Perempuan Msia ni membantu pelarian Islam dengan menggunakan… internet?

Berapa jam korang habiskan masa kat internet? Menurut survei SKMM 2018, kebanyakan jawapannya adalah di antara 1-4 jam waktu online. Kalau itulah faktanya, ia menimbulkan satu persoalan besar buat kita iaitu…

Take Our Poll

Ye la, kitorang sangka jawapan korang bukan mengenai mengubah dunia. Tapi tak semua kita macam tu. Sebahagian daripada kita takkan klik gambar kucing gitu-gitu je. Ada antara kita takkan bagi Youtube menentukan apa yang kita nak tengok seterusnya. Dengan sedikit arah tuju, ada sebahagian rakyat Malaysia menemui perkara yang menarik dalam internet, dan meneruskan perkara menarik tu dengan kebolehan penggunaan internet baru. Dan rangkaian 4G #1 di Malaysia nak ambil sikit masa korang untuk terangkan pasal tiga orang rakyat biasa Malaysia yang memanfaatkan internet lebih daripada kita melalui Cerita Maxis Fibrenation.

Ini antara contoh orang yang bukan sekadar ber-selfie atau layan troll je kat internet.

1. Seorang guru bahasa Inggeris berpenyakit insomnia yang belajar membina tangan tiruan untuk kanak-kanak OKU

Pak Su. Imej dari Facebook Delta Bionic

Saya sangat berterima kasih kepada ‘Universiti of Google.“- Pak Su, dipetik dari video Cerita Maxis Fibrenation

Apabila Sujana bin Rejab (Pak Su) berumur 50 tahun bersara dari mengajar pada tahun 2013, dia mengahadapi kesukaran untuk tidur di waktu malam, jadi dia meluangkan masa lebih di internet. Pada suatu hari, dia terjumpa laman web pasal 3D printer. Selain tertarik, dia juga mendapati yang printer tu akan bagi sesuatu perkara baik kepadanya. Dulu, printer 3D memakan kos lebih RM10,000 menurut Pak Su (sekarang korang boleh dapat dengan harga purata RM2,000 hingga RM5,000 atas talian).

Dia mengambil keputusan untuk membeli peralatan-peralatan tertentu dan belajar sendiri cara untuk membangunkan printer tersebut tanpa membelinya. Pak Su menghabiskan masa setahun bagi membina printer itu dan selepas siap, dia pun menguji mesin tersebut dengan mencetak alat permainan kanak-kanak, kereta dan patung burung.

Barang 3D buatan Pak Su. Imej dari Youtube Lite

“Jadi, saya telah fikir apa yang boleh dibuat (dengan benda-benda ni). Boleh ke saya jual barang ini? Hanya untuk print satu benda pun ambil masa 10 jam, 6 jam kan? Jadi, orang cakap ia tak sesuai untuk perniagaan.”- Pak Su dalam interviunya dengan Steve dan Shaz dari radio Lite.

Kemudiannya, dia ternampak satu laman web milik sekumpulan orang Amerika Syarikat yang membuat tangan 3D untuk membantu kanak-kanak OKU dan dia pun memuat turun satu fail dari laman web tu untuk membina tangan 3D. Begitulah, macam mana Pak Su mendapat idea untuk membuat tangan 3D dan memberinya kepada kanak-kanak OKU di Malaysia. Dan dia mempunyai sebabnya yang tersendiri untuk bagi secara PERCUMA!

“Sebahagian orang nak buat duit mudah tapi, bagi saya, kejayaan boleh dikongsi bersama orang lain. Ketika ini, saya berjaya dalam objektif saya untuk membantu kanak-kanak, terima kasih untuk sumbangan daripada individu dan korporat. Untuk mereka yang menerima manfaat sebagai penerima (tangan 3D) dan keluarganya kerana mereka tak perlu keluarkan wang sendiri. Masyarakat juga menerima manfaat daripadanya kerana akan berkongsi kegembiraan (dengan penerima).”- Pak Su ketika dihubungi CILISOS

Selepas tu, Pak Su paparkan di Facebook-nya dengan bertanya jika ada kanak-kanak Malaysia yang memerlukan tangan tiruan (prostetik) dan…

DUA TAHUN KEMUDIAN

Seseorong memperkenalkan Pak Su kepada kanak-kanak perempuan bernama Ainaa Amanda Shahzali yang memerlukan tangan tiruan. Dan selebihnya, mereka kata, ia adalah sejarah. Kami ada tulis pasal ni sebelum ni. Nak baca cerita penuh klik sini.

Keratan akhbar pasal adik Ainaa. Imej dari Facebook Delta Bionic

Selepas dia menjadi tular, Pak Su kata yang dia menerima bantuan dari MARA untuk meneruskan kerjanya. Hari ni, dia dah membina lebih 50 tangan tiruan untuk orang Malaysia dan seluruh dunia. Buat masa sekarang, dia kembali untuk membantu kanak-kanak lelaki lain bernama Muhammad Ziqri Ramadan yang lahir tanpa tangan kanan. Korang boleh tengok macam Pak Su tolong Zikri dengan menonton video kat bawah:

2. Tiga orang lepasan universiti ni buat perkhidmatan penghantaran makanan yang dikendalikan oleh…. pelarian

(Dari kiri ke kanan) Suzanne Ling, Lim Yuet Kim dan Lee Swee Lin. Imej dari PichaEats

Siapa sangka tiga orang rakan kolej ni boleh buat sesuatu yang mengubah kehidupan orang lain… dengan MAKANAN!? Semasa di kolej, Suzanna Ling, Lee Swee Lin dan Lim Yuet Kim dah menganjurkan pelbagai program kesedaran dan akviti mengumpul dana untuk membantu pelarian.

Sebenarnya, diorang dah buat satu platform yang dikenali sebagai Hands of Hope Malaysia untuk kawan-kawan diorang yang nak jadi guru sukarela di sebuah sekolah pelarian di Cheras. Masa menjadi sukarelawan di sekolah pelarian tu, diorang sedar wujudnya corak tidak sihat di kalangan para pelajar.

“Pelajar-pelajar ini berhenti dari sekolah macam biasa saja, kami bercakap dengan satu ke dua orang pelajar setiap minggu. Kami pergi ke rumah mereka dan bercakap dengan keluarga mereka, dan kami dapati yang mereka ni sedang bergelut untuk membayar yuran.” – Suzanne katanya kepada Zafigo.

Rupa-rupanya, sekolah-sekolah pelarian ni dibiayai sepenuhnya oleh pelarian-pelarian tu sendiri! Walaupun guru-guru tak terima apa-apa bayaran, pelajar-pelajar masih kena bayar RM50 setiap bulan. Keluarga – keluarga ni tak mampu nak bayar yuran, sebab diorang terpaksa tanggung sewa rumah dalam RM650 ke RM1,000.

Selepas tiga orang lepasan universti ni dijemput ke satu makan malam Raya di salah sebuah keluarga pelarian, diorang pun dapat idea nak perkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan secara atas talian. Diorang akhirnya namakan perkhidmatan diorang tu sebagai The Picha Project (sekarang dikenali sebagai PichaEats) berdasarkan nama kanak-kanak yang mula-mula masak untuk perkhidmatan tu.

“Mereka selalu memasak untuk keraian, jadi kami pun terfikir, ‘Kenapa kita tak jemput orang untuk datang dan caj mereka untuk menampung kos masakan tu’? Apa yang mengejutkan, sambutannya hebat. Ia habis terjual masa Krismas bila kami mencubanya lagi, dan sekali lagi pada Hari Valentine. Bulan lepas, kami buat 12 sesi pada bulan Ramadan. “- Kata Suzanne kepada CILISOS pada tahun 2017.

Masakan PichaEats’ di majlis. Imej dari SOSBOS

Dan, diorang pilih untuk buat operasi PichaEats secara atas talian sebab:

“Bila kami pada peringkat permulaan, kami tak ada banyak sumber tapi semua orang ada akses ke Internet. Melalui media sosial, kami berkongsi dengan rakan-rakan kami tentang idea Picha dan dapat kumpul pesanan pertama kami.

Internet telah menjadi platform utama kami untuk menjangkau lebih banyak orang, berkongsi dengan mereka cerita kami dan sudah tentu, memperkenalkan kepada mereka makanan hebat yang kami dapat sediakan.” – Suzanne, Kim dan Swee Lin, kata mereka kepada CILISOS.

Bila PichaEats bermula dulu, banyak yang melihatnya sebagai ‘school project’, tapi projek ni dah terima banyak sokongan dari pelbagai organisasi sepanjang tahun, termasuklah dari MaGIC, yang bagi diorang suntikan dana sebanyak RM30,000.

PichaEats akhirnya berjaya memperoleh setengah juta ringgit pada 2017, di mana 50% daripada keuntungannya diberikan kepada keluarga-keluarga pelarian. Sebenarnya, PichaEats juga dah tersenarai dalam Forbes 30 di bawah 30 usahawan sosial di Asia (!).

Selain dari menyediakan korang dengan makanan, PichaEats juga bagi korang peluang untuk makan bersama-sama dengan keluarga pelarian! Kitorang sebenarnya ada ketengahkan inisiatif PichaEats ni dulu pada 2017, bila diorang bekerjasama dengan Cooler Lumpur 2017. SOSBOS kitorang pun sebenarnya ada ada cuba makanan PichaEats dan mengaku yang masakan diorang memang sedap. ?

Rumah terbuka PichEats. Imej dari CNBC

Hari ni, PichaEats dah bekerjasama dengan 15 keluarga pelarian dari pelbagai negara macam – Afghanistan, Palestin dan juga Myanmar untuk sediakan lebih 90,000 hidangan sejak awal tahun ni. Korang boleh tahu lebih lanjut lagi pasal macam mana korang boleh ubah dunia dengan dengan hanya pesan makanan dari PichaEats di sini:

Ini pulak yang terakhir…

3. Bekas pemain bola yang terpaksa dapat kebenaran ibu bapanya untuk jadi pemain video

Kahitres (kelima dari kiri). Imej dari Portivo

Sejak saya kecil, saya tak sangka yang saya boleh menjadikan ni (bermain permainan video) suatu kerjaya.” – Kathires, dipetik dari video Maxis Fibrenation Stories.

Macam kebanyakan korang yang suka layan permainan-permainan video, Kathireswaran Sugumaran (Kathires) mula memain permainan video sejak dia kanak-kanak lagi. Sebenarnya masa tu, dia bukan je minat dengan permainan video tetapi juga bola sepak. Minat dia sehinggakan dia bercita-cita nak jadi pemain bola sepak profesional seperti Steven Gerrard dari Liverpool, dan menjadi kapten pasukan bola sepak di peringkat nasional.

Malangnya, impian dia tu menjadi mustahil selepas dia terlibat dalam kemalangan yang telah mencederakan kakinya. Selepas aksiden tersebut, doktor Kathires memberitahunya bahawa dia tidak akan boleh main bola lagi,yang menyebabkannya menjadi geram.

“Saya buat keputusan untuk mencapai setinggi yang saya boleh untuk mewakili Malaysia di padang sukan maya, iaitu karier e-sukan saya. Saya pernah lihat orang-orang Eropah memenangi pertandingan antarabangsa dalam bidang e-sukan ni, dan saya pun berazam untuk buat benda yang sama. Dan pada masa yang sama, saya juga bercita-cita untuk mewakili pasukan bola sepak Liverpool dalam karier e-sukan saya.” – Kathires, dalam temu bual bersama SOSCILI.

Ketika Kathires bermula memain FIFA pada tahun 2013 bawah nama InFamous9, ramai orang di sekelilingnya berasa ragu-ragu pasalnya. Lagi-lagi, disebabkan permainan-permainan video asyik menarik perhatian Kathires daripada pelajarannya, ibu bapanya juga tidak begitu menyokong cita-citanya tu.

Keluarga Kathires. Tangkapan skrin dari video Maxis Fibrenation Stories.

Selepas beberapa tahun di mana saya telah memenangi beberapa pertandingan-pertandingan tempatan, ayah saya telah ubah fikirannya. Ibu saya juga bersikap neutral sebelum ni tetapi dia kini lebih menyokong saya. Sehinggakan kalau diorang nampak saya main game lain, diorang akan marah saya. Diorang nak saya cemerlang dalam satu game kerana diorang rasa kemenangan saya adalah kemenangan mereka juga.” – Kathires, dalam temu bual bersama Malay Mail.

Pada awalnya, Kathires telah bermain bersama satu pasukan tempatan bernama Team Infinite untuk beberapa tahun sebelum dia direkrut oleh suatu pasukan Asia Tenggara bernama Order of Elites Asia (OoE) pada tahun 2017. Menurut OoE, Kathires merupakan rakyat Malaysia PERTAMA dalam pasukan diorang. Kalau korang tak paham maksud benda ni, ia serupa dengan pemain bola sepak Malaysia, Nazmi Faiz, ditawarkan peluang bermain untuk pasukan antarabangsa Beira-Mar.

Kathires telah memenangi beberapa pertandingan di peringkat nasional dan di peringkat Asia sepanjang kariernya. Kemenangan terbesarnya setakat ni adalah pada bulan Januari 2018 apabila dia memenangi RM15,000 di pertandingan Cyber Games Malaysia! Sebelum pertandingan itu, Kathires hanya telah membawa RM10 untuk tambang pengangkutan dan tidak bersangka yang dia ada apa-apa peluang pun.

Selain memenangi wang itu, dia juga telah berjaya mengalahkan salah satu pemain e-sukan Malaysia terhandal, Muhammad Luqman Haziq, yang masa tu memegang kedudukan ke-49 di dunia! Pergh, macam mana pemain biasa macam Kathires boleh naik sampai mengalahkan Luqman?

Luqman (di kiri) dan Kathires sebelum pertandingan tu. Imej dari Malay Mail

Apa lagi? Dengan berlatih-latih sampai dia pun dah terrer la.

Seperti mana-mana sukan yang lain, Kathires akan berlatih untuk setiap pertandingan. Dan disebabkan dia masih belajar, dia terpaksa membahagikan masanya antara bermain game latihannya dan pelajarannya.

Keutamaan saya adalah untuk tamatkan pelajaran saya. Saya menghabiskan kira-kira masa tiga jam sehari belajar dan tiga jam lagi berlatih permainan.” – Kathires, dalam temu bual dengan Malay Mail.

Buat masa sekarang, Kathires bercita-cita untuk menjadi pemain video sepenuh masa dan jurutera, dan telah meninggalkan OoE untuk menyertai FrostFire, suatu pasukan e-sukan profesional di Asia Tenggara. Dia juga ada satu lagi impian yang korang boleh dapat tau di sini:

Jadi, sebagai kesimpulan…

Segalanya boleh tercapai dengan bantuan Internet

Sebenarnya, ada banyak lagi perkara lain yang korang boleh buat secara atas talian. Sama macam Pak Su, PichaEats dan Kathires. Korang bukan je dapat inspirasi dan membantu orang lain melalui Internet, tapi juga mencapai impian korang dengannya! Dan, dalam dunia hari ni, ia tak mustahil berlaku dan menjadi apa sahaja yang korang mahu. Korang namakan je la: YouTuber, gamer, usahawan sosial atau juga ahli perniagaan.

Dan ini mungkin juga berlaku kepada korang. Maxis membawa cerita-cerita ni untuk bagi inspirasi kepada korang dalam mencari semangat dan mencipta cerita kejayaan korang sendiri. (Korang boleh tahu lebih lanjut lagi pasal #fibrenationstories di sini.)

Oh. dan korang mungkin nak mula mengejar impian korang juga! ?