Happy Birthday Pak Lah! 5 sumbangan Abdullah Badawi sebagai PM yang ramai tak tahu

(This is a translation, click here to read the original article in English)

*Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 27 November 2016.

Pada 26 November ni, maka genaplah usia Tun Abdullah Ahmad Badawi 81 tahun.

birthday-nenek
Raikanlah dengan penuh kegembiraan.

Bukan senang nak jadi pemimpin negara. Dah la hari-hari sakit kepala fikirkan kebajikan jutaan rakyat, setiap gerak-geri dalam hidup peribadi diperhatikan, kawan boleh tukar jadi lawan (lepas tu boleh tukar jadi kawan balik); tapi dalam masa yang sama kena maintain cool. Bayangkan menggalas tanggungjawab ini pada usia muda remaja sekitar 64 – 70 tahun.

sleepy-abdullah-badawi
Khusyuk memikirkan masalah negara. Imej dari financetwitter.com

PM Abdullah Badawi atau nama mesranya Pak Lah mungkin juga dikenali sebagai “Perdana Menteri Tidur” kerana… er, dia selalu kantoi tidur. Imejnya di Malaysia dan serata dunia adalah seorang yang lemah dan tidak berkemampuan. Tapi walaupun selalu kena bahan, Pak Lah rilek aje.

Imej dari MalayMail Online.
Imej dari MalayMail Online.

Mungkin ramai daripada korang tak tau yang Pak Lah mengidap satu penyakit sleep apnoea yang menganggu rutin tidur harian, menyebabkan pesakit sentiasa rasa letih dan tertidur secara rawak. Tapi syukurlah Pak Lah dah buat operation kat Australia pada tahun 2007, dan katanya dia dah pulih sekarang ni.

Kat bawah ni mungkin 5 lagi perkara yang korang tak tau pasal Pak Lah dan sumbangannya kepada negara:

1. Memastikan agensi kerajaan bekhidmat untuk rakyat

Di bawah Rancangan Malaysia ke-10 yang diterajui PM Najib, ada satu bahagian khusus yang menggariskan usaha untuk memudahkan dan menyelaraskan khidmat kerajaan. Tapi Pak Lah dulu dah lama start dengan benda ni. Ini apa yang kami jumpa dalam satu kertas akademik yang diterbitkan pada tahun 2010:

“Abdullah telah membuat berapa lawatan yang tidak dijadualkan kepada beberapa agensi kerajaan untuk memastikan khidmat kerajaan yang berkualiti sentiasa dijaga dan dipertingkatkan.”

Potret yang dijumpai dalam setiap pejabat untuk membakar semangat.
Potret yang digantung dalam setiap pejabat untuk membakar semangat. Imej dari The Danesh Project.

Sedangkan bila mak mertua datang singgah pun kita dah seriau kemas rumah, apatah lagi kalau big bos (Perdana Menteri pulak tu) datang pejabat kan? Inilah antara sumbangan Pak Lah yang sentiasa impikan sebuah kerajaan yang cekap:

  • LHDN menguruskan bayar balik dalam masa dua hari berbanding tempoh dua minggu
  • Pembayaran cukai dan bayaran balik boleh dibuat melalui e-filing dalam tempoh 30 hari
  • 14 lesen berlainan yang perlu dipohon oleh industri hotel digabungkan menjadi satu
  • Kalau nak perbaharui lesen niaga, ianya boleh disiapkan dalam 15 minit berbanding satu hari
  • 98% hal berkaitan hartanah yang tergendala sejak 2001 diselesaikan

2. Mengalihkan tumpuan daripada bangunan-bangunan besar ke sektor… agrikultur?

Gambar daripada kenyanfarmer.com
Gambar daripada kenyanfarmer.com

Antara legasi yang ditinggalkan Tun M adalah projek juta-juta ringgit yang telah meletakkan Malaysia di mata dunia. Tapi benda lain yang turut ditinggalkan adalah hutang negara yang terkumpul pasal projek-projek yang berjaya dibina, tak lupa jugak projek-projek yang tak berapa berjaya.

“Cuba bayangkan jika saya tunduk kepada tekanan Mahathir untuk berbelanja bila defisit sudah terlalu tinggi, macam manalah Malaysia nak tempuhi krisis kewangan yang tiba pada tahun 2008. Kalau kita tak berjimat masa tu, kita mungkin dah bankrap sekarang…” – Dalam temubual yang dipetik daripada Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Berdasarkan petikan di atas, Pak Lah sedar yang perbelanjaan yang berterusan bukanlah penyelesaiannya. Jadi dalam Rancangan Malaysia ke-9, dia peruntukkan 11.4 bilion ringgit kepada sektor agrikultur dan lain-lain yang berkaitan, iaitu 84% lebih banyak berbanding sebelumnya.

giphy-1
Pakej insentif agrikultur. From giphy.com

Pak Lah ingin menjadikan industri agrikultur sebagai industri yang mampu mengembangkan ekonomi Malaysia, sebab itulah empat daripada lima koridor pembangunan di bawah pentadbirannya adalah berkaitan dengan agrikultur. Jadi adakah usaha ini memBUAHkan hasil?

Dalam laporan mid-term yang dibuat Unit Perancangan Ekonomi, nilai eksport daripada sektor agrikultur telah meningkat daripada RM37.5 bilion kepada RM52.4 bilion daripada 2005 ke 2007, hampir 40%! Produk berdasarkan agrikultur meningkat daripada RM35.5 bilion kepada RM45.3 bilion dalam tempoh yang sama. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah bioteknologi dan menggalakkan perniagan SME, yang kemudiannya mencipta peluang kerja serta mengurangkan kadar kemiskinan. Baca laporan penuh di sini (fail PDF).

Selepas Rancangan Malaysia ke-10, usaha koridor pembangunan Pak Lah masih diteruskan. Walaupun sumbangan sektor agrikultur takdelah sebesar dulu, ianya masih merupakan industri yang penting dalam memastikan kebajikan rakyat.

3. Menjadi wajah gerakan Islam sederhana di mata dunia

Pak Lah datang daripada keluarga yang penuh dengan tokoh-tokoh agama dan politik.

badawi-grand
Kiri: Abdullah Fahim. Bukan kiri: Haji Ahmad Bin Haji Abdullah Fahim. Imej dari ptab.jpm.my

Datuk kepada Pak Lah, Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah atau nama pendeknya Abdullah Fahim, adalah antara orang yang mengasaskan UMNO dan bertanggungjawab menentukan tarikh kemerdekaan Malaysia. Dia juga merupakan mufti pertama Pulau Pinang selepas merdeka, dan kemudiannya menjadi antara pengasas PAS.

Ayah Pak Lah, Haji Ahmad Badawi juga merupakan seorang guru agama dan antara orang terawal UMNO. Walaupun dia pernah menjadi ADUN dan ahli EXCO di Pulau Pinang, dia tolak sebarang elaun bagi khidmatnya.

Sewaktu menjadi PM, Pak Lah juga merupakan pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang merupakan badan NGO kedua terbesar di DUNIA (selepas PBB). Pak Lah memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang bertujuan membina sebuah negara bukan sahaja daripada segi fizikal, malah juga daripada segi rohani. Ia bermatlamat untuk mempromosikan nilai-nilai Islam yang sebenar.

Pak Lah ketika menerima anugerah daripada Raja Faisal. Gambar dari kfip.org.
Pak Lah ketika menerima anugerah daripada Raja Faisal. Gambar dari kfip.org.

Usaha ini diterima dengan baik di peringkat antarabangsa, baik daripada Muslim mahupun non-Muslim, kerana dikatakan menjadi contoh perlaksanaan Islam dalam cabaran moden. Antara prinsip Islam Hadhari adalah keimanan kepada Tuhan, penguasaan ilmu, kehidupkan berukaliti, serta pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.

4. Dia merupakan pemimpin pertama yang cuba memantau pihak polis

Pak Lah inginkan sebuah kerajaan yang bersih, dan dia tak cukup dengan menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) je. Melihatkan kepada laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja, Pak Lah cuba menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis.

Tugas suruhanjaya ini adalah untuk menyiasat sebarang aduan yang dibuat berkenaan pegawai polis. Ini kerana, ada kes di mana pegawai polis bukan sahaja bergelumang dengan korupsi, malah juga keganasan sehingga ada menyebabkan maut, contohnya dalam kes adik Aminulrasyid Amzah pada tahun 2010 dahulu.

71385482978_295x200
Tragedi Aminulrasyid Amzah pada tahun 2010. Imej dari astroawani.com

Namun usaha Pak Lah tidak berjaya, dan penubuhan suruhanjaya tersebut masih cuba dibangkitkan oleh Majlis Peguam dan kumpulan hak asasi manusia. Apa yang Pak Lah dapat buat adalah meluluskan sebuah akta yang berkaitan, tapi ianya dikatakan tidak berfungsi.

“…akta tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendakwa atau menghukum, dan masih lagi perlu bergantung kepada pihak berkuasa sedia ada. Sama sahaja seperti dulu.” – dari Majlis Peguam.

Namun pada masa yang sama, ada tuduhan terhadap Pak Lah sendiri yang dikatakan memberi kontrak kerajaan dan antarabangsa kepada keluarga sendiri, termasuklah syarikat anaknya yang membekalkan program senjata nuklear ke Libya.

5. Meminda Perlembagaan untuk melindungi hak wanita

pak-lah-gempak
Imej dari MalayMail Online.

Seperti yang telah digariskan dalam prinsip Islam Hadhari tadi, Pak Lah sangat mementingkan hak-hak wanita.

…Suri rumah dan sesiapa yang tidak bekerja separuh masa telah memberi sumbangan besar ke arah pembangunan sosioekonomi dengan menerapkan nilai kekeluargaan dan pembangunan insan.” – Ucapan Pak Lah dalam Rancangan Malaysia ke–9.

Pak Lah bukan setakat sembang je, tapi dia telah mengubah sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan, iaitu Artikel 8 (2) yang membenarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk “membuat pembetulan terhadap sebarang undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasikan wanita.”

Pindaan ini telah membolehkan balu kepada penjawat awam untuk terus menerima pencen mendiang suaminya walaupun setelah mereka kahwin lain, dan memberi wanita hak yang sama terhadap hartanah yang dimiliki bersama suami. Bila melihat akan betapa jarangnya pindaan berjaya dibuat terhadap Perlembagaan, boleh tahan hustler jugak la Pak Lah ni.

Dan bercakap pasal hak… Pak Lah selalu dikaitkan dengan kebebasan media. Benda ni agak pelik sebenarnya sebab dia masih menahan blogger dan menyerbu portal berita online. Setelah puas research, kami tak jumpa pun sebarang insiden di mana dia menggalakkan kebebasan bersuara, mungkin sebab dia tak berapa strict sangat dengan kritikan terhadap kerajaan kot.

Ada kalanya perubahan dibuat di sebalik tabir

cassava
Diam-diam ubi berisi. Tapi kenapa dia diam. Imej dari malaysiapavilion2015.com.my

Sewaktu kepimpinan Pak Lah, BN telah mendapat kemenangan PRU terbesar pada tahun 2004 dan yang terburuk pada tahun 2008 (tapi lepas tu PM Najib ‘kalahkan’ Pak Lah dengan PRU lebih teruk pada 2013).

Dia bukan sahaja dikatakan tidak berupaya memimpin, malah ada yang menuduhnya sebagai boneka orang lain. Namun dari bukti-bukti yang kami jumpa, nampaknya kelebihan Pak Lah dilaksanakan dalam diam. Slogan kempennya adalah “Jangan bekerja untuk saya, tetapi mari bekerja bersama-sama saya” adalah mungkin sebab kenapa rakan-rakannya memandang Pak Lah sebagai seorang pemimpin yang mengambil kira pendapat orang lain.

Setelah 6 tahun memimpin, Pak Lah berundur pada Jun 2009. Sejarahnya Pak Lah tersepit di antara legasi PM Mahathir dan juga skandal PM Najib, dan mungkin sebab itulah sumbangannya senang-senang je boleh terlepas pandang. Agak-agaknya, apa lagilah yang boleh Pak Lah lakukan sekiranya dia diberi lebih banyak masa memimpin?