- 1.3KShare sekarang!
- Email167
- Facebook1.2K
- Share
Apa perasaan korang sewaktu pertama kali kena inject? Jangan kira waktu bayi ye, sebab korang tak tahu apa-apa pun time tu. Haa mestilah time sekolah kan, masa darjah satu. Kami percaya mesti ada antara korang yang menangis tersedu sedan dan taknak datang sekolah time tu sebab takut.
Imunisasi adalah satu cara pencegahan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya bagi kanak-kanak. Ia bertujuan untuk mencegah beberapa jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus. Malah ia jugak diberikan secara percuma pada bayi dan kanak-kanak kat klinik kerajaan.
Tapi korang tahu tak, sebenarnya terdapat jugak beberapa suntikan yang tak dibekalkan oleh kerajaan. Seriuslah? Ye, suntikan tambahan ni hanya boleh didapati kat klinik atau hospital swasta je. Hmm tapi kenapa ye?
Mungkin sebab harganya yang mahal, sebab tu kerajaan tak berikan secara percuma
Ada beberapa vaksin tambahan yang tidak termasuk dalam jadual vaksinasi kerajaan. Antara vaksin tambahan yang common untuk kanak-kanak adalah Pneumococcal, Rotavirus dan Chickenpox. Ini adalah paling common dan ibu bapa kerap ambil.”- Dr Aishah Alsagoff, Pegawai Perubatan di Pusat Rawatan Pakar Kanak Kanak. Ketika diinterview oleh SOSCILI.
“Dalam banyak-banyak vaksin tambahan, pada saya Pneumococcal paling penting! Kalau boleh saya cakap tahap wajib untuk ambil melihatkan keadaan zaman kita sekarang.” – Dr Aishah Alsagoff, Pegawai Perubatan di Pusat Rawatan Pakar Kanak Kanak. Ketika diinterview oleh SOSCILI.
Menurut Dr Aishah lagi, suntikan Pneumococcal ni ada dua jenis vaksin yang digunakan untuk kanak-kanak. Synflorix, harga lebih kurang RM170 dan Prevenar 13, harga RM300 dan kadang-kadang lebih dari itu. Malah bagi seorang bayi pula memerlukan sehingga empat dos suntikan pada masa yang berlainan.
“Pneumococcal ni ada banyak strain. Synflorix hanya bagi protection untuk beberapa strain sahaja. Prevenar 13 pula bagi protection yang lebih. Tapi biasanya kami akan recommendkan prevenar 13, lebih-lebih lagi untuk bayi bawah 2 tahun. Tapi, kalau nak ambil Synflorix pun takde masalah, its better than nothing.” -Dr Aishah Alsagoff, Pegawai Perubatan di Pusat Rawatan Pakar Kanak Kanak. Ketika diinterview oleh SOSCILI.
Ketika kami cuba hubungi beberapa klinik dan hospital yang menawarkan vaksin ni dan kami dapati anggaran untuk satu dos suntikan adalah antara RM250-RM350 (bergantung pada hospital dan klinik).
“Pada saya, vaksin ini tak termasuk dalam jadual imunisasi kerajaan bukan sebab ianya tak penting, tapi mungkin lebih kepada tiada bajet untuk diberikan percuma dan meletakkan priority first.”- Dr Aishah Alsagoff, Pegawai Perubatan di Pusat Rawatan Pakar Kanak Kanak. Ketika diinterview oleh SOSCILI.
Walau bagaimanapun, menurut Dr Musa selaku Pakar Perunding Pediatrik ada menyatakan bahawa Persatuan Pediatrik Malaysia masih berusaha untuk melobi Kementerian Kesihatan untuk memasukkan vaksin ni ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan yang diberikan secara percuma kat Klinik Kerajaan dan diwajibkan kepada semua bayi Malaysia.
Bagi Rotavirus pula, ia merupakan nama virus yang sering menyebabkan cirit birit dan biasanya ia boleh menyebabkan cirit-birit yang berpanjangan. Kadang sampai berminggu.
“Risikonya kanak-kanak/bayi boleh dehydrated dengan cepat. Vaksin rotavirus hanya minum sahaja, boleh ambil seawal 2 bulan. Biasanya perlukan dalam 2-3 dos.”- Dr Aishah Alsagoff, Pegawai Perubatan di Pusat Rawatan Pakar Kanak Kanak. Ketika diinterview oleh SOSCILI.
Tapi ada jugak yang cecah sehingga RM3,600 untuk satu dos je! Seriuslah??
Satu dos injection je sampai RM3,600? Kenapa mahal sangat? Injection apajadah ni?
“Baby saya ambil injection synagis sebab dia lahir pramatang masa usia kandungan 30 minggu dengan berat 950g. Malah, masa lepas bersalin tu baby kena admit dekat NICU selama 78 hari.” -Nuraida Ibrahim ketika di interview oleh SOSCILI.
Menurut Puan Nuraida, injection tersebut memang digalakkan oleh pihak hospital untuk bayi pramatang berusia bawah 30 minggu dan berat bawah 1kg. Nama lain bagi injection ni ialah Palivizumab.
“Palivizumab adalah antibodi yang dihasilkan oleh teknologi DNA. Injection ni adalah untuk pencegahan jangkitan virus pada saluran pernafasan (RSV) serta menguatkan body imun anak saya.”– Nuraida Ibrahim ketika di interview oleh SOSCILI.
“Memandangkan saya bekerja, saya apply half paid 4 month untuk menjaga anak saya dan sekarang suami saya pula ambil alih untuk jaga.Alhamdulillah sekarang anak saya sihat walafiat dan saya masih kuarantinkan anak tidak bawa keluar ke mall dan tempat-tempat crowded serta avoid dari smokers.”- Nuraida Ibrahim ketika di interview oleh SOSCILI.
“Oleh kerana saya ni staff kerajaan, jadi saya mintak peruntukan dari JPA untuk bantuan vaksinasi anak saya ini dan alhamdulillah lulus.” – Nuraida Ibrahim ketika di interview oleh SOSCILI.
1.6 juta kanak-kanak seluruh dunia mati setiap tahun akibat penyakit Pneumococcal
Antara suntikan yang paling femes dan sering diambil beratkan ialah suntikan Pneumococcal sebab menurut Dr Aishah, penyakit Pneumococcal ini bukan main-main. Ia datang dengan pelbagai komplikasi.
“Kes-kes Pneumococcal di kalangan kanak-kanak setiap tahun makin meningkat. Untuk kanak-kanak, Pneumococcal boleh menyebabkan pneumonia, iaitu radang paru-paru dan juga meningitis, iaitu jangkitan kuman selaput otak.
Untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, jikalau dapat pneumococcal meningitis, terus terang, tak ramai yang survive.”- Dr Aishah Alsagoff, Pegawai Perubatan di Pusat Rawatan Pakar Kanak Kanak. Ketika diinterview oleh SOSCILI.
Bakteria ini biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin.
“Simptom jangkitan Pneumococcal sangat mirip dengan demam atau selesema biasa, jadi ia sukar dikesan awal. Biasanya ibu bapa membawa anak mereka yang demam, batuk atau selesema namun tidak menyangka yang anak mereka dijangkiti virus ini.” – Dr Musa, Pakar Perunding Pediatrik. Dipetik dari Harian Metro.
Menurut Dr Musa lagi, dia pernah mengendalikan kes bayi yang demam panas dan muntah-muntah. Tapi selepas 10 jam rawatan, akhirnya bayi tersebut meninggal.
Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah, hampir setiap dua minit, seorang kanak-kanak Asia akan mati akibat penyakit Pneumococcal ni terutama kat negara-negara membangun. Walaupun angkanya meningkat tinggi, namun hanya segelintir je golongan ibu bapa kat Malaysia menyedari betapa seriusnya penyakit ini.
“Suntikan vaksin Pneumococcal walaupun bukan satu suntikan wajib kepada anak-anak kecil, sebenarnya perlu kerana dapat menolong mencegah rangkaian jangkitan-jangkitan lain.” – Chan Li Jin, Pengarah Kempen Yes to Pneumococcal Protection. Dipetik dari Utusan.
Ibu ini menyesal kerana tak ambil suntikan tambahan untuk anaknya
Pada tahun 2013, seorang kanak-kanak Malaysia bernama Aqil telah meninggal dunia akibat serangan penyakit pneumonia. Menurut sumber dari Utusan, pada mulanya kanak-kanak itu diserang demam hingga mencecah 38.3 darjah Celsius. Tapi lepas beberapa hari, suhu demamnya tu semakin meningkat.
“Kami membawanya ke sebuah pusat perubatan swasta di Selangor. Doktor menjelaskan Aqil hanya demam dan tekaknya merah sikit. Selepas makan ubat demam dan selesema yang diberikan doktor, demam Aqil kebah tetapi dua hari selepas itu, dia diserang demam lagi.” – Erina, ibu Aqil. Dipetik dari Utusan.
Menurut Erina lagi, semasa doktor melakukan ujian darah kat anaknya tu, keputusan menunjukkan yang anaknya tu takde jangkitan pun. So doktor hanya berikan antibiotik je.
“Esoknya, Aqil tak demam tetapi kami perasan dia banyak merengek, tidak mahu minum susu dan kelihatan lemah. Saya dan suami bergilir-gilir cuba menidurkannya tetapi Aqil masih tidak mahu tidur.”- Erina, ibu Aqil. Dipetik dari Utusan.
Akhirnya bila Erina bawak semula anaknya kat hospital dan Aqil dipasangkan tiub oksigen untuk membekalkan oksigen yang cukup ke dalam badannya.
“Doktor sahkan dia menghidap Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus. Doktor turut bagitahu yang anaknya tu boleh pergi bila-bila masa je. Akhirnya kami reda dan melepaskan Aqil pergi.” – Erina, ibu Aqil. Dipetik dari Utusan.
Menurut Erina, dia kongsikan cerita ni supaya ibu bapa sedar tentang penyakit Pneumococcal;
“Saya berkongsi cerita ini supaya ibu bapa dan semua pihak sedar tentang keperluan vaksin ini. Saya menyesal kerana pada awalnya, memang saya berniat untuk memberi vaksin ini pada Aqil.
Malangnya, seorang jururawat di hospital berkenaan memberitahu saya bahawa vaksin ini tidak penting. Menyesal tiada gunanya, tetapi bagi anda mungkin boleh mengambil langkah pencegahan awal. Mungkin dengan memberi vaksin, anak anda boleh dirawat segera dan menyelamatkan nyawanya.” – Erina, ibu Aqil. Dipetik dari Utusan.
Anak kecil tidak perlu menderita hanya kerana kegagalan ibu bapa memberikan suntikan vaksin
Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak. Oleh itu, dengan vaksinlah ia dapat mencegah dan mengurangkan penyakit ini. Malah vaksin yang wajib diambil telah pun dibekalkan oleh Klinik Kerajaan secara percuma. Jadi takde alasan untuk ibu bapa taknak bagi vaksin kat anak-anak konon ianya mahal. (Tapi yang vaksin tambahan ni jika berkemampuan, apa salahnya ibu bapa spend untuk anak-anak)
Walaupun ada vaksin yang diberikan secara percuma, tapi malangnya, masih ada lagi segelintir ibu bapa kat Malaysia ni yang anti vaksin. Alasan dorang, dengan memberi vaksin kat anak, anak akan jadi autism dan dorang kata vaksin tu non-halal.
“Ibu bapa yang anti-vaksin ni bukan saje merisikokan penyakit untuk disebarkan semula tapi membahayakan komuniti dan juga negara.” – Dr Shaikh Mohd. Dipetik dari The Star.
Tapi korang kena tahu, bukan semua vaksin mengandungi gelatin babi. Yang mengandungi porsin hanyalah vaksin Rotavirus je. Walau bagaimanapun, fatwa telah membenarkan vaksin ni jika dalam keadaan mudarat dan memang takde alternatif lain.
“Sebagai doktor Muslim, saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor sebelum mengambil vaksin ini (Rotavirus). Jika seseorang itu berada di daerah yang mengalami wabak, sudah tentu terdapat keperluan mengambil vaksin ini.”- Dr Zubaidi. Dipetik dari blog beliau.
Untuk pengetahuan, jika terdapat ibu bapa yang enggan memberi suntikan vaksin kat anak-anak, dorang boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Bukankah pepatah Melayu ada menyebut ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’ malah Islam turut menggalakkan umatnya sentiasa menjaga kesihatan dengan cara mengambil langkah pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit.
Di sini, kami sediakan sekali beberapa klinik dan hospital yang turut menyediakan khidmat vaksin tambahan:
- Pusat Rawatan Pakar Kanak Kanak Adda – 07-364 5398
- Klinik Uzma – 03-7887 6537
- Dr Iqbal’s Child and Baby Clinic – 03-7722 2692
- 1.3KShare sekarang!
- Email167
- Facebook1.2K
- Share