Salah satu bahan kimia kat Sungai Kim Kim boleh diguna untuk senjata kimia?!

Sekarang ni tengah kecoh tentang pencemaran bahan kimia yang berlaku kat Pasir Gudang, Johor. Setakat ni dah berpuluh-puluh orang yang terkesan akibat pembuangan sisa toksik tu. Benda ni dah sebabkan kemarahan ramai orang, mana tidaknya kalau korang tengok video-video mangsa yang tengah viral – mesti korang akan rasa geram dengan orang yang bangang tak bertanggungjawab ni.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin kata diorang dah tahu jenis bahan kimia yang ada kat Sungai Kim Kim yang jadi punca berlakunya pencemaran bahan kimia. Power jugak Yeo Bee Yin – walaupun dia baru je kahwin, dia tetap turun padang untuk pantau keadaan – sebabnya kes ni ada kaitan dengan kementerian yang dia jaga.

Yeo Bee Yin. Imej dari Straits Time

Kitorang tahu je bukan semua pembaca SOSCILI adalah pelajar-pelajar yang ambik subjek Kimia masa kat sekolah dulu. Jadi hari ni kitorang nak jelaskan secara mudah apa bahan toksik yang ada kat sungai tu. Kita mulakan dengan…

1. Gas metana, gas yang takde warna, bau atau rasa

Bagi mereka yang tak tahu, gas metana ni cuma satu molekul Karbon yang dikelilingi oleh empat molekul Hidrogen. Walaupun ia bukan salah satu gas utama kat bumi – ia adalah salah satu sebatian organik yang paling banyak di Bumi. Tapi korang tak akan tahu ia ada kat mana, sebabnya metana tak berwarna, tak berbau dan tak ada rasa.

Masa belajar Sains dulu, korang ada belajar struktur air kan? Hahh…ni kitorang bandingkan dengan Metana. Imej dari BioNinja

Kalau korang terdedah dengan terlalu banyak dengan gas metana, korang mungkin akan alami sakit kepala. Jika korang terdedah dengan tahap gas metana yang tinggi, ia boleh mengatasi tahap oksigen kat dalam badan, benda ni boleh sebabkan kesukaran bernafas dan mati lemas.

Sekiranya tahap oksigen di badan dah kurang daripada 12%, orang tu boleh menjadi pengsan atau meninggal dunia. Oleh sebab tahap oksigen kat dalam badan berkurangan, badan pun pergi cari oksigen dengan menggunakan oksigen yang terkandung dalam cecair badan. Benda ni akan sebabkan dehidrasi.

Macam ni kot orang tu boleh pengsan. Imej dari Giphy

Selain tu, apabila seseorang tu hadapi keracunan gas metana, dia akan rasa mual dan nak muntah. Orang tu boleh pengsan kalau dah terdedah banyak sangat dengan gas metana.

2. Hidrogen klorida, yang bau dia agak memedaskan hidung

Hidrogen klorida adalah gas berwarna kuning dengan sedikit bau yang memedaskan jika dihidu. Apabila terdedah kepada udara, hidrogen klorida membentuk wap putih yang padat. Sebenarnya bau hidrogen klorida ni dah boleh sebabkan orang pergi jauh, sebab bau pedaskan. Wap hidrogen klorida ni lebih berat daripada udara dan boleh menyebabkan sesak nafas dalam kawasan tertutup atau kawasan pengaliran udara yang tak baik.

Air keras. Imej dari BukaLapak

Kalau terkena pulak, boleh dapat hubungan langsung dengan menyebabkan luka bakar kimia yang teruk. Selain tu ada gak tanda-tanda lain yang boleh tunjukkan korang terkena keracunan hidrogen klorida;

  • Warna kebiruan pada bibir dan kuku
  • Sakit dada
  • Tersedak-sedak
  • Batuk
  • Batuk darah
  • Pening
  • Tekanan darah rendah
  • Nadi berdenyut pantas
  • Sesak nafas
  • Badan merasa lemah

Hidrogen klorida biasanya digunakan untuk pembersihan dan penyaduran logam – dalam penapisan bijih mineral dan banyak lagi. Ia juga digunakan dalam menghasilkan polimer untuk plastik, getah, baja, dan pewarna.

3. Hidrogen sianida, yang dah lama tak digunakan dalam makmal

Hidrogen sianida ni adalah cecair tidak berwarna atau berwarna biru pucat pada suhu bilik. Fizikalnya sukar diramal, mudah terbakar dan bertoksik pada suhu bilik. Apabila gas hidrogen sianida terdedah dengan udara – campuran mudah meletup terbentuk. Hidrogen sianida ni ada rasa bau pahit yang tersendiri. Hidrogen sianida ni boleh diserap melalui pernafasan boleh menyebabkan kematian dalam beberapa minit.

Cyanide. Imej dari MEDIUM

“Hydrogen Cyanide adalah bahan yang sering digunakan dalam industri besi, dan merupakan bahan kawalan yang diguna untuk buat bom juga, sebab ia boleh membunuh (poisonous), ia cepat meresap.

Pendedahan kepada Benzene dalam tempoh berpanjangan pula boleh menyebabkan kanser, kerana sifatnya yang karsinogenik (penyebab kanser). Bahan seperti ini sudah lama tidak digunakan di makmal penyelidikan,” – Pensyarah Kimia di Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Mohd Rizal Razali, dipetik dari SINAR

4. Acrylonitrile, dikaitkan dengan kanser paru-paru dan prostat

Acrylonitrile adalah bahan tidak berwarna, cair, buatan manusia dengan bau yang menyengat – macam bau bawang. Acrylonitrile digunakan kebanyakannya untuk membuat plastik, pelekat dan getah sintetik.

Kalau korang terdedah dengan acrylonitrile ni – korang berkemungkinan akan sakit kepala, pening, kesukaran bernafas, dan lemah badan. Acrylonitrile juga selalu dikaitkan dengan risiko peningkatan kanser paru-paru dan prostat.

Imej dari Giphy

Oleh sebab acrylonitrile sifatnya tersejat (takde kaitan dengan Sajat) dengan cepat, ia kemungkinan besar terdapat di udara di tempat ia digunakan. Kat dalam air pulak, acrylonitrile biasanya terurai dalam masa 1 hingga 2 minggu, walaupun ini boleh berubah bergantung pada persekitaran.

5. Akrolein, kesannya bergantung pada berapa lama korang terdedah

Akrolein adalah cecair berwarna kuning dan mudah terbakar. Ia menyala dan terbakar dengan mudah di udara. Akrolein boleh berada kat udara, air, atau tanah berhampiran tapak sisa pembuangan yang tak dikendalikan dengan betul. Walaupun akrolein boleh didapati di permukaan air dan tanah, ia meruap atau cepat melakukan tindakbalas dengan tanah. Disebabkan benda ni, ia mungkin akan bertahan lama kat alam sekitar.

Akrolein selalu digunakan untuk membuat bahan kimia dan mungkin ada kat beberapa makanan ternakan. Akrolein ni sebenarnya racun perosak dan ditambah kepada saluran pengairan dan bekalan air beberapa loji industri untuk mengawal tumbuhan bawah air dan alga. Pada kepekatan yang jauh lebih tinggi, ia digunakan untuk membuat senjata kimia.

Perang senjata kimia macam ni kot. Imej dari Giphy

Bagaimana benda ni menjejaskan kesihatan manusia bergantung pada jumlah dan berapa lama orang tu terdedah. Setakat ni, takde lagi kajian yang lengkap tentang kesan akrolein pada manusia, tapi haiwan yang makan acrolein akan mengalami masalah penghadaman, muntah, ulser perut, dan pendarahan.

Kitorang harap cepatlah selesai masalah kat Sungai Kim Kim

Sebenarnya ada je lagi bahan kimia yang dikaitkan dengan Sungai Kim Kim ni – contohnya  benzene, toulene, xylene dan limonene. Semenjak berlakunya masalah pencemaran toksik kat Sungai Kim Kim, semakin ramai yang mula sedar betapa pentingnya untuk menjaga sungai dan alam sekitar. Memang macam tulah sikap kebanyakan orang – dah terkena baru nak sedar.

Kitorang harap semoga semua mangsa-mangsa yang terlibat akan segera sembuh dan mereka yang tak bertanggungjawab kerana sebabkan bencana ni segeralah didakwa. Lepas ni kempen-kempen untuk pastikan benda macam ni tak berulang, kenalah diperbanyakkan. Kalau korang nampak ada orang yang buat aktiviti yang mencurigakan kat sungai – korang bolehlah adukan kat Jabatan Alam Sekitar. 

Kalau dulu orang selalunya tanya – mampukah manusia bertahan dengan keadaan alam yang serba mencabar, tapi hari ni soalah dia berubah – mampukah alam bertahan dengan sifat manusia yang tamak?

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka