau, tapi dua tahun lepas tu status taman negara tempat ni ditarik balik. Sebabnya nak beri laluan untuk beberapa tanaman komersial.

Lebih kurang dua tahun dulu, Hutan Simpan Segari Melintang ditarik statusnya untuk aktiviti kuari.

Kawasan yang jadi tempat kuari. Imej dari FMT

Kitorang pasti ada banyak lagi tempat yang boleh jadi contoh. Cumanya kat Malaysia ni tak kisahlah taman negara atau hutan simpan – tempat tu tak semestinya selamat. Ada undang-undang (Akta 226 dan Akta 313) benarkan Kerajaan Negeri untuk bangunkan atau batalkan status tempat tu….So korang rasa macam mana? Wajar tak tempat-tempat macam taman negara dan hutan simpan tak diganggu?

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka