- 138Share sekarang!
- Email2
- Facebook136
- Share
Zaman sekarang ni boleh dikatakan semua orang pernah minum air kopi, even produk yang bukan minuman pun ada yang menggunakan perasa kopi ni tau. Semua tempat lah ada kopi ni, tapi bukan tu isunya sekarang. Yang ingin dibicarakan sekarang ni adalah tentang asal-usul sebuah kopi tu dan juga jenamanya tersendiri.
Siapa je tak kenal dengan Starbucks kan, antara kedai yang menjual kopi paling popular di dunia. Tak lupa juga Nescafe, Wonda, dan macam-macam lagi. Tapi tu semua merupakan nama-nama pengeluar minuman kopi antarabangsa. Adakah kita semua pernah terfikir, kat Malaysia ni tak ada ke pengeluar kopi yang bagus? Sebenarnya ada guys!
Tak tahu lah korang memang tak ambil tahu or dah tahu tapi malas nak gembar-gemburkan, tapi Malaysia ada banyak jenama kopi tempatan yang tak kurang hebatnya. Sekarang kitorang nak tumpukan kat Sabah, kenapa Sabah? Baca la sampai habis.
Tenom, daerah pengeluar kopi termahsyur di Malaysia!
Di Sabah, kita ada kawasan yang specialize dalam penanaman kopi tau. Selalu kita dengar ladang kopi ni banyak dekat negara-negara luar seperti Brazil, Colombia dan mostly di Amerika Selatan. Tapi dengan bangganya kitorang nak cakap, di daerah Tenom, kita ada ladang dan kilang kopi premium yang besar!
Macam mana kawasan tu boleh jadi tempat penanaman kopi pula? Cerita dia macam ni, sebelum Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963, mereka telah dijajah oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB) bermula pada tahun 1888. Pada 1926, British juga lah yang mulakan tanaman kopi ni.
Mereka bermula dengan membuka tanah seluas 300 hektar di Estet Sapong, Tenom. Dikatakan pada mulanya mereka mengusahakan kopi jenis Arabica, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tak diingini seperti serangan serangga perosak, mereka mengambil keputusan untuk bertukar kepada kopi jenis Robusta.
Ini kerana, kopi Robusta dikatakan lebih tahan penyakit dan juga sesuai dengan iklim, tanah dan bentuk muka bumi di Tenom. Pasca Persekutuan Malaysia, budaya kopi di Tenom semakin membesar sehingga lebih ramai lagi yang menceburi bidang yang sama. Sampaikan daerah Tenom menjadi antara tempat yang sangat sinonim dengan kopi.
Oh ye, daerah Tenom ni juga merupakan tempat tinggal bagi kaum Murut tau. Mereka merupakan antara kaum majoriti di Sabah dan terdapat satu sejarah yang amat menarik berkenaan Murut di Tenom ni, klik di sini kalau korang nak tahu dengan lebih mendalam pasal dorang.
Yang pasti, tak kisah kilang mana pun yang memproses kopi dekat Tenom tu, ia tetap akan dipanggil sebagai Kopi Tenom!
Biji kopi yang dipanggang menggunakan kayu pokok getah?
Yang best dia, kebanyakan biji kopi yang diproses di Tenom ni menggunakan kaedah orang lama-lama. Daripada proses menanam, memetik dan juga memanggang. Walaupun dunia sekarang dah serba canggih, mereka yang develop kopi kat Tenom ni tak pernah meninggalkan cara lama.
Itu semua sebab dorang nak kekalkan rasa asli Kopi Tenom tu sendiri, kita boleh lihat sendiri di Kilang Kopi Yit Foh. Sebuah kilang kopi tertua di Tenom dan juga Sabah, merekalah yang bertangungjawab dalam kehebatan Kopi Tenom tu sendiri. Kilang mereka dah berdiri sejak 1960 tau!
Dikatakan mereka masih mengekalkan cara memasak biji kopi menggunakan kayu api daripada batang pokok getah tua, ia dianggap kaedah yang terbaik dalam menghasilkan biji kopi panggang yang berkualiti. Dalam pada itu, ia merupakan inisiatif terbaik untuk mengekalkan aroma asli Kopi Tenom sejak 61 tahun dahulu.
“Saya pernah mencuba (memanggang) menggunakan gas tetapi aroma dan rasanya tidak sebaik menggunakan kayu api. Aroma asli kopi Tenom hilang jika biji kopi tidak dimasak menggunakan kayu api kerana ketika diasaskan bapa saya setengah abad lalu, hanya bahan api itu digunakan untuk memasak biji kopi dan saya meneruskannya hingga ke hari ini,” Alex Yong Fui Chiang, Pengarah Urusan Yit Foh Sdn Bhd, petikan dari Berita Harian
Yang lebih menarik, biji kopi dorang tu dipanggang sekali dengan gula pasir dan juga mentega. Ia dimasukkan dalam satu tong besi dan dimasak selama dua jam sampai ia mengeluarkan bau yang harum! Pergh, dengan menulis benda ni je pun dah buat kitorang rasa nak cuba Kopi Tenom tu.
Tempat pelancongan yang orang ramai terlepas pandang
Bila nak cakap pasal pelancongan, Sabah ni memang dah dikira sebagai antara tempat yang best. Sabah tu sendiri sinonim dengan pulau-pulau yang cantik, makanan laut yang sedap dan tak lupa juga penduduk yang sangat peramah. Tapi sebenarnya terdapat banyak lagi benda lain yang boleh di explore oleh kita semua.
Sabah ni bukan setakat ada pulau yang cantik je tau, dia pun ada gunung-ganang yang terbaik! Macam korang semua tahu lah, dorang kan ada Gunung Kinabalu kan. Tapi bila pergi ke Tenom ni, pemandangan kat situ yang mahal sebenarnya. Menariknya lagi, ada kereta api lama yang boleh korang naik untuk bersiar-siar kat sana.
Alang-alang dah travel untuk minum kopi kat situ, apa salahnya cuba naik kereta api lama tu. Kalau korang nak tahu dalam filem Ola Bola, terdapat satu scene di mana seorang watak dalam filem tu sedang menaiki sebuah kereta api lama dan kelilingnya diselubungi pemandangan gunung-ganang yang sangat lawa!
Jadi tak rugi kalau korang letakkan Tenom ni dalam bucketlist untuk bercuti lepas COVID habis nanti. Pastikan sentiasa sokong produk tempatan, sebab siapa lagi nak sokong kalau bukan kita kan. Bak kata ayat dekat tv tu, BARANG BAIK BARANG KITA!
- 138Share sekarang!
- Email2
- Facebook136
- Share