- 141Share sekarang!
- Email2
- Facebook139
- Share
Baru-baru ni ada kes kematian bayi lepas budak tu balik dari taska yang menyebabkan kemarahan kat mak ayah budak tu sebab pihak taska lambat bagitahu keadaan budak tu. Dan bila diaorang tanya kenapa budak tu jadi lemah tak bermaya sedangkan elok je waktu hantar, pihak pengasuh tak bagi apa-apa jawapan.
Tapi lepas bedah siasat, budak tu meninggal sebab paru-paru berair, bukan sebab kes dera atau sebaliknya. Tapi apa yang jadi trauma bagi para mak ayah sekarang ni dengan pusat asuhan kanak-kanak, diaorang takut anak diaorang tak dijaga dengan baik dan lagi-lagilah sekarang ni pusat asuhan kanak-kanak ni banyak terlibat dengan kes penderaan, ada jugak kes bayi mati disumbat dalam peti sejuk! Ish ish ish.
Kalau kita tengok sekarang ni banyak kes kematian atau kehilangan bayi dan kanak-kanak yang melibatkan pengasuh yang jaga bayi tu sendiri. Dan bila kes kematian bayi ni dibawa kat pihak hospital, laporan perubatan ada nyatakan yang ada sesetengah bayi terlibat dengan sindrom goncang bayi. Apa tu? Jadi, kali ni Soscili nak cerita pasal sindrom goncang bayi ni.
Apa beza sindrom goncang bayi dengan sawan?
Apa yang korang buat bila korang jumpa baby dengan kanak-kanak yang comel? Mesti korang terus dukung dan timang-timang budak tu kan? Tapi korang nak tahu tak timang bayi tu sebenarnya bahaya kat baby tu sebab tu boleh dikategorikan sebagai salah satu penderaan dan boleh menyebabkan kematian.
Tapi kadang-kadang orang mungkin keliru ataupun tak tahu yang budak dan bayi tu sama ada mengalami sindrom goncang bayi (Shaken Baby Syndrome / Shaken Impact Syndrome) ataupun masalah sawan.
Kadang-kadang bila bayi tu asyik meragam dan menangis, kita tak tahu nak buat apa dan ada sesetengah mak ayah atau penjaga bayi tu lebih cenderung nak timang-timang bayi tu, kira macam nak tenangkan bayi tu lah. Diaorang memang boleh berhenti menangis dan meragam tapi ada sesuatu yang tersembunyi yang kita tak tahu kat dalam badan dia sebab kena timang tu.
Korang boleh tengok video ni dulu:
https://twitter.com/999Malaysia/status/1102828555212214272
Sindrom ni jadi bila bayi ditimang ataupun digoncang terlalu kuat yang boleh buat tisu otak, salur darah dan saraf kat otak bayi tu terkoyak. Sebab otak bayi ni lembut dan dia hanya disokong dengan bantuan otot-otot tengkuk bayi dengan saluran darah yang mengelilingi otak bayi tu je. Tapi otot-otot dan salur darah tu pun lembut dan lemah lagi. Jadi takde apa yang boleh lindungi otak tu dari terkeluar dari landasan dia dan boleh menyebabkan kecederaan kat situ disebabkan pergerakan kepala dan otak yang kuat dari depan ke belakang tanpa kawalan.
Kalau sawan pulak, dia berbeza dengan sindrom ni sebab sawan pun akan attack orang dewasa, bukan kanak-kanak dengan bayi je. Tapi sawan ni lebih cenderung jadi kat bayi dan kanak-kanak je sebab daya tahan badan diaorang tak sekuat orang dewasa dan mudah dijangkiti bakteria ataupun kuman. Sawan ni jadi bila sel dalam otak mengalami gangguan. Contohnya macam litar pintas elektrik tu, ada salah satu wayar (sel) yang tak dapat nak bagi signal kat dalam laluan litar tu, dan jadinya mentol kat litar tu tak dapat aliran elektrik untuk pancarkan cahaya.
Tapi sawan ni takkan menyebabkan kerosakan otak ataupun mengganggu tahap intelektual kanak-kanak kalau ada perubatan dan respons yang cepat kalau nak dibandingkan dengan sindrom goncang bayi tu. Sawan biasanya melibatkan suhu badan bayi yang luar biasa dan kekejangan kat badan dia. Sawan jugak ada banyak jenis antaranya macam sawan demam, sawan fokal, sawan tak sedar, sawan atonik, sawan tonik dan sawan myoklonik.
Betul ke timang bayi je pun boleh mati?
Bila kita cakap apa-apa jenis penyakit pun, mesti ada risiko dan kesan dia. Sama jugaklah macam risiko sindrom goncang bayi ni. Tapi apa yang lebih menakutkan, risiko dan kesan sindrom goncang bayi ni sangatlah serius sebab boleh menyebabkan kematian.
Sindrom ni melibatkan saraf dalam otak bayi kurang untuk dapat kanoksigen. Ada statistik yang bagitahu satu per empat sama dengan 25% bayi ataupun kanak-kanak yang terlibat dalam sindrom dan kes ni akan mengalami kecederaan teruk yang boleh melibatkan kematian. Selebihnya akan mengalami kecederaan otak yang melibatkan jangka masa panjang contohnya macam lumpuh, perkembangan otak terbantut, perubahan tingkah laku dan boleh jadi celebral palsy.
Ada kajian bagitahu yang 1 daripada 4 bayi dan kanak-kanak yang kena sindrom ni mati disebabkan risiko sindrom yang bahaya. Mungkin kita nampak macam perkara ni biasa dan remeh je sebab kadang-kadang kita timang bayi, bayi tu akan gelak. Tapi kita tak tahu kesan jangka masa panjang dia yang melibatkan pembesaran kanak-kanak tu terbantut.
Disebabkan otak bayi ni sangat sensitif, senang bengkak, lebam dan kena jangkitan, disebabkan goncangan yang kuat tu boleh menyebabkan kurangnya bekalan darah untuk dibawak kat otak yang menyebabkan aliran oksigen kat otak tak sampai.
Antara kesan jangka masa panjang sebab sindrom ni contohnya macam pergerakan otak tak dapat dikawal dan menyebabkan bayi tu tak boleh cakap secara normal, hilang dan mengalami masalah daya penglihatan dan terencat akal.
Sindrom ni pun dianggap sebagai salah satu penderaan kanak-kanak, sebab bayi atau kanak-kanak tu tak rela kena timang, dan dah kena timang tiba-tiba jadi risiko yang bahaya pulak. Selalunya tak ada tanda-tanda atau cara untuk kesan yang bayi atau kanak-kanak ni dah mengalami sindrom ni sebab dia takde tunjuk kesan luaran ataupun kecederaan fizikal. Dan bayi kecik macam tu tak berupaya nak berkomunikasi yang dia sebenarnya sakit.
Tapi antara kemungkinan bayi ataupun kanak-kanak tu mengalami sindrom ni contohnya macam bayi tu tak sedarkan diri, muntah-muntah, selalu kena sawan, pendarahan dalam mata bayi, bayi tu ada masalah pendengaran dan masalah pernafasan.
Taska selalu terlibat dengan kes ni, sebab…
Bila kita semak balik kes sindrom goncang bayi ni mesti ada kaitan dengan rumah pengasuh atau taska sebab secara umumnya taska ni banyak terlibat dengan kes-kes penderaan, kematian kanak-kanak dan kecederaan. Kadang-kadang mak ayah dah jaga elok anak diaorang tapi bila bagi orang jaga, ada je cerita dan berita yang tak elok. Dan dari tahun 2013 hingga 2018, ada sebanyak 1649 kes penderaan yang berlaku kat rumah pengasuh.
“Kita dapat lihat sekarang ada banyak (kes penderaan dan kematian) membabitkan pengasuh, dan kalau kita tidak lakukan sesuatu, jumlah ini dikhuatiri akan meningkat. Yang menjadi mangsa adalah ibu bapa,” – Nornazlina Mohamad Ghazali, anaknya menjadi mangsa kepada sindrom goncang bayi di rumah pengasuh, sumber dari Mstar.
Dan… bila cakap pasal taska selalu terlibat dengan kes macam ni, ia disebabkan ada banyak laporan dari pihak perubatan yang sahkan bayi dan kanak-kanak tu kena sindrom goncang bayi lepas bayi tu dihantar kat rumah pengasuh. Sebenarnya, kesan daripada sindrom ni boleh menyebabkan 80% otak kanak-kanak tu rosak dan peluang untuk kanak-kanak tu sembuh sebenarnya tipis sebab tu melibatkan otak.
Tu yang sebab ramai ibu bapa pilih untuk hantar anak diaorang kat atok nenek diaorang yang jaga, sebab lebih terjamin. Dan dulu ada jugak usul untuk wujudkan taman asuhan (taska) kat tempat kerja untuk mudahkan para ibu bapa hantar dan perhatikan anak-anak mereka. Tapi nampaknya belum ada apa-apa perkembangan walaupun dah ada sesetengah tempat kerja yang memang sediakan kemudahan yang macam tu.
Tapi bila kes macam ni jadi, nak sabitkan kesalahan pun tak boleh sebab kebanyakan ibu bapa lebih suka nak hantar anak diaorang kat rumah pengasuh yang tak formal, di kawasan kejiranan diaorang sebab lagi mudah dan dekat. Kita pun tahu bila rumah pengasuh yang tak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ni mesti kurang kelengkapan keselamatan contohnya macam CCTV.
Jadi bila kes macam ni jadi, banyak kes tak dapat nak diteruskan sebab takde bukti yang kukuh dan legit untuk tegakkan keadilan kanak-kanak tu disebabkan tak berdaftar dan kurang kelengkapan keselamatan. Dan, ada laporan jugak bagitahu dianggarkan 90% taska kat Malaysia tak berdaftar dengan JKM dan kat Malaysia sebenarnya kurang pusat asuhan kanak-kanak untuk menampung jumlah keseluruhan kanak-kanak kat Malaysia.
Tapi menurut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, pengusaha taska yang jaga kurang dari tiga orang kanak-kanak yang takde lesen dan tak berdaftar; mereka dikecualikan daripada mendaftar. Sebab dalam kuantiti kanak-kanak yang masih boleh dipantau secara keseluruhannya. Selain tu, JKM dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga bagitahu yang diaorang tak haramkan jugak taska yang beroperasi kat rumah yang secara tak formal.
Kalau ikutkan akta dan undang-undang tu, diaorang memang dah tetapkan satu tahap yang mudah dan fleksibel untuk semua orang tapi berbalik jugak kat ibu bapa tu semula, sebab tu peranan ibu bapa nak pantau dan pilih pusat pengasuh kanak-kanak.
Ada jugak laporan yang nyatakan, ada ibu bapa yang ambik langkah mudah dengan cari rumah pengasuh secara dalam talian dan melalui media sosial je. Kalau macam tu, susahlah nak nilai, tahu karakter pengasuh tu dan nak pastikan pusat pengasuh tu ada kemudahan yang lengkap sebelum hantar anak-anak diaorang. Kalau macam tu takkan nak salahkan pihak pengasuh jugak?
Awasi pusat pengasuh kanak-kanak yang korang pilih!
Sebenarnya, untuk kawal situasi dan kes ni daripada berterusan berlaku, ianya perlukan semua pihak untuk mainkan peranan. Sebab tu pihak kerajaan ada rancang untuk kawal selia pusat asuhan kanak-kanak dengan menyuruh semua pusat asuhan kanak-kanak untuk mendaftar dengan JKM. Dan ada jugak Talian Kasih yang diperkenalkan untuk kemudahan semua orang laporkan kalau ada kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak.
“Jangan cari pengasuh secara dalam talian. Tolong jangan memilih orang yang tidak dikenali, dapatkan cadangan peribadi seperti daripada rakan yang sudah mengenali pengasuh itu.
Kita di kementerian mahu memastikan ibu bapa boleh terus bekerja dan kanak-kanak selamat,” – Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sumber dari BH Online.
- 141Share sekarang!
- Email2
- Facebook139
- Share