6 buku yang pernah diharamkan di Malaysia

Kat blog bahasa omputeh kitorang di CILISOS, kitorang ada cerita pasal website-website yang kena sekat serta perkara-perkara yang dikelaskan sebagai rahsia (maknanya tak boleh share dengan orang awam). Jadi kali ni di SOSCILI, kitorang nak ceritakan pulak antara buku-buku yang telah diharamkan oleh kerajaan.

Menurut Tinta Anak Muda, jumlah buku yang diharamkan oleh KDN telah mencapai 1543 buah, itupun tak termasuk buku yang diharamkan oleh JAKIM. Jadi kitorang cuba pilih antara 5 buku berprofile tinggi yang telah diharamkan (korang boleh check list kat sini), jom!

1. Buku G25 kena ban kerana dikatakan menyebarkan idea ekstrem liberal

#UPDATE 2 OGOS 2017: Kumpulan bekas penjawat awam G25 telah menghasilkan buku kumpulan G25 yang bertajuk “Breaking the Silence: Voices of Moderatin – Islam in a Constitutional Democracy”. Tapi buku ni telah diharamkan oleh KDN atas alasan ianya “memudaratkan ketenteraman awam“.

Malah menurut Ustaz Engku Ahmad Fadzil, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) menyatakan bahawa ia bukan je menjejaskan keharmonian, tapi buku ni jugak penuh dengan cadangan kesesatan.

Kalau korang nak tahu, buku ni pun dulu permah dikritik kerana dikatakan menampilkan tokoh-tokoh yang terdiri daripada aktivis sekular, liberal dan pluralis agama. Buku ni telah memuatkan beberapa siri artikel di dalamnya yang menyentuh dimensi sosio politik dan kesan ekonomi-kebudayaan terhadap masyarakat Malaysia.

Antara yang terlibat dalam penyumbangan artikel ialah Aston Paiva (peguam dan pejuang hak asasi LGBT kat Malaysia), Shad Saleem Faruqi (Pakar Perlembagaan Persekutuan), Nizam Bashir (Peguam Syariah), Dr Syed Farid Alatas (Pensyarah pengajian Melayu di Universiti Kebangsaan Singapura), Tan Sri Sheriff Kassim (bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Malaysia), Dr Chandra Muzaffar (Pengerusi Yayasan 1Malaysia) dan beberapa tokoh lain.

Buku G25 yang diharamkan. Imej dari MalaysiaKini

Menurut penasihat agama kepada perdana menteri, Tan Sri Abdullah Muhammad Zin, kumpulan G25 ni memiliki fahaman ekstrem liberal apabila beberapa isu yang diketengahkan dorang tu bertentangan dengan Islam dimana dorang telah keluarkan kenyataan mahu hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan jika dibuat di rumah persendirian.

Menurut kumpulan tu lagi, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah SWT kecuali jika dilakukan di kawasan awam. Selain tu, dorang jugak tuntut supaya membenarkan kahwin campur agama.

Pelakon Indonesia disemadikan dengan dua ritual agama, hasil daripada kahwin campur. Ayahnya beragama Islam manakala ibunya beragama Kristian. Malaysia tak macam ni kan? Imej dari bintang.com

Walaubagaimana pun, tindakan pengharaman buku ni telah mendapat kritikan yang mengatakan bahawa pengharaman buku ni tak selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan masyarakat berbilang kaum untuk memahami Islam sebagai agama keamanan dan kesederhanaan.

“Saya mempunyai buku itu dan setelah membacanya mendapati tidak ada artikel kontroversial.

Saya tidak melihat sebarang elemen yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, saya harap kerajaan akan mengkaji semula larangan itu.” – Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong. Dipetik dari MalaysiaKini.

2. Komik Ultraman yang kena ban sebab guna nama Allah

Dah berbelas-belas tahun Ultraman ada kat TV kita selama ni, tak pernah ada masalah pun. So ramai orang terkejut bila tahun 2014, KDN mengharamkan komik Ultraman the Ultra Power sebab ianya “mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.”

Bila berita ni mula-mula keluar, teruk KDN kena bahan, daripada menteri, sampailah ke rakyat jelata marhaen, yang rata-rata mengkritik tindakan KDN.

Imej dari SAYS.
Imej dari SAYS.
Imej dari SAYS.
Imej dari SAYS.

Kemudian KDN pun menjelaskan yang perintah larangan ini hanyalah pada komik Ultraman the Power, dan bukannya keseluruhan Ultraman beserta sedara mara dia. Sebabnya? Komik terbitan Resigns Publication ni menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Ultraman the King. Astro Awani siap buat eksperimen lagi guna Google Translate, dan nampaknya memang betul ler kesilapan ni dibuat oleh publisher dan translator, bukannya Ultraman. #kesianUltraman.

Perkataan 'Allah" yang dikesan dalam sinopsis.
Perkataan ‘Allah” yang dikesan dalam sinopsis.

Memang patut ke tindakan KDN dok haramkan komik Ultraman yang satu ni?

Ada yang bersetuju pasal edisi ni memang kena ban ataupun at least, patut tarik balik dan buat pembetulan. Tapi ramai pengkritik fikir yang KDN sebenarnya salah fokus. Penganalisa politik, Shahbudin Husin merasakan yang tindakan ini adalah satu kesilapan besar dan berlebih-lebihan, sebab banyak lagi benda lain yang perlu disekat seperti artis bergambar lucah dan juga ajaran Syiah; tapi KDN hanya berani bertindah terhadap kartun dan animasi je.

Saifuddin Abdullah yang time tu masih orang penting UMNO pulak cuba melihat isu ni dari sudut yang lebih besar:

Imej dari Twitter. Baca dari bawah ke atas.

Menurut Saifuddin, kita sepatutnya menggalakkan budaya ilmu, kalau ada yang salah, bincangkan dan betulkan. Jangan sikit-sikit je semua nak ban.

3. Buku Faisal Tehrani yang kena ban pasal dikatakan ada unsur-unsur Syiah

Muhd Faisal Musa atau nama penanya Faisal Tehrani adalah seorang penulis yang pernah mendapat tunjuk ajar sasterawan negara termasuklah A Samad Said dan Dato Shahnon Ahmad. Karya-karya Faisal memang dapat banyak pujian dan anugerah, sehinggakan novel 1515 menjadi teks bacaan rasmi bagi mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman.

Melaka-Hari-Ini-24-06-2010-hasif-hamsyari-keratan-akhbar-2
FT (dua dari kiri) di Anugerah Sastera Melaka. Gambar dari blog Hasif Hamsyari.

Namun Faisal jugak tak sunyi daripada kontroversi apabila ada buku-bukunya yang mendapat perintah larangan daripada KDN kerana didakwa mengandungi unsur-unsur Syiah. Dr Mohd Asri (Mufti Perlis dan pendakwah yang terkenal dengan sikap tolak ansur) sendiri pernah menulis surat kepada Harian Metro untuk membantah Ketupat Cinta yang dikatakan menggunakan “hadis palsu untuk mengagungkan Syiah”.

Ada juga yang memuji Faisal sebagai penulis yang hebat, namun hasil tulisannya semakin diresapi dengan ideologi Syiah yang ingin disampaikan.

Sumber imej dari 1.bp.blogspot.com

Tak kiralah mesej apa yang sebenarnya ingin disampaikan Faisal, ada yang tak bersetuju dengan tindakan KDN mengharamkan terus novel-novel beliau.

“…(saya) merasakan, tindakan mengharaman pembacaan buku umpama menyuruh orang berhenti berfikir. Ada banyak lagi perkara yang patutnya diharamkan oleh KDN tapi mungkin ini adalah tindakan secara berperingkat.” – Dipetik daripada blog Fara Hanani.

Namun bagi Faisal sendiri, dia rileks je bila dengar pasal perintah larangan daripada KDN ni:

“Terima kasih KDN sebab membantu mencantikkan profil saya. Kebanyakkan pemenang Hadiah Nobel kesusasteraan lalu dicalonkan apabila karya mereka diharamkan pihak berkuasa. InsyaAllah saya akan membuat rakyat Malaysia bangga dengan pengharaman 5 buah buku pelbagai genre ni dikemudian hari.” – Faisal Tehrani, dipetik dari Berita.

4. Buku Irshad Manji kena ban pasal dikatakan ada unsur-unsur menghina Islam

Irshad Manji mula dikenali di Malaysia disebabkan dua buku kontreversi yang dikatakan menghina Islam. Irshad menyeru umat Islam agar berfikir secara bebas namun pada masa yang sama menolak peranan ulama dan mufti yang didakwanya menyebabkan agama bertukar menjadi “kaku.”

12992786_1131705040193376_1451126816_n

Menurut KDN, buku Irshad Manji diharamkan kerana kandungannya dikesan boleh mengganggu sensitiviti Islam dekat Malaysia dan boleh memudaratkan keselamatan serta ketenteraman awam.

“Irshad mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah. Ia turut memberikan penerangan terhadap perlaksanaan kewajipan solat fardhu 5 waktu yang boleh didirikan dengan pelbagai pergerakan dan bahasa mala lebih dari 5 kali sehari.” Datuk Wira Abu Seman Yusof, Timbalan Menteri Dalam Negeri, dipetik dari Sinar Harian.

Irshad Manji punya buku, pengurus kedai pulak yang kena tangkap

Sebuah kedai buku di Bangsar pernah kena serbu dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan dorang merampas buku-buku tulisan Irshad Manji. Dalam kes yang lebih teruk, seorang pembantu kedai buku Borders telah ditahan dan didakwa dibawah kerana ‘menyebar dan mengedar’ buku berjudul “Allah, Liberty and Love”.

Tiga tahun kemudian, Mahkamah Rayuan memutuskan yang  rampasan buku Irshad Manji oleh JAWI di kedai buku Borders tak sah di sisi undang-undang kerana dibuat tanpa sebarang pengumuman larangan atau pengharaman oleh pihak kementerian.

Sumber imej dari https://twitter.com/ibdil/status
Sumber imej dari Twitter.

Datuk Zaid Ibrahim melalui kenyataan beliau berkenaan buku terjemahan yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan anaknya tu mengkritik hebat tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang tetiba nak jugak mengharamkan tulisan Irshad Manji dalam buku kontrevesi tu.

“JAKIM tak ada kuasa untuk haramkan buku pun. Ini masalah menteri yang tak faham tugas. Menteri JAKIM tak ada kuasa haram buku. Menteri Dalam Negeri je ada kuasa!” Zaid Ibrahim, dipetik oleh mStar.

5. Buku Ashaari Muhammad kena ban kerana dikatakan menyebarkan ajaran sesat

Ashaari Muhammad bersama pengikut-pengikut Al-Arqam. Sumber imej dari http://www.anjangmuor.com/2011/11/
Ashaari Muhammad bersama pengikut-pengikut Al-Arqam. Sumber imej dari anjangmuor.com

Semua orang kenal dengan Ashaari Muhammad yang mengasaskan Gerakan Al-Arqam. Mengikut blog Pemuda Selepang Merahgerakan yang mulanya ada 10-12 pengikut pada 1968 dilaporkan berkembang ke kira-kira 10,000 pengikut pada 1994, dan telah diharamkan oleh kerajaan berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994.

Antara tindakan pertama yang dilakukan JAKIM adalah dengan mengharamkan buku Aurah Muhammadiah pada tahun 1986 yang dikatakan menyeleweng dari akidah Ahli Sunnah Waljamaah, Al-Quran dan Sunnah.

“Dengan tersiarnya buku Aurad Muhammadiah itu bererti sudah begitu jelas pendedahan segala aqidah dan amalan kumpulan Darul Arqam pimpinan Ustaz Hj. Ashaari yang amat mengelirukan ummat Islam dirantau ini” – Dipetik dari blog almizaan.wordpress.com.

Imej dari Islamiq.sg
Imej dari Islamiq.sg

(Korang boleh baca kenyataan rasmi dari JAKIM dalam bentuk PDF yang menerangkan hal ini secara lebih lanjut.)

Utusan ada melaporkan yang Ashaari dan pemimpin-pemimpin kanan Al-Arqam telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mereka buat pengakuan secara terbuka bahawa ajaran Aurad Muhammadiah adalah sesat. Sebelum dibebaskan pada 25 Oktober 2004, Ashaari telah dikenakan tindakan tahanan rumah dekat Rawang dan Labuan.

Ada yang mendakwa bahawa fatwa pengharaman Al-Arqam adalah satu konspirasi kerajaan

Individu yang disyaki salah seorang pengikut ajaran Ashaari telah tampil membela ajaran Aurad Muhammadiah dengan menegaskan yang perjuangan Al-Arqam berlandaskan syariat Islam dan lebih istimewa lagi bila perjuangan dorang ni penuh dengan strategi hebat dalam meniti hadis.

“Hanya orang tareqat je mengenal tareqat. Dan, tareqat orang Al-Arqam ialah Tareqat Aurad Muhammaddiah. Kebanyakkannya mereka ialah Ahli Tasawwuf Praktikal, bukan ahli Tasawwuf Falsafah yang pakai teori-teori saja.” – Pengikut Al-Arqam dan Ashaari Muhammad.

Sumber imej dari http://www.mememaker.net/
Sumber imej dari mememaker.net

Lebih 40 buah buku Ashaari Muhammad diban oleh pihak KDN kerana dikhuatiri memberi implikasi ke atas akidah umat Islam. Ashaari Muhammad sendiri telah meninggal dunia pada 14 Mei 2010 disebabkan jangkitan paru-paru.

6. Komik si Zunar kena ban sebab dikatakan sebagai menghasut

Kartunis Zunar memang tak asing dengan kontroversi, dengan kartun-kartun sinis macam yang kat bawah ni:

Salah 1 contoh lukisan Zunar yang dirampas. Sumber imej dari
Salah 1 contoh lukisan Zunar yang dirampas. Sumber imej dari greenboc.blogspot.my

Antara buku-buku Zunar yang telah diharamkan KDN termasuklah 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun dengan alasan ianya “boleh memudaratkan ketenteraman awam.” Tapi Zunar dan MalaysiaKini kemudiannya memfailkan saman ke atas KDN, mengatakan alasan yang diberi adalah tak adil kerana tiada penjelasan yang jelas diberikan oleh kerajaan.

Hasil kegigihan si Zunar dan teamnya, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan perintah supaya kerajaan bayar balik ganti rugi dan memulangkan buku-buku Zunar yang dirampas. Beliau berharap dengan kemenangan ini, takde lagi penindasan yang akan dilakukan terhadap kartunis.

“Sebenarnya, pada era pemerintahan Najib ini, kartunis banyak ditekan dan ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap dengan keputusan mahkamah tak akan berlaku lagi tindakan seperti yang terjadi pada saya selepas ini. Najib pernah kata akan menggubal Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 yang turut digunakan untuk merampas karya saya, jadi saya harap Perdana Menteri akan tunaikan janji itu, jangan berterusan jadi demokrat palsu.” Zunar, dipetik oleh KeadilanDaily.

Keratan akhbar tentang kemenangan si Zunar. Sumber imej dari
Keratan akhbar tentang kemenangan si Zunar. Sumber imej dari freewebcomic.com

Karya beliau diakui kasaq tapi kata Hakim Muhammad Ariff itu bukan alasan kepada kerajaan untuk labelkan karya Zunar sebagai menggugat ketenteraman awam, apa lagi hasutan.

“Perkara penting yang ditekankan dalam penghakiman tersebut ialah jika pihak kerajaan tidak berpuas hati terhadap kritikan dalam kartun saya, mereka boleh menggunakan undang-undang sivil untuk menyaman saya dan bukan dengan mengharamkan terus buku-buku tersebut. Saya juga mahukan kerajaan menghormati kebebasan bersuara dan berkarya seperti yang dijamin dalam Perlembagaan. Kegagalan melakukan ini akan menyebabkan pentadbiran Najib menjadi kerajaan kartun.” – Zunar, dipetik dari Aliran.

Adakah pengharaman buku satu tindakan yang betul?

Kalau korang perasan dalam buku-buku kat atas ni, banyak yang kena ban hanya dengan alasan “ia boleh memudaratkan ketenteraman awam”. Kadang-kadang, penerangan lebih lanjut diberikan (contohnya dalam kes Irshad Manji) dan kadang-kadang tidak (contohnya dalam kes komik Ultraman dan buku kartun Zunar). Tang yang tak explain ni la yang buat kita risau, adakah pengharaman dibuat untuk menyekat kebebasan bersuara?

Dalam surat yang diterbitkan di MalaysiaKini, Elle J Hafiz mengatakan yang pihak berkuasa ibarat ‘kalah’ sebab tak dapat nak berdepan dan menjawab perbincangan yang diajukan buku-buku tersebut.

Menurut Dr Mohd Asri pulak, tindakan KDN ini mungkin akan melahirkan satu budaya yang tak baik dalam negara kita:

“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.” – Dr Mohd Asri, dipetik dari Tinta Anak Muda.

About Nur Lina Mastura 3 Articles
Penulis yang baru nak up dan tidak culture shock. No matter how much suffering you went through, you never wanted to let go of those memories.