- 371Share sekarang!
- Email20
- Facebook351
- Share
Korang tahu tak, sempena ulang tahun BOH yang ke-90, satu ruang baru yang dinamakan sebagai Tristan’s Terrace dah dibuka kat Ladang Teh BOH Sungei Palas. Sempena ulangtahun yang ke-90 tu jugak BOH Tristan Russell yang merupakan cucu kepada pengasas BOH tu ada terbitkan 1 buku mengenai sejarah keluarga dia yang mengasaskan jenama BOH kat Malaysia yang bertajuk, “Making Their Mark on Three Continents”.
Sebelum tu, Tristan’s Terrace yang dibina kat situ adalah sebagai penghormatan kepada Pengerusi BOH yang dah berkhidmat dari Ogos 1966 hinggalah Julai 2019, sejak umur dia 21 tahun lagi. Dan sebagai salah satu cara untuk mengabadikan kenangan pengasas jenama BOH kat Malaysia.
Bila cakap pasal BOH, semua orang tahu yang ia sangat sinonim dekat Cameron Highlands dan merupakan ladang teh yang terbesar kat Asia. Dan alang-alang tu, kitaorang nak cerita pasal …
James Bond tinggal kat Cameron Highlands?!
(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Korang tahu tak sebenarnya watak James Bond yang korang selalu tiru tu sebenarnya berasal dari kisah seorang lelaki yang pernah tinggal kat Cameron Highland? Jeng…jeng…jeng…
Kat Malaysia ni, tak kira orang tua ke, orang muda ke mesti kenal dan familiar dengan cerita 007 dan watak James Bond. Sebab watak dan cerita spy-spy ni evergreen sampai sekarang. Dan cerita James Bond ni jugak merupakan salah satu francais filem yang majukan dunia Hollywood. Bila sebut je pasal James Bond, mesti satu dunia dapat cam. Bermula dari Dr. No pada tahun 1962 sampailah ke tahun 2000-an.
Sebenarnya, idea pasal perisik dan mata-mata ni dapat menjadi pilihan imaginasi rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lagi. Biasanya lengkap dengan beberapa orang perempuan cantik dan seseorang yang lengkap dengan tuxedo. Dan watak pengintip ni sangat familiar dengan pemegang RAHSIA SULIT.
Betul ke Ian Felming yang buat cerita James Bond tu berasal dari lelaki yang tinggal kat Cameron Highland?
Macam yang semua orang tahu watak James Bond ni dicipta oleh Ian Felming. Tapi, apa yang korang mungkin tak tahu pasal Ian Felming ni, dia bukan je ada imaginasi yang hebat, dia jugak SEBENARNYA seorang pegawai perisikan angkatan laut. Dia turut selalu dikaitkan dengan Perkhidmatan Rahsia British waktu dia ada kat sana.
Waktu tu, dia banyak menyaksikan peristiwa kehidupan sebenar yang akhirnya berakhir dalam pengembaraan James Bond. Termasuklah pengalaman peribadi dalam menyaksikan permainan poker, dan tengok seorang ejen Serbia, Dusan Popov yang keluar dari laut pada tahun 1940 untuk berhubung dengan ejen-ejen Belanda, yang lengkap dengan suit tuxedo.
Walau bagaimanapun, bila ramai orang syak yang Ian Felming buat cerita James Bond tu berdasarkan kehidupannya sendiri, Lynette Silver yang merupakan penulis dari Australia ada sebabnya yang tersendiri untuk mengatakan James Bond sebenarnya dicipta daripada ejen MI6, Denis Emerson-Elliot. Yang dulunya duduk kat Cameron Highlands waktu zaman Tanah Melayu diancam komunis.
“Saya berumur sembilan tahun waktu kami memutuskan untuk berpindah ke Cameron Highlands pada tahun 1948. Tapi pada masa yang sama, saya sama sekali tak tahu bahawa ayah saya seorang pengintip rahsia, saya juga tidak tahu bahawa ibu saya adalah orang Rusia.
____
Dan identitinya sebagai seorang gadis Inggeris yang dilahirkan di Somerset Scotland adalah pelindung untuk identiti sebenarnya,” – Derek Emerson-Elliot, anak Denis, sumber dari Dailyexpress.com.my
Dan dia bukanlah hanya menjadi perisik je. Ini adalah beberapa persamaan antara James dengan Denis.
- Kedua-duanya adalah pegawai dari Royal Naval Reserve
- Kedua-duanya bekerja untuk MI6 dan fasih bercakap beberapa bahasa asing
- Kedua-duanya menyukai kereta
Tak macam Bond, Denis selalu berperwatakan merendah diri, dan menggunakan perniagaan yang menguntungkan dalam menjual barangan yang dirampas dari Jepun, lepas Perang Dunia ke-II. Dia jugak pernah bermain ragbi dan kriket untuk Kelab Kriket Selangor. Lepas Perang Dunia ke-II, Denis Emerson Elliot secara rahsia melakukan banyak aktiviti pengintipan dan perisikan di negara jiran Singapura, yang waktu tu dalam proses pemulihan lepas pendudukan Jepun.
Walau bagaimanapun, pada awal tahun 1948, dia tiba-tiba berpindah (dengan ahli keluarganya dan perniagaannya) ke Cameron Highlands, Pahang. Dia bagitahu keluarganya ia bertujuan untuk mengelakkan diorang daripada cuaca panas dan lembab di Singapura. Waktu tu, Cameron Highlands merupakan kawasan percutian yang menjadi tempat tumpuan penjajah untuk melepaskan diri daripada haba dan cuaca tropika.
Codename dia sebenarnya adalah 007
“Suatu hari Derek menghantar saya beberapa kertas bapanya dan, bila saya tengah baca kertas tersebut, nombor BB007 muncul. Saya tanya Derek kalau dia tahu apa maksudnya. Dia tak tahu. Tapi saya tahu. Ia sebenarnya adalah nombor perkhidmatan rahsia ayahnya, dan saya berseloroh mengatakan bahawa ia adalah nombor yang sama dengan cerita rekaan James Bond.” –Lynette Silver.
Derek tak tahu yang BB tu sebenarnya bermaksud Biro British (British Bureau). Dan Derek ada bagitahu yang…
“Ayah saya adalah kawan rapat kepada Ian Fleming, yang dilatih dengannya di Scotland untuk MI6. Dan merupakan nombor yang “bertentangan” di England waktu perang, di mana dia memegang jawatan yang sama dengan Perisikan Angkatan Laut British seperti ayah saya di Australia. Mereka sangat rapat sepanjang tempoh peperangan tu.” – Derek Emerson-Elliot, anaknya, sumber dari buku“In the Mouth of the Tiger” by Lynette Silver.
Jadi, apa yang Denis buat kat Cameron Highlands pada tahun 1948?
Pada tahun 1940-an, kat situ takde lagi ladang strawberi dan taman rama-rama macam sekarang. Cameron Highlands masa tu dikenali sebagai tempat perlindungan untuk masyarakat British dari cuaca panas dan lembab Malaysia. Diaorang boleh bersantai dengan rasa tenang tanpa berpeluh.
Walau bagaimanapun, dengan adanya pembunuhan tiga pengurus ladang berhampiran Sungai Siput pada tahun 1948, keadaan darurat telah diisytiharkan di Tanah Melayu. Dan tak lama lepas tu, Cameron Highlands berubah daripada sebuah bandar percutian kepada tempat persembunyian komunis. Semua orang masa tu akan berjaga-jaga bila berjalan di Cameron Highlands dengan pengawal dan senjata.
Tapi, Emerson-Elliot pula berjalan-jalan tanpa pengawal dan diaorang jugak ada bersantai kat kawasan tu tanpa sebarang perlindungan daripada anggota bersenjata. Diaorang tinggal dekat sebuah banglo – Starlight Cottage (masih ada lagi sampai sekarang, tapi dan diubah nama menjadi Sunlight Cottage). Dan jugak Moonlight Cottage.
Tapi, macam mana pulak Denis dengan keluarga dia tak diganggu oleh anasir-anasir tu? Sebenarnya, bila komunis bergerak ke Cameron Highlands, cawangan-cawangan keselamatan mula menutup banyak perniagaan, sebab disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Dan salah satu perniagaan yang ditutup tu adalah Blue Cow Hotel.
Bila hotel tu dah tak beroperasi, ada seorang ketua chef yang berbangsa Cina dikenali sebagai Ah Kow, dah hilang pekerjaannya. Jadi, Denis mengupahnya jadi tukang masak untuk keluarganya. Dan anak-anaknya diberitahu oleh Denis dengan adanya Ah Kow bersama diaorang, diaorang akan selamat dari sebarang bahaya daripada pihak komunis.
Tapi sebenarnya … Ah Kow hanyalah satu cerita yang diceritakan untuk kanak-kanak. Sebab Denis Emerson-Elliot sendiri, sebenarnya sekutu dari komunis yang sama. ?
Tercetusnya ‘pemberontakan’ Bond ke atas CHIN PENG??
Jadi Denis ada kat Cameron Highlands disebabkan dia dah diseludup masuk ke dalam Parti Komunis Malaya.
“Father managed to convince the MCP that he was on their side. They thought he was a double agent. Lynette and I both believe that he proved his credentials by betraying to the communists a Russian secret service agent, Lt Skripkin, who told the British Secret Service he wanted to defect all on his own,” Derek said.
____
When his defection became known to Mi6 in Singapore, my father had to tell his KGB handler of the fact, in case the ‘defection’ was just a ploy to test whether or not my father was really on their side” – Derek Emerson-Elliot, sumber dari dailyexpress.com.my
Malangnya, pengintip KGB tu kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati, untuk membuktikan kat PKM yang Denis berada kat pihak mereka. Tapi, Denis ada misinya sendiri bagi meyakinkan PKM untuk beroperasi dari hutan, disebabkan oleh 2 benda –
- Supaya diaorang dilihat sebagai organisasi bandit dan bukan parti sebenar dengan peluang untuk dapatkan daya tarikan. Diaorang pada waktu tu ada kat banyak bandar di seluruh Tanah Melayu, dan mula mendapatkan sokongan daripada banyak kesatuan pekerja.
- Operasi dari hutan adalah sukar, dan mahal … dan akhirnya akan gagal.
Dan korang rasa siapa yang berasal dari Cameron Highlands pada waktu tu? Seorang pemuda (dalam lingkungan awal 30-an) dan dilantik sebagai ketua PKM, iaitu CHIN PENG. Dan menurut Lynette, Chin Peng dengan pengikutnya tinggal kat sebelah Moonlight Cottage, lebih kurang 80 meter dari jalan yang sama dari Starlight Cottage.
Ia merupakan tempat keluarga Denis tinggal bersama Ah Khow. Denis pasang talian telefon ketenteraan antara kedua-dua rumah … dan memberi amaran kepada kanak-kanak supaya tak menyentuhnya, sebagai amaran kepada Chin Peng tentang bahaya yang melintasi jalan tu.
“Walaupun kanak-kanak tu hidup dalam kebahagiaan mereka sendiri di Starlight, tapi di Moonlight pulak, ada lapangan pembunuhan PKM, komunis yang sedang menjalankan hukuman mati pada ‘pembelot’ dan menguburkan mayat tersebut di ladang mawar.” – Lynette Silver.
Pada 1948, ada satu keluarga yang menginap sementara di Cameron Highlands dengan secara tiba-tiba diaorang berpindah ke sebuah banglo yang berhampiran bandar. Dan diaorang dapati rumah lama diaorang dikelilingi askar-askar British Gurkha, yang beberapa minggu lepas tu jadi pengawal kepada keluarga tu. Lengkap bersenjata.
Beberapa minggu lepas tu, Denis pindahkan keluarganya keluar dari Cameron Highlands, tanpa kawalan, dalam kereta Austin Wolseley. Waktu diaorang menuruni gunung, melepasi satu ladang getah kat Tapah, tiba-tiba ada satu tembakan dan peluru menembusi bahagian sebelah kanan kereta tu. Denis brek kereta tu secara mengejut dan menjerit beberapa perkataan dalam bahasa Melayu dan Kantonis kat penyerang yang tak kelihatan tu. Tembakan tu berhenti, dan keluarganya meneruskan perjalanan diaorang tanpa ada sebarang kecederaan.
Denis buat tugasnya dengan sangat baik, dan pada 27 Julai, PKM secara rasminya diharamkan, diaorang dipaksa untuk kembali ke dalam hutan dan berjaya menghalang diaorang daripada mengambil bahagian dalam mana-mana pilihan raya. Komunis tak pernah keluar dari hutan (akhirnya berpindah ke Thailand) dan kemudiannya diaorang menyerah pada tahun 1989.
Dan itulah cara pengembaraan 007 berakhir…
Lepas pengembaraan tu, Denis kembali ke United Kingdom. Kat sana, diaorang tinggal beberapa tahun, dan berhubung dengan beberapa orang kawannya, termasuklah Ian Fleming, yang baru je menyusun imaginasi pemikirannya untuk bukunya yang pertama, Casino Royale.
Pada tahun 1955, Denis pindah ke Perth sebelum berpindah ke Canberra pada tahun 1964. Kat sinilah dia jumpa sejarawan/pengarang Lynette Silver, yang kitaorang ucapkan ribuan terima kasih sebab secara rasminya artikel ni berjaya dibuat. (Korang kena beli buku dia!). Tapi inilah pengalaman Lynette berjumpa dengan BB007 pada waktu tu.
“Dia menetapkan waktu dan tarikh, untuk makan tengahhari bersama. Dia melewati semua kafe kecil yang selesa dan saya fikir “Kenapa dia tak pergi ke sana?”. (Sebaliknya) dia pergi ke kafe yang sibuk, dan duduk jauh di sudut kafe, dengan matanya ke arah pintu. Ketika itu, saya tahu yang saya sedang makan dengan pengintip yang sebenar!” – Lynette Silver, sumber dari Channel 9 Australia.
Denis sebenarnya menyesal dengan apa yang dia buat. Dia malu yang dia kena selalu menipu dan mengkhianati orang setiap hari, dan sangat sedih dengan benda yang dia buat.
“Bond adalah fiksyen. Bukan siapa-siapa tapi hanya watak fiksyen yang berdasarkan penipuannya, pengkhianatannya dan kekacauan yang diatasi Bond. Dalam kehidupan sebenar, ia pastinya menjejaskan ayah saya.
____
Dia mengakhiri kehidupannya dengan membenci apa yang dia buat, dan meratapi tugas yang dia buat membahayakann orang ramai. Akhirnya, dia benci dengan perkhidmatan rahsianya. ” – Derek Emerson-Elliot, SMH.com.au
- 371Share sekarang!
- Email20
- Facebook351
- Share