Sampul Raya viral? Ni barang raya rare lain yang korang boleh kumpul kat Pos Malaysia

Dah nak Raya ni, apa yang terlintas kat kepala korang selain baju baru, tukar duit dan balik kampung? Mestilah sampul duit raya, kan? Tahun ni, design sampul raya memang masing-masing tak nak kalah. Kalau korang perasan, sampul raya dari Pos Malaysia tahun ni tengah viral gila dalam kalangan netizen.

Sebenarnya, banyak lagi barang raya rare yang korang boleh dapatkan kat Pos Malaysia selain sampul duit raya. Sambil-sambil korang pergi bayar bil ke, renew insurans dengan road tax digital ke, atau pos barang, jom tengok merchandise edisi terhad yang korang boleh rembat.

Plushie, charm dan sampul duit raya edisi terhad!

Bagi korang yang jenis suka kumpul barang rare, tahun ni Pos Malaysia ada keluarkan:

  • Plushie kuih raya dengan beg beli-belah
  • Charm akrilik dengan 4 design ikonik
  • Sampul duit raya edisi terhad
Sampul Raya boleh sambung jadi satu gambar

Haaaa. Cantik kan? Kalau gabungkan gambar ilustrasi kat sampul-sampul tu, dia akan jadi satu gambar suasana hari raya kat kampung. Rupa dia pun ala-ala setem sikit, memang ngam kalau buat koleksi atau bagi kat anak buah korang. Harga dia RM8 untuk satu pek (ada 10 keping). Kalau nak free pun boleh, japgi kitorang kongsi macam mana nak tebus.

Kalau kat pejabat pos dah habis, boleh terus beli kat online store Pos Malaysia. 

Kalau korang nak charm akrilik untuk gantung kat beg pulak, Pos Malaysia ada keluarkan 4 design menarik macam abang posmen hensem, van pos, pejabat pos zaman dulu-dulu, dan juga peti surat retro.

Selain tu, ada juga koleksi plushie ‘Kuih Krew’ bertemakan kuih Raya macam kuih kapit yang diberi nama ‘Kapit Kutie’ dan kuih dahlia, ‘Dahlia Darling’, lengkap dengan beg beli-belah mini Pos Malaysia. Design warna-warni dia memang comel dan sesuai untuk korang buat hadiah atau koleksi peribadi.

Barang-barang ni tak banyak, edisi terhad la katakan. Jadi cepat-cepat la serbu cawangan pejabat pos yang terpilih sebelum habis, atau terjah je online store Pos Malaysia kat sini.

Habis tarawih, singgah moreh kat Pos Shop. 

Korang tahu tak sekarang Pos Malaysia dah ada kedai serbaneka sendiri? Nama dia Pos Shop. Konsep dia sama macam kedai serbaneka moden yang ada jual banyak makanan dan minuman. Haa, jangan ingat pejabat pos ni tempat untuk bayar bil je.

Korang pernah masuk Pos Shop? Imej Pos Malaysia 

Sepanjang Ramadan ni, bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2026, Pos Shop tawarkan macam-macam makanan dan minuman istimewa untuk korang berbuka atau moreh:

  • Soft Serve Taro dalam cawan atau kon rangup
  • Pelbagai minuman Taro
  • Pau Sate Daging & Karipap Rendang Ayam
Korang boleh dapat sampul duit raya percuma dengan pembelian RM25 ke atas. 

Ada juga set berbuka pada harga rahmah dan promosi moreh untuk item terpilih. Dan paling best, korang juga akan dapat satu set sampul duit Raya percuma bila korang berbelanja RM25!

Jadi, mungkin korang boleh singgah ke Pos Shop lepas tarawih nanti untuk rasa makanan dan minuman Taro ni. Mana tau lepas tu boleh jadi Ultraman Taro.

Sambil-sambil tu juga, jangan lepaskan peluang untuk menang besar!

Menang Gold Bar 999 Bernilai RM10k? Biar Betul!

Ni bukan emas ciput sebesar anak kuman tau, tapi emas 999 yang boleh buat Mami Jarum pengsan!

Emas 999 bernilai RM10,000 tuuuu

Sempena raya ni, Pos Malaysia juga nak kongsi rezeki dengan korang melalui program ‘Serba-Serbi Aidilfitri Lagi’ yang berlangsung dari 23 Februari sampai 23 April 2026.

Macam mana nak menang hadiah-hadiah tu? Mudah je. Korang cuma perlu buat mana-mana transaksi dengan nilai minimum RM150 kat cawangan Pos Malaysia. Antara benda yang korang boleh buat:

  • Renew insurans kenderaan (Ni juga boleh buat secara dalam talian)
  • Renew road tax digital (servis ni masih tersedia kat semua perjabat pos)
  • Bayar bil, wakaf & bayar zakat
  • Buat deposit ASNB
  • Beli-belah dekat Pos Shop, dan macam-macam lagi.

Kalau satu resit tak cukup RM150, jangan gelabah! Korang boleh gabungkan maksimum dua resit untuk cukupkan jumlah tu. Syaratnya, resit mestilah dari tarikh dan lokasi yang sama dalam tempoh peraduan.

Lepas dah buat transaksi, jangan lupa imbas kod QR kat atas dan isi borang penyertaan. Settle!

Sekarang ramai orang dah mula simpan emas. Imej sinar harian

Hadiah-hadiah yang korang boleh menangi termasuklah emas 999 bernilai RM10,000, duit Raya RM5,000, deposit ASNB RM2,000, kad hadiah Petronas RM1,000 dan e-voucher Pos Shop bernilai RM500.

Jadi kalau kebetulan korang kena renew insurans kereta untuk balik Raya nanti, ni la peluang korang untuk cuba dapat rezeki lebih.

Singgah Pos Malaysia… jangan setakat bayar bil je

Lain kali kalau singgah pejabat pos, jangan la buat muka bosan tunggu giliran je. Cuci mata tengok merchandise dorang, atau pusing sikit Pos Shop cari snek menarik.

Dalam masa yang sama, setiap transaksi RM150 ke atas juga boleh bagi peluang korang menang hadiah lumayan!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Pos Malaysia.